Kualiti da'i Siri 4
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Di dalam siri kali ini izinkan saya untuk berkongsi kualiti yang perlu pada da'i ilallah:Zuhud 4.Zuhud (Memutuskan hubungan dengan habuan dunia) Baginda SAW telah disoal tentang apakah yang akan membuatkan Allah mencintai seseorang. Maka baginda SAW menjawab: ازهد في الدنيا يحبك الله وازهد فيما عند الناس يحبك الناس “Pisahkan dirimu dari (habuan) dunia, nescaya Allah akan mencintaimu, pisahkan dirimu dari apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mencintaimu pula.” Oleh itu dengan zuhud, Allah dan juga manusia akan mencintai kita. Mengambil Sekadar yang Perlu dari yang Halal Untuk Berdakwah Termasuk dalam pengertian zuhud ialah berpada-pada dengan perkara yang halal (yang diharuskan syara’) iaitu hanya mengambil dari dunia sekadar yang perlu untuk berda’wah. Para fuqaha' seperti Ibn Qayyim amat tidak menggalakkan kita dari memperbanyakkan yang halal kerana perkara itu hanya aka