Friday, July 29, 2011

Sasaran aktiviti sepanjang Ramadan 1432H

Assalamu'alaikum wbth,
1. Apa yang paling berharga yang boleh kita perolehi dari Ramadan kali ini? Pertanyaan ini penting kerana dari situ kita akan dapat gambaran yang jelas tentang prestasi saum kita. Jangan sampai ibadah saum kali ini ternyata tidak berbekas sama sekali.

Sabda Nabi
ر ب صا ئىم ليس له من صيا مه الأ الجو ع و ر ب قا ئم ليس له من قيا مه الأ الشهر
Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan berapa ramai orang yang beribadah malam tidak mendapat apa-apa dari ibadahnya kecuali berjaga malam. HR Ibnu Majah

2. Sebelum masuknya kita ke bulan Ramadan yang mulia ini marilah sama-sama kita mempunyai sasaran yang dapat diukur sepanjang bulan yang berkat ini.

2.1 Senarai semak sasaran Ramadan kita kali ini:

Al Quranul karim
~Membaca berapa kali khatam dalam satu bulan?
~Murajaah hafalan: berapa juz?
~Menghafal: berapa rubu’?

Solat
~Solat subuh
~Selain subuh, tepat waktu?
~Solat sunat terawikh
~Solat sunat muakkadah : 12 rakaat
~Solat Dhuha

Pergaulan di bulan Ramadan

~Mempererat hubungan
~Menemukan sahabat baru
~Berkenalan dengan orang banyak

Di jalan Allah SWT

~Bantuan
~Terhadap tetangga dan kaum kerabat
~Tolong menolong, erat hubungan, kunjung mengunjung
~Di rumah wajah berseri , berbicara dengan lembut, menolong dalam hal ketaatan

Pengetahuan di bulan Ramadan

~Buku yang dibaca semasa bulan Ramadan
~Tafsir; nama surahnya
~Akhlaq terpuji semasa Ramadan
~Akhlaq terpuji yang diperolehi semasa Ramadan
~Akhlaq tercela yang dihilangkan selama Ramadan

Kedermawanan

~Projek kebaikan untuk umum
~Zakat fitrah
~ Sadaqah


3.0 Kesimpulan
Puasa yang efektif akan melahirkan peribadi-peribadi yang bertaqwa kepada Allah SWT.

…..Apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan berbekallah dengan secukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu adalah taqwa: dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)
Al-Baqarah : 197

Wednesday, July 27, 2011

Sistem Universiti Ramadan



Assalamualaikum wbth,

Sistem madrasah Ramadan dan hadiah –hadiah lumayan. Antara amalan-amalan yang dianjurkan oleh kita ialah:
1.Bersolat secara berjemaah
2.Membaca al quran yang penuh keberkatan
3. Berusaha melakukan amalan yang berfaedah
4. Mengambil berat hal ehwal masyarakat melalui amalan yang soleh
5. Menafkahkan harta-harta yang halal yang Allah berikan kepada mereka
6. Beribadah malam hari dengan mengerjakan solat terwikh dan menghidupkan malam Qadr
7. Mengeluarkan zakat fitrah
8. Menghubungkan silaturrahim
9. Berdo’a kebaikan untuk diri sendiri, pasangannya, ibubapa, dan orang-orang mukmin

Pada setiap 10 hari dalam bulan Ramadan ada jadual dan perjanjian tamatnya setiap peringkat
daripada beberapa peringkat ujian, dan pada setiap peringkat diumumkan keputusan-keputusannya:-

1.Pada sepuluh hari pertama bulan Ramadan, diserahkan sijil rahmah
2. Pada pertengahannya iaitu sepertiga yang kedua diserahkan sijil maghfirah
3. Pada akhirnya, iaitu sepertiga yang ketiga diserahkan sebesar-besar sijil iaitu pembebasan daripada api neraka.

Rujukan:
Madrasah Ramadan, Dr. Muhammad Ali Dannawi

Friday, July 22, 2011

Tamrin Madrasah Ramadan 1432H

Assalamu'alaikum wbth,

Ramadan kareem!

Ibadah kedua yang diwajibkan oleh Allah SWT ialah puasa. Sebagaimana halnya solat, ibadah ini juga diwajibkan dalam syariat semua rasul-rasul yang sebelum ini.

Mengapa puasa diwajibkan?

i.Tujuan perhambaan seumur hidup kepada Allah SWT
ii.Ibadat: Latihan perhambaan
iii. Puasa adalah ibadah yang tersembunyi
iv. Puasa tanda kekuatan iman
v.Latihan terus menerus sebulan penuh
vi.Latihan kepatuhan yang lama
vii.Situasi lingkungan yang sangat menunjang untuk tadrib(latihan)

Huraian:

i. Tujuan perhambaan seumur hidup
- Tujuan Islam yang sebenarnya ialah menjadikan seluruh hidup manusia beribadat kepada Allah SWT. Manusia lahir sebagai hamba kepada Tuhannya. Justeru itu manusia tidak boleh bebas sedikitpun dari ibadat, perhambaan kepada Allah SWT dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. Dalam setiap tingkah laku hidupnya, manusia perlu memeriksa jalan yang mana yang harus dilaluinya agar dapat mencapai redha Allah, dan ia juga perlu mengenalpasti jalan yang manakah yang perlu dijauhi agar tidak terkena murka dan kutukan-Nya. Pendekata, apabila seluruh hidupnya telah diwarnai dengan warna yang demikian, barulah ia dianggap telah melaksanakan kewajipan perhambaannya kepada Allah seperti yang terkandung dalam ayat:

`Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya berubudiyah kepada-Ku’
51:56


ii. Ibadat: Latihan perhambaan
Tujuan sebenar kewajipan2 deen seperti solat, haji, puasa dan zakat adalah untuk melatih kita menjalankan ibadah yang besar. Pekerjaan-pekerjaan tersebut adalah WAJIB. Apabila anda telah mengerjakan ruku’ dan sujud selama 5x sehari, menanggung lapar dan haus selama 30 hari di bulan Ramadan, dan bila kita kaya, telah mengeluarkan zakat dan menunaikan haji sekali seumur hidup; kita merasakan yang anda telah selesai menunaikan kewajipan anda terhadap Allah. Dan tidak juga bererti bahawa setelah melakukan itu semua lalu anda bebas dari PERHAMBAAN kepada Allah dan boleh berbuat apa sahaja yang kita suka. Walhalnya tujuan utama diwajibkan keWAJIPAN2 deen adalah untuk melatih kita dengan cara yang demikian rupa agar kelak kita mampu mengubah seluruh hidup kita menjadi suatu IBADAH yang tetap teratur kepada Allah. Marilah sekarang kita mengingati tujuan ini. Kita melihat bagaimana puasa mempersiapkan manusia untuk melaksanakan ibadah yang fulltime ini.

iii.Puasa adalah ibadah yang tersembunyi
Semua kewajipan agama selain puasa dilaksanakan dengan suatu perbuatan atau gerakan lahiriyah yang tertentu, yang boleh dilihat oleh mata kasar. Misalnya dalam solat, ketika duduk, berdiri, ruku’ dan sujud, setiap orang boleh melihatnya; dalam ibadah haji, orang bermusafir jauh bersama-sama dengan puluhan ribu orang lain, orang yang lainnya dapat menyaksikannya. Apabila kita mengerjakannya, orang lain pasti akan tahu; juga bila kita tidak mengerjakannya di depan orang lain, orang pun akan tahu juga bahawa kita tidak mengerjakannya. Puasa berbeza dengan ini, kerana puasa adalah IBADAH yang tidak nampak nyata. Hanya Allah yang Maha Mengetahui yang tahu bahawa seseorang itu berpuasa atau tidak.

iv. Puasa: Tanda kekuatan iman
Sentiasalah disemat dalam minda kita dan renungkanlah betapa kuatnya iman orang yang berpuasa kepada Allah SWT. Apabila Seorang hamba itu benar-benar berpuasa, ia tidak akan makan dan minum apa pun secara sembunyi-sembunyi sebelum waktu berbuka. Dalam cuaca yang panas dan keras sekalipun. Atau ketika kerongkong terasa kering dan haus yang bersangatan, kita tidak akan meminum air walau sedikitpun. Lihatlah betapa kuatnya keyakinannya bahawa tak ada satupun perbuatannya yang tersembunyi dari mata Allah, walaupun kita dapat menyembunyikan dari seluruh mata dunia. Betapa hatinya dipenuhi rasa takut kepada Allah, sehingga ia mahu menghadapi bahaya mati kelaparan demi menjalankan perintah Allah, dan tidak mahu melakukan sesuatu yang dapat membatalkan puasanya! Betapa dalam keyakinannya akan pahala dan hukuman di akhirat nanti, selama 1 bulan penuh ia berpuasa, dan tidak pernah sedetikpun keraguan tentang kehidupan selepas mati memasuki hatinya. Seandainya ia ragu tentang hakikat hidup sesudah mati, di mana pahala dan hukuman akan diberikan, pasti ia tidak akan mampu menyelesaikan puasanya.

v. Latihan terus menerus sebulan penuh
Dengan cara ini Allah SWT menguji iman seorang Muslim selama sebulan penuh, dalam 1 tahun. Apabila ia lulus dalam ujian ini maka imannya akan menjadi lebih kuat. Jadi puasa adalah sekaligus cubaan dan latihan. Apabila anda percaya kepada seseorang, maka seolah-olah anda menguji integritinya. Bila ia terbukti lulus dalam ujiannya dan tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya, maka kekuatannya untuk menanggung beban amanah akan menjadi lebih kuat, dan ia akan menjadi lebih layak untuk memikul amanah. Sama halnya dengan Allah SWT, Allah menguji iman anda dengan ujian yang keras selama 1 bulan penuh, 12-14 jam dalam sehari. Dan bila anda lulus ujian ini, maka akan tumbuh dan berkembang kemampuan untuk menahan diri dari dosa-dosa yang lain, kerana takut kepada Allah.

Firman Allah SWT:

`Wahai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang2 yg sebelum kamu, agar kamu berTAQWA’
2:183

vii.Latihan kepatuhan dalam suatu jangkamasa yang lama
Puasa memaksa seseorang untuk mematuhi syariat Allah secara terus menerus, tanpa henti dalam jangka waktu yang lama. Lamanya waktu untuk mengerjakan solat hanyalah beberapa minit sahaja. Waktu membayar zakat hanyalah sekali dalam setahun. Haji memang memerlukan waktu yang lama, tetapi hal itu hanya diwajibkan 1x dalam seumur hidup, dan juga hanya bagi orang yang mampu shj. Tetapi puasa berbeza dengan itu semua, kerana puasa adalah suatu latihan untuk kita mengikuti syariat Ar-Rasul SAW dalam waktu 1 bulan penuh dalam setahun, siang malam. Anda perlu bangun awal pagi sebelum Fajar untuk bersahur, berbuka pada waktu Maghrib tepat pada waktunya, makan dan berehat sebentar, kemudian terus bergegas untuk solat Terawikh. Dengan cara yang sebegini, setiap tahun dalam waktu 1 bulan penuh, dari subuh hingga waktu Maghrib, dan dari Maghrib sampai waktu pagi, seorang Muslim diikat terus menerus seperti seorang perajurit. Kemudian selepas itu ia dilepaskan selama 11 bulan untuk mempraktikkan dan menunjukkan hasil-hasil yang diperolehinya selama latihan tersebut.

viii.Situasi yang sangat menunjang untuk training
Latihan yang seperti ini tidaklah efektif bila dilakukan oleh individu secara terpisah-pisah. Misalnya, parade tidak dikerjakan secara sendiri2 oleh perajurit. Seluruh perajurit perlu bangun di saat trompet dibunyikan agar mereka dibiasakan bekerja dalam satu kumpulan dan saling bantu membantu dalam menjalankan latihan. Apa yang kurang dalam diri perajurit itu ditampung oleh parajurit yang lain. Samalah halnya , bulan Ramadan telah dijadikan waktu berpuasa dan semua orang Islam diperintah untuk berbuka bersama-sama. Perintah ini mengubah ibadah individual menjadi ibadah kolektif. Sebagaimana halnya bila dikalikan nilai 1 trilion maka hasilnya akan menjadi setrilion, demikian juga keuntungan moral dan spiritual dari puasa, yang dilakukan oleh 1 bilion orang, akan menjadi 1 billion kali lipat bila puasa dilakukan oleh 1 bilion orang bersama-sama. Bulan Ramadan mengisi seluruh suasana kesalihan dan kebajikan. Di lingkungan seluruh bangsa, kesalihan tumbuh dengan subur. Setiap orang tidak hanya cuba menghindari dosa, tetapi juga berusaha membantu saudara2nya yang dalam kesusahan dalam menjalankan puasanya. Setiap orang merasa malu dalam berbuat dosa. Sebaliknya semua terdorong untuk berbuat kebaikan, untuk memberi makanan kepada orang miskin, memberi pakaian kepada orang yang tidak punya pakaian, memberi makan kepada orang miskin, ikut serta dalam kebaikan yang dilakukan di mana sahaja, dan mencegah kejahatan yang dilakukan secara terang2an.

`Setiap perbuatan manusia memperoleh pahala dari Tuhannya. Satu perbuatan baik diberi pahala 10 – 700 kali lipat. Akan tetapi Allah mengatakan: Puasa itu khusus bagi-Ku, dan aku memberinya pahala sebanyak yang Aku kehendaki’
Al-hadith
Daripada hadith ini, dapatlah kita ketahui bahawa semua perbuatan yang baik berkembang pahalanya menurut proportion niat serta manfaat yang dihasilkannya, tetapi semua perbuatan itu mempunyai batas pahalanya. Akan tetapi dalam hal puasa perkembangannya tidak terbatas. Semakin banyak kita mengerjakan perbuatan baik dengan ikhlas di bulan ini, semakin besarlah pula BERKAH yang akan kita perolehi. Dan jika kita memelihara efek2 bulan puasa ini selama 11 bulan berikutnya, maka kebun kebajikan ini akan terus berkembang dan berlanjutan. Mengapa kita hanya membatasi kebaikan dan perbuatan baik ini setelah Ramadan?

DI MANAKAH NATIJAH IBADAH ITU SEKARANG?

Setelah kita mendengar huraian hasil2 puasa tersebut, kita akan tertanya-tanya: di manakah natijah puasa itu sekarang? Kita berpuasa, solat serta berdoa, akan tetapi natijahnya tidak kita rasai dan nampak. Antara sebabnya ialah kita melaksanakan Islam itu secara terpisah-pisah dan menggantikannya dengan hal-hal yang di luar Islam. Justeru itu kita tidak dapat melihat hasil yang sebenarnya.
Di samping itu sebab yang kedua ialah kerana pandangan kita mengenai hakikat IBADAH telah berubah.. Sekarang kita menyakini bahawa puasa hanya sekadar menahan diri dari makan dan minum, dari pagi hingga ke petang. Walhal anda tidak menyedari akan ruh IBADAH yang perlu menjiwai setiap tindakan dan perbuatan anda.

Sebab itulah ibadah2 yang kita lakukan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana di dalam Islam, sesuatu itu bergantung kepada NIAT, PEMAHAMAN DAN WAWASAN.

Rujukan:
Dasar-dasar Islam oleh maududi ms. 155

Saturday, July 16, 2011

Ahlan wa sahlan ya Ramadan

Kualiti da'i Siri 8 bahagian vi




Assalamu'alaikum wbth,

Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,

Sama-samalah para mahasiswa yang ada mula membuat persiapan untuk masuk ke dalam tamrin Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Menurut SMMashyur di dalam kitab Zaadu a'la at toriq: apabila disebut Ramadan seolah-olah anda dingingatkan tentang sebuah kebun yang semerbak wangi yang dilalui oleh seorang Muslim. Ia dalam perjalanan di tengah-tengah padang pasir kehidupan yang bahang panasnya tidak terperi dan terpaksa menempuhi pelbagai dugaan. Jika keseluruhan ibadah puasa merupakan bekalan dan kebaikan, maka puasa di bulan Ramadan pasti menambahkan bekalan ini berlipat ganda.


Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,

Antara kesan-kesan iman yang mendalam dalam diri seorang da'i yang seterusnya ialah: Lahir dalam dirinya kenikmatan dalam melakukan ibadah pada Allah SWT

Apabila lahir dalam dirinya kenikmatan dalam melakukan ibadah pada Allah SWT, maka akan terhasilkan ibadah yang berkualiti.

Seorang yang beriman, apabila melakukan sesuatu ibadah, tidaklah wajar baginya melakukan sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’. Namun beliau mementingkan kualiti yang baik di dalam sesuatu ibadah. Hal ini telahpun diperjelaskan dengan panjang lebar oleh Doktor Yusuf al-Qardawi di dalam kitabnya Ibadah Dalam Islam yang boleh dirumuskan seperti berikut:

1)Dilaksanakan segala kerja atau urusan dengan niat yang saleh. Yakni dengan niat yang ikhlas kerana Allah semata-mata.

2)Segala kerja dan urusan dilakukan dengan cara-cara yang diluluskan oleh syara’. Atau dengan kata lain - tidak berlawanan dengan ajaran Allah Subhanahuwata’ala.

3)Dilaksanakan kerja dan urusan dengan itqan, yakni dengan penuh kesungguhan, dedikasi dan tekun.

4)Iltizam dalam meninggalkan larangan-larangan Allah Subhanahuwata’ala. Jangan melakukan kezaliman, penganiayaan, penipuan, pencerobohan hak orang lain dan sebagainya. Janganlah terjadi sambil-sambil melakukan ibadah, lakukan pula larangan-larangan Allah Subhanahuwata’ala.

5)Jangan sampai sewaktu melakukan kerja dan urusan hidup, lalai pula dalam melaksanakan ibadah atau kewajipan yang asasi seperti solah dan zakat.


Rujukan:
1. SMMashyur, Bekalan di atas Jalan Dakwah
2. Khutbah Ust Omar Hj Saleh, 11 Jun 2004

Thursday, July 7, 2011

Kualiti da'i Siri 8 bahagian v

Assalamu'alaikum wbth,

Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,

Sama-samalah para mahasiswa yang bercuti panjang kali ini dapat memanfaatkan masa cuti ini untuk melakukan pelbagai amal yang boleh mendidik jiwa, minda dan fizikal.

Baru-baru ini seorang pendidik saya ada mengingatkan kami tatacara menentukan keutamaan, katanya:

`Utamakan perkara yang terpenting daripada yang penting-penting'.

Dalam hidup kita sememangnya banyak perkara yang perlu dilakukan. Kita perlu prioritize gerakerja kita agar proses tarbiah yang kita lalui itu tersusun dan ada peningkatan.


`Recap' apa yang telah disebut dalam siri-siri lalu:

Hal yang ingin diperkatakan kali ini ialah kesan-kesan iman yang mendalam dalam diri seorang pendakwah.

Antara kesan-kesan iman yang mendalam dalam diri seorang da'i ialah seperti berikut:-
a. Lahir dalam dirinya rasa cinta pada Allah SWT
b. Lahir dalam dirinya rasa takut pada Allah SWT
c. Lahir dalam dirinya rasa harap pada Allah sWT
d. Lahir dalam dirinya rasa cinta pada Ar Rasul SAW
e. Lahir dalam dirinya kenikmatan dalam melakukan ibadah pada Allah SWT
f. Lahir dalam dirinya cemburu dan benci kerana Allah SWT terhadap ketidak ketaatan pada Allah SWT.

Izinkan saya untuk menjelaskan hal berkaitan hakikat cinta pada Ar Rasul SAW.



Berikut ini ada beberapa hal yang berhubungan dengan kecintaan kita kepada Rasulullah saw.

a. Wajib mencintai Nabi SAW melebihi cintanya kepada diri sendiri.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Hisyam ra. bahwa dia berkata:
Kami pernah bersama Nabi SAW sementara beliau menggandeng tangan Umar bin Khatthab ra, maka Umar berkata kepada beliau: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai dari segala sesuatu kecuali diriku. Maka Nabi bersabda: Tidak, demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya! Hingga kamu lebih mencintai aku dari pada dirimu sendiri. Umar berkata kepadanya: Sesungguhnya sekarang engkau lebih aku cintai dari pada diriku sendiri. Nabi bersabda:“Sekarang wahai Umar.” (H.R Bukhari)

b. Wajib mencintai Nabi melebihi cintanya kepada orang tua dan anak.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda:
Demi dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, tidaklah di antara kalian beriman sehingga aku lebih dicintai dari pada orang tua dan anaknya.
(H.R Bukhari)

c. Wajib mencintai Nabi melebihi cintanya kepada keluarga, harta dan seluruh manusia.

Imam Muslim meriwayatkan dari Anas ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda:
Tidaklah seorang hamba beriman sehingga aku lebih dicintai kepadanya dari pada keluarganya, hartanya dan seluruh manusia.(H.R Bukhari)


Katakanlah: "jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatir kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul- Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (At Taubah 24).

Imam Al Hafidz Ibnu Katsir berkata dalam menafsirkan ayat di atas: Apabila semua perkara dan urusan di atas lebih kalian cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan Allah maka tunggulah datangnya bencana dan adzab dari Allah yang akan menimpa kalian. (Mukhtashar Ibnu katsir-Syekh Nasib Ar Rifa'I)


Bagi yang mencintai Rasulullah akan mendapatkan hasilnya baik di dunia maupun di akhirat antaranya adalah:

1.Cinta kepada Nabi boleh mendatangkan manisnya iman.

Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Anas ra. bahwa Nabi bersabda:
Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya maka ia akan mendapatkan manisnya iman; bahwa Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada selainnya , bahwa ia mencintai seseorang dan tidak mencintai kecuali hanya karena Allah, dan ia benci kembali kepada kekafiran seperti kebencian dia bila dilemparkan ke dalam api.(Muttafaqun alaih)

Erti manisnya iman sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama adalah merasakan lezatnya segala ketaatan dan siap menderita karena agama serta mengutamakan itu dari pada seluruh materi dunia.
(Fathul Bari 1/61)

2. Orang yang mencintai Nabi SAW akan tinggal bersamanya di akhirat.

Telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Anas bin Malik ra bahwa ia berkata:

Pernah seorang laki-laki datang kepada Rasulullah lalu bertanya: Wahai Rasulullah kapan hari kiamat datang? Beliau bersabda: Apa yang kamu persiapkan untuknya? Ia menjawab: cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasul-Nya. Beliau bersabda: Engkau akan bersama orang yang kamu cintai. Anas berkata: Kami tidak bergembira setelah masuk Islam lebih daripada mendengar sabda beliau: Sesungguhnya kamu bersama orang yang kamu cintai.

Anas ra.berkata: Saya mencintai Allah, Rasul-Nya, Abu Bakar dan Umar dengan harapan saya dapat berkumpul bersama mereka walaupun saya tidak beramal seperti mereka.

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...