Posts

Showing posts from November, 2021

PENILAIAN ISU-ISU DAN CADANGAN PENYELESAIAN BERKAIT SOLAT JAMA’ DAN QASAR

  PENILAIAN ISU-ISU DAN CADANGAN   ENYELESAIAN BERKAIT SOLAT JAMA’ DAN QASAR Solehuddin Shuib, Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Khairulazhar Samsudin, Syed Mohd Jeffri bin Syed Jaafar 1 1Jabatan Fiqh dan Usul, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia KHULASAH Solat adalah ibadah badaniyah yang telah disyariatkan kepada umat Islam. Ini bermaksud dalam apa jua keadaan dan situasi solat mesti ditunaikan. Namun begitu dalam beberapa keadaan dan syarat tertentu, Islam memberi kelonggaran sebagai satu kemudahan atau rukhsah antaranya ketika bermusafir.  Kertas kerja ini memberi penerangan empat (4) imam mazhab berkaitan solat qasar dan solat jama’, menjelaskan isu-isu berkaitan solat qasar dan jama’ pada masa lalu danpada masa kini pada era COVID 19. Gabungan pandangan ulamak masa lalu dan semasa adalah penting bagi memudahkan umat Islam menjadikan ianya sebagai panduan dalam beribadat.   Kata kunci: Fiqh; Solat Qasar; Solat Jama’, Covid 19 PENDAHULUAN So