PENGENALAN
Terdapat
beberapa dakwaan yang menyatakan bahawa kandungan yang terdapat dalam hadis
telah menghina dan merendahkan martabat kaum wanita sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung. Tuduhan ini menyumbang kepada pandangan bahawa wanita
Islam ditindas, terpencil, dieksploitasi dan dianiaya, secara serentak
mempromosikan sifat patriarki masyarakat Islam yang membawa kepada diskriminasi
terhadap wanita.[1]
Misogini
adalah istilah yang berasal dari bahasa Inggeris yaitu misogyny berarti rasa
benci terhadap perempuan. Dalam Kamus Dewan Bahasa dipakai istilah misoginis
yang berarti orang yang membenci perempuan.[2] Kata yang terakhir ini
juga berasal dari bahasa Inggris yaitu misogynist yang juga berarti orang yang
membenci perempuan.
ISU
PEJUANG KAUM FEMINIS
Klaim
adanya hadis misogini mula pertama dipopularkan oleh Fatima Mernissi
melalui tulisannya Women and Islam: An
Hystorical and Theological Enquiry.Gema ini kemudian banyak merasuki kaum
feminis muslim atau para pejuang gender berkelamin laki-laki atau perempuan.
Setelah Fatima Mernissi bermunculan tokoh-tokoh feminis muslim lain yang telah
memberikan penafsiran terhadap hadis-hadis yang dianggap memarginalkan
perempuan antara lain : 1) Aminah Wadud, 2) Asgar Ali Engineer, 3) Riffat
Hassan, 4) Leila Ahmad , 5) Mansour Fakih, 6) Zaituna Subhan, dan lain
sebagainya.
Fatima Mernissi
beranggapan bahawa hadis misogini perlu dihilangkan dari literatur Islam
walaupun hadis tersebut dipastikan sahih.[3]
KUANTITI
DAN KUALITI HADIS-HADIS YANG DIKATAKAN MISOGINI
Dari
beberapa hadis yang berunsurkan misogini ada 65 jenis tema-tema hadis dalam
bentuk frasa atau klausa yang mengandung larangan bagi perempuan. Tema-tema
hadis tersebut selain didapatkan dari lafal yang dijadikan kata kunci juga
diperoleh dari lafal lain, namun tetap menyertakan lafal َ وَالْمَرْأَةَ , الزَّوْجَة
,atau َ النِّسَاءِ. Berikut adalah tema-tema dan kualiti hadis yang
diringkaskan pada Jadual 1[4]:
Bil |
Tajuk hadis |
Kualiti hadis |
|
Sanad |
Matan |
||
1 |
Penciptaan
perempuan dari tulang rusuk lelaki |
Sahih |
Sahih |
2 |
Kebanyakan
penghuni neraka adalah wanita |
Sahih |
Sahih |
3 |
Banyak
wanita masuk neraka kerana kurang akal dan agama |
Sahih |
Sahih |
4 |
Perempuan,
rumah dan kuda sebagai pembawa bencana |
Sahih |
Sahih |
5 |
Perempuan
membawa fitnah bagi lelaki |
Sahih |
Sahih |
6 |
Batal
solat bila perempuan melintas dari arah kiblat |
Sahih |
Sahih |
7 |
Perempuan
dilarang memakai wanigan ketika solat di masjid |
Sahih |
Sahih |
8 |
Wanita
dilarang berpuasa atau bersedekah tanpa izin suaminya |
Sahih |
Sahih |
9 |
Perintah
agar isteri patuh dan taat pada suami |
Dhaif |
Syadz |
10 |
Malaikat
melaknat isteri yang enggan Bersama dengan suaminya |
Sahih |
Sahih |
11 |
Perempuan
dilarang bermusafir tanpa mahram |
Sahih |
Sahih |
12 |
Larangan
wanita memakai rambut palsu |
Sahih |
Sahih |
13 |
Larangan
menyiasat suami yang memukul isteri |
Sahih |
Sahih |
14 |
Larangan
bersolek bagi wanita yang berkabung |
Sahih |
Sahih |
15 |
Kepimpinan
wanita tidak akan berjaya |
Sahih |
Syadz |
Di
dalam kertas kerja ini akan dijelaskan tiga(3) objektif kajian, antaranya:
1. Perbincangan
hadis-hadis yang menjadi perbincangan tentang dakwaan Nabi Muhammad SAW merendahkan
golongan wanita
3. Pendekatan
berinteraksi yang sewajarnya kepada masyarakat dalam hadis-hadis yang
menunjukkan salah dalam menyatakan terdapat hadis-hadis yang merendahkan
golongan wanita.
PERBINCANGAN HADIS-HADIS
YANG MENJADI PERBINCANGAN TENTANG DAKWAAN NABI SAW MERENDAHKAN GOLONGAN WANITA
Berikut
dikumpulkan lima(5) hadis-hadis yang menjadi perbincangan tentang dakwaan Nabi
Muhammad SAW merendahkan kaum wanita.
Lima(5) hadis-hadis berkaitan adalah seperti berikut:[5]
· Kebanyakan
penghuni neraka adalah wanita.
· Wanita
dilarang memakai pewangi bila solat di masjid.
· Larangan
menyoal siasat suami yang memukul isterinya
· Larangan
wanita bermusafir tanpa mahram.
· Pemimpin
wanita tidak akan Berjaya.
Berikut
dijelaskan salah faham dan kekeliruan yang berlaku terhadap hadis-hadis yang
berkaitan.
SALAH
FAHAM HADIS PERTAMA: KEBANYAKAN PENGHUNI NERAKA ADALAH WANITA.
صحيح البخاري | كتاب الرقاق باب صفة الجنة والنار (حديث
رقم: 6546 )
6546- عن عمران عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «اطلعت في الجنة،
فرأيت أكثر أهلها الفقراء، واطلعت في النار، فرأيت أكثر أهلها النساء.»
Ertinya:
Dari ‘Imran Nabi SAW.
bersabda : aku diperlihatkan surga dan saya lihat kebanyakan penghuninya adalah
orang-orang miskin. Dan aku diperlihatkan pula neraka dan aku lihat kebanyakan penghuninya
adalah kaum perempuan.
Bagi
pejuang gender, hadis ini dikatakan berlaku tidak adil dan misoginis kerana
memberitakan bahawa ramai wanita akan menghuni neraka.
§ Adakah
hadis ini membawa maksud wanita lebih dominan dikuasai oleh kejahatan?
§ Mengapa
lebih wanita masuk neraka, padahal mereka diciptakan sama seperti kaum lelaki,
iaitu tanpa dosa.
SALAH
FAHAM HADIS KEDUA: WANITA DILARANG MEMAKAI PEWANGI BILA SOLAT DI MASJID
البحث عن أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لا تُقْبَلُ صَلَاةٌ لِامْرَأَةٍ تَطيَّبَتْ لِهَذَا
الْمَسْجِدِ حَتَّى تَرْجِعَ فَتَعْتَسِلَ عُسْلَهَا مِنْ الْجَنَابَةِ في كتب الحديث :
Ertinya:
Dari Abu Hurairah
berkata, aku mendengar Abu al-Qasim (Rasulullah) SAW. bersabda: ‘Allah tidak akan
menerima salatnya seorang perempuan yang memakai wewangian ketika ke masjid ini
hingga ia kembali dari mandi sebagaimana ia mandi janabah’.”
Kaum
misoginis tidak senang dengan kaedah teguran dan penyataan keras berkaitan
penggunaan wangian oleh wanita sehingga disamakan dengan pelakuan zina. Untuk bersihkan diri, perlu mandi wajib.
SALAH
FAHAM HADIS KETIGA: LARANGAN MENYOAL SIASAT SUAMI YANG MEMUKUL ISTERINYA
البحث عن عَنْ عُمَرَ بْن الخَطَابِ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُسْأَلُ الرَّجُلُ فِيمَا
ضَرَبَ امْرَأَتَهُ في كتب الحديث
Ertinya:
Dari Umar bin
al-Khattab dari Nabi SAW. bersabda: Jangan menanyakan seorang laki-laki (suami)
yang memukul isterinya.
Teks
hadis ini seolah mengiyakan keganasan rumah tangga, berlindung di sebalik teks
agama. Maksud hadis ini tidak perlu
ditanyakan seorang suami yang memukul isterinya. Juga tidak berdosa dilakukan dengan memukul
isteri jika durhaka(nusyuz). Bagi
golongan misoginis, larangan ini amat berat sebelah dan tidak masuk akal.
SALAH
FAHAM HADIS KEEMPAT: LARANGAN WANITA BERMUSAFIR TANPA MAHRAM.
البحث عن قالَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُسَافِرُ المَرْأةُ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَم
في كتب الحديث
Ertinya:
Dari Ibn ‘Abbas
ra. berkata, Nabi SAW. bersabda: Tidak boleh bepergian seorang perempuan
kecuali dengan muhrimnya.
SALAH
FAHAM HADIS KELIMA: PEMIMPIN WANITA
TIDAK AKAN BERJAYA.
البحث عن لَمَّا بَلَغَ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ فارَسًا مَلَكُوا ابْنَة كِسْرَى
قَالَ لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَوْا أَمْرَهُمْ أَمْرَأَةٌ في كتب الحديث
Ertinya:
Dari Abu Bakrah
berkata, ketika Nabi SAW. disampaikan bahwa negeri Persia dipimpin oleh anak
perempuannya Kisrah beliau bersabda : “Tidak beruntung suatu kaum yang pemimpin
mereka adalah perempuan”.
Menurut
kaum feminis, hadis ini lemah karena perawi hadisnya tidak terpercaya (tidak
tsiqah) sehingga tidak bisa dijadikan sebagai rujukan dalil syara’. Mereka menuduh bahwa Abu Bakrah melakukan
sumpah palsu. Pada zaman Khalifah Umar bin Khattab ra., Abu Bakrah pernah disebat
lapan puluh kali, karena telah dianggap
menuduh zina atas sahabat Syu’bah bin Mughirah ra. tanpa ada bukti yang
cukup oleh pengadilan.[6]
JAWAPAN BALAS TERHADAP
DAKWAAN DAN TAFSIR YANG TEPAT TERHADAP HADIS-HADIS YANG DIDAKWA MERENDAHKAN
GOLONGAN WANITA TERSEBUT
Berikut
adalah jawapan balas terhadap dakwaan dan tafsir tepat terhadap hadis-hadis
yang didakwa merendahkan golongan wanita.
RESPON
KEPADA SALAH FAHAM HADIS YANG PERTAMA, IAITU KEBANYAKAN PENGHUNI NERAKA ADALAH
WANITA.
Dari
‘Imran Nabi SAW. bersabda : aku diperlihatkan surga dan saya lihat kebanyakan
penghuninya adalah orang-orang miskin. Dan aku diperlihatkan pula neraka dan
aku lihat kebanyakan penghuninya adalah kaum perempuan.
Menurut
Siti Nurnajjah, 2019, dari analisis kualiti sanad, hadis ini termasuk dalam
kategori hadis hasan. Beliau membawa
pandangan ulama hadis dari kitab syarah Fathul bari. Menurut pendapat dari kitab Fathul Bari, penyebutan
akan kekurangan pada wanita itu bukanlah celaan kepada mereka karena hal itu
adalah dasar penciptaannya akan tetapi ia adalah peringatan akan fitnah mereka.[7]
Nabi
SAW menyatakan demikian kerana hajat baginda SAW agar umatnya tidak banyak yang
akan menghuni neraka. Biarlah isi neraka
itu penuh dengan wanita kafir, sedangkan wanita yang solehah dan berakhlak
mulia, insha Allah tentunya akan menghuni syurga.[8]
Ungkapan
Nabi Muhammad SAW adalah bersifat preventif agar umatnya tidak bergelumang
dengan maksiat dan dosa yang akibatnya akan dihumban ke dalam neraka.
Pesanan
Nabi Muhammad SAW. ini mudah diterima oleh Muslimah pada zaman baginda kerana
akan berusaha bertanya bagaimana cara mengelakkan dari masuk ke neraka. Ini amat berbeza dengan golongan misoginis
dan feminis yang melenting apabila membaca hadis ini dan cuba menepisnya.[9]
RESPON
KEPADA SALAH FAHAM HADIS YANG KEDUA, IAITU WANITA DILARANG MEMAKAI PEWANGI BILA
SOLAT DI MASJID
Dari Abu Hurairah
berkata, aku mendengar Abu al-Qasim (Rasulullah) SAW. bersabda: ‘Allah tidak
akan menerima salatnya seorang perempuan yang memakai wangian ketika ke masjid
ini hingga ia kembali dari mandi sebagaimana ia mandi janabah’.”
Menurut
Imam al Munawi rhm, yang dimaksudkan hadis ini ialah wanita memakai minyak
wangi yang terzahir dan kuat baunya, lalu melewati kaum lelaki yang ajnabi dan
memang itu tujuannya, maka perempuan itu adalah penzina dari sudut mendapat
dosanya.[10]
Isunya
di sini, adakah haram mutlak untuk tidak mengenakan wangian bagi wanita. Adapun mengenakan sedikit pewangi bagi
menghilangkan bau badan, ini tidak termasuk dalam kategori pengharaman ini.[11]
Dalam
Riwayat Abu Hurairah yang lain, penyebutan bakhuran, yang lebih
merujuk kepada memai pewangi yang berbau kuat.
Justeru, dibolehkan memakai pewangi asalkan tidak mengganggu penumpuan
orang untuk solat.
Dalam
hadis yang lain, Riwayat Abu Musa, secara teksnya membawa maksud larangan
memakai wangian ini dengan maksud menarik perhatian orang lain. Inilah yang tidak dibolehkan.[12]
Ringkasnya,
kaum wanita tidak dilarang memakai pewangi ke masjid atau menghadiri suatu
majlis jika sekiranya baunya tidak kuat dan menyengat yang dengan itu akan
menarik perhatian kaum lelaki. [13]
RESPON
KEPADA SALAH FAHAM HADIS YANG KETIGA, IAITU LARANGAN MENYOAL SIASAT SUAMI YANG
MEMUKUL ISTERINYA
Dari Umar bin
al-Khattab dari Nabi SAW. bersabda: Jangan menanyakan seorang laki-laki (suami)
yang memukul isterinya.
Berkata
Shaikh Uthaimin rhm, Pukulan itu adalah peringkat terakhir, maka boleh jadi
seorang lelaki memukul isterinya kerana sesuatu yang ia malu untuk menyebutnya,
maka jika dia mengetahui ketakwaan lelaki itu kepada Allah Taala, dan dia
memukul isterinya, maka dia tidak ditanya, ini jika hadis itu sahih, tetapi
hadis itu dhaif. Bagi yang mempunyai
hubungan yang tidak baik, dia ditanya mengapa dia memukul isterinya. Kerana dia
tidak mempunyai rasa takut kepada Tuhan Yang Maha Kuasa yang akan menghalangnya
daripada menganiaya dan memukulnya, kerana dia tidak layak dipukul.[14]
Penjelasan mengenai
hadis ini perlu juga dilihat dengan tafsiran ayat Surah An Nisa’ ayat: 34
ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ
عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ وَبِمَآ أَنفَقُواْ
مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡۚ فَٱلصَّـٰلِحَـٰتُ قَـٰنِتَـٰتٌ حَـٰفِظَـٰتٌ۬ لِّلۡغَيۡبِ بِمَا
حَفِظَ ٱللَّهُۚ وَٱلَّـٰتِى تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهۡجُرُوهُنَّ
فِى ٱلۡمَضَاجِعِ وَٱضۡرِبُوهُنَّۖ فَإِنۡ أَطَعۡنَڪُمۡ فَلَا تَبۡغُواْ عَلَيۡہِنَّ
سَبِيلاًۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيًّ۬ا ڪَبِيرً۬ا (٣٤
Ertinya:
Kaum lelaki itu
adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,
oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa
keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki
telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka
perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya),
dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara)
ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.
Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz)
hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka
di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan
pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada
kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
Menurut
tafsir Quraish Shihab di dalam tafsirnya, Kepada istri yang menampakkan
tanda-tanda ketidakpatuhan, berilah nasihat dengan perkataan yang menyentuh,
jauhi ia di tempat tidur, kemudian beri hukuman berupa pukulan ringan yang
tidak melukai, ketika ia tidak menampakkan perbaikan.[15]
Islam
melarang tindakan kekerasan dalam rumah tangga.
Suami dibolehkan memukul isteri dalam rangka Pendidikan. Nabi SAW lebih
mengutamakan pendekatan psikologis daripada melakukan kekerasan.[16]
RESPON
KEPADA SALAH FAHAM HADIS YANG KEEMPAT, IAITU LARANGAN WANITA BERMUSAFIR TANPA
MAHRAM
Dari Ibn ‘Abbas
ra. berkata, Nabi SAW. bersabda: Tidak boleh bepergian seorang perempuan
kecuali dengan muhrimnya.
Apa
yang dimaksudkan musafir dalam konteks hadis ini? Dari segi bahasa ia membawa maksid orang yang
dalam perjalanan atau bermusafir. Dari
segi istilah pula ia membawa maksud keluarnya seseorang dari tempat tinggalnya
dengan niat menempuh perjalanan ke suatu tempat yang ingin ditujunya, dalam jarak tertentu. Dasar hukum islam ada disebut dalam beberapa
hadis yang mempunyai tema yang sama, namun dasi segi hukum ulama’ berbeza
pandangan. Para ulama memecahkan keadaan
safar dalam 3 keadaan iaitu safar wajib, sunah/mubah, dan akhir sekali adalah
haram.[17]
Menurut
Inayah, 2021, Hukum safar menjadi wajib jika dilakukan untuk mengerjakan ibadah
haji, ibadah umrah wajib, menunaikan jihad wajib (Ibn Qudamah Al-Maqdisi,
1967), dan menuntut ilmu yang merupakan kewajiban setiap manusia (Alauddin
Al-Kasani, 1986).
Menurut
Inayah 2021 lagi, safar sunnah adalah safar yang ditujukan untuk
perkara-perkara sunnah dalam Islam. Di antara safar yang sunnah adalah safar
untuk menunaikan umrah yang hukumnya tidak wajib atau safar untuk menunaikan
haji tathawwu’. Sedangkan safar mubah yaitu safar yang dilakukan untuk melaksanakan
suatu perkara yang mubahseperti berdagang dan lainnya menurut majoriti ulama’ seperti
untuk melihat-lihat pemandangan yang dibolehkan dan temasya.[18] Dari segi aktiviti
sosial, kaum wanita boleh melakukan aktiviti luar rumahnya untuk bekerja bila
mana terjamin keamanannya.[19] Dari
kontekstualisasi pemahaman hadis seperti itu, Ibn Hazm membolehkan perempuan
bepergian tanpa ditemani suami atau mahram jika keamanan kondusif.
Dalam
kategori ketiga pula, ianya adalah untuk tujuan yang diharamkan Allah SWT
seperti safar untuk mencuri, menyamun, dan sebagainya.[20]
RESPON
KEPADA SALAH FAHAM HADIS YANG KELIMA, IAITU PEMIMPIN WANITA TIDAK AKAN BERJAYA.
Dari Abu Bakrah
berkata, ketika Nabi SAW. disampaikan bahwa negeri Persia dipimpin oleh anak
perempuannya Kisrah beliau bersabda : “Tidak beruntung suatu kaum yang pemimpin
mereka adalah perempuan”.
Menurut
Mohd Anuar Ramli, 2012[21], terdapat tiga pandangan
berhubung dengan hadis di atas.
Pertamanya hadis tersebut meliputi seluruh kaum perempuan dalam semua
bentuk kepimpinan. Keduanya hadis
tersebut berkaitan dengan kekhilafahn dan bukan kepimpinan lainnya. Dan yang ketiganya golongan yang
mempertikaikan kesohihan hadis ini.
Mengapa
hadis ini dipertikaikan. Antaranya
kerana:
a. Perawi
Abu Bakrah adalah seorang yang misoginis.
Beliau hanya memberitahu hadis ini setelah 25 tahun dia mendengar dari
Nabi Muhammad SAW ketika perang Jamal
b. Hadis
ini adalah khusus kepada maharaja Farsi dan kerajaan Kisra yang melantik anak
perempuannya. Tujuan di sebalik hadis
ini adalah untuk memperkecilkan kerajaan Parsi dan tiada kaitan dengan
kepimpinan dalam Islam.
c. Ianya
juga bertentangan dengan nas al Quran.
Al Quran telah memceritakan kisah kerajaan Saba’ yang dipimpin oleh Ratu
Balqis. Beliau adalah seorang pemimpin
yang hebat, berwawasan, demokratik dan mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.
d. Hadis
tersebut statusnya ahad. Jumhur ulama’
sepakatt bahawa hadis ahad hanya menghasilkan hukum yang zanni.
Berdasarkan
empat(4) hujah di atas, jelaslah di sini hadis ini tidak boleh dijadikan asas
untuk menafikan perempuan memegang jawatan kepimpinan umum.[22]
Di
samping itu menurut Damanhuri, 2016 , hadis di atas juga terlihat bertentangan
dengan sikap Nabi Muhammad SAW. terhadap perempuan. Hadis-hadis Nabi Muhammad SAW.
menyatakan bahwa Nabi Muhammad SAW. sering bermusyawarah dan meminta
pertimbangan kepada para isterinya. Diriwayatkan bahwa Nabi Muhammad SAW.
pernah berkonsultasi dengan Ummu Salamah tentang perjanjian Hudaibiyah dan
dalam beberapa kesempatan bermusyawarah serta menyerahkan pendapat kepada
Khadijah.[23]
Ditambahi
pula menurut Nurkholidah, M.Ag 2014, beliau menggariskan tiga isi penting
iaitu: i)Islam pada dasarnya memberikan
hak dan kewajipan sama sahaja kepada kaum lelaki dan wanita. ii) terdapat
pengkhususan hak ata kewajipan kepada perempuan sahaja atau lelaki sahaja. iii) pengkhususan ini mestilah berlandaskan
kepada nash Al Quran dan As Sunnah.
Misalnya di dalam firman Allah SWT dalam surah An Nisa’ ayat 1.[24]
يَـٰٓأَيُّهَا
ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍۢ وَٰحِدَةٍۢ وَخَلَقَ
مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًۭا كَثِيرًۭا وَنِسَآءًۭ ۚ وَٱتَّقُوا۟
ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ
رَقِيبًۭا ١
Ertinya:
Katakanlah, Hai
manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua.
Nas-nas seperti ini berbicara kepada manusia
secara umum tanpa melihat gender.
Menurut
Shaikh Yusuf Al Qaradhawi, realiti hari ini menyaksikan tanggungjawab dan
pemerintahan adalah dipikul bersama.
Beban tugas itu dipikul oleh sekumpulan badan atau institusi dan wanita
memikul satu bahagian daripada bebanan ini Bersama-sama orang lain.[25]
Wanita
boleh menjadi pemimpin masyarakat apabila budaya masyarakat setempat boleh
menerimanya. Asalkan ia lebih tinggi
dari segi ilmu, kemahiran dan kepimpinannya.[26]
PENDEKATAN
BERINTERAKSI YANG SEWAJARNYA KEPADA MASYARAKAT DALAM HADIS-HADIS YANG
MENUNJUKKAN SALAH DALAM MENYATAKAN TERDAPAT HADIS-HADIS YANG MERENDAHKAN
GOLONGAN WANITA.
Merujuk
kepada Fauzi Deraman, 2021, ketidakadilan jantina yang dibahaskan melalui hadis
adalah disebabkan oleh intepretasi dan tafsiran yang bebeza. Besar kemungkinan
berpunca dari salah faham terhadap maksud dan konteks ayat.[27] Di sini saya ingin mencadangkan empat(4)
pendekatan yang boleh diambil berkaitan pendekatan interaksi dengan masyarakat dalam hadis yang
bersifat misogini dan feminis.
PEMAHAMAN
HADIS TIDAK TERFOKUS KEPADA TEKS HADIS SAHAJA, TETAPI PERLU DIFAHAMI SECARA
KONTEKSTUAL.
Dalam menilai hadis kita perlu lihat
dari sudut pemahaman teks dan konteks sesuatu nas. Penekanan ini penting bagi
mengeluarkan kefahaman yang tepat dan jitu. Dalam menetapkan kefahaman terhadap
sesuatu hadis, perlulah kita lihat kepada nas adakah nas yang dikemukakan itu
berkehendakkan kepada kefahaman terus kepada teks atau maksud yang tesirat di
sebalik dan tujuan hadis.[28]
TIDAK MUDAH MELATAH BILA MENGKAJI
SESUATU HADIS- PERLU KAJI KESAHIHAN SANAD DAN KAJI JUGA KEASLIAN MATAN.
Aplikasi
dan takhrij hadis penting dan boleh kita gunakan. Menurut Shaikh Mahmud al-Tahhan, takhrij hasi ini menunjukkan
tempat adanya hadis dalam sumber-sumber asal yang dikeluarkannya dengan sanad,
kemudian menyatakan kedudukan k etika diperlukan.
Metod
takhrij hadis dapat dibuat dengan melihat perawi, perkataan awal matan hadis,
kalimah Gharib, tajuk hadis, sifat matan dan sanad, seterusnya menggunakan
maktabah syamilah atau laman web seperti muhaddith, dan dorar.net.[29]
Apabila
mentakhrij, perlu dicatatkan maklumat berikut seperti nama perawi, nama kitab,
nombor hadis, tajuk kitab, bab, jilid dan halaman, seterusnya martabat atau
status hadis.
Setelah
itu, isnad hadis pula diaplikasikan sebagai etika maklumat dalam islam. Apakah itu isnad al hadis. Dari segi definisi isnad al hadis ini ialah
menjelaskan jalan rangkaian perawi yang menyampaikan kepada teks matan hadis
Nabi Muhammad SAW.[30]
Kategori
kualiti maklumat dalam isnad al hadis ada 3 iaitu isnad hadis sahih, isnad
hadis hassan, dan isnad hadis dhaif.
Untuk
isnad hadis sahih, terdapat lima(5) kriteria yang perlu ada, antaranya sanad
sesuatu hadis mesti bersambung, semua periwayat dalam sanad mestilah adil dan
dhabit. Sanad mestilah terhindar dari
syudhudh(janggal), sanad mestilah terhindar daripada illat (kecacatan).[31]
Menurut
Dr Faisal Ahmad Shah 2017, ulama’ hadis mempunyai metod dalam menilai sanad dan
matan hadis. Mereka menetapkan beberapa kaedah untuk memastikan kesahihah hadis
antaranya memahami ilmu al jarh wa al ta;dil dan kaedahnya, dan memahami kaedah
al tashih wa al tad’if. [32]
PERNYATAAN
NABI MUHAMMAD SAW DALAM BENTUK SESUATU LARANGAN TERHADAP UMATNYA TIDAK BOLEH
DILIHAT DALAM ASPEK NEGATIF.
Tuduhan sebuah hadis berbau misoginis
tidak boleh diukur pada hadis tersebut kerana mesej yang disampaikan adalah
berisi nettif atau larangan. Ini kerana
ketika Nabi SAW menyampaikan mesej tersebut, ianya sesuai dengan keadaan
sosial masyarakat pada masa itu. Setting sosial yang saat itu dan
juga sebagai amaran Nabi Muhammad SAW agar umatnya tidak terjerumus pada
perbuatan dosa. Setelah masa berlalu,
keadaan sosial masyarakat boleh berubah. Justeru, pemahaman hadis yang perlu
diadaptasikan dengan keadaan sosial yang terjadi sekalipun bercanggah dengan
teks hadis.
Oleh itu ditekankan sekali lagi di
sini, pemahaman seseuatu hadis tidaklah boleh hanya berfokus pada teks hadis
semata-mata, akan tetapi pemahaman sesara kontekstual dengan menggunakan
pendekatan pelbagai disiplin sangai dikehendaki.
MENGAPLIKASIKAN KAEDAH TEPAT DALAM
MEMAHAMI HADIS NABI MUHAMMAD SAW.
Ada tiga(3) panduan umum
antaranya mencari kebenaran mengenai kesabitan al sunnah dan kesahihannya,
memahami al sunnah dengan sebenar-benarnya, dan seterusnya memastikan kedudukan
nas-nas hadis yang bertentangan dengan nas lebih kuat daripadanya. Manakala
bagi Prof. Yusuf al Qaradhawi, ada lapan(8) kaedah berinteraksi dengan al
sunnah. Antaranya
1.
Memahami al-Sunnah Menurut Perspektif al-Quran
2.
Menghimpun Hadis-hadis yang Berkaitan Dalam Satu Tajuk
3.
Penyelarasan atau Tarjih di Antara Hadis-hadis yang Bercanggah
4.
Memahami Hadis Sebab Berlakunya Perkara yang Berkaitan dan Maqasid al-Hadis
5.
Membezakan di antara Wasilah yang Berubah Dengan Tujuan yang Tetap Bagi Sesuatu
Hadis
6.
Membezakan Di antara Hakikat dengan Majaz Bagi Memahami Hadis
7.
Membezakan Di antara yang Ghaib Dengan Yang Nyata
8. Penelitian Kepada Makna Lafaz Hadis
KESIMPULAN
Sebagai
kesimpulannya, hadis hadis tentang dakwaan Nabi Muhammad SAW merendahkan golongan wanita telah dibincangkan,
Tafsiran yang tepat terhadap salah faham terhadap hadis-hadis merendahkan
wanita juga telah dibentangkan. Juga beberapa pendekatan yang boleh diterapkan
kepada masyarakat apabila berdepan dengan hadis-hadis yang merendahkan wanita
ada dicadangkan. Dari uraian diatas, penulis dapat menyimpulkan sesungguhnya
problem peminggiran perempuan tidak
lebih sebagai pemahaman keIslaman, bukan Islâm itu sendiri. Feminisme Barat
adalah agenda terancang musuh bagi merosakkan jatidiri dan identiti wanita
muslimah. Sehubungan dengan itu, wanita muslimah perlu dipersiapkan dengan ilmu
pengetahuan dan ilmu agama yang mencukupi bagi menghadapi tentangan feminisme. Hasil
penelitian fiqh al hadis, tiada hadis yang bermaksud untuk merendahkan kaum wanita. Apa yang dipesan Nabi Muhammad SAW adalah
bermaksud nasihat kepada kaum wanita agar dapat mengelakkan dari jatuh kepada
kesalahan dan dosa.
RUJUKAN
Norhasnira
Ibrahim, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shumsudin Yabi, Analisis Terhadap Hadis
Tentang Penyamatarafan Wanita Dan Haiwan: Ulasan dan Kritikan, Journal of Hadis
Studies, vol 3(1), ms.10-18.
Kritik
Dan Analisis Hadis-Hadis Yang diklaim misogini, - Uin Alauddin. (n.d.).
Retrieved February 17, 2023, from http://repositori.uin-alauddin.ac.id/208/1/DASRUL.pdf
Siti Nurjanah, Analisis
tentang hadis perempuan sebagai penghuni neraka mayoritas, Jurnal Studi Hadis
Nusantara, ms 1-10.
“IRSYAD
AL-FATWA KE-199: HUKUM WANITA MEMAKAI WANGI-WANGIAN (PERFUME).” Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan, 2 June 2017,
muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/808-irsyad-al-fatwa-ke-199-hukum-wanita-memakai-wangi-wangian-perfume.
“حديث
: لا يُسْأل الرجل فيمَ ضرب زوجته ؟ - الإسلام سؤال وجواب.” Islamqa.info,
islamqa.info/ar/answers/146600. Accessed 5 Mar. 2023.
“Surat
An-Nisa’ Ayat 34.” Tafsir AlQuran Online,
tafsirq.com/4-an-nisa/ayat-34#tafsir-quraish-shihab. Accessed 5 Mar. 2023.
Inayah
Nazahah, Amir Sahidin, Hukum Safar Wanita tanpa Mahram menurut pandangan para ulama,
Jurnal Penelitian Medan Agama Volume 12, Nomor 01, 2021, msm 82- 89
Mohd
Anuar Ramli, Rahimin Affandi Abdul Rahim dan Muhammad Ikhlas Rosele, Input
Isu-siu gender terhadap hukum Islam semasa, book chapter, ms. 205-245, https://www.researchgate.net/publication/309036975_input_isu-isu_gender_terhadap_hukum_islam_semasa
Damanhuri,
Diskusi hadis tentang kedudukan perempuan, Substantia, Edisi Khusus, December
2016, m.s. 11- 27.
Nurkholidah,
M.Ag, Kritik Hadis Perspektif Gender(Studi Atas Pemikiran Fatima
Mernissi)Holistik volume 15(1), 2014, ms. 77-98.
Dr
Yusuf Al Qardhawi, Fatwa Masa Kini, Jilid 7&8, Pustaka Salam, 1995, ms.
110-113.
Fauzi
Deraman, Khadzr Ahmad, Pendekatan Ulum al Hadis dalam menangani salah faham
terhadap sunnah, perstuan ulama Malaysia, 2021, ms 146-150.
Nota
Kuliah Prof Madya Dr. Khader Ahmad, UFL2010, Kaedah berinteraksi dengan Sunnah,
2023
Dr
Faisal Ahmad Shah 2017, Kaedah Tepat Memahami Hadis, Penerbit Universiti
Malaya, 2017, ms 33-36.
Agustiani,
Y., & Ratnasih, T. (2022, May 19). Kualitas dan Interpretasi Hadis
tentang Misogini: Studi Takhrij dan Syarah | Agustiani | Jurnal Riset Agama.
Kualitas Dan Interpretasi Hadis Tentang Misogini: Studi Takhrij Dan Syarah |
Agustiani | Jurnal Riset Agama. https://journal.uinsgd.ac.id/index.php/jra/article/view/18057/7145
Carian
Umum. (n.d.). Retrieved February 18, 2023, from
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=misogini
“Tela’ah
Hadis Kepemimpinan Perempuan.” Suara Mubalighah, 24 Apr. 2022,
suaramubalighah.com/2022/04/24/telaah-hadis-kepemimpinan-perempuan/. Accessed 5
Mar. 2023.
[1]
Norhasnira
Ibrahim, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shumsudin Yabi, Analisis Terhadap Hadis
Tentang
Penyamatarafan Wanita Dan Haiwan: Ulasan
dan Kritikan, Journal of Hadis Studies, vol 3(1), ms.10-18.
[2]Carian Umum.
(n.d.). Retrieved February 18, 2023, from
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=misogini
[3]
Kritik Dan
Analisis Hadis-Hadis Yang diklaim misogini, - Uin Alauddin. (n.d.). Retrieved
February 17, 2023, from http://repositori.uin-alauddin.ac.id/208/1/DASRUL.pdf
[4]
Ibid
[6] “Tela’ah Hadis Kepemimpinan
Perempuan.” Suara Mubalighah, 24 Apr. 2022, suaramubalighah.com/2022/04/24/telaah-hadis-kepemimpinan-perempuan/.
Accessed 5 Mar. 2023.
[7] Siti Nurjanah, Analisis tentang hadis perempuan
sebagai penghuni neraka mayoritas, Jurnal Studi Hadis Nusantara, ms 1-10.
[8] Kritik Dan
Analisis Hadis-Hadis Yang diklaim misogini, - Uin Alauddin. (n.d.). Retrieved
February 17, 2023, from http://repositori.uin-alauddin.ac.id/208/1/DASRUL.pdf
[9] Ibid
[10] “IRSYAD AL-FATWA
KE-199: HUKUM WANITA MEMAKAI WANGI-WANGIAN (PERFUME).” Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan, 2 June 2017,
muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/808-irsyad-al-fatwa-ke-199-hukum-wanita-memakai-wangi-wangian-perfume.
[11] Ibid
[12] Kritik Dan
Analisis Hadis-Hadis Yang diklaim misogini, - Uin Alauddin. (n.d.). Retrieved
February 17, 2023, from http://repositori.uin-alauddin.ac.id/208/1/DASRUL.pdf
[13] “IRSYAD AL-FATWA
KE-199: HUKUM WANITA MEMAKAI WANGI-WANGIAN (PERFUME).” Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan, 2 June 2017,
muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/808-irsyad-al-fatwa-ke-199-hukum-wanita-memakai-wangi-wangian-perfume.
[14] “حديث : لا يُسْأل الرجل
فيمَ ضرب زوجته ؟ - الإسلام سؤال وجواب.” Islamqa.info, islamqa.info/ar/answers/146600.
Accessed 5 Mar. 2023.
.
[15] “Surat An-Nisa’
Ayat 34.” Tafsir AlQuran Online,
tafsirq.com/4-an-nisa/ayat-34#tafsir-quraish-shihab. Accessed 5 Mar. 2023.
[16] Kritik Dan
Analisis Hadis-Hadis Yang diklaim misogini, - Uin Alauddin. (n.d.). Retrieved
February 17, 2023, from http://repositori.uin-alauddin.ac.id/208/1/DASRUL.pdf
[17] Inayah Nazahah, Amir Sahidin, Hukum Safar Wanita tanpa
Mahram menurut pandangan para ulama, Jurnal Penelitian Medan Agama Volume 12,
Nomor 01, 2021, msm 82- 89
[18] Ibid
[19] Kritik Dan
Analisis Hadis-Hadis Yang diklaim misogini, - Uin Alauddin. (n.d.). Retrieved
February 17, 2023, from http://repositori.uin-alauddin.ac.id/208/1/DASRUL.pdf
[20] Inayah Nazahah, Amir Sahidin, Hukum Safar Wanita tanpa
Mahram menurut pandangan para ulama, Jurnal Penelitian Medan Agama Volume 12,
Nomor 01, 2021, msm 82- 89
[21] Mohd Anuar Ramli,
Rahimin Affandi Abdul Rahim dan Muhammad Ikhlas Rosele, Input Isu-siu gender
terhadap hukum Islam semasa, book chapter, ms. 205-245,
https://www.researchgate.net/publication/309036975_INPUT_ISU-ISU_GENDER_TERHADAP_HUKUM_ISLAM_SEMASA
[22] Ibid
[23] Damanhuri, Diskusi
hadis tentang kedudukan perempuan, Substantia, Edisi Khusus, December 2016,
m.s. 11- 27.
[24] Nurkholidah, M.Ag,
Kritik Hadis Perspektif Gender(Studi Atas Pemikiran Fatima Mernissi)Holistik
volume 15(1), 2014, ms. 77-98.
[25] Dr Yusuf Al
Qardhawi, Fatwa Masa Kini, Jilid 7&8, Pustaka Salam, 1995, ms. 110-113.
[26] Kritik Dan
Analisis Hadis-Hadis Yang diklaim misogini, - Uin Alauddin. (n.d.). Retrieved
February 17, 2023, from http://repositori.uin-alauddin.ac.id/208/1/DASRUL.pdf
[27] Fauzi Deraman,
Khadzr Ahmad, Pendekatan Ulum al Hadis dalam menangani salah faham terhadap
sunnah, perstuan ulama Malaysia, 2021, ms 146-150.
[28] Ibid.
[29] Nota Kuliah Prof
Madya Dr. Khader Ahmad, UFL2010, Kaedah berinteraksi dengan Sunnah, 2023
[30] Ibid
[31] Ibid
[32] Dr Faisal Ahmad
Shah 2017, Kaedah Tepat Memahami Hadis, Penerbit Universiti Malaya, 2017, ms
33-36.
No comments:
Post a Comment