Posts

Showing posts from March, 2022

MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI APABILA BERDEPAN DENGAN PERSELISIHAN PENDAPAT DALAM KOMUNIKASI DIGITAL DI ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0

            Solehuddin Shuib, Faisal @ Ahmad Faisal Abd Hamid 1 Departmen Sejarah Islam & Tamaddun Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia 1 Emel: faisal@um.edu.my ABSTRAK Akhlak terpuji menduduki tempat yang penting dan dominan dalam Islam. Di era digital ini, akhlak berkomunikasi telah dilupai secara sedar ataupun tidak sedar. Isu maki hamun tidak terkawal, buli siber, menyebar berita tidak benar dan perang aliran fikrah menjadi amat serius di alam maya. Justeru itu tulisan ini mengupas cabaran komunikasi digital, pandangan Islam dalam isu ikhtilaf di media sosial, dan seterusnya diberikan penyelesaian adab berkomunikasi dalam Islam apabila berlaku berbeda pendapat(ikhtilaf).  Hasilan kajian ini diharapkan dapat  memberikan sedikit panduan bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam di negara yang tercinta ini.   Kata kunci: Akhlak terpuji ; Ikhtilaf; Media sosial   PENGENALAN Akhlak menduduki tempa