Posts

Showing posts from July, 2011

Sasaran aktiviti sepanjang Ramadan 1432H

Assalamu'alaikum wbth, 1. Apa yang paling berharga yang boleh kita perolehi dari Ramadan kali ini? Pertanyaan ini penting kerana dari situ kita akan dapat gambaran yang jelas tentang prestasi saum kita. Jangan sampai ibadah saum kali ini ternyata tidak berbekas sama sekali. Sabda Nabi ر ب صا ئىم ليس له من صيا مه الأ الجو ع و ر ب قا ئم ليس له من قيا مه الأ الشهر Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan berapa ramai orang yang beribadah malam tidak mendapat apa-apa dari ibadahnya kecuali berjaga malam. HR Ibnu Majah 2. Sebelum masuknya kita ke bulan Ramadan yang mulia ini marilah sama-sama kita mempunyai sasaran yang dapat diukur sepanjang bulan yang berkat ini. 2.1 Senarai semak sasaran Ramadan kita kali ini: Al Quranul karim ~Membaca berapa kali khatam dalam satu bulan? ~Murajaah hafalan: berapa juz? ~Menghafal: berapa rubu’? Solat ~So

Sistem Universiti Ramadan

Image
Assalamualaikum wbth, Sistem madrasah Ramadan dan hadiah –hadiah lumayan. Antara amalan-amalan yang dianjurkan oleh kita ialah: 1.Bersolat secara berjemaah 2.Membaca al quran yang penuh keberkatan 3. Berusaha melakukan amalan yang berfaedah 4. Mengambil berat hal ehwal masyarakat melalui amalan yang soleh 5. Menafkahkan harta-harta yang halal yang Allah berikan kepada mereka 6. Beribadah malam hari dengan mengerjakan solat terwikh dan menghidupkan malam Qadr 7. Mengeluarkan zakat fitrah 8. Menghubungkan silaturrahim 9. Berdo’a kebaikan untuk diri sendiri, pasangannya, ibubapa, dan orang-orang mukmin Pada setiap 10 hari dalam bulan Ramadan ada jadual dan perjanjian tamatnya setiap peringkat daripada beberapa peringkat ujian, dan pada setiap peringkat diumumkan keputusan-keputusannya:- 1.Pada sepuluh hari pertama bulan Ramadan, diserahkan sijil rahmah 2. Pada pertengahannya iaitu sepertiga yang kedua diserahkan sijil maghfirah 3. Pada akhirnya, iaitu sepertiga yang ke

Tamrin Madrasah Ramadan 1432H

Image
Assalamu'alaikum wbth, Ramadan kareem! Ibadah kedua yang diwajibkan oleh Allah SWT ialah puasa. Sebagaimana halnya solat, ibadah ini juga diwajibkan dalam syariat semua rasul-rasul yang sebelum ini. Mengapa puasa diwajibkan? i.Tujuan perhambaan seumur hidup kepada Allah SWT ii.Ibadat: Latihan perhambaan iii. Puasa adalah ibadah yang tersembunyi iv. Puasa tanda kekuatan iman v.Latihan terus menerus sebulan penuh vi.Latihan kepatuhan yang lama vii.Situasi lingkungan yang sangat menunjang untuk tadrib(latihan) Huraian: i. Tujuan perhambaan seumur hidup - Tujuan Islam yang sebenarnya ialah menjadikan seluruh hidup manusia beribadat kepada Allah SWT. Manusia lahir sebagai hamba kepada Tuhannya. Justeru itu manusia tidak boleh bebas sedikitpun dari ibadat, perhambaan kepada Allah SWT dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. Dalam setiap tingkah laku hidupnya, manusia perlu memeriksa jalan yang mana yang harus dilaluinya agar dapat mencapai redha Allah, dan ia juga perlu

Ahlan wa sahlan ya Ramadan

Image

Kualiti da'i Siri 8 bahagian vi

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Sama-samalah para mahasiswa yang ada mula membuat persiapan untuk masuk ke dalam tamrin Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi. Menurut SMMashyur di dalam kitab Zaadu a'la at toriq: apabila disebut Ramadan seolah-olah anda dingingatkan tentang sebuah kebun yang semerbak wangi yang dilalui oleh seorang Muslim. Ia dalam perjalanan di tengah-tengah padang pasir kehidupan yang bahang panasnya tidak terperi dan terpaksa menempuhi pelbagai dugaan. Jika keseluruhan ibadah puasa merupakan bekalan dan kebaikan, maka puasa di bulan Ramadan pasti menambahkan bekalan ini berlipat ganda. Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Antara kesan-kesan iman yang mendalam dalam diri seorang da'i yang seterusnya ialah: Lahir dalam dirinya kenikmatan dalam melakukan ibadah pada Allah SWT Apabila lahir dalam dirinya kenikmatan dalam melakukan ibadah pada Allah SWT, maka akan terhasilkan ibadah yang

Kualiti da'i Siri 8 bahagian v

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Sama-samalah para mahasiswa yang bercuti panjang kali ini dapat memanfaatkan masa cuti ini untuk melakukan pelbagai amal yang boleh mendidik jiwa, minda dan fizikal. Baru-baru ini seorang pendidik saya ada mengingatkan kami tatacara menentukan keutamaan, katanya: `Utamakan perkara yang terpenting daripada yang penting-penting'. Dalam hidup kita sememangnya banyak perkara yang perlu dilakukan. Kita perlu prioritize gerakerja kita agar proses tarbiah yang kita lalui itu tersusun dan ada peningkatan. `Recap' apa yang telah disebut dalam siri-siri lalu: Hal yang ingin diperkatakan kali ini ialah kesan-kesan iman yang mendalam dalam diri seorang pendakwah. Antara kesan-kesan iman yang mendalam dalam diri seorang da'i ialah seperti berikut:- a. Lahir dalam dirinya rasa cinta pada Allah SWT b. Lahir dalam dirinya rasa takut pada Allah SWT c. Lahir dalam dirinya rasa harap pada Allah sWT