HADITH-HADITH YANG BERKAITAN DENGAN BULAN DAN REJAB, TENTANG KELEBIHAN, DAN SEBAGAINYA
- Daripada
Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
الزَّمَانُ
قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ،
السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ
مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ،
الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
Maksudnya:
“Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan
bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat
bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah,
Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara
Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” [al-Bukhari (4054)]
Bulan Rejab
juga merupakan bulan yang diiktiraf oleh Allah sebagai bulan Allah sebagaimana
Hadis riwayat dari Aisyah R.A:
عن عائشة,قالت رسول الله صلى الله
عليه وسلم: ((ٳن رجب شهر الله))
“A’ishah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya Rejab merupakan bulan Allah S.W.T.” (al-Baihaqi)
Anas bin
Malik menceritakan bahawa Nabi S.A.W apabila memasuki bulan Rejab, maka Baginda
mengatakan:
” “اللهم بارك لنا في رجب وشعبان
وبلغنا رمضان
“Ya Allah, berkatilah kami di Rejab dan Syaaban dan berkatilah kami di
bulan Ramadan).”
(Al-Bazzar, al-Tabrani, dan al-Bayhaqi)
Tetapi secara umum terdapat beberapa
hadis sahih yang menceritakan perihal kehidupan Nabi SAW apabila berada dalam
bulan Rejab. Bahkan, ulama menjadikan hadis-hadis ini sebagai asas untuk
mengatakan bahawa wujudnya kelebihan bulan Rejab, dengan disokong oleh
hadis-hadis daʻif yang lain sebagai penguat.
Antara hadisnya ialah yang
diriwayatkan oleh Abu Bakrah bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ
كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا
عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو
القَعْدَةِ، وَذُو الحِجَّةِ، وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ، مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ
جُمَادَى، وَشَعْبَانَ
Maksudnya: “Sesungguhnya masa telah berpusing
dalam putarannya pada hari Allah SWT mencipta langit dan bumi. Satu tahun
bersamaan dengan 12 bulan. 4 bulan di antaranya adalah bulan-bulan haram. Tiga
bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, juga Rejab Mudhar
yang berada antara Jumada al-Akhir dan Syaaban.” Sahih Al Bukhari (4662)
Kemudian, hadis daripada Uthman bin
Hakim bahawa:
سَأَلْتُ سَعِيدَ بْنَ جُبَيْرٍ، عَنْ
صَوْمِ رَجَبٍ وَنَحْنُ يَوْمَئِذٍ فِي رَجَبٍ فَقَالَ: سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ
رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، يَقُولُ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّى
نَقُولَ لَا يَصُومُ
Maksudnya: “Aku bertanya kepada Saʻid
bin Jubair tentang puasa Rejab, apa pandanganmu? Beliau menjawab: Ibn ‘Abbas
memberitahu kami bahawa: Rasulullah SAW biasa berpuasa sehingga kami menyangka
Baginda SAW tidak akan berbuka. Baginda SAW juga terus berbuka sehingga kami
menyangka Baginda SAW tidak akan berpuasa.”
Riwayat
Muslim (1157c)
Riwayat ini merupakan hadis sahih
yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam karya sahihnya. Imam al-Baihaqi
memasukkan hadis ini dalam karyanya Fada’il al-Auqat dan
meletakkannya di bawah tajuk bab Fadl Syahr Rajab (Kelebihan
Bulan Rejab).[6] Imam al-Baihaqi turut
menukilkan kalam Imam al-Syafiʻi, iaitu:
وَكَذَلِكَ يَوْمًا مِنْ بَيْنِ
الْأَيَّامِ، وَإِنَّمَا كَرِهْتُهُ لِئَلَّا يَتَأَسَّى جَاهِلٌ فَيَظُنَّ أَنَّ
ذَلِكَ وَاجِبٌ وَإِنْ فَعَلَ فَحَسَنٌ
Maksudnya: “Begitu juga mengkhususkan satu-satu
hari (untuk berpuasa) di antara hari-hari yang lain. Aku memakruhkan perkara
tersebut kerana bimbang orang jahil menyangka perkara tersebut adalah wajib.
Jika dia melakukannya, maka ia adalah baik.”
Selain itu, terdapat juga hadis lain
yang menjelaskan berkenaan amalan berpuasa dalam bulan Rejab, namun disebutkan
secara isyarat. Usamah bin Zaid RA meriwayatkan bahawa dia berkata kepada
Rasulullah SAW:
يَا رَسُول اللَّه لَمْ أَرَك تَصُومُ
مِنْ شَهْر مِنْ الشُّهُور مَا تَصُوم مِنْ شَعْبَان ، قَالَ : ذَلِكَ شَهْرٌ
يَغْفُلُ النَّاس عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَان ، وَهُوَ شَهْر تُرْفَعُ فِيهِ
الْأَعْمَال إِلَى رَبّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا
صَائِمٌ
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku tidak pernah
melihat engkau berpuasa penuh sebulan daripada bulan-bulan yang lain
sebagaimana engkau berpuasa pada bulan Syaaban. Baginda SAW menjawab: “Bulan
ini adalah bulan yang orang ramai lalai (daripada ibadat), iaitu antara bulan
Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan kepada Tuhan sekalian
alam. Oleh itu, aku suka amalanku diangkatkan ketika aku dalam keadaan
berpuasa.”
Sunan an- Nasa’I
(2357)
SENARAIKAN JUGA HADITH-HADITH PALSU BERKAITAN DENGAN BULAN REJAB.
Hadis
Tidak Sahih Berkaitan Rejab
Hadith-Hadith Tidak Sahih Berkaitan
Bulan Rejab
Antara hadith-hadith yang tidak sahih
berkaitan bulan Rejab:
- Dikatakan bahawa Nabi SAW
bersabda:
فَضْلُ شَهْرِ رَجَبٍ عَلَى الشُّهُورِ
كَفَضْلِ الْقُرْآنِ عَلَى سَائِرِ الْكَلَامِ
Maksudnya: “Kelebihan bulan Rejab
berbanding bulan-bulan lain adalah seperti kelebihan al-Qur’an berbanding semua
jenis kalam”.
Hadith ini palsu dan ini juga
merupakan pendapat Imam Ibn Hajar di dalam al-Tabyin. [Lihat: Kasyf
al-Khafa’, 85/2]
Dikatakan bahawa Nabi SAW
bersabda:
لَا تَغْفَلُوا عَنْ أَوَّلِ جُمُعَةٍ
مِنْ رَجَبٍ فَإِنَّهَا لَيْلَةٌ تُسَمِّيهَا المَلَائِكَةُ الرَّغَائِب
Maksudnya: “Janganlah kamu lalai pada
Jumaat yang pertama daripada bulan Rejab kerana sesungguhnya terdapat padanya
satu malam yang dinamakan oleh malaikat sebagai al-Raghaib”.
Hadith ini dusta keseluruhannya
menurut Ibn al-Qayyim. [Lihat: al-Manar al-Munif, 95]
- Dikatakan bahawa Nabi SAW
bersabda:
إِنَّ فِيْ الجَنَّةِ نَهْرًا يُقَالُ
لَهُ رَجَب مَاؤُهُ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ وَأَحْلَى مِنَ العَسَلِ،
مَنْ صَامَ يَوْمًا مِنْ رَجَب سَقَاهُ اللهُ مِنْ ذَلِكَ النَّهْرِ
Maksudnya: “Bahawasanya di dalam
syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab, airnya lebih putih daripada susu
dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa sehari sahaja dari
bulan Rejab nescaya Allah memberinya minum dari sungai tersebut”.
Hadith ini bathil menurut Imam
al-Zahabi. [Lihat: Mizan al-Mu’tadil, 189/4]
- Dikatakan bahawa Nabi SAW
bersabda:
مَنْ صَامَ أَوَّلَ يَوْمٍ مِنْ رَجَبٍ
يَعْدِلُ ذَلِكَ بِصِيَامِ سَنَةٍ ، وَمَنْ صَامَ سَبْعَةَ أَيَّامٍ أُغْلِقَ
عَنْهُ سَبْعَةُ أَبْوَابِ النَّارِ ، وَمَنْ صَامَ مِنْ رَجَبٍ عَشْرَةَ أَيَّامٍ
نَادَىْ مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ أَنْ سَلْ تُعْطَهْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa
pada hari pertama bulan Rejab umpama berpuasa setahun, barangsiapa yang
berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka dan barangsiapa yang
berpuasa pada bulan Rejab sepuluh hari diseru daripada penyeru dari langit
bahawa mintalah lalu diberikan (apa yang diminta)”.
Hadith ini bathil dan tiada asal
baginya menurut Imam al-Syaukani. [Lihat: al-Fath al-Rabbani,
3212/6]
HADIS DAʻIF BERKAITAN
AMALAN DALAM BULAN REJAB
Berikut merupakan antara
hadis-hadis daʻif berkaitan bulan Rejab:
Hadis Ganjaran Istana Dalam Syurga
Bagi Orang Yang Berpuasa Bulan Rejab
Abu Qilabah meriwayatkan bahawa:
فِي الْجَنَّةِ قَصْرٌ لِصُوَّامِ
رَجَبٍ
Maksudnya: Dalam syurga terdapat istana yang
diperuntukkan bagi mereka yang berpuasa pada bulan Rejab.
Anas bin Malik RA meriwayatkan
bahawa:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ قَالَ: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي
رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Maksudnya: “Apabila tiba bulan Rejab
maka Rasulullah SAW akan berdoa: Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan
Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.” Mishkat al-Masabih 1369
Imam al-Suyuti menilai hadis ini
dalam karyanya al-Jamiʻ al-Saghir sebagai
daʻif.
Hadis Puasa Rasulullah Di Bulan
Rejab
Mujibah al-Bahiliyyah daripada ayahnya
atau pakciknya bahawa:
أَنَّهُ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ -صلى
الله عليه وسلم- ثُمَّ انْطَلَقَ فَأَتَاهُ بَعْدَ سَنَةٍ وَقَدْ تَغَيَّرَتْ
حَالَتُهُ وَهَيْئَتُهُ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمَا تَعْرِفُنِى قَالَ «
وَمَنْ أَنْتَ ». قَالَ أَنَا الْبَاهِلِىُّ الَّذِى جِئْتُكَ عَامَ الأَوَّلِ.
قَالَ « فَمَا غَيَّرَكَ وَقَدْ كُنْتَ حَسَنَ الْهَيْئَةِ ». قَالَ مَا أَكَلْتُ
طَعَامًا إِلاَّ بِلَيْلٍ مُنْذُ فَارَقْتُكَ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله
عليه وسلم- « لِمَ عَذَّبْتَ نَفْسَكَ ». ثُمَّ قَالَ « صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ
وَيَوْمًا مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ». قَالَ زِدْنِى فَإِنَّ بِى قُوَّةً. قَالَ « صُمْ
يَوْمَيْنِ ». قَالَ زِدْنِى. قَالَ « صُمْ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ ». قَالَ زِدْنِى.
قَالَ « صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ مِنَ الْحُرُمِ
وَاتْرُكْ ». وَقَالَ بِأَصَابِعِهِ الثَّلاَثَةِ فَضَمَّهَا ثُمَّ أَرْسَلَهَا
Maksudnya: “Beliau pernah datang
kepada Nabi SAW, lalu pergi dan datang semula selepas setahun. Rupa dan
penampilan beliau telah berubah. Beliau bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai
Rasulullah, adakah engkau mengenaliku? Rasulullah SAW bersabda: Perkenalkanlah
dirimu. Beliau berkata: Aku ialah lelaki daripada Bani Bahiliy yang datang
bertemu engkau pada tahun lepas. Baginda bersabda: Apa yang menyebabkan keadaan
engkau berubah? Dahulu rupa engkau elok. Beliau berkata: Selepas hari aku
bertemu dengan engkau, aku tidak makan melainkan pada malam hari. Baginda
bersabda: Engkau telah mendera diri sendiri. Baginda melanjutkan: Berpuasalah
di bulan Ramadan dan satu hari pada setiap bulan. Lelaki itu berkata:
Tambahkanlah, sesungguhnya aku memliki kemampuan. Nabi SAW bersabda: Puasalah
dua hari. Lelaki itu berkata: Tambahkan lagi. Nabi SAW bersabda: Puasalah tiga
hari. Lelaki itu berkata: Tambahkan lagi. Maka Nabi bersabda: Berpuasalah di
bulan-bulan mulia dan tinggalkan. Berpuasalah di bulan-bulan mulia dan
tinggalkan. Berpuasalah pada bulan-bulan haram dan tinggalkan (diulang sebanyak
tiga kali sambil Rasulullah menggenggam tangannya lalu melepaskannya).” Musnad Ahmad 1247, 1248
Hadis di atas dinilai sebagai daʻif kerana
Mujibah al-Bahiliyyah merupakan seorang perawi yang majhul.
Perkara ini sebagaimana yang disebutkan oleh al-Zahabi.
Terdapat lagi hadis daʻif berkenaan
puasa bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يصم بعد رمضان إلا رجب وَشَعْبَانَ .
Maksudnya: Rasulullah SAW tidak berpuasa
setelah Ramadan kecuali pada bulan Rejab dan Syaaban
Meskipun amalan dalam bulan Rejab
sering dikaitkan dengan hadis-hadis yang daʻif namun perlu
diingatkan bahawa ulama membenarkan beramal dengan hadis daʻif selagi
ia bukan terlalu daʻif (syadid al-da’f) atau palsu
(maudhuʻ). Imam al-Sakhawi dalam al-Qawl al-Badiʻ menukilkan
kalam Imam Ibn al-Salah yang menyebut:
جواز رواية الضعيف باحتمال صدقه في
الباطن فإنه قال عقب قوله بعدم جواز رواية الموضوع إلا مقروناً بخلاف الأحاديث
الضعيفة التي تحتمل صدقها في الباطن
Maksudnya: “Boleh meriwayatkan hadis
da’if kerana kebarangkalian terkandung kebenaran dalam maknanya. Sejurus
selepas beliau menyebutkan tentang tidak boleh meriwayatkan hadis palsu
melainkan diikat (dengan penjelasan terhadap kepalsuannya), berbeza dengan
hadis-hadis da’if yang mempunyai kebarangkalian kebenarannya pada makna.”
JELASKAN PEMAHAMAN HADITH YANG
SAHIH TENTANG BULAN REJAB.
Pandangan
Ulama Mazhab al-Syafiʻi Berkenaan Kelebihan Bulan Rejab
Umumnya, puasa dan ibadah dalam
bulan Rejab dan Sya’ban adalah dianjurkan berdasarkan kesepakatan tiga mazhab
iaitu mazhab al-Hanafi, al-Maliki dan al-Syafi’i.
Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa
antara puasa sunat adalah puasa pada bulan-bulan Haram iaitu bulan Zulkaedah,
Zulhijjah, Muharram dan Rejab dan yang paling afdal antaranya adalah pada bulan
Muharram. Ini menunjukkan bahawa bulan Rejab merupakan bulan yang mulia
dan bulan yang disunatkan berpuasa padanya.
Seterusnya, Imam al-Ramli
menyebutkan dalam karyanya Nihayah al-Muhtaj bahawa
sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas bulan Ramadan antaranya ialah bulan
Rejab kerana ini salah satu daripada bulan-bulan haram.
Menurut Syeikh Abu Bakr al-Dimyati
terdapat sebahagian orang mengatakan bahawa puasa Rejab adalah bid’ah, maka itu
tidak benar. Bahkan ia adalah suatu sunnah yang diutamakan.
Imam al-Syafi’i juga pernah
menyatakan bahawa doa akan dikabulkan oleh Allah SWT pada 5 malam iaitu malam
Jumaat, malam Aidiladha dan Aidilfitri, malam pertama Rejab dan malam nisfu
Syaaban. Kemudian, beliau menyebutkan bahawa ia bukan satu kefarduan.
Berikutan daripada penghujahan yang dikemukakan, tiada
dalil mahupun pandangan yang mengharamkan untuk melakukan ibadah atau puasa di
bulan Rejab. Bahkan majoriti ulama berpandangan bahawa ia adalah sunat.
JELASKAN BENTUK
PENYELEWENGAN YANG BERKAITAN DENGAN BULAN REJAB.
Di sini kami
nyatakan beberapa pendapat para ulama’ berkaitan kelebihan bulan Rejab,
Antaranya ialah:
- Al-Hafiz
Ibn Hajar berkata: “Tidak ada disebut di dalam hadith yang sahih
(yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa
daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang
khusus”. [Tabyin al-‘Ajab, 9]
- Imam
Ibn al-Qayyim mengatakan: “Setiap hadith yang menyebut berkaitan
puasa di bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu di dalam bulan
tersebut adalah satu pendustaan yang direka”. [al-Manar
al-Munif, 96]
- Imam
al-Syaukani pula berkata: “Tidak ada disebut berkaitan amalan pada
bulan Rejab secara khusus di dalam sunnah yang sahih, juga yang hasan dan
juga yang dhaif (dhaif ringan). Bahkan, kesemua yang diriwayatkan
berkaitannya secara khusus adalah palsu lagi dusta dan teramat dhaif”. [al-Sail
al-Jarrar, 297]
- Imam
Ibn Rejab berkata: “Tidak ada yang sahih pada kelebihan berpuasa
di bulan Rejab yang khusus daripada Nabi SAW dan juga tidak ada yang
khusus daripada sahabat Baginda SAW”. [Faidh al-Qadhir, 4:210]
Tarjih
Setelah kami
melihat dan menekuni pendapat para ulama’ dalam masalah ini, kami cenderung
untuk mengatakan bahawa bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan
yang khusus daripada hadith-hadith yang sahih seperti amal ibadat tertentu.
Walaupun begitu, ini tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan amalan
seperti berpuasa, solat sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi dengan syarat
tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan
yang khusus atau tertentu. Ini kerana, bulan Rejab termasuk di dalam
bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram
berbanding bulan-bulan yang lain.
KESIMPULAN
Secara asasnya, terdapat beberapa
hadis sahih yang menceritakan perihal kehidupan Nabi SAW apabila berada dalam
bulan Rejab. Bahkan, ulama menjadikan hadis-hadis ini sebagai asas untuk
mengatakan bahawa puasa di bulan Rejab adalah sunat. Meskipun tidak terdapat
hadis sahih berkenaan kelebihan amal ibadah dalam bulan Rejab namun terdapat
hadis-hadis daif yang boleh digunakan dalam bab berkaitan (fada’il aʻmal)
selagi mana ia tidak mencapai taraf palsu (mauduʻ).
Fuqaha dalam kalangan mazhab
al-Syafiʻi juga berpandangan bahawa sunat berpuasa pada bulan Rejab dan pada
bulan tersebut segala amalan baik diganjari dengan pahala yang lebih banyak
serta dosa yang dilakukan pada bulan tersebut dibalas dengan balasan yang lebih
besar berbanding bulan-bulan yang lain. Wallahuaʻlam.
RUJUKAN
Ayub,
M. M. B. A. A. @. (2016, April 19). Irsyad al-Hadith Siri ke-47:
Kelebihan dan amalan dalam Bulan Rejab. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1168-irsyad-al-hadith-siri-ke-47-kelebihan-dan-amalan-dalam-bulan-rejab
Ayub,
M. M. B. A. A. @. (2018, April 2). IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-261:
GANJARAN BULAN REJAB. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2354-irsyad-al-hadith-siri-ke-261-ganjaran-bulan-rejab
Halim,
I. A. (2021, February 20). Bulan Rejab: Peristiwa dan amalan sunnah.
HarakahDaily.
https://harakahdaily.net/index.php/2021/02/20/bulan-rejab-peristiwa-dan-amalan-sunnah/
Wahid,
A. (2023, February 5). AWAS! Ketahui 8 Hadis Palsu Berkaitan Bulan
Rejab Yang Sering Dikongsikan. UtusanTV.
https://utusantv.com/2023/02/05/awas-ketahui-8-hadis-palsu-berkaitan-bulan-rejab-yang-sering-dikongsikan-2/
Adham,
I. (2023, February 2). IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 576: BENARKAH TIDAK
TERDAPAT HADIS SAHIH BERKAITAN KELEBIHAN BULAN REJAB? Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan.
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/5517-irsyad-al-hadith-siri-ke-576-benarkah-tidak-terdapat-hadis-sahih-berkaitan-kelebihan-bulan-rejab#_ftnref4
Sunnah.com. (2019). Sunnah.com - Sayings and Teachings of Prophet
Muhammad. Sunnah.com. https://sunnah.com/
Hadith | Hadith library | Search hadith | ahadith.co.uk. (n.d.).
Ahadith.co.uk. https://ahadith.co.uk/
Selamat Datang ke Halaman Mutiara Hadis. (n.d.). Sigir.uitm.edu.my. https://sigir.uitm.edu.my/webhadis/
No comments:
Post a Comment