Saturday, June 18, 2022

FORUM : NGO ANTARA KEBAJIKAN DAN KEUNTUNGAN

 





poster program

Antara peserta yang ahli panel

Backdrop program





MANHAJ PENAFSIRAN AL-QUR’AN SERTA KARYA TAFSIR

 

MANHAJ PENAFSIRAN AL-QUR’AN SERTA

KARYA TAFSIR

Solehuddin Shuib, Amirul Hafiz Ahmad, KhairulAzhar Samsudin, Amir Imran Abu Yamin, Selamat bin Amir1

Departmen Al-Quran dan Al-Hadith

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,

50603 Kuala Lumpur, Malaysia

1Emel: selamat_amir@um.edu.my

ABSTRAK

Manhaj dalam penafsiran al-Qur’an adalah merupakan satu ilmu tentang cara atau kaedah bagi mengkaji metod-metod berkait dengan al-Qur’an berpandukan garis panduan yang telah ditentukan atas kajian usaha yang dilakukan bermatlamat bagi mencapai natijah yang tepat dan benar. Di dalam kertas kerja ringkas ini akan dijelaskan berkaitan tujuan dan keutamaan ilmu tafsir Al Quran dan karya utama dalam bidang tafsir.  Umat Islam seharusnya meningkatkan pemahaman mengenai ilmu tafsir Al-Qur’an terutamanya kepada mereka yang terlibat secara khusus dalam pengajian tafsir Al-Qur’an ataupun penafsir Al-Qur’an itu sendiri agar dapat memelihara makna sebenar ayat-ayat Al-Qur’an. Umat Islam seharusnya mengetahui mengenai kitab-kitab tafsir yang ada agar dapat memahami isi kandungan Al-Qur’an dengan menggunakan kitab tafsir yang benar, tepat dan betul.

 

Kata kunci: Manhaj; Tafsir; Al-Quran

PENDAHULUAN

DEFINISI MANHAJ TAFSIR AL-QURAN

Manhaj atau minhaj diambil dari kata dasar bahasa Arab “nahaja” نهج  bermaksud jalan yang nyata, terang dan jelas. Ia juga ditakrifkan dengan Sunnah. Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 48:

لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَّمِنْهَاجًا

Erti:

 “...Untuk tiap umat di antara kamu, kami jadikan (tetapkan) sesuatu syariat (aturan) & jalan agama (yang terang dan wajib diikuti oleh masing-masing)…”

            Berdasarkan Kamus Dewan manhaj dikaitkan dengan metodologi atau kaedah yang melihat kepada sudut cara dan ilmu. Ia merujuk kepada ilmu tentang metod, kaedah atau cara melalui penelitian di mana adanya satu sistem di dalamnya merangkumi prinsip-prinsip, kaedah-kaedah yang  jelas digariskan dan digunakan dalam sesuatu kegiatan untuk dikuti (sama ada melibatkan orang dan sebagainya) bagi membolehkan sesuatu kebenaran atau kerja tercapai kepada matlamat yang sebenar.  Maka manhaj dalam penafsiran al-Qur’an adalah merupakan satu ilmu tentang cara atau kaedah bagi mengkaji metod-metod berkait dengan al-Qur’an berpandukan garis panduan yang telah ditentukan atas kajian usaha yang dilakukan bermatlamat bagi mencapai natijah yang tepat dan benar.

Tafsir pula adalah kefahaman terhadap al-Qur’an itu sendiri di mana mereka yang berkecimpung dalam lapangan ini dikenali sebagai ulama’ tafsir atau mufassirun. Sesuatu penafsiran yang dapat diterima sebagai hujah oleh ahli-ahli tafsir mestilah mengandungi susunan ilmu bacaan (al-qiraat) yang lengkap, ilmu usul dan ilmu bahasa yang mencakupi nahu, saraf, balaghah, bayan, badi’ dan sebagainya.   Ia adalah satu cabang ilmu yang mengkaji dan membincangkan pengertian dan maksud ayat-ayat al-Qur’an, menjelaskan maksud lafaz yang samar serta mengeluarkan hukum dan hikmah dari maksud ayat tersebut. Segi bahasa tafsir berasal dari kata فسر– يفسر – تفسرا  bererti menjelaskan atau menyingkap. Menurut Ibnu Manzur tafsir ialah menerangkan maksud lafaz yang tidak jelas atau menyingkap sesuatu yang tertutup. Sudut istilah para ahli ilmu dan ulama’, tafsir adalah ilmu yang mengkaji mengenai maksud, lafaz ayat, hukum hakam, pengajaran dan manfaat dari al-Qur’an di mana penerangan diberikan kepada sesuatu perkataan atau ayat yang kabur dan samar.

Al-Qur’an pula dari sudut bahasa berasal dari kata asal qara’ قرأ yang bermaksud bacaan. Manakala dari segi istilah adalah kalam Allah dalam bahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s. secara mutawatir (beransur-ansur) dan dikira ibadat bagi sesiapa yang membacanya.

Di dalam kertas kerja ringkas ini akan dijelaskan berkaitan tujuan dan keutamaan ilmu tafsir Al Quran dan karya utama dalam bidang tafsir.

TUJUAN DAN KEUTAMAAN ILMU TAFSIR AL-QUR’AN

1. MEMAHAMI DENGAN LEBIH JELAS ISI KANDUNGAN AL-QUR’AN

Tujuan mempelajari yang utama berkait ilmu tafsir al-Qur’an antaranya ialah agar kita dapat memahami dengan lebih jelas isi kandungan al-Qur’an. Tanpa mempelajari ilmu tafsir, manusia tidak akan mampu untuk memahami akan makna-makna secara zahir dan batin (tersurat dan tersirat) daripada setiap ayat-ayat al-Qur’an, sebaliknya manusia hanya akan menafsirkan al-Qur’an mengikut akal semata-mata sedangkan ayat al-Qur’an tidak akan mampu difahami hanya dengan pengetahuan akal manusia yang terhad dan terbatas. Sekiranya ditelusuri sejarah penafsiran al-Qur’an, ianya bermula sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi. Bermula ketika Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama di Gua Hira’. Dapatlah dikatakan bahawa Rasulullah SAW merupakan mufassirin yang pertama di dalam sejarah Islam. Selanjutnya, ilmu tafsir ini diikuti oleh para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in sehinggalah kepada zaman ulama’ mutaakhirin. Displin ilmu ini adalah sangat ketat dengan tujuan untuk memelihara makna sebenar dari setiap ayat-ayat al-Qur’an tersebut.

2.  MEMAHAMI TUJUAN (ASBABUN NUZUL) SETIAP AYAT ITU DITURUNKAN

 

            Menafsirkan sesuatu ayat al-Qur’an adalah amat penting untuk seorang mufassirin mengetahui asbabun nuzul dari setiap ayat tersebut. Ini sekaligus menjelaskan bahawa ilmu tafsir mengajarkan setiap orang yang ingin mempelajari disiplin ilmu ini untuk mempelajari asbabun nuzul dari setiap ayat. Mengetahui asbabun nuzul, maka tafsiran sesuatu ayat itu tidak akan lari dari landasan sebenar maknanya. Ini dapat dilihat dari beberapa peristiwa penuruan ayat al-Qur’an, misalnya ayat dari surah al-Mujadilah ayat 1, sekiranya dibaca tanpa mengetahui akan asbabun nuzulnya, kita tidak akan mampu memahami dan menafsirkan ayat tersebut. Sebaliknya sekiranya memahami akan asbabun nuzul ayat tersebut, kita akan dapat mengetahui bahawa ayat itu diturunkan kepada Khaulah binti Tsa’labah, berkait dengan aduan beliau kepada Allah tentang rumahtangganya. Ini membolehkan para mufassirin dapat membuat tafsiran yang tepat mengenai ayat tersebut.


3. WUJUDKAN KEYAKINAN DAN RASA TAQWA YANG TINGGI KEPADA ALLAH

            Ilmu tafsir merupakan ilmu yang mengkaji secara mendalam akan setiap makna-makna ayat al-Qur’an. Malahan di setiap kajian itu kita akan lebih menyelami akan setiap makna-makna ayat tersebut. Kajian ilmu tafsir al-Qur’an, kita dapat juga melihat bukti-bukti yang nyata, yang telah Allah Taala tunjukkan melalui alam. Pelbagai bukti sejarah telah menguatkan kenyataan apa yang telah difirmankan oleh Allah Taala, begitu juga dengan ilmu sains. Sekiranya dikaji secara ilmu tafsir mengenai ayat-ayat kauniyah, dan melihat bukti secara nyata pada alam, misalnya mengenai kejadian dua ombak di lautan, tentang kejadian manusia dan kejadian penciptaan alam ini, maka manusia akan semakin meyakini bahawa al-Qur’an merupakan mukjizat yang paling agung dan merupakan firman Allah yang disampaikan kepada manusia untuk dijadikan pedoman.

 

KEPENTINGAN DAN KEPERLUAN TAFSIR AL-QUR’AN KEPADA MANUSIA

1.    DARJAT ILMU YANG PALING TINGGI LAGI MULIA

 

Diriwayatkan oleh Saidina Uthman R.A., Rasulullah SAW bersabda:

عن عثمان بن عفان -رضي الله عنه- عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: «خَيرُكُم من تعلَّمَ القرآنَ وعلَّمَهُ».  
[صحيح.] - [رواه البخاري.]

"Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Alquran dan mengajarkannya."

 [HR. Bukhari]

Ilmu tafsir adalah ilmu yang mengkaji dan memperjelas akan makna al-Qur’an. Umum mengetahui bahawa al-Qur’an adalah kalamullah yakni terkandung di dalamnya firman-firman dari Allah Yang Maha Agung. Tidak ada suatu perkara, ayat dan perkataan yang lebih agung selain dari kitab suci al-Qur’an itu sendiri. Ilmu yang terkait dengan kajian mengenai firman-firman Allah Yang Maha Agung diletakkan pada darjat dan kemuliaan yang tinggi termasuk ilmu yang berkait dengan penafsiran al-Qur’an. Ibnu Qayyim pernah mengatakan bahawa kemuliaan sesuatu ilmu itu bergantung kepada kandungan apa yang dipelajari dalam ilmu tersebut. Jadi tidak dapat dinafikan lagi tingkat kemuliaan ilmu tafsir al-Qur’an sebagai ilmu yang paling mulia.

 

2. MENJADI PETUNJUK DAN PEDOMAN YANG BENAR SERTA TERHINDAR DARI KESESATAN YANG NYATA

 

Al-Qur’an diturunkan kepada umat manusia bukanlah sekadar hanya untuk dibaca, sebaliknya ia menjadi pedoman dan panduan dalam mengemudi kehidupan manusia di setiap masa, keadaan dan tempat. Setiap ilmu berkaitan dengan al-Qur’an haruslah diperolehi dengan cara berguru. Ini boleh diambil iktibar dari peristiwa Rasulullah SAW sendiri yang mempelajari ilmu al-Qur’an dari malaikat Jibril a.s.. Tanpa mempelajari ilmu tafsir dan berguru, manusia tidak akan mampu untuk menafsirkan makna sesuatu ayat di dalam al-Qur’an kerana keterbatasan akal. Bagi mengelak dan menghindari manusia tersilap hingga sampai ke tahap sesat khususnya dalam al-Quran, maka sewajarnya manusia mempelajari ilmu tafsir al-Qur’an dan menyampaikan tafsiran tersebut kepada golongan manusia yang lain agar terhindar dari kesesatan.

Al-Qur’an mempunyai susunan bahasa yang tinggi dan terlalu indah yang tidak mampu ditafsir oleh orang awam. Hanya golongan yang tertentu sahaja digolongkan sebagai ahli tafsir dan mampu menafsir al-Qur’an. Selanjutnya tafsiran itu disebarkan untuk manfaat orang awam agar mampu memahami akan makna sebenar di dalam ayat-ayat al-Qur’an. Imam at-Tabari di dalam tafsirnya ada menyatakan mengenai kata-kata Ibnu ‘Abbas:

“Allah memberi jaminan kepada sesiapa yang membaca serta mengikuti ajaran yang ada di dalam al-Qur’an, maka orang itu tidak akan sesat di dunia serta tidak pula sengsara di akhirat”.

 

3. MENDAPAT KELAZATAN DALAM MELAKSANAKAN IBADAH DAN KETIKA MEMBACA AL-QUR’AN

 

Sesuatu ibadah yang kita lakukan tanpa mengetahui sebab dan makna apa yang dilakukan itu, maka kita akan hilang penghayatan dan keseronokkan dalam melaksanakannya. Sesuatu ibadah itu hanyalah menjadi satu ibadah yang zahir sahaja tanpa roh kenikmatan ibadah tersebut. Begitu juga dengan membaca al-Qur’an. Sekiranya tidak ada ilmu penafsiran al-Qur’an dan tidak ada sesiapa pun yang menafsirkan al-Qur’an, maka al-Qur’an hanya akan menjadi sekadar bacaan di mulut,tetapi tiada penghayatan di dalam maknanya. Apabila tidak ada penghayatan di dalam pembacaan, maka bacaan al-Qur’an itu akan hilang kelazatannya. Imam Tabari mengatakan bahawa beliau hairan bagaimana seseorang itu membaca al-Qur’an, namun tidak mengetahui akan tafsirannya. Ini kerana bagi beliau seseorang yang membaca tanpa mengetahui tafsirnya tidak mungkin akan dapat merasai kelazatan bacaan tersebut. Di dalam Musnad Imam Ahmad bin Hanbal terdapat sebuah hadith yang mafhumnya:

“Akan ada satu golongan di akhir zaman yang mereka membaca al-Qur’an tetapi tidak melebihi kerongkong mereka”. Ini adalah satu dalil yang menyatakan bahawa perlunya ilmu penafsiran al-Qur’an yang benar, serta perlunya seseorang itu bukan sekadar membaca, tetapi sebaliknya mengetahui tafsir al-Qur’an agar al-Qur’an itu dihayati.

Perlakuan ibadah seperti solat misalnya, mewajibkan surah al-Fatihah dan juga disunatkan membaca bacaan ayat-ayat al-Qur’an yang lain di dalam perlakuan solat tersebut. Namun begitu, seseorang itu tidak akan dapat mencapai kekhusyukan dan kelazatan melakukan ibadah solat sekiranya tidak memahami makna dan tafsiran setiap ayat yang dibaca.

 

SYARAT-SYARAT PENAFSIR AL-QUR’AN

 

Seseorang penafsir itu perlu memenuhi beberapa kriteria dan syarat sebelum ia layak digelar sebagai seorang penafsir al-Qur’an. Syarat pertama ialah mempunyai aqidah yang betul. Seorang penafsir harus mempunyai aqidah yang selari dengan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan tidak beraqidah selain dari itu seperti Muktazilah dan sebagainya. Ini kerana asas akidah adalah intipati utama seseorang penafsir itu. Kedua, seorang penafsir itu mestilah seorang yang tidak mengikuti hawa nafsunya malah mampu mengawalnya khususnya ketika membuat penafsiran al-Qur’an. Seorang penafsir yang menafsir dengan nafsu dikhuatiri hanya menafsirkan al-Qur’an mengikut kehendaknya sahaja.

Kriteria yang ketiga, keempat, kelima dan keenam ialah seorang penafsir itu mesti menafsirkan al-Qur’an berpandukan kaedah dan cara iaitu:

(1) Tafsiran al-Qur’an dengan al-Qur’an iaitu melihat ayat al-Qur’an yang menjelaskan berkenaan ayat al-Qur’an yang lain.

(2) Tafsiran al-Qur’an dengan as-Sunnah

(3) Tafsiran merujuk kepada perkataan sahabat

(4) Tafsiran merujuk kepada perkataan tabi’in

Kriteria ketujuh ialah seorang penafsir itu mesti menguasai ilmu berkaitan bahasa Arab merangkumi ilmu nahu, sorof, balaghah dan sebagainya. Ini kerana al-Qur’an diturunkan di dalam bahasa Arab, jadi seharusnya orang yang menguasai ilmu bahasa Arab sahaja yang mampu untuk menafsirkan ayat al-Qur’an. Seterusnya seorang penafsir perlu menguasai ilmu yang berkaitan dengan ilmu tafsir al-Qur’an termasuk mahir dalam membezakan antara tafsir dan takwil dalam ayat-ayat al-Qur’an. Syarat lain bagi seorang penafsir adalah perlunya mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai al-Qur’an itu sendiri contohnya ilmu asbabul nuzul, ayat makiyyah dan madaniyyah.

BENTUK PENAFSIRAN AL-QUR’AN

Para ulama’ tafsir menjelaskan ada empat bentuk(alwanu) dalam mentafsirkan al-Qur’an.  Antara bentuk  tersebut adalah bentuk tahlili, ijmali, al muqaran, dan maudhu’i.[1] Al Tafsir al tahlili adalah tafsir dengan menghurai dan menganalisa ayat-ayat al-Qur’an secara berurutan dengan membahas segala makna dan aspek yang terkandung di dalamnya.  Bentuk tahlili ini memberi perhatian sepenuhnya kepada semua aspek yang terkandung dalam al-Qur’an mencakupi al munasabah (hubungan), asbab nuzul (sebab turun), al mufradat (kosa kata), fasahah, bayan dan I’jaz (ayat berkaitan balaghah), al ahkam fil ayah (dengan melakukan intinbath sehingga diperolehi hukum fiqh dari ayat yang sedang ditafsirkan, al hadis, dan apabila tafsir bercorak saintifik, maka pendapat pakar dalam bidang dijadikan rujukan mufassir.

Secara umumnya  terdapat tujuh(7) metod dalam pentafsiran Al Quran:

1.     Al Tafsir bil ma’thur – tafsir yang menggunakan riwayat-riwayat sebagai penafsiran

2.     Al tafsir bil al ra’yi – tafsir yang menggunakan metod ijtihad.

3.     Al tafsir al Shufi- tafsir yang dikarang langsung oleh seorang sufi.

4.     Al tafsir Al Fiqh – penafsiran atas ayat al Quran yang berhubungan dengan fiqh

5.     Al Tafsir al falsafi – penafsiran Al Quran yang dikaitkan dengan persoalan falsafah

6.     Al tafsir al ilmi – penafsiran yang menggunakan pendekatan ilmu pengetahuan

7.     Al tafsir al adabi al ijtima’i -  corak tafsir yang menjelaskan petunjuk-petunjuk ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan langsung dengan masyarakat, serta usaha-usaha untuk menanggulangi penyakit-penyakit masyarakat atau masalah-maslah mereka berdasarkan petunjuk ayat-ayat, dengan mengemukakan petunjuk-petunjuk tersebut dalam bahasa yang mudah dimengerti tapi indah didengar.

Tafsir al ijmali ialah bentuk tafsir yang mengemukakan penafsiran ayat-ayat al-Qur’an secara global.  Para mufassir hanya mentafsirkan al-Qur’an secara garis besar, tanpa perincian sama sekali.  Contoh tafsir ini ialah Tanwir al-Miqbas min Tafsir ibn Abbas, karya Ibnu Abbas dan

Tafsir al-Qur'an Al-Azhim, karya Imam Jalal al-Din al-Suyuti dan Jalal al-Din Al Mahalli.

Tafsir al Muqaran (tafsir perbandingan) ialah tafsir yang menggunakan bentuk analogi di mana dibandingkan ialah pentafsiran satu ayat dengan ayat yang lain.  Contoh kitab tafsir yang dalam kategori ini ialah The Quran and Its Interpreters karya Mahmud Ayyoub. Tafsir ini cuba memperbandingkan beberapa tafsir dari para mufassir yang berbeda latar belakang aliran, mazhab dan disiplin ilmunya, seperti Ibnu Araby (tafsir sufi), Ibnu Katsir (mazhab Syafi‟I dan Salafi), Al-Wahidi (tafsir lughawi) Al-Qurthuby (mazhab Maliki), Al-Zamakhsyari (tafsir Mu'tazili), Al-Razy (tafsir Sunni), Al Qumi dan Al-Thabdil (Syi'ah klasik), Thabathaba'I (Syi'ah modern) dan Sayyid Quthb (ijtima'i).

Tafsir al maudhu’i atau tafsir tematik.  Tafsir ini menggunakan bentuk tematik dalam mentafsirkan al-Qur’an.  Yang dimaksud dengan tematik  adalah suatu tema yang ditetapkan oleh mufassirnya dengan menghimpun ayat-ayat yang berkaitan dengan tema tersebut menjadi satu kesatuan dan melakukan  analisis terhadap ayat-ayat tersebut secara spesifik dengan syarat dan langkah  khusus.  Contoh tafsir ini ialah AlInsan fi al-Qur'an dan Al-Mar'ah fi al-Qur'an karya Abbas Mahmud Aqqad, Al-Riba  fi al-Qur'an dan Al-Musthalahat al-Arba'ah fi al-Qur'an karya Abu Al-A'la al Maududi.  akhir-akhir ini tafsir tematik ini menjadi trend yang mendapat perhatian luas di kalangan para penafsir al-Qur'an. Berbagai kitab tafsir tematik dihasilkan oleh para mufassirnya.

 

KARYA UTAMA DALAM BIDANG TAFSIR DAN METOD-METODNYA

KARYA TAFSIR BIL MATSUR

 


  jami’ al bayan ‘an takwil ayy al quran

 

Biografi penulis

Nama lengkap penulis kitab tafsir ini adalah Abu Ja‘far Muhammad bin Jarir al-Thabari. Beliau dilahirkan di Amul, Thabaristan, pada tahun 224 H, dan meninggal dunia tahun 310.

 

 

Deskripsi tafsir

1. Berpegang pada penafsiran dari Nabi saw, Sahabat, dan tabi‘un

(al-tafsir bi al-ma’tsur)

2. Kesahihan sanad dalam setiap riwayat

3. Tarjih al-aqwal (memilih yang paling kuat di antara berbagai

pendapat)

4. Menguraikan sisi i‘rab setiap ayat

5. Ketelitian dalam mengambil hukum syara’ dalam ayat al Qur’an

 


  Tafsir Ma‘alim al-Tanzil

Biografi penulis

Nama lengkap penulis ialah al-Husin bin Mas‘ud al-Bagawi. Seorang yang ahli dalam bidang fiqih, tafsir, dan hadis, yang dijuluki muhyi al-sunnah (yang menghidupkan sunnah). Beliau lahir sekitar tahun 430 di daerah Bag, Khurasan, dan wafat di Muru al Rauz pada tahun 510.

 

 

 

 

 

 

Deskripsi tafsir

1. Tafsir al-Bagawi ini tidak banyak menjelaskan tentang i‘rab, balagah, persoalan akidah, namun hanya cukup mencantumkan pendapat ulama salaf

2. Mengenai kitab tafsir ini, Ibnu Taimiyah pernah berkata: “Tafsir al-Bagawi merupakan ringkasan dari tafsir al-Sa‘labi, namun tafsir al-Bagawi terhindar dari hadis-hadis palsu dan pendapat yang sesat”

3. Keistimewaan tafsir al-Bagawi ini antaranya adalah penafsirannya tidak terlalu panjang yang membosankan, tidak juga terlalu ringkas, bersumber pada al-Qur’an, hadis Nabi, pendapat sahabat, tabi‘in dan para ulama mujtahid, menguraikan asbab al-nuzul, serta menyebutkan hokum-hukum fiqih yang terdapat dalam ayat al-Qur’an

4. Tafsir al-Bagawi ini juga tidak banyak menjelaskan tentang i‘rab, balagah, persoalan akidah, namun hanya cukup mencantumkan pendapat ulama salaf

 


 

Al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-‘Aziz

Biografi Penulis

Nama penulisnya ialah Abu Muhammad ‘Abd al-Haqq bin Galib bin ‘Athiyyah al-Andalusi. Lahir tahun 481H di Tawalla al-Qadha’, al-Mariyyah, Andalusia, dan wafat di Luraqah, Maroko, pada tahun 541H.

 

 

 

 

 

Deskripsi tafsir

1. Berkenaan dengan Ibnu ‘Athiyyah, Ibnu Juzziy al-Gurnathi pernah berkata: “Adapun kitab tafsir Ibnu ‘Athiyyah merupakan karya yang paling baik dan paling seimbang. Ia melihat dari karya-karya yang ditulis sebelumnya, kemudian dikoreksi dan diringkas. Ia juga mempunyai ungkapan yang bagus, pandangan yang dalam, serta selalu menjaga sunnah”

2. Di dalam tafsirnya, Ibnu ‘Athiyyah menyebutkan ayat kemudian ditafsirkan dengan ungkapan yang enak dan mudah dipahami, merujuk pada sumber penafsiran bi al-ma’tsur, menukil dari tafsir Ibnu Jarir al-Thabari, terkadang mendiskusikan di antara berbagai pendapat, banyak menyertakan dalil dari syair Arab, mengkaji makna ayat dengan ilmu bahasa Arab, perhatian yang lebih terhadap pembahasan nahu, lebih banyak menguraikan pembahasan terkait perbedaan qira’at yang saling menafsirkan satu sama lain

           


         

 Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim

Biografi Penulis

Nama lengkap penulis ialah Abu al-Fida’ ‘Imad al-Din Isma‘il bin ‘Amr bin Katsir al-Dimasyqi. Ia dilahirkan di Bushra, Syam, tahun 700 H., dan wafat tahun 774 H.

 

 

 

 

 

 

 

 

Deskripsi tafsir

1. Tafsir Ibnu Katsir termasuk karya tulis yang paling terkenal dalam al-Tafsir bi al-Ma’tsur, yang menduduki urutan kedua setelah tafsir Ibnu Jarir al-Thabari. Metode yang ia tempuh dalam menjelaskan tafsirnya, pertama-tama menyebutkan ayat, kemudian ditafsirkan dengan ungkapan yang mudah dan singkat. Setelah itu, mengumpulkan dan membandingkan ayat-ayat lain yang sesuai dengan tema ayat yang sedang dibahas, sehingga tafsir Ibnu Katsir ini dianggap sebagai kitab tafsir yang paling banyak uraian tentang ayat-ayat yang sesuai dengan satu tema

2. Ia juga mencantumkan hadis-hadis marfu‘ yang berkaitan dengan ayat, dan terkadang menjelaskan apa yang dapat dijadikan dalil dari ayat tersebut dan apa yang tidak bisa dijadikan dalil. Penjelasan ini diiringi dengan berbagai pendapat sahabat, tabi‘in, dan ulama salaf, serta mengambil pendapat terkuat (tarjih) di antara pendapat tersebut. Ibnu Katsir merupakan pakar dalam bidang hadis, khususnya dalam ilmu al-jarh wa al-ta‘dil, sehingga ia melemahkan beberapa riwayat dan menerima yang lain, menguatkan beberapa perawi dan menolak yang lain. Selain itu, Ibnu Katsir memperingatkan akan riwayat Isra’iliyyat yang terdapat dalam penafsiran bi al-ma’tsur ini, terkadang secara global dan terkadang terperinci. Secara umum, tafsir Ibnu Katsir ini merupakan karya yang paling utama dalam bidang tafsir al-Qur’an

 

 

 

 


 Al-Durr al-Mantsur fi Tafsir bi al-Ma’tsur

Biografi Penulis

Nama lengkap penulisnya ialah Jalaluddin ‘Abdurrahman bin Abi Bakr al-Suyuthi. Ia dilahirkan tahun 849 H. dan wafat pada tahun 911 H.

 

 

Deskripsi tafsir

1. Kitab tafsir Al-Durr al-Mantsur ini juga berbentuk kumpulan (aljam‘) dari berbagai kitab. Ia hanya mencantumkan riwayat-riwayat dari ulama salaf tanpa ada komentar dan penilaian, sehingga saling campur aduk antara riwayat yang sahih dengan riwayat yang lemah

 

KARYA-KARYA TAFSIR BI AL-RA’Y

 

Terdapat banyak kitab tafsir ini, di antaranya:

 Al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq al-Tanzil wa ‘Uyun al-Aqawil fi Wujuh

                                                  al-Ta’wil

Biografi Penulis

Nama lengkapnya Abu al-Qasim Mahmud bin ‘Umar alZamakhsyari al-Mu‘tazili, yang bergelar Jar Allah. Ia dilahirkan pada tahun 467H. di Zamakhsyar, salah satu daerah di Khawarizim. Setelah ia belajar banyak ilmu, ia pergi ke Mekkah, dan menulis kitab tafsir al-Kasysyaf di sana. Ia kemudian kembali ke Khawarizim, dan meninggal dunia di sana pada tahun 538H. Al-Zamakhsyari merupakan salah satu pakar ilmu bahasa Arab, yang bermazhab Hanafi, berakidah Mu‘tazilah.

Deskripsi Tafsir

Dalam tafsirnya ini, al-Zamakhsyari lebih memfokuskan pada pembahasan segi kemukjizatan al-Qur’an (al-i‘jaz al-Qur’ani), keindahan susunan dan ungkapan al-Qur’an (al-balaghah). Oleh karena itu, para ulama memberikan peringatan agar berhati-hati ketika membaca dan menukil tafsir al-Zamakhsyari ini.

 


 Mafatih al-Gaib

 

 

Biografi Penulis

Nama lengkap penulisnya ialah Abu ‘Abdullah Muhammad bin ‘Umar al-Razi, yang bergelar Fakhr al-Din. Ia dilahirkan di al-Rayy pada tahun 544H. dan wafat di Hirah di tahun 606H. Al-Razi banyak belajar berbagai disiplin ilmu, sehingga ia menjadi pakar (imam) dalam bidang tafsir, teologi, logika, mantiq, dan filsafat.

Deskripsi Tafsir

Kitab Mafatih al-Ghaib merupakan karya tafsir yang paling luas membahaskan ilmu teologi. Ilmu logika sangat mempengaruhi penafsirannya, sehingga ia lebih banyak menggunakan metode kaum teologis dan filosof dalam kitabnya. Selain itu, ia juga banyak menguraikan penafsirannya dengan ilmu eksak, biologi, falak, dan kedoktoran.

 


  Al-Bahr al-Muhith

Biografi Penulis

Nama lengkap penulis adalah Abu ‘Abdullah Muhammad bin Yusuf bin Hayyan al-Andalusi, yang lebih dikenal dengan nama Abu Hayyan. Ia lahir pada tahun 654H di salah satu daerah Gurnathah, dan wafat di Kairo tahun 745H. Pada zaman itu, ia seorang ahli nahwu, bahasa, tafsir, hadis, qira’at, sejarah, dan sastra.

Deskripsi Tafsir

Kitab tafsir al-Bahr al-Muhith ini dicetak dalam 8 jilid yang besar. Di dalamnya, Abu Hayyan memfokuskan pembahasan tafsirnya dari segi i‘rab dan nahwu, serta perbedaan pendapat di antara para pakar nahwu. Ia juga menguraikan makna kosa kata dan penggunaannya di dalam ayat, masalah qira’at bersadarkan tinjauan nahwu dan balagah. Oleh karena itu, kitab tafsir ini lebih sesuai disebut dengan kitab nahwu.



 Irsyad al-‘Aql al-Salim ila Mazaya al-Qur’an al-Karim

Biografi Penulis

Nama lengkap penulisnya ialah Abu al-Sa‘ud Muhammad bin Muhammad bin Mushthafa al-‘Imadi.16 Ia lahir pada tahun 893H di salah satu daerah al-Qisthinthiniyyah, dan wafat di sana pada tahun 982H.

 

 

Deskripsi Tafsir

Kitab tafsir Abu Hayyan ini banyak merujuk pada penafsiran al-Zamakhsyari dalam kitab al-Kasysyaf, dan al-Baidhawi dalam kitab Anwar al-Tanzil. Walaupun demikian, ia tidak terpengaruh dengan pemikiran Mu‘tazilah. Keistimewaan kitab tafsir ini ialah dengan kajiannya yang banyak membahas segi balaghah di dalam al-Qur’an, serta penjelasan yang mendalam terkait makna kosa kata di dalam susunan kalimat al-Qur’an.

 


 Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa al-Sab‘ al  

                                                     Masani

Biografi Penulis

Nama lengkap penulisnya adalah Abu al-Shana’ al-Sayyid Mahmud Syihab al-Din al-Alusi. Ia lahir tahun 1217H, di al-Karkh, Bagdad, dan meninggal dunia di Baghdad tahun 1270 H. Deskripsi Tafsir Kitab tafsir al-Alusi ini banyak merujuk pada penafsiran kaum Sunni, dan menolak berbagai  pemikiran kaum Mu‘tazilah dan kaum Syi‘ah di dalamnya. Pembahasan dalam tafsirnya ditinjau dari berbagai disiplin ilmu, seperti astronomi dan falak. Selain itu, ia juga menguraikan pembahasan nahwu, pembahasan hukum dan dalil fiqih, serta mengkritik kisah-kisah Isra’iliyyat dalam tafsirnya.

KARYA-KARYA TAFSIR MODEN

Banyak terdapat kitab tafsir yang ditulis pada masa moden di antaranya:

 


Mahasin al-Ta’wil

 

Biografi Penulis

Nama lengkapnya ialah Muhammad Jamal al-Din bin Muhammad Sa‘id bin Qasim.  Ia lahir tahun 1283H di Damaskus, dan wafat juga di sana pada tahun 1332H.

Deskripsi Kitab

Kitab tafsir ini lebih dikenal dengan nama tafsir al-Qasimi. Kitab ini dicetak dalam 17 jilid, dengan pendahuluan (muqaddimah) pada jilid pertama. Di dalam pendahuluannya, ia menyebutkan tentang kaedah dan faedah tafsir, serta sebahagian rahsianya. Sedangkan di dalam kitab tafsirnya sendiri, banyak terdapat uraian yang panjang dari pendapat ulama salaf, yang diiringi dengan dalil-dalil dari hadis sahih dan kajian kebahasaan. Ia tidak mencantumkan kritik terhadap riwayat-riwayat naql tersebut, kerana ia meyakini bahwa seseorang tidak punya hak pendapat peribadi dalam masalah tersebut.

 


 Tafsir al-Manar

Biografi Penulis

Nama penulisnya adalah Muhammad Rasyid bin ‘Ali bin Ridha.21 Ia lahir di Desa Qalmun, Tarabalas Utara, Syam pada tahun 1282 H, dan wafat di Kairo di tahun 1354 H. Tafsir al-Manar ada dua bahagian:

1. Bahagian pertama yang ditulis oleh Muhammad ‘Abduh. Pada bahagian ini lebih banyak penafsiran bi ra’y atau akal, sedikit sekali penafsiran bi al-ma’tsur. Selain itu, juga dijelaskan mengenai ketentuan-ketentuan di dalam masyarakat dan cara memperbaikinya.

2. Bahagian kedua yang ditulis oleh Rasyid Ridha. Pada bagian ini lebih banyak penafsiran bi al-ma’tsur, yang didasari dengan dalil hadis-hadis Nabi SAW. Rasyid Ridha pernah berkata: “Tatkala aku melanjutkan tafsirnya Muhammad ‘Abduh, aku mengambil metod yang berbeda darinya. Di dalamnya, aku menafsirkan ayat dengan mengambil sumber dari hadis-hadis yang sahih, baik yang berkaitan dengan tafsir atau hukumnya”.

 


 Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan

Biografi Penulis

Nama lengkapnya ialah ‘Abdurrahman bin Nashir Ali Sa‘di. Ia lahir pada tahun 1307H. dan wafat tahun 1376H di ‘Unaizah, al Qashim.

Deskripsi Kitab

Kitab tafsir ini terdiri dari 7 jilid, yang berusaha meringkas setiap penjelasan makna ayat. Ia hanya menguraikan makna global ayat dan penjelasan yang singkat, yang ia kumpulkan dari sekelompok ayat, lalu ditafsirkan ayat per ayat. Selain itu, ia juga menguraikan terkait tafsir asma’ dan sifat Allah, segi keterkaitan (munasabah) antara ayat, hikmah dan rahasia sebahagian hukum-hukum syara’. Begitu pula, terkadang ia menerangkan faedah suatu ayat, berupa petunjuk al-Qur’an dan hukum-hukum yang terkandung di dalamnya, serta menolak adanya riwayat Isra’iliyyat.

 


 Fi Zhilal al-Qur’an

Biografi Penulis

Nama lengkapnya adalah Sayyid bin al-Hajj Quthb bin Ibrahim, yang lahir pada tahun 1906M. Ia menyelesaikan studi pada Institut Dar al-‘Ulum pada tahun 1933M dan terlibat aktif dalam kegiatan mengajar selama beberapa tahun. Ia juga bekerja di Kementerian Pendidikan Mesir. Setelah itu, ia pergi ke Amerika untuk mendalami metodologi pendidikan untuk bagaimana dapat diterapkan di Mesir, semata-mata karena kegigihannya dalam berdakwah. Setelah pulang dari Amerika, semakin bertambah semangatnya untuk berdakwah, yang ia wujudkan dengan bergabungnya dalam organisasi al-Ikhwan al-Muslimun (awal dibentuk tahun 1951M) pada tahun itu juga.

Deskripsi Kitab

Kitab tafsir ini bercorak sastera yang mengkaji sisi sosial masyarakat sebagaimana yang digambarkan oleh al-Qur’an. Metode sastera ini belum pernah dilakukan oleh Sayyid Quthb sebelumnya. Di dalamnya, ia meneliti sisi kehidupan masyarakat yang digambarkan oleh al-Qur’an, kemudian diterapkan dalam kehidupan masyarakat sekarang sesuai dengan petunjuk dan prinsip dakwah yang benar. Setelah itu, ia juga mengkaji irama suara dan bunyi yang keluar dari ucapan kata-kata al-Qur’an, serta susunan kalimat-kalimatnya. Metod ini belum pernah ada yang melakukannya dalam kajian ilmu tafsir. Adapun teknik pemaparan tafsirnya ialah, secara singkat, Sayyid Quthb memulai pembahasan setiap surah dangan sebuah pendahuluan, yang menjelaskan tema dan pokok pembahasan surat tersebut. Setelah itu, ia menguraikan satu kelompok dari beberapa ayat, dengan mengaitkan hubunga (munasabah) antara ayat tersebut. Penafsiran tersebut disertai dengan pembahasan kebahasaan (al-lugawiyyah), nahu, perbedaan hukum fiqih, serta meninggalkan riwayat Isra’iliyyat.

 


 Tafsir al-Munir

Biografi Penulis

Tafsir al-Munir ditulis oleh seseorang yang memiliki nama lengkap Wahbah bin Mustafa al-Zuhaili, beliau dilahirkan pada 6 Maret 1932M/1351H, bertempat di Dair ‘Atiyyah di kecamatan Faiha, Propinsi Damaskus, Syria. Dilahirkan dari seorang ayah bernama Mustafa al-Zuhaili dan Hajjah Fatimah binti Mustafa Sa’adah. Beliau lahir dari kedua orang tua yang antusias terhadap dunia Pendidikan. Wahbah az-Zuhaili memulai pendidikannya pada Madrasah Ibtidaiyyah di kampungnya hingga sekolah formal, pada tingkat sarjana beliau memilih kuliah di Fakulti Syariah Universiti Damaskus. Fakulti Syariah menjadi tempatnya mengasah ketajaman pengetahuannya sampai beliau mendapatkan gelar sarjananya pada tahun 1952M. Selain itu beliau juga mengambil fakulti Pendidikan Islam di Universiti Al-Azhar Kairo dan menyelesaikannya pada 1956M. Tak puas sampai di sana, beliau melanjutkan tingkat sarjana dan doctor falsafah di universiti yang sama dan berhasil meraih gelaran doktor pada 1963H.

 

 

Deskripsi Kitab

Corak tafsir yang digunakan adalah corak sasetra (adabi) dan sosial kemasyarakatan (ijtima’i) atau jika digabung menjadi adabi-ijtimai. Namun demikian, nuansa fiqih juga sangat terasa dalam kajian tafsir ini, hal ini mengingat ilmu fiqih merupakan satu ilmu yang ditekuninya. Dengan tetap berpijak pada pendapat-pendapat mufassir klasik, Wahbah Zuhaili menyandarkan tiang penafsirannya pada karya-karya mufassir sebelumnya seperti Tafsir al-Kabir karya Fakhruddin Ar-Razi, tafsir al-Bahr al-Muhith karya Abu Hayyan, tafsir Ruhul Ma’ani karya Al-Alusi, tafsir Al-Kassyyaf karya Zamakhsyari, dan lain sebagainya. Tafsir al-Munir adalah tafsir kontemporari yang padat dengan ilmu pengetahuan keislaman, mengkaji makna al-Qur’an melalui tafsir al-Munir memberikan alternatif positif untuk memahami Islam secara bijak dan arif.

TAFSIR ALAM MELAYU



 Tafsir Nur Ihsan

Biografi Penulis

Syeikh Muhammad Sa’id bin Omar Qadi Jitra al-Qadhi (1275H/1857M - 1350H/1932M). Kitab Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah kitab yang mentafsir al-Qur’an dalam bahasa Melayu Pengarang kitab ini adalah merupakan Qadhi daerah Jitra, Kedah. Tafsir Nur al-Ihsan merupakan tafsir kedua yang ditulis didalam bahasa Melayu/Jawi selepas Turjuman al-Mustafid oleh Syaikh ‘Abdur Rauf ‘Ali al-Fanshuri.

Deskripsi Kitab

Kandungan karya ini adalah lengkap dan menyeluruh mencakupi penerangan seperti asbab nuzul ayat, fadilat-fadilat, permasalahan fiqah, ayat al-Mutashabihat, al-Nasikh dan al-Mansukh serta kisah-kisah umat terdahulu.

 

 


 Tafsir Al Azhar[3]

 

Biografi Penulis

Hamka merupakan nama pena dari Haji ‘Abdul Malik Karim Amrullah. Lahir di Maninjau Sumatera Barat, pada 16 Februari 1908 dan wafat di Jakarta, 24 Julai 1981. Beliau dikenal sebagai seorang ulama, tokoh pergerakan, wartawan, dan sasterawan-pengarang (pujangga) Islam.  Di zaman Orde Lama beliau pernah meringkuk dalam tahanan selama dua tahun empat bulan (27 Januari 1964 - 21 Januari 1967) dengan tuduhan berkhianat terhadap tanah airnya sendiri. Dalam kesempatan itulah ia menyelesaikan Tafsir Al-Azhar-nya yang sebelumnya pernah beliau tulis ketika berada di Kebayoran Baru.

Deskripsi Kitab

Hamka menggunakan metod-metod berikut ini ketika menafsirkan al-Qur’an:

a.         Tafsir al-Qur’an dengan al-Qur’an

b.         Tafsir al-Qur’an dengan Hadis

c.         Pendapat Sahabat dan Tabi’in

d.         Pengambilan Riwayat dari Kitab Tafsir Muktabar

e.         Pengambilan Riwayat dari Kitab Tafsir Muktabar

f.          Penafsiran dengan Pendapat (ra’yu) Sendiri

Prof.Dr.Hamka dalam tafsirnya menggunakan pendekatan tafsir bi al-Ma’sur sebagaimana yang beliau jelaskan sendiri dalam pendahuluan tafsirnya bahwa al-Qur’an terbagi ke dalam tiga bahagian besar (fiqhi, aqidah dan kisah) yang menjadi keharusan (bahkan wajib dalam hal fiqhi dan akidah) untuk disoroti oleh sunnah tiap-tiap ayat yang ditafsirkan tersebut.

 

 

Kelebihan dan Kekurangan Tafsir Al-Azhar

a.       Kelebihan Tafsir Al-Azhar

1)       Berbahasa Indonesia. Sehingga tafsir ini mudah difahami oleh bangsa Indonesia yang umumnya kesulitan membaca buku-buku berbahasa Arab.

2)      Tafsir ini menyajikan pengungkapan kembali teks dan maknanya serta  penjelasan dalam istilah-istilah agama mengenai maksud bahagian-bahagian tertentu dari teks.

3)       Tafsir ini dilengkapi materi pendukung lainnya seperti ringkasan surat, yang membantu pembaca dalam memahami materi apa yang dibicarakan dalam surat-surat tertentu dari al-Qur’an.

4)       Dalam tafsir ini juga Hamka berusaha mendemonstrasikan keluasan pengetahuannya pada hampir semua disiplin bidang-bidang ilmu agama Islam, ditambah juga dengan pengetahuan-pengetahuan non keagamaannya yang begitu kaya dengan informatif.[16]

5)       Dalam penyajiannya Hamka terkadang membicarakan permasalahan, antropologi, sejarah; seperti ketika menafsirkan lafad “Allah” ia mengaitkan dengan sejarah Melayu dengan mengutip sebuah tulisan klasik yang terdapat pada batu kira-kira ditulis pada tahun 1303, atau peristiwa-peristiwa kontemporari. Sebagai contoh ketika ia menafsirkan tentang pengaruh orientalisme terhadap gerakan-gerakan kelompok nasionalis di Asia pada abad ke-20.

b.      Kekurangan Tafsir Al-Azhar

1)        Dalam menyebutkan hadis kadang-kadang tidak menyebutkan sumbernya.

2)       2)  Hamka dalam melakukan penterjemahan menggunakan penterjemahan harfiah. Terjemahan seperti itu terkadang membuat terjemahan kurang jelas dan sulit ditangkap maksudnya secara langsung. Metod penafsiran berdasarkan penelusuran pemakalah, tafsir al-Azhar karya Prof. Dr. Hamka menggunakan metode Tahlili dalam menafsirkan ayat-ayat al-Qur’an. Sedangkan corak penafsiran yang mendominasi penafsiran Hamka adalah al-adab al-ijtima’i yang nampak terlihat dari latar belakang Hamka sebagai seorang sasterawan dengan lahirnya novel-novel karya beliau sehingga beliau berupaya agar menafsirkan ayat dengan bahasa yang dipahami semua golongan dan bukan cuma ditingkat akademik atau ulama, disamping itu beliau memberikan penjelasan berdasarkan kondisi sosial yang sedang berlangsung (pemerintahan orde lama) dan situasi politik ketika itu.

KESIMPULAN

Umat Islam seharusnya meningkatkan pemahaman mengenai ilmu tafsir Al-Qur’an terutamanya kepada mereka yang terlibat secara khusus dalam pengajian tafsir Al-Qur’an ataupun penafsir Al-Qur’an itu sendiri agar dapat memelihara makna sebenar ayat-ayat Al-Qur’an. Umat Islam seharusnya mengetahui mengenai kitab-kitab tafsir yang ada agar dapat memahami isi kandungan Al-Qur’an dengan menggunakan kitab tafsir yang benar, tepat dan betul

RUJUKAN

(1) Drs. H.A. Hafizah Dasuki, M.A., Ensiklopedia Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006

(2) Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) Edisi Keempat, 2017

(3) Tafsir Ibn Kathir, Dar al-Fikr, Beirut, 1986, Juz 2

(4) Syed Abdulrahman bin Haji Syed Hussin, Manhaj: Pengertian dan Kepentingannya Kepada Da’wah, Jurnal Usuluddin, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM), 1998

(5) Zetty Nurzuliana Rashed, Ab.Halim Tamuri,  Mohd Izzudin Pisol, Mohd Faeez Ilias, Siti Suhaila Ihwani, Peranan Al-Qur’an Sebagai Sumber Ilmu Pengetahuan Dan Hubungannya Dengan Sains, Kolej Universiti Islam Antarabangsa & Universiti Teknologi Malaysia, 2016

(6) Nashih Nashrullah, 5 Fungsi Asbabun Nuzul dalam Kajian Tafsir Alquran, Islam Digest, 16 Februari 2022

(7) Dr Hajah Sarinah binti Haji Yahya, Ilmu Tafsir Al-Qur’an Penting, Media Permata, 29 Mei 2018

(8) Sa’id Abu Ukkasyah, Keutamaan Mempelajari Tafsir Al-Qur’an, Mutiara Dakwah, 24 Januari 2022

(9) Muhammad Hafil, Sembilan Syarat Yang Harus Di Miliki Mufassir Alquran, Islam Digest, 25 Mac 2020

 

 



[1] M. Yunan Yusuf, Metode Penafsiran Al Quran, Syamil, vol 2, no 1, 2014, ms 59

[2] https://www.manis.fm/tafsir-nur-ihsan-tafsir-dari-ulama-melayu-berdialek-kedah/

[3] https://menzour.blogspot.com/2018/05/makalah-metode-dan-corak-tafsir-al-azhar.html


FORUM : NGO ANTARA KEBAJIKAN DAN KEUNTUNGAN

  poster program Antara peserta yang ahli panel Backdrop program