Posts

Showing posts from August, 2011

Ke mana kita selepas Ramadan?

Assalamu'alaikum wbth, Tahniah kepada shbt yang sudah berjaya melalui madrasah Ramadan dengan jayanya. Eid Mubarak. Taqabbalallahu minna wa minkum, siyamana wa siyamakum Selamat menghabiskan puasa sunat 6 shawwal, insha Allah. Diriyawatkan drpd Abu Ayyub Al Ansari ra, bahwasanya Nabi SAW bersabda: `Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan enam hari bulan Shawal, maka seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang masa(setahun)' Menurut huraian daripada kitab Fiqh Sunnah karangan Sayyid Sabiq, pahala setahun itu diperolehi daripada formula berikut: Setiap kebaikan akan diberikan ganjaran 10x lipat. ~ Jika 1 bulan, ianya akan menjadi 10 bulan. ~ Jika 6 hari puasa sunnat = 60 hari = 2 bulan. Oleh itu, 10 BULAN + 2 BULAN = 12 BULAN = 1 tahun. Sebagai penutupnya, Mari teruskan diri kita dgn ‘amal dlm Ramadan agar berterusan

Eid Mubarak!

Salam, Sahabat-sahabat sekalian, 1. Selamat menyongsong fajar satu Syawal. Semoga kita benar-benar meraih darjat taqwa. Taqabbalallahu minna wa minkum, siyamana wa siyamakum 2. Anjuran menghidupkan malam hari raya. Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra. Daripada Ar Rasul SAW sabdanya: Barangsiapa bangun beribadah pada malam dua hari raya dengan mengharapkan redha Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hati matinya hati. HR At Tobrani 3. Ulangkaji adab dan amalan pada hari raya a. Mandi, memakai wangian dan pakaian cantik b. Makan sebelum keluar solat c. Pergi solat hari raya d. Mengambil jalan pergi dan pulang yang berbeza daripada masjid e. Berhibur syar’i dan menjamu selera f. Sunat ucap tahniah dan Taqabbalallahu minna wa minkum g. Bertakbir h. Menghidupkan malam hari raya. Maaf Zahir Batin

Bagaimana mengelakkan futur selepas Ramadan?

Assalamu'alaikum wbth, Tahniah kepada shbt yang sedang giat menghidupkan 10 akhir Ramadan, semoga istiqomah. Tema perbincangan pada minggu ini berkisar mengenai post mortem Ramadan, iaitu bagaimana nak mengelakkan berlakunya futur selepas Ramadan. Dr Sayyid Nuh di dalam kitabnya afatun ‘ala toriq mentakrifkan bahawa Futur bererti berhenti setelah beramal atau diam setelah bergerak. Futur juga bererti malas berkerja dan lemah. Fenomena inilah yang berlaku kepada kebanyakan kita selepas Ramadan. Setelah giat beramal di dalam Ramadan, berlaku kemerosotan mendadak. Kenapa berlaku perubahan mendadak dlm ketaatan? 1. Ada kemungkinan kurang ikhlas dlm laksana ibadah dlm bulan puasa. Ikhlas perlulah dibina dan dikawal supaya ia hadir dalam semua kerja yang kita lakukan. Firman Allah swt. : “ Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang sert

Pecutan 10 malam terakhir Ramadan

Assalamu'alaikum wbth, Marilah kita bersyukur kepada Allah kerana kita dipanjangkan umur dan diberi kesempatan lagi oleh-Nya untuk terus berubudiyah kepada Allah khasnya di dalam bulan Ramadan al mubarak yang kini telah masuk dalam bahagian akhir bagi tahun ini. Sememangnya dalam bulan Ramadan ini Rasul SAW banyak berdo’a di samping ibadah dan kerja-kerja makruf yang dilipatgandakan semata-mata mencari redha Ilahi. Rasul SAW juga menggalakkan umatnya berdo’a di masa iftar serta menjelaskan yang do’a pada masa itu akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sabda Rasul SAW: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika ia berbuka terdapat do’a yang tidak ditolak.’ HR Ibnu Majah Allah memberi jaminan bahawa Allah sentiasa depat dengan hamba-hambanya. Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah 186 Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka