Posts

Showing posts from 2008

Dakwah Fardiah : sifat da'i

Assalamu'alaikum wbth, Motto kita ialah mendidik, berbakti dan berakhlak. Ketiga sifat yang disebutkan tadi adalah sifat mulia yang dianjurkan dalam Islam. Ianya juga sangat dipandang tinggi oleh masyarakat. Dalam realiti di mana Islam begitu dagang, agak sukar untuk laksana ketiga-tiga sifat ini jika tanpa adanya jihad yang berterusan. Dakwah fardiah merupakan wasilah yang penting untuk mengatasi Islam yang ghurbah. Berikut dikongsi sifat da'i yang perlu ada bagi menjayakan dakwah fardiah. Antaranya: 1) Paling utama adalah ikhlas kepada Allah subhanahuwata’ala. Tanpa keikhlasan ini segala amalan akan sia-sia. 2) Merasai bahawa tugas da’wah amat besar. Ia memerlukan perhatian yang lebih dan sentiasa mengharapkan balasan daripada Allah Subhanahuwata’ala. 3) Bersikap bijak, berhati-hati memilih teknik pendekatan, memberi nasihat yang baik dan berbahas dengan cara yang ahsan (cara yang terbaik). 4) Bersikap lembut, berakhlak mulia, bersabar, dapat menahan diri dan tidak emosional

Segala-galanya milik Allah

Salam, Rakan-rakan yang dikasihi Allah SWT, Sesungguhnya orang mukmin itu sentiasa beruntung. Sewaktu senang, dia beruntung kerana bersyukur kepada Allah Subhanahuwata’ala. Sewaktu susah, dia beruntung kerana bersabar. Hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bermaksud: “Sungguh pelik urusan orang mukmin, semua perkara baginya baik belaka, semua ini tidak didapati oleh orang lain kecuali orang mukmin: Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur, maka itu baik baginya, dan jika dia ditimpa kemudharatan, dia bersabar, maka itu baik baginya.” (Hadith Riwayat Muslim) Sekiranya kita berada di dalam perjuangan Islam, maka kita akan berjaya. Justeru itu marilah kita tidak merasa berat di dalam menyumbang pada jalan Allah SWT. Di dalam hal menyumbang ini saya terbaca satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Rahmat. Beliau berkata: 'Kadang kita rasa berat berinfa

Kualiti ummah masa lalu

Assalamu'alaikum wbth, Saya berkesempatan membaca kitab yang ditulis oleh Sh. Abbas Assisi bertajuk At-toriq ilal qulub. Beliau menjelaskan bahawa, pada masa pemerintahan Sultan Sulaiman Basya Al-Qanuni, Sultan Turki, pernah diiklankan peluang kerja untuk menjadi seorang imam Masjid Istanbul. Syarat-syarat yang dicantumkan dalam iklan tersebut adalah: 1. Menguasai bahasa Arab, Latin, Turki, dan Persia 2. Menguasai Al-Qur'an, Injil, dan Taurat 3. Menguasai Ilmu Syariat 4. Menguasai Ilmu Alam, Matematik, dan mampu mengajarkannya 5. Pandai menunggang kuda, bermain pedang, dan berperang 6. Berpenampilan menarik 7. Bersuara indah. Komentar: 1. Inilah format iklan untuk jabatan imam masjid, pada kurang lebih 400 tahun lalu. Kita mencatat bahwa syarat-syarat yang dicantumkan dalam iklan tersebut —walaupun sangat sulit, bahkan mustahil dipenuhi untuk ukuran sekarang— kala itu merupakan syarat yang biasa dan wajar. Islam ketika itu tengah mencapai masa puncak kejayaannya. 2. Tak ada d

Penekanan kita masakini

Image
السلام عليكم ورحمةالله Ùˆ بر كا ته Sahabat/ah sekalian, Matlamat kita yang jauh dan dekat perlu sentiasa tersemat di dalam diri kita di mana sahaja kita berada. Lebih-lebih lagi, dalam waqi’ hari ini, Islam berada dalam keadaan yang cukup gharib(asing). Islam itu datangnya dagang, dan kembali dagang sepertimana ia bermula, beruntunglah mereka yang mengambil Islam semasa ianya dagang. Maksud hadith Matlamat kita yang hakiki (ghoyah) ialah untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Manakala matlamat kita yang dekat ialah untuk melihat syariat Allah SWT tertegak di atas muka bumi ini. Justeru itu, segala gerakerja kita mestilah menjurus kepada mencapai kedua-dua matlamat tadi. Untuk mencapai matlamat di atas ummah yang ada perlu mengislah diri dan mengajak orang lain kepada deen Allah SWT. Agenda islah diri (aslih nafsaka) dan mengajak orang lain (wad’u ghaoruka) adalah adalah penekanan kita dewasa ini. Usaha ini akan kita teruskan sehingga kita dipanggil bertemu dengan Allah SWT. Dalam kesempata

A'lim Mujahid

Image
Assalamu'alaikum wbth, Shawwal pun sudah mula sampai ke penghujung. Syukur kepada Allah kerana masih memberi kita nikmat Iman, Islam dan kesihatan. Mudah-mudahan kita semua dapat menghayati Islam yang syumul ini seperti mana yang Allah kehendaki. Kebanyakan kita sekarang ini sudahpun di penghujung semester. Sudah tentu masing-masing sibuk dengan tugasan, projek, ujian, dan persiapan peperiksaan akhir. Cemerlang di dalam pelajaran adalah sebahagian daripada kerja dakwah kita. Kali saya ingin berkongsi satu kertas kerja oleh Dr. Umair Siddiqi bertajuk ‘alim mujahid . Kertas kerja ini disusun kepada pelajar Muslim hampir 20 tahun lalu. Beliau mentakrifkan: ~ Alim - penguasaan terhadap ilmu pengetahuan ~ Mujahid - bekerja dan berjuang untuk ketinggian islam Beliau ada menggariskan 5 kerja asasi kita sebagai pelajar Muslim. · Teguh dalam aqidah · Jernih dalam fikrah · Cemerlang dalam akademik · Aktif dalam da’wah · Kerjaya adalah wasilah jihad Huraian 1. Pada zaman saya belajar dulu, r

Bagaimana mengelakkan futur selepas Ramadan?

Assalamu'alaikum wbth, Tahniah kepada shbt yang sudah berjaya menghabiskan puasa sunat 6 shawwal. Dah selamat menghabiskannya kepada yang masih belum. Tema perbincangan pada minggu ini masih berkisar mengenai post mortem Ramadan, iaitu bagaimana nak mengelakkan berlakunya futur selepas Ramadan. Dr Sayyid Nuh di dalam kitabnya afatun ‘ala toriq mentakrifkan bahawa Futur bererti berhenti setelah beramal atau diam setelah bergerak. Futur juga bererti malas berkerja dan lemah. Fenomena inilah yang berlaku kepada kebanyakan kita selepas Ramadan. Setelah giat beramal di dalam Ramadan, berlaku kemerosotan mendadak. Kenapa berlaku perubahan mendadak dlm ketaatan? 1. Ada kemungkinan kurang ikhlas dlm laksana ibadah dlm bulan puasa. Ikhlas perlulah dibina dan dikawal supaya ia hadir dalam semua kerja yang kita lakukan. Firman Allah swt. : “ Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya m

Matematik amal soleh

Assalamu'alaikum wbth, Eid Mubarak! Dalam kehidupan kita yang singkat ini, ummat Muhammad SAW diberi pelbagai kelebihan. Amalan yang sedikit diganjari dengan ganjaran yang besar. Antaranya ialah Puasa sunat enam hari pada bulan Shawal Diriyawatkan drpd Abu Ayyub Al Ansari ra, bahwasanya Nabi SAW bersabda: `Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan enam hari bulan Shawal, maka seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang masa(setahun)' Menurut huraian daripada kitab Fiqh Sunnah karangan Sayyid Sabiq, pahala setahun itu diperolehi daripada formula berikut: Setiap kebaikan akan diberikan ganjaran 10x lipat. ~ Jika 1 bulan, ianya akan menjadi 10 bulan. ~ Jika 6 hari puasa sunnat = 60 hari = 2 bulan. Oleh itu, 10 BULAN + 2 BULAN = 12 BULAN = 1 tahun. Ringkasnya: Sama-sama kita merebut peluang yang diberikan oleh Allah SWT sementara ada masa lapang dan ada kesihatan.

Amalan hari raya Eid Fitri

Salam, Sahabat-sahabat sekalian, 1. Selamat menyongsong fajar satu Syawal. Semoga kita benar-benar meraih darjat taqwa. Taqabbalallahu minna wa minkum, siyamana wa siyamakum 2. Anjuran menghidupkan malam hari raya. Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra. Daripada Ar Rasul SAW sabdanya: Barangsiapa bangun beribadah pada malam dua hari raya dengan mengharapkan redha Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hati matinya hati. HR At Tobrani 3. Refresh adab dan amalan pada hari raya a. Mand

Menghidupkan 10 malam yang terakhir

Image
Assalamu'alaikum wbth, 1. Menghidupkan malam Qadr mempunyai fazilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan. 2. Sebagai mana Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang. 3. Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini, menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu: menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja. 4. Menghidupkan ma

Sistem madrasah Ramadan

Image
Assalamualaikum wbth, Sistem madrasah Ramadan dan hadiah –hadiah lumayan. Antara amalan-amalan yang dianjurkan oleh kita ialah: 1.Bersolat secara berjemaah 2.Membaca al quran yang penuh keberkatan 3. Berusaha melakukan amalan yang berfaedah 4. Mengambil berat hal ehwal masyarakat melalui amalan yang soleh 5. Menafkahkan harta-harta yang halal yang Allah berikan kepada mereka 6. Beribadah malam hari dengan mengerjakan solat terwikh dan menghidupkan malam Qadr 7. Mengeluarkan zakat fitrah 8. Menghubungkan silaturrahim 9. Berdo’a kebaikan untuk diri sendiri, pasangannya, ibubapa, dan orang-orang mukmin Pada setiap 10 hari dalam bulan Ramadan ada jadual dan perjanjian tamatnya setiap peringkat daripada beberapa peringkat ujian, dan pada setiap peringkat diumumkan keputusan-keputusannya:- 1.Pada sepuluh hari pertama bulan Ramadan, diserahkan sijil rahmah 2. Pada pertengahannya iaitu sepertiga yang kedua diserahkan sijil maghfirah 3. Pada akhirnya, iaitu sepertiga yang ketiga diserahkan sebe

Kefahaman mengenai Ramadan

Image
Assalamualaikum wbth, Sebulan di bulan Ramadan ini adalah seumpama suatu institusi. Di dalamnya kita akan lalui perbagai latihan, tarbiyah, pengalaman dan ujian. Di dalamnya banyak silibus yang perlu kita pelajari, banyak tutorial yang perlu kita buat, terdapat ujian dan peperiksaan yang perlu kita hadapi dengan perlu persediaan yang benar-benar mantap untuk kita memperolehi kejayaan di akhirnya. Tidak sebarangan orang boleh lulus dalam institusi Ramadan ini. Ini disebabkan ia tidak memiliki kelayakan yang minimum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ia mungkin tidak dapat melaluinya dengan berkesan dan mungkin sukar untuk lulus. Ar-Rasul SAW bersabda: ‘Berapa ramai orang yang berpuasa, tetapi yang diperolehi hanyalah rasa lapar dan dahaga.’ HR An-Nasai dan Ibnu Majah Jadi sebenarnya apakah kelayakan minimum itu? Allah SWT menentukannya di dalam firman-Nya Al-Baqarah: 183. ‘Wahai orang-orang yang beriman, difardzukan ke atas kamu puasa…..’ Prasyarat utama; Ayat yang dibacakan tadi tur

GENERASI AL-QURAN YANG UNIK

Image
Assalamu'alaikum wbth, Saya teringat kata-kata yang sentiasa diulang-ulang oleh veteran dalam dakwah & tarbiah setiap kali pertemuan dengannya iaitu : ` Kita adalah satu kaum yang diturunkan iman, sebelum diturunkan Al -Quran'. Kata-kata ini adalah slogan yang diucapkan oleh generasi sahabat Rasul SAW dahulu. Generasi dahulu hebat kerana mereka ada ciri-ciri yang istimewa yang melayakkan mereka menjadi ustaziah al 'alam. Jika kita ingin jadi hebat, jadi berjaya; maka kita pun perlu mencontohi mereka. Berikut saya kongsikan ringkasan pembacaan saya dari kitab Milestone karangan Sayyid Qutb. Semoga bermanfaat. At one time, this message created a generation – the generation of the companions of the prophet SAW. No comparison in the history of Islam, even in the history of man. After this, no other generation of this caliber was ever again to be found. We look therefore for some other reasons, and for this purpose we look at clear spring from which the first generation of M

RAMADAN BULAN AL QURAN

Image
Assalamualaikum wbth, Saudara saudari, Orang-orang Muslim amat beruntung di dalam dunia sekarang ini kerana kita masih ada bersama-sama kita kalimah Allah di dalam bentuknya yang asal tanpa sebarang bentuk penyelewengan sebagaimana yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Walaupun kita ada bersama-sama kalimah Allah, akan tetapi kita tidak mendapat nikmat keberkatan-Nya. Al-Quran diturunkan kepada kita agar kita membacanya, memahaminya dan bertindak menurut panduan yang ada di dalamnya. Al-Quran didatangkan untuk memberi kepada kita KEMULIAAN dan KUASA dan juga menjadikan kita KHALIFAH di atas muka bumi ini. Sejarah telah membuktikan bahawa apabila kita bertindak menurut panduan Al-Quran, kita akan berjaya menjadi IMAM dan pemimpin dunia. Akan tetapi kegunaan Al-Quran telah kita persempitkan serta kita bataskan dengan menyimpankannya di dalam rumah dengan tujuan untuk menghalau jin dan hantu. Dengan cara menuliskan ayat-ayatnya di atas kertas dan membuatnya sebagai tangkal yang digan

Kenapa hari ini kita tidak ghairah menambah ilmu?

Image
Assalamualaikum wbth, Semoga berada dalam keampunan Allah SWT, Senario 1:~ Ghairah membeli buku fikrah Dahulu semasa tahun 80an, kami ghairah membeli buku-buku fikrah walaupun harganya mahal, menggunakan elaun yg kecil pada masa itu untuk membeli buku-buku fikrah. Ada sahabat yang baru dapat fikrah mengatakan rasa hatinya pada masa itu, `Ana nak allocate dlm 20% elaun ana utk beli buku2 fikrah. Dulu ana jahil. beli walkman, kasut baru dan baju berjenama.' Senario 2:~ Ghairah merakam penyampaian Dahulunya juga pada akhir 80an dan 90an kami ghairah merakam bahan2 penyampaian. Jika tidak rakam pun, kami tekun menyalin penyampaian word by word. Kami rakam guna kaset, walaupun harganya mahal. Then kita salin semula dalam bentuk kertas kerja. Dengan itu ilmu dan bahan berharga itu dapat diwarisi oleh generasi kemudian seperti yang ada pada hari ini. Zaman ini lebih mudah kerana adanya teknologi rakaman yang canggih seperti mp3. Senario 3: Bahan bacaan yg muktabar. Dulu kita cukup menjag

Tamrin Madrasah Ramadan 1429H

Image
Assalamu'alaikum wbth, Ramadan kareem! Ibadah kedua yang diwajibkan oleh Allah SWT ialah puasa. Sebagaimana halnya solat, ibadah ini juga diwajibkan dalam syariat semua rasul-rasul yang sebelum ini. Mengapa puasa diwajibkan? i.Tujuan perhambaan seumur hidup kepada Allah SWT ii.Ibadat: Latihan perhambaan iii. Puasa adalah ibadah yang tersembunyi iv. Puasa tanda kekuatan iman v.Latihan terus menerus sebulan penuh vi.Latihan kepatuhan yang lama vii.Situasi lingkungan yang sangat menunjang untuk tadrib(latihan) Huraian: i. Tujuan perhambaan seumur hidup - Tujuan Islam yang sebenarnya ialah menjadikan seluruh hidup manusia beribadat kepada Allah SWT. Manusia lahir sebagai hamba kepada Tuhannya. Justeru itu manusia tidak boleh bebas sedikitpun dari ibadat, perhambaan kepada Allah SWT dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. Dalam setiap tingkah laku hidupnya, manusia perlu memeriksa jalan yang mana yang harus dilaluinya agar dapat mencapai redha Allah, dan ia juga perlu mengenalpasti jala

KETERAMPILAN PERIBADI DA'I: Pengembangan Diri

Image
Assalamu’alaikum wbth. Antara kualiti seseorang yang ingin mengajak manusia ke jalan Allah perlu melengkapkan diri dengna kemampuan MENTARBIYAH dan MENINGKATKAN diri sendiri. Jika kita hanya mengharapkan tarbiyah hanya berlaku dalam unit-unit halaqah mingguan maka tidak banyak perkara yang dapat kita pelajari dan laksanakan. Di dalam surah Ar-Rad’u ayat 11 Allah SWT berfirman: - `Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam jiwa mereka’. Keimanan dalam diri individu perlu dibangunkan dan dikembangkan. Potensi dalam diri merupakan perkara yang pertama sekali yang perlu dibangunkan. Justeru itu pada kali ini sekadar berkongsi kitab yang baru saya beli bertajuk `Materi Keterampilan TEKAD: Training Kader Terpadu’, keluaran Era Intermedia. Di dalam buku ini sidang pengarang menggariskan empat(4) langkah untuk optimumkan potensi diri. Antaranya ialah seperti di bawah: i . Mengenal diri sendiri. Berilah penilaian pada diri anda, carilah titik keku

Bekal seorang pendakwah

Image
Assalamu'alaikum wbth, Seorang pendakwah diibaratkan seperti bekas air yang penuh dan dapat mengisi gelas-gelas kosong. Oleh kerana itu seorang pendakwah perlu mamastikan bekas airnya selalu penuh. Pendakwah perlu mengisi dirinya dengan bekalan yang cukup agar dapat bertahan dalam amal dakwahnya dan dapat memberi faedah kepada orang lain. Pepatah arab ada menyatakan: `Orang yang tidak mempunyai sesuatu, tidak akan dapat memberikan sesuatu kepada orang lain’. Jika kita tidak kekuatan iman yang kuat, bagaimana dapat kita berkongsi keimanan yang kuat kita dengan orang lain. Di antara bekal yang perlu ada ialah: i. Membersihkan hati dna mengikhlaskan niat ii. Menjadikan diri QUDWAH iii. Menguasai bahan-bahan untuk menyampaikan dakwah iv. Menguasai teknik dan seni(fan) berhubung dengan masyarakat Ingatlah saudaraku! Dakwah adalah satu seni dan kepimpinan. Rujukan: Strategi dan panduan Dakwah Fardiyah oleh Syatibi Center

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 5?

Image
Assalamu'alaikum wbth, Salah satu cara untuk mempercepatkan proses taaruf ialah melalui program yang bersifat informal. Ia boleh dilakukan dengan menganjurkan rehlah yang santai, makan bersama, musafir bersama, dan bermalam sama. Melalui program yang informal ini kita akan dapat melihat sifat-sifat peribadinya secara tabi’i. Dewasa ini program-progam yang seperti ini agak kurang. Mungkin kerana da’i pada hari ini sibuk dengan urusan-urusan yang lain. Kita tidak dikatakan mengenal seseorang setelah kita: i.Pernah bermusafir dengannya ii.Pernah bermalam bersama-samanya iii.Pernah makan bersama-samanya. Jika dalam konteks pelajar misalnya, kita perlu usaha agar dapat susun balik ke kampong semasa bercuti dapat balik bersama dengan mad’u. Jika perjalanan itu mengambil masa 8 jam, bermakna banyak perkara yang boleh dibualkan. Semuanya ini perlu dirancang dengan baik. Semasa belajar negara dulu, jika untuk ke program tamrin/rehlah biasanya mengambil masa dalam 11-12 jam. Biasanya kita a

10 SENI KEBERKESANAN DAKWAH

Image
Assalamu alaikum wbth, Masih tergiang-ngiang di telinga saya pesanan murabbi saya pada 1992 lalu bahawa, untuk mendidik anak-anak halaqah, perlu ada sifat CARING & SINCERE APPRECIATION. Dua sifat ini amat penting bagi meningkatkan kualiti pentarbiyahan. Berikut adalah sedikit perkongsian dalam bentuk poin ringkas 10 seni keberkesanan dakwah. Ianya dipetik daripada kitab Ustadz Jum’ah Amin Abdul Aziz bertajuk ”Fiqh Da’wah: Prinsip dan kaidah dasar Dakwah”. Panduan ini diambil dari usul fiqh sebagai bekal para dai tersebut adalah sebagai berikut: 1. Qudwah (teladan) sebelum dakwah (Qudwah qobla dakwah) 2. Menjalin keakraban sebelum pengajaran (Ta'lif qobla ta'rif) 3. Mengenalkan Islam sebelum memberi tugas( Ta'rif qobla taklif) 4. Bertahap dalam pembebanan tugas (Tadarruj fit takalif) 5. Mempermudah, bukan mempersulit (Taisir la ta'sir) 6. Menyampaikan yang ushul (dasar) sebelum yang furu’ (cabang) ~ Usul qobla furu' 7. Memberi kabar gembira sebelum ancaman (Targ

Respon: Bagaimana memenangi hati mad’u dan keseqahannya 3?

Assalamu'alaikum wbth, Teknik bersalam amat penting bagi kita membina jambatan hati dengan mad’u kita. Hal ini tidak boleh dipandang ringan oleh kita semua. Berjabat tangan bukan sekadar gerakan tangan yang diwarisi secara turun-temurun, tetapi mempunyai makna dan rasa yang dipengaruhi oleh perbedaan hubungan dan kehendak. Tangan adalah alat yang sangat peka. la dapat menerima dan mengirim isyarat-isyarat yang tampak pada wajah atau yang tersimpan dalam hati. Berjabat tangan dapat mengukur jarak antara dua hati. Ada orang yang berjabat tangan hanya untuk suka-suka, ada pula orang yang berjabat tangan hanya sekadar menyentuh. Ada orang yang berjabat tangan, sementara wajahnya tidak mengarah pada orang yang di hadapan-nya, ada pula orang yang berjabat tangan disertai dengan tatapan mata yang sejuk. Sebagai da’i, kita perlu membaiki teknik bersalam dengan orang ramai dan kita mengikut panduan yang diajar oleh Ar Rasul SAW. Berjabat tangan dapat menghapus dosa-dosa. Diriwayatkan dari

Respon: Bagaimana memenangi hati mad’u dan keseqahannya 2?

Image
Salam, Saudara antara tip kedua yang boleh dilakukan untuk memenangai hati mad’u ialah: MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM. Kebanyakan dari peraturan Islam boleh membantu usaha memenangi kasih ini. Berikut adalah sebahagian darinya: Memberi dan menjawab salam. Salam a dalah satu cara yang sangat baik untuk menuju hati orangramai terutamanya bila kita menjawab lebih dari salam yang diberi. Jika dijawab dengan wa'alaikumussalam, diberi 10 kebaikan; jika ditambah lagi dengan warahmatullah, diberi 20 kebaikan dan jika disambung dengan wabarakatuh pula, mendapat 30 kebaikan. Dari Abu Hurairah ra., ia berkata bahwa Rasul bersabda, "Kamu tidak akan masuk surga hingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman hingga kamu saling mencintai (karena Allah). Apakah kamu mau jika aku tunjukkan pada satu perkara jika kamu kerjakan perkara itu maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu!" (HR. Muslim) Memberi dan menjawab salam adalah satu jalan untuk memulakan persahabatan. Ras

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 4?

Image
Assalamu'alaikum wbth, Kali ini saya ingin berkongsi pula tips yang ditulis oleh Syatibi Center di dalam bukunya yang berjudul `Strategi & Kiat Dakwah Fardiyah’. Bukunya nipis, tetapi sarat dengan saranan-saranan yang amat baik untuk kita semua. Menurut beliau seseorang itu dianggap telah berjaya di dalam taarufnya apabila ia berjaya mendapatkan perkara-perkara berikut: Mengenal nama dan nama bapanya Mengetahui alamatnya Mengetahui pendidikannya Mengetahui pekerjaannya Mengetahui karekter dan sifat-sifat istimewanya Mengetahui negeri asalnya Mengenal teman rapatnya Di dalam dunia yang serba canggih sekarang ini, simpanan data-data di atas adalah lebih mudah. Ada yang memiliki nokia communicator, PDA, O2 dan sebagainya. Pada zaman sebelum ini hanya dicatat pada buku 555. Semasa saya di perantauan, di dalam satu daurah di masjid di Amerika Syarikat, Ustaz Jum’ah Amin menceritakan pengalaman taaruf beliau dengan sahabat-sahabatnya, Ustaz mengetahui hal ehwal mereka hatta masa saha

Respon: Bagaimana memenangi hati mad’u dan keseqahannya 1?

Image
Salam, Saudara Hawariyyun ada meminta saya menghuraikan tips untuk memenangai hati mad’u. Hal ini senang untuk dibicarakan di bibir, tetapi sukar untuk direalisasikan tanpa dorongan Rabbani Antara tip pertama yang boleh dilakukan ialah: ZIYARAH. Baru-baru ini saya telah mengajak isteri saya untuk menghadiri reunion sekolah lama di Sg Petani. Sewaktu dalam perjalanan ke utara, tiba-tiba isteri berkata, `Jom kita pi ziyarah rumah anak halaqat ana di Kuala Kangsar dan Ipoh’. Saya menjawab, `Elok sangat tu, amalan ziyarah semata-mata kerana Allah pada hari ini agak kurang dilakukan oleh du’at hari ini kerana pelbagai alasan’. Seingat saya, sewaktu awal 80’an dan 90’an, amalan menziyarahi rumah mad’u merupakan salah satu agenda yang sentiasa ada dalam ingatan para da’i. Semasa melawat pelajar lawatan industri di Pulau Pinang 10 tahun lalu, saya sempat menziyarahi rumah mad’u saya di Penaga. Respon yang diberi oleh ibu mad’u saya amat positif, kerana belum pernah ada pensyarah yang datang ke

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 3?

Image
Assalamu'alaikum wbth, Baru-baru ini saya berkunjung menziyarahi beberapa orang sahabat saya di Bandung, Indonesia. Ketika sampai di sana, sahabat saya memperkenalkan saya dengan beberapa orang lagi kenalan yang baru. Ini kad saya, kata Pak Bambang kepada saya. `Astagfirullah! Terlupa pula bawa kad nama. Tertinggal kat ofis.’ , rungutku di dalam hati. Ini merupakan satu, betapa pengajaran akan pentingnya menpunyai kad nama untuk kita bertaaruf berkesan. Untuk sesi kali ini, saya ingin berkongsi lagi serah yang berkaitan taaruf berkesan. Tema kali ini masih lagi berkisar mengenai: Mengetahui perkembangan di tempat lain. Kita lihat di zaman Rasulullah saw, baginda biasa mengikuti perkembangan orang-orang di tempat lain walaupun baginda tidak pemah bersua muka dengan mereka. Pernah satu ketika, terdapat dua orang dari Madinah, Kaab bin Malik dan Bura' bin Maaruf yang datang ke Mekah untuk berjumpa baginda buat pertama kali. Mereka pun menanya orang ramai lalu diberitahu bah

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 2?

Image
Assalamu'alaikum wbth, Salah satu cara taaruf berkesan ialah dengan mengetahui perkembangan di tempat lain. Kita dapati Nabi Saw biasa mengikuti perkembangan orang di tempat lain walaupun tidak pernah bersua muka dengan mereka. Contoh dalam seerah ialah ketika baginda pergi ke Taif untuk sampaikan Islam. Abu Nu'aim memberitakan dengan lebih lengkap dari Urwah bin Az-Zubair ra. katanya: Apabila Abu Thalib meninggal, maka semakin bertambahlah penyiksaan kaum Quraisy ke atas Nabi SAW Maka beliau berangkat ke Tha'if untuk menemui suku kaum Tsaqif dengan harapan penuh, bahwa mereka akan dapat melindunginya dan mempertahankannya. Beliau menemui tiga orang dari pemuka suku kaum Tsaqif, dan mereka itu pula adalah bersaudara, yaitu: Abdi Yalel, Khubaib dan Mas'ud, semua mereka putera-putera dari Amru, lalu beliau menawarkan dirinya untuk diberikan perlindungan, di samping beliau mengadukan perbuatan jahat kaum Quraisy terhadap dirinya, dan apa yang ditimpakan ke atas pengikut-pe

JEJAK KE MENARA GADING 3

Image
Assalamu'alaikum wbth, Kuliah dah pun bermula. Semester ini aku ambil intensif bahasa Inggeris aje. Belajar semula `How to read, How to write and How to communicate in English.’ Kamus tebal Longman tu diusung ke sana ke mari. Seronok juga dengan pengalaman baru ini. Cuma yang tak seronoknya ialah bi’ah di asrama dan di kampus kurang elok dalam mendidik hati ini agar dekat dengan Allah SWT. Jika di asrama, rakan sebilikku sudah mula menunjukkan perubahan ; mereka sudah tidak seperti pada masa minggu orientasi. Di kampus pula budaya `couple’ begitu menular. Ya Allah! Selamatkanlah iman ku ini. Semasa di bilik, sudah menjadi kebiasaan bagi teman sebilikku memasang musik dengan kuat. Semuanya ini memang mengganggu konsentrasiku sama ada untuk mengulangkaji pelajaran ataupun berehat. Entah sudah berapa kali diulang-ulangkan lagu-lagu penyanyi barat tu, yang akupun tak pasti nama-nama penyanyinya. Aku sekali-sekali ada juga menegur secara hikmah, akan tetapi tak lut jugak. Solat subuh tu