Posts

Showing posts from March, 2023

Hadist Wanita 9 Nafsu, 1 Akal?

  Sering sekali kita mendengar di kalangan masyarakat kita kata-kata bahawa wanita itu mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Apakah kenyataan ini benar? Terdapat riwayat daripada Abi Muslim al, bahawa Rasulullah SAW bersabda: لشهوة عشرة أجزاءٍ: التسعة للنساء والعاشر للرجال Maksudnya :  Syahwat itu mempunyai sepuluh bahagian: Sembilan bahagian diberi kepada wanita, dan satu bahagian diberi kepada lelaki. Dicatat oleh Abu Marwan Abdul Malik al-Salmi dalam  Adab al-Nisaa’ , 1/183 Diriwayatkan juga bahawa Baginda SAW bersabda: وَجُعِلَتِ الشَّهْوَةُ عَلَى عَشَرَةِ أَجْزَاءٍ، وَجُعِلَتْ تِسْعَةُ أَجْزَاءٍ مِنْهَا فِي النِّسَاءِ، وَوَاحِدَةٌ فِي الرِّجَالِ Maksudnya :  Dijadikan syahwat itu sebanyak sepuluh bahagian, sembilan darinya untuk wanita, satu untuk lelaki. Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (567), dan disebut juga oleh al-Haithami dalam Majma’ al-Zawa’id (10/30) Hadith ini bertaraf  dhaif jiddan  (tersangat lemah), kerana salah seorang perawinya iaitu

“HADITH TENTANG BULAN REJAB: ANTARA KEBENARAN DAN KEPALSUAN DALAM MASYARAKAT”

  HADITH-HADITH YANG BERKAITAN DENGAN BULAN DAN REJAB, TENTANG KELEBIHAN, DAN SEBAGAINYA   Daripada Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:  الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.”  [al-Bukhari (4054)] Bulan Rejab juga merupakan bulan yang diiktiraf oleh Allah sebagai bulan Allah sebagaimana Hadis riwayat dari Aisyah R.A: عن عائشة,قالت رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ٳن رجب شهر الله)) “A’ishah R.A berka

KAEDAH DALAM MEMAHAMI TENTANG KAWALAN DAN PENCEGAHAN COVID-19 DALAM PERSPEKTIF HADITH

  PENGENALAN Sejak penghujung tahun 2019 hingga kini (Mac 2021), dunia masih berdepan dengan pandemik Covid-19. Pandemik Covid-19 boleh dianggap sebagai wabak penyakit yang sangat dahsyat kerana telah menyebabkan jutaan manusia dijangkiti dan jutaan manusia juga yang mati disebabkan wabak ini. Di Malaysia sahaja jumlah kes keseluruhan sehingga 20 Mac 2021 seperti dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu sebanyak 331,713 kes, dan daripadanya sebanyak 1229 kes kematian. Situasi pandemik ini telah menyebabkan Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan sebanyak 2 kali yang menyebabkan hampir semua aktiviti masyarakat terpaksa ditutup dan ditangguhkan dalam usaha bagi mengawal dan mencegah jangkitan virus Covid-19 tersebut. Coronavirus merujuk kepada satu kumpulan virus yang besar yang juga merangkumi virus-virus lain yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia termasuk SARS-CoV (Severe Acute Respiratory Syndrome), MERS-CoV (Middle East Respiratory Synd