Posts

Showing posts from September, 2022

KEPIMPINAN DALAM ISLAM MENURUT PANDANGAN IBNU KHALDUN

F alsafah kepimpinan menurut Ibn Khaldun yang mensyaratkan pemimpin mesti daripada kalangan bangsa utama dalam wilayah yang dipimpin. Di dalam kitab mukaddimah sarjana Ibn Khaldun telah menulis pelbagai tajuk yang penting.  Antaranya berkaitan dengan kepimpinan.   Kepimpinan di dalam Islam adalah suatu perkara yang penting agar sesuatu negara itu teratur dan diurus dengan baik. Ibn Khaldun telah meletakkan empat syarat wajib bagi pemimpin iaitu ilmu, keadilan, kesanggupan atau kemampuan, pancaindera yang elok.  Ditambahi satu syarat yang dieprdebatkan iaitu mestilah dari golongan Quraisy.  Prasyarat ini didasarkan kepada Hadits kepemimpinan dari kaum Quraisy secara tekstual memang jelas berbunyi demikian ( الأئمة من  قريش) Quraisy merupakan anak keturunan Nadhar bin Kinanah. Setelah mengambil kelas ini, bagi saya maklumat ini adalah sesuatu yang baru bagi saya.  Apabila diperjelaskan pula yang makna Quraisy ini dikaitkan pula dengan asobiyah. Maka saya menjadi semakin keliru.  Adakah t

Definisi ilmu menurut pemikiran falsafah Islam

  Definisi ilmu Ilmu menurut bahasa bererti pengetahuan.  Para ulama  mendefinisikannya sebagai pengetahuan akan kebenaran berdasarkan dalil, atau penemuan sesuatu secara hakiki.  Dengan definisi ini, kita dapati ianya berbeza dengan tsaqafah.  Tsaqafah adalah pemahaman secara umum terhadap sesuatu ilmu, sedangkan ilmu adalah pemahaman khusus lagi mendalam terhadap salah satu cabang ilmu. [1] Sekurang-kurangnya ada tiga aspek asasi yang ditekankan dalam konsep ilmu menurut Islam.   Bermula dengan yakin, tepati hakikat, dan ada hujah. [2] Asas yang pertama konsep ilmu ialah yakin(100%). [3] Menurut Al Jurjani, yakin tanpanya sesuatu pengetahuan turun ke tahap zan, syak, waham atau jahil.  Istilah yakin itu sendiri didefinisikan sebagai kepercayaan terhadap sesuatu bahawa ia adalah begini atau begitu, dan dalam masa yang sama kepercayaan tersebut menolak kemungkinan sesuatu itu boleh jadi selain daripada gambaran sebegini atau sebegitu, yang mana gambaran tersebut sebenarnya berte

Tokoh pemikir Islam: Shaikh Al Qaradhawi dan Al Buti

  Tokoh pemikir Islam yang dipilih ialah Shaikh Yusuf al-Qaradhawi   dan Shaikh Muhammad Said Ramadzan Al-Buti.   Berikut akan dihuraikan biografi mereka, cara pemikiran mereka , dan sumbangan mereka dalam bidang ini. Shaikh Yusuf al-Qaradhawi Yusuf al-Qaradawi adalah salah seorang sarjana Islam yang sangat unggul dan berpengaruh pada zaman ini.  Pemikirannya amat berpengaruh kepada dunia Islam dan juga di negara kita. [1]     Latar belakang Yusuf Al Qaradhawi [2] Beliau dilahirkan di kampung Shafat al-Tharab, Mesir pada tahun 1926.  Ayahnya seorang petani dan ibunya seorang peniaga.  Ayahnya meninggal dunia ketika usianya 2 tahun, manakala ibunya meninggal dunia pada usianya 15 tahun.  Beliau kemudiannya dijaga oleh bapa saudaranya.  Dalam aspek Pendidikan, beliau menghafaz al quran ketika usia 10 tahun.  Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar pada tahun 1952, dan beliau tamat sebagai pelajar terbaik keseluruhan.  Seterusnya beliau menyambung pengajian sarjana di

Sekularisme berdasarkan buku oleh al-Attas bertajuk Risalah untuk Kaum Muslimin.

  Berikut dijelaskan berkaitan dengan definisi secular dan tiga ciri utama sekularisme berdasarkan buku oleh al-Attas bertajuk Risalah untuk Kaum Muslimin. Sekular berasal dari perkataan latin saeculum, yang membawa makna masa dan keadaan dunia di mana masa itu berlaku.  Ini memberi maksud masakini di sini, masakini bermaksud kepada kenyataan masa sekarang, dan di sini bermaksud kepada dunia ini.  Justeru itu faham sekular itu merujuk kepada masa kedisinikinian. Perubahan yang sentiasa berlaku pada dunia dan dalam dunia.  Ini membayangkan kepada satu kesimpulan bahawa perubahan yang dimaksudkan di sini merujuk kepada perubahan dalam pemikiran manusia menurut perubahan yang berlaku di alam sekeliling.  Iaitu perubahan nilai serta kepercayaan dan ilmu, yang terus menerus akan berlaku sebagai satu evolusi. Pensekularisme pula membawa maksud keadaan sekular, atau gerak daya yang sedang berlaku yang mengisbatkan yang sekular. Di sana ada tiga(3) ciri utama pensekularan iaitu pengos

Pembahagian falsafah menurut Ibn Khaldun dan al- Ghazali

  Berikut dijelaskan pembahagian falsafah menurut Ibn Khaldun dan al- Ghazali. Pembahagian falsafah menurut Ibn Khaldun Karya Muqaddimah oleh Ibnu Khaldun menjelaskan pelbagai ilmu yang menuntut daya berfikir.Ilmu-ilmu intelek adalah sesuatu yang semulajadi bagi manusia.  Perbagai ilmu telah wujud dalam kehidupan manusia sejak adanya peradaban.  Ilmu-ilmu tersbut disebut sebagai ilmu-ilmu falsafah.  Ianya dapat dipecahkan kepada empat bahagian iaitu ilmu mantiq, ilmu fizik, metafizik, dan ilmu matematik. Ilmu yang pertama ialah mantiq(logika).   Ia adalah ilmu yang dapat menghindarkan fikiran dari kesalahan melakukan sengketa proses penyusunan fakta-fakta yang tidak diketahui yang diusahakan dari fakta yang tersedia dan diketahui.  Melaluinya memungkinkan seseorang penuntut ilmu untuk dapat membezakan antara yang benar dan salah. Ilmu yang kedua ialah disiplin ilmu fizik .  Para ahli falsafah boleh mempelajari unsur-unsur galian yang dapat ditanggapi melalui indera seperti gali