Saturday, November 29, 2008

Dakwah Fardiah : sifat da'i

Assalamu'alaikum wbth,

Motto kita ialah mendidik, berbakti dan berakhlak. Ketiga sifat yang disebutkan tadi adalah sifat mulia yang dianjurkan dalam Islam. Ianya juga sangat dipandang tinggi oleh masyarakat.
Dalam realiti di mana Islam begitu dagang, agak sukar untuk laksana ketiga-tiga sifat ini jika tanpa adanya jihad yang berterusan. Dakwah fardiah merupakan wasilah yang penting untuk mengatasi Islam yang ghurbah. Berikut dikongsi sifat da'i yang perlu ada bagi menjayakan dakwah fardiah. Antaranya:


1) Paling utama adalah ikhlas kepada Allah subhanahuwata’ala. Tanpa keikhlasan ini segala amalan akan sia-sia.

2) Merasai bahawa tugas da’wah amat besar. Ia memerlukan perhatian yang lebih dan sentiasa mengharapkan balasan daripada Allah Subhanahuwata’ala.

3) Bersikap bijak, berhati-hati memilih teknik pendekatan, memberi nasihat yang baik dan berbahas dengan cara yang ahsan (cara yang terbaik).

4) Bersikap lembut, berakhlak mulia, bersabar, dapat menahan diri dan tidak emosional terhadap segala kesulitan di jalan da’wah. Sentiasa menyerah diri kepada Allah Subhanahuwata’ala. Menjadikan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan orang-orang yang mengikuti baginda sebagai contoh ikutan.

5) Mengenali masyarakatnya secara menyeluruh. Mengetahui segala permasalahan dan aliran yang ada dalam masyarakat. Berusaha untuk memahami realiti orang yang dida’wahkan.

6) Seorang da’i mesti memiliki pemahaman terhadap din dengan mendalam. Sentiasa menimba ilmu agar pemberiannya kepada mad’u lebih sempurna. Kata pepatah Arab (bermaksud):

”Orang yang tidak memiliki sesuatu tidak akan dapat memberikan sesuatu ”

7) Hendaklah mengkaji sirah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan sahabat-sahabat baginda yang mulia. Juga mengkaji sejarah Islam secara mendalam agar dapat dijadikan bekalan ketika berhadapan dengan permasalahan di jalan da’wah.

8) Hendaklah menghafal Al-Quran sesuai dengan kemampuannya agar dapat digunakan sebagai dasar-dasar da’wah. Kaedah da’wah dan penceritaan berdasarkan Al-Quran mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa manusia.

9) Dalam da’wah dan perbicaraan jangan hanya bersifat rasional sahaja. Bahkan perlu mempunyai unsur-unsur emosi. Ini kerana kekuatan sentuhan emosi sering dapat memberi kesan lebih mendalam kepada jiwa manusia melebihi sentuhan akal.

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...