Posts

Showing posts from November, 2022

PSIKOSOSIAL : SATU ANCAMAN?

Image
  1.0 PENGENALAN Setiap manusia mengimpikan kesejahteraan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Memiliki fizikal yang sempurna, tubuh badan yang sihat dan mental yang baik adalah amat penting bagi menjamin seseorang sentiasa berada dalam kondisi yang positif. Namun langit tidak selalunya cerah. Terkadang kesejahteraan kesihatan ini boleh terganggu, terjejas dan terancam apabila wujudnya masalah antaranya berkaitan mental dan sosial seseorang itu. Hubungan melibatkan mental dan sosial ini dinamakan PSIKOSOSIAL. Ia bukan sahaja merupakan satu ancaman malah adalah gangguan yang boleh berlaku ke atas mana-mana individu sehingga menjejaskan hubungan melibatkan individu dengan individu yang lain, institusi kekeluargaan dan masyarakat keseluruhannya. Apabila PSIKOSOSIAL berlaku, maka ia berpotensi merubah individu daripada positif kepada negatif dalam kehidupan seharian sehingga mempengaruhi tingkah laku, pemikiran dan interaksi seseorang. Lebih membimbangkan ia boleh menjejaskan sistem kesiha

TAFSIR LIBERAL DALAM TAFSIR AL-QURAN

  PENGENALAN Di dalam Islam, Al-Quran merupakan sumber rujukan tertinggi yang menjadi mercu kepada keagungan syiar Islam. Segala permasalahan berkaitan Islam, termasuklah pengistinbatan hukum hakam semuanya dirujuk kepada Al-Quran dahulu sebagai sumber utama. Al-Quran bukan sahaja menjadi sumber hukum, malahan ianya menjadi sumber sebagai pedoman kehidupan manusia sejagat. Sebagai seorang yang beriman, kita hendaklah meyakini bahawa Al-Quran adalah sumber yang tidak ada kekurangan dan relevan sepanjang masa. Cogan kata yang di petik dari para ulama’ terhadap Al-Quran iaitu salih li kulli zaman wa makan ( kitab suci yang merentasi zaman dan keadaan) menunjukan bahawa Al-Quran adalah satu sumber yang sangat relevan sepanjang zaman. Untuk menjaga kemuliaan dan kesucian ayat-ayat Al-Quran, para ulama’ tafsir telah menyusun kaedah penafsiran yang sangat jitu dan mempunyai disiplin yang ketat, agar penafsiran itu selari dengan apa yang cuba disampaikan oleh Allah dan RasulNya kepada um

MANUSIA YANG DIMURKAI DAN DIKASIHI ALLAH SWT. MENURUT AL QURAN

  PENGENALAN Apabila kita mengamati Al Quran dan sunnah Rasul SAW, kita akan dapati bahawa Allah dan Rasulnya telah memberikan panduan siapakah golongan yang dibenci oleh Allah dan siapakah pula golongan yang disukai Allah SWT.   DEFINISI MURKA DAN DIMURKAI ALLAH SWT   Kata murka dalam bahasa Arab adalah gadhab(غَضِبَ). Dalam agama, kata murka cenderung lebih ke Allah SWT. Sedangkan, marah bersumber dari manusia. Kata murka memiliki makna yang darjatnya lebih tinggi dari marah. Karena, murka hanyalah atribut Allah SWT. Meski begitu, gadhab(غَضِبَ) dalam bentuk apapun semuanya tetap memberi kesan keras, kukuh, dan tegas. DEFINISI KASIH(MAHABBAH) DAN DIKASIHI ALLAH SWT   Pengertian mahabbah secara umum dapat dikatakan cinta dalam bahasa arab disebut al-Hubb atau Mahabbatulluh yang berasal dari kalimat ahabba, yuhibbu, mahabbatan , yang harfiah berarti mencintai secara mendalam, kecintaan, cinta yang mendalam.   OBJEKTIF KERTAS KERJA KAJIAN Di dalam kertas kerj