Posts

Showing posts from 2015

PENGORBANAN SUCI - Khutbah oleh Al Fadil Ustaz Omar Hj Saleh

Assalamualaikum wbth, Saya mengajak diri saya dan sidang hadirin dan hadirat sekalian, marilah kita terus pertingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan terus التزام dan patuh kepada titah perintah Allah serta meninggalkan segala tegahan-Nya. Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sesungguh-sungguh taqwa, sepertimana firman-Nya: Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Marilah juga kita terus memuji dan bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk kita terus hidup dan bersama-sama mera’ikan hari yang penuh barakah dan bahagia ini, iaitu hari Idul Adha atau hari di mana umat Islam yang menunaikan haji berkumpul di mina untuk melontar di jamrah. Sidang hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah ! Dalam kesempatan ini, kita diingatkan dengan peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS dan anaknya Nabi Alla

FUTUR

FUTUR Futur adalah kemerosotan atau kemalapan yang berlaku pada keima¬nan atau keIslaman seseorang. Futur adalah satu penyakit. Seseo¬rang yang dihinggapi penyakit ini akan lemah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah Subhanahuwata’ala. Bentuk-bentuk futur yang dialami oleh seseorang 1) Malas ber’ibadat. 2) Fenomena mati tidak memberi kesan kepada hati. Justeru itu kita digalakkan menziarahi kubur sebagai ‘ubat’ agar hati kita dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa kematian. 3) Melakukan ma’siat samada kecil atau besar. Lebih teruk kefuturan seseorang jika kema’siatan menjadi kebiasaan. Dan lebih teruk lagi kefuturannya jika dia bergembira dengan ma’siat. 4) Suka melihat atau menyaksikan ma’siat. Orang beriman akan melihat dosa ma’siat umpama sebuah gunung yang akan menimpa dirinya, sedangkan orang munafik akan melihat dosa umpama lalat yang hinggap di hidungnya sahaja. 5) Ukhuwwah menjadi longgar. 6) Ghairah kepada dunia. Sebok dengan

Minda pembangunan

Aqliyah bina' ini adalah pelan pembangunan fard. [1] Perlu mampu melahirkan ahli yang mengetahui bagaimana nak memajukan yang ada, dan mengadakan yang tidak ada. Jangan pula yang ada dirobohkan, dan tidak mampu mengadakan yang tidak ada. [2] Perlu melahirkan ahli yang mampu dapat faedah daripada orang yang ada di sekelilingnya. Kualiti ini perlu ada ada dan dicari jika masih belum ada Jika tidak harapan hanya tinggal harapan. Kerja-kerja kita bukan reaksi apa yang berlaku. kita perlu miliki apa yang disebutkan tadi aqliyah bina'(agenda pembangunan binaan), bagi lahir jurutera pembangunan yang berkualiti. [a]pembangunan yg pertama, ialah aqidah, iman [b]pembangunan ilmu pengetahuan [c]pembangunan ibadah [d]pembangunan akhlak [e]pembangunan ukhuwwah taawuniyyah -persaudaraan tolong menolong [f]pembangunan haraki- (siyasah). siyasah lebih luas dari politik. siyasah syariyyah - diperintah oleh syarak.

Kematian pemimpin merupakan ujian bagi sesuatu organisasi Islam

Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya bertajuk Sunan Ilahiyah di dalam bab Sunnatullah fil fitnah wal ibtila’, beliau menjelaskan bahawa ada kalanya organisasi Islam diuji dengan kematian pemimpin mereka sama ada dengan kematian biasa atau terbunuh. Hal ini merupakan cubaan yang berat. Justeru itu organisasi Islam wajar mempunyai sikap yang benar dalam menghadapi ujian yang sulit ini dengan menghadapinya dengan: a.Kesabaran b.Tetap berpegang kepada prinsip yang diperjuangkan oleh beliau dan organisasi yang diasaskan. Prinsip yang dimaksudkan ialah kerja dakwah illalah dan usaha meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi . Prinsip asas ini akan tetap diteruskan dan tidak berakhir walaupun pemimpinnya meninggal dunia. Organisasi Islam berkenaan tidak boleh berhenti dan menjadi lemah dari perjuangan jihadnya akibat musibah kematian pemimpin mereka. Analogi mudah yang boleh dikaitkan di sini ialah: tidakkah anda melihat bahawa solat jemaah di masjid akan diteruskan sola

Mukaddimah Buku: Petunjuk Sepanjang Jalan

Umat manusia sekarang ini berada di tepi jurang kehancuran. Keadaan ini bukanlah berpunca dari ancaman maut yang sedang tergantung di atas ubun-ubunnya. Ancaman maut itu adalah satu gejala penyakit sahaja dan bukanlah ia penyakit itu sendiri. Sebenarnya punca utama dari keadaan.ini ialah: bengkrap dan melesetnya umat manusia itu di bidang “nilai” yang menjadi pelindung hidupnya. Hal ini terlalu menonjol di negara-negara blok Barat yang sememangnya sudah tidak punya apa pun “Nilai” yang dapat diberinya kepada umat manusia; malah tidak punya satu apa pun yang dapat memberi ketenangan hatinya sendiri, untuk merasa perlu hidup lebih lama lagi; setelah sistem “demokrasi” nampaknya berakhir dengan kegagalan dan kebengkrapan, sebab ternyata ia sudah mulai meniru - dengan secara beransur-ansur - dari sistem negara-negara blok Timur, khususnya di bidang ekonomi, dengan memakai nama sosialisme! Demikian juga halnya di negara-negara blok Timur itu sendiri. Teori-teori yang bercorak kolekt