Tokoh pemikir Islam: Shaikh Al Qaradhawi dan Al Buti

 Tokoh pemikir Islam yang dipilih ialah Shaikh Yusuf al-Qaradhawi  dan Shaikh Muhammad Said Ramadzan Al-Buti.  Berikut akan dihuraikan biografi mereka, cara pemikiran mereka , dan sumbangan mereka dalam bidang ini.

Shaikh Yusuf al-Qaradhawi

Yusuf al-Qaradawi adalah salah seorang sarjana Islam yang sangat unggul dan berpengaruh pada zaman ini.  Pemikirannya amat berpengaruh kepada dunia Islam dan juga di negara kita.[1]   

Latar belakang Yusuf Al Qaradhawi[2]

Beliau dilahirkan di kampung Shafat al-Tharab, Mesir pada tahun 1926.  Ayahnya seorang petani dan ibunya seorang peniaga.  Ayahnya meninggal dunia ketika usianya 2 tahun, manakala ibunya meninggal dunia pada usianya 15 tahun.  Beliau kemudiannya dijaga oleh bapa saudaranya.  Dalam aspek Pendidikan, beliau menghafaz al quran ketika usia 10 tahun.  Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar pada tahun 1952, dan beliau tamat sebagai pelajar terbaik keseluruhan.  Seterusnya beliau menyambung pengajian sarjana di fakulti Bahasa Arab dan mendapat pangkat kelas pertama.  Beliau tamat Ph.Dnya pada tahun 1973 dengan tesis bertajuk Fiqh al-Zakat. 

Berdasarkan ciri-ciri, kehidupan, sumbangan, pemikiran dan pengiktirafan, Shaikh Yusuf Al-Qaradhawi dingga sebagai mujaddid kontemporari. Beliau telah memenuhi kriteria sebagai mujaddid.  Beliau bukan sahaja mengenalpasti prinsip dasar dengan realiti, bahkan beliau mampu mentafsirkan, menjelaskan dan menjelaskan serta menerangkan dalam bentuk yang segar dan hidup untuk manfaat ummah. 

Sumbangan pemikiran Yusuf Al-Qaradhawi[3]

Pemikiran Yusuf al-Qaradawi mempunyai pengaruh yang sangat penting kepada dunia Islam.  Pemikiran dan semasa menjadikan beliau sentiasa menjadi rujukan sebahagian besar umat Islam.    Di antara sumbangan besar beliau ialah dengan memperkenalkan pendekatan dinamik untuk memahami syari’ah melalui konsep fikh dan manhaj yang beliau anjurkan seperti fikh -al waqi’, fikh al muwazanat, fikh al awlawiyyat, fikh al wasatiyyah, fikh daulah dan bermacam-macam lagi.[4]

Shaikh Muhammad Said Ramadzan Al-Buti

Muhammad Said Ramadazan Al-Buthi merupakan salah seorang sarjana Islam yang banyak menyumbang dalam pembangunan pemikiran di dunia Islam.  Penulisan beliau meliputi pelbagai tema yang dipecahkan kepada bab akidah, syari’ah, tasawuf, dakwah, pemikiran dan peradaban Islam.[5]

Latar belakang Shaikh Muhammad Said Ramadzan Al-Buti

Nama penuhnya Muhammad Said Ramadzan Al-Buti.  Beliau dilahirkan di Pulau Bhutan, Turki pada tahun 1929.  Ayahnya  Ramadzan adalah antara ulama besar di Turki.   Bila Kamal Ataturk memerintah Turki, keluarnya berhijrah ke Damsyik lalu menetap di sana.  Beliau sudah hafaz Al Quran sejak usia muda.  Beliau memasuki Universiti al Azhar pada tahun 1956 dari ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor Falsafah.  Tajuk tesisnya ialah Ḍawābiṭ  al-Maṡlaḥah  fi  al-Syarī‘ah al-Islāmiyyah, di mana beliau telah mendapat kelas pertama.  Setelah tamat pengajian, beliau bertugas di Fakulti Syariah, Universiti Damsyik, Syria.  Pada 13 Mac,2013, beliau telah gugur syahid di mihrab masjid Iman, Syria ketika sedang member kuliah tafsir Al Quran pada usia 84 tahun.[6]

Sumbangan pemikiran Shaikh Muhammad Said Ramadzan Al-Buti

Al Buthi memberi tumpuan dalam bidang akidah dan falsafah.  Beliau adalah antara ulamak ahli sunnah wal jamaah aliran asyairah.  Di antara kitab beliau di dalam bab Akidah dan Falsafah adalah seperti berikut:[7]

1. Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyat: Wujud al-Khalid wa Wazifah al-Makhluk

2. Al-Madhahib al-Tawhidiyyah wa al-Falsafat al-Mucasarah

3. Nakd Awham al-Madiyyah al-Jidaliyyah

4. Al-Islam wa al-cAsr Tahdiyyat wa Aafat

5. Al-Salafiyyah: Marhalah Zamaniyyah Mubarakah La Madhhab Islami

6. Al-Madhhab al-Iqtisadi Bayna al-Syuyuciyyah wa al-Islam

7. Al-Mar’ah Bayna Tughyan al-Nizam al-Gharbi wa Lata’if al-Tashric al-Rabbani

8. Al-Tacrif cala al-Dhat huwa al-Tariq al-Mucabbat ila al-Islam

9. Al-Taghayyir Mafhumah wa Tarai’qah

10. Al-Din wa al-Falsafah

11. Dur al-Adyan fi al-Islam al-cAlami

12. Al-Bidayat Bakurrah Acmali al-Fikriyyah

13. Al-Zilamiyyun al-Nuraniyyun

Beliau menegaskan bahawa permasalahan utama umat Islam ialah disebabkan kejahilan mereka dalam bidang akidah.  Justeru itu, bidang akidah merupakan asas yang perlu diubati terlebih dahulu.

Kesimpulan

Al-Buti merupakan tokoh yang hebat dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam.  Pemikiran beliau bersifat wasatiy dan kerangka manhaj yang terjaga. Pemikiran Al -Buthi dianggap bersifat syumul iaiatu meyeluruh selaras dengan kesyumulan Islam itu sendiri.  Karya-karya beliau boleh menjadi petunjuk penting kepada umat Islam.



[1] Mohd. Rumaizuddin Ghazali, Yusuf Al-Qaradawi dan pengaruhnya dalam masyarakat Islam Malaysia, Penerbit USIM, 2013, ms. 15

[2] Siti Aminah, Pengaruh Pemikiran Fiqh Yusuf Al-Qardhawi di Indonesia, Jurnal Ummul Qura, Vol 1, Maret 2015, ms. 59-71

[3]  Zulkifili Hassan, Yusuf al-Qaradawi dan sumbangan pemikirannya, GJAT, June 2013, Vol 3 (1), ms.  51- 66

[4] Ibid, ms. 58

[5] Andi Muhammad Aiman Andi Abdu Rahman, Ramadzan Al-Buti, Riwayat hidup dan beberapa aspek sumbangan pemikirannya, At-Tahkim, vol 8(23), 2018, ms. 1-7

[6] Muh. Nur Fitri D et al, Urgensi bermazhab fikih menurut perspektif Muhammad Said Ramadazan Al-Bhuti, Dhazain Nur: Jurnal Pendidikan, keislaman dan kemasyarakatan, vo 10(2), 2020, ms. 84-102.

Comments

Popular posts from this blog

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 2?

Pengajaran daripada Surah Al Muzammil

KELEBIHAN DO'A RABITHAH