Monday, March 30, 2009

Hakikat Cinta Siri 4 (Akhir)

Salam wbth,

Seandainya cinta kepada manusia, harta dan dunia berasaskan hawa nafsu semata-mata (tidak berasaskan ‘aqidah yang benar), maka ia akan menjatuhkan seseorang kepada cinta yang hina.

3. Cinta yang Hina

Cinta yang hina akan menjatuhkan darjat dan nilai kemanusiaan. Antaranya:

Cinta atau kasihkan taghut serta bertuhankan manusia atau makhluk. Contohnya:
a. Cinta atau menyembah patung dan berhala.
b. Cinta serta memuja artis-artis, ahli-ahli sukan dan sebagainya.
Cinta atau kasih terhadap musuh-musuh Allah Subhanahuwata’ala.
Cinta dan menurut kemahuan hawa nafsu atau syahwat yang keji dan berdosa. Ghairah melakukan perbuatan ma’siat.
Mengutamakan kasih terhadap ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga, harta kekayaan dan perniagaan melebihi kasihkan Allah Subhanahuwata’ala, Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya.

Kata Omar bin Al-Khattab Radhiallahu’anhu: ‘Demi Allah, ya Rasulullah sesungguhnya kamu yang paling aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku’. Maka Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: ‘Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dicintai daripada dirinya sendiri’. Maka berkata Omar: ‘Maka engkau sekarang, demi Allah, adalah orang yang paling aku kasihi lebih daripada diriku sendiri’. Sabda Rasulullah: ‘Sekarang barulah engkau beriman ya Omar’.

Cinta kepada bisikan syaitan seperti bisikan untuk berhasad dengki, mengumpat dan sebagainya.

Penutup

Oleh itu cinta merupakan perasaan jiwa yang diiktiraf oleh Allah Subhanahuwata’ala. Persoalannya ialah sejauh manakah manusia mengambil neraca Allah Subhanahuwata’ala dalam urusan ini. Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang berikut boleh dijadikan panduan:

Tiga perkara siapa yang ada pada dirinya, dia akan merasai kemanisan iman – bahawa ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya paling dicintai daripada segala yang lain (melainkan Allah dan rasul). Dan bahawa ia mencintai seseorang, tidak menyintainya melainkan kerana Allah. Dan bahawa ia membenci untuk kembali kepada kekufuran, selepas Allah mengeluarkannya daripada kekufuran, sepertimana ia benci dimasukkan ke dalam api neraka.

Monday, March 23, 2009

8 kompetensi teras bagi menjadi k-pelajar

Assalamu'alaikum wbth,
Berikut ada 8 perkara yang menjadi teras kepada knowledge (students/workers) dalam era sekarang ini.


1.Kemahiran Berfikiran Strategik
2.Kepertanggungjawaban Ilmu
3.Belajar Berterusan
4.Menyumbang dlm Pasukan Inovatif
5.Disiplin Profesional
6.Innovatif and Kreatif
7.Setminda Berfokus Penyelesaian
8.Pembaikan Diri


semoga bermanfaat.

Thursday, March 12, 2009

MEMPERBAHARUI KEIMANAN YANG USANG


Rasul SAW bersabda: Sesungguhnya iman dalam hati salah seorang kamu akan usang dan lusuh seperti mana usang dan lusuhnya pakaian. Oleh itu , mohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman dalam hatimu.


HR At Tabrani

Huraian:



  1. Dalam hadith ini Nabi SAW menjelaskan bahawa hati seorang Muslim akan menjadi usang.

  2. Bila iman lusuh , kita jadi lemah dan tidak mampu untuk meningkatkan amal kebaikan. Juga kita tidak mampu untuk menahan diri dari lakukan perkara yang kamruh dan sia-sia.

  3. Oleh itu kita berkewajipan untuk sentiasa memperbaharui iman agar hati kita sentiasa bersinar dan memiliki hidayah Allah

PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN USANGNYA IMAN

  1. Meninggalkan tilawah Al Quran

  2. Kurang berzikir dan suka bermalas-malas

  3. Sibuk dengan urusan dunia

  4. Cinta kepada isteri dan anak-anak secara berlebihan

Rujukan:
Syarah lengkap Arba'in Ruhiyah, Fakhrudin Nusyam, Bina Insani Press Solo, m.s. 88-90

Wednesday, March 11, 2009

Cinta Rasul SAW

Assalamu'alaikum wbth,


KEWAJIPAN SEORANG MUKMIN TERHADAP RASUL SAW

§ MENGHIDUPKAN SUNNAHNYA – BAIK DALAM IBADAH KHUSUS MAUPUN UMUM, KITA HENDAKLAH MENGHIDUPKAN SUNNAH BAGINDA AGAR DAPAT KEBERKATAN ALLAH

§ MENPERBANYAK SELAWAT KE ATASNYA – TANDA CINTA DAN BANGGA DAPAT DIBUKTIKAN DENGAN BANYAKKAN SELAWAT ATAS BELIAU.

§ MENGIKUT MANHAJNYA – NABI SAW ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA SISTEM ISLAM; MAKA MENGIKUTI MANHAJNYA ADALAH KEMESTIAN

§ MEWARISI RISALAHNYA – MENJAGA, MEMBELA DAN MEMPERJUANGKAN RISALAH BELIAU (DAKWAH, TARBIAH DAN JIHAD)

Sama-samalah menjadikan Rasul SAW sebagai Qudwah kita.

Tuesday, March 3, 2009

Hakikat Cinta Siri 3

Salam wbth,

Kisah 2:
Diriwayatkan daripada Al-Baihaqi bahawa terdapat seorang wanita dari kaum Ansar di mana bapa, suami dan saudaranya terbunuh di dalam medan perang Uhud. Sebaik saja disampaikan berita itu lalu ia berkata: Bagaimanakah Rasulullah?. Maka jawab para sahabat: Baginda dalam keadaan baik seperti yang kamu sukakan. Kata wanita lagi: Tunjukkanlah kepadaku agar aku dapat melihatnya. Setelah beliau melihat baginda lalu beliau berkata: Setiap bencana selepas kamu (selepas kamu terselamat), akan datang kegembiraan.

2. Cinta Pertengahan

Maksud cinta pertengahan ialah tarikan hati, ikatan perasaan dan emosi yang lahir dari ‘aqidah atau iman seseorang insan terhadap keturunan, keluarga, kaum kerabat, harta benda dan sebagainya. Maka hasilnya ia akan berhubung erat dengan apa yang dicintainya itu dengan cara yang diredhai Allah Subhanahuwata’ala.

Allah Subhanahuwata’ala mengiktiraf kesemua perasaan hati ini tetapi ia menduduki tempat yang kedua, iaitu selepas kecintaan kepada Allah, Rasul dan jihad di jalan-Nya.

Contoh-contoh cinta dalam ketegori ini:

Contoh 1: Cinta antara suami isteri

Jika kecintaan suami dan isteri tidak berasaskan ikatan ‘aqidah, maka tentunya zuriat yang lahir tidak akan mendapat pendidikan dan penjagaan iman yang sempurna.

Contoh 2: Cinta antara anak dan ibu bapa

Hubungan anak dan ibu bapa hanya akan menjadi hubungan kerana kepentingan dunia sahaja jika tidak berpaksikan ‘aqidah kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Contoh 3: Cinta dalam ummah Islamiyah

Tanpa ikatan ‘aqidah, tidak akan terbangun cinta atau ukhuwah Islamiyah yang akan menghiasi kehidupan dan pembangunan ummah.

Perkara yang perlu dipelihara ialah cinta pertengahan ini tidak boleh mendahului cinta kepada Allah, Rasul dan berjihad di jalan-Nya. Cinta kepada Allah, Rasul dan berjihad di jalan-Nya hendaklah dijadikan keutamaan. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan- Nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan Nya", dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(At-Taubah : 24)
Seandainya cinta kepada manusia, harta dan dunia berasaskan hawa nafsu semata-mata (tidak berasaskan ‘aqidah yang benar), maka ia akan menjatuhkan seseorang kepada cinta yang hina.
bersambung....

`Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari' HR At Tobrani