Posts

Showing posts from December, 2019

BERIKANLAH PERINGATAN

Firman Allah S.W.T. : Bermaksud: "Dan tetaplah memberi peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang-orang mukmin." (Surah Adz Dzaariyaat : 55) Ayat ini menjelaskan tentang orang yang akan mendapat manfaat daripada peringatan-peringatan. Keberkesanan peringatan adalah sifat mereka yang beriman dengan Allah S.W.T. Peringatan terbahagi kepada dua: 1. Peringatan untuk diri. Dalam konteks ini, setiap mas-ul perlu ingat selalu bahawa kerjanya adalah untuk fisabilillah. Kita berkerja tidak mengharapkan pujian daripada orang lain. Juga kita tidak menunggu ucapan terima kasih daripada sesiapa samada secara langsung atau tidak langsung. Kita perlu benar-benar ikhlas. Kita perlu sentiasa ingat kepada Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah S.W.T. Bermaksud: " Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka me