TUSUKAN SYAITAN PADA BAYI BARU LAHIR

 

TUSUKAN SYAITAN PADA BAYI

BARU LAHIR

Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Mohd. Farhan Md. 1Ariffin

1 Pusat Kajian Al-Quran & Al-Sunnah

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Emel: ariffin@ukm.edu.my

KHULASAH

Seringkali kita melihat bayi yang baru dilahirkan menangis tanpa henti. Ini menimbulkan pelbagai persoalan kepada kita mengenai punca bayi tersebut menangis.  Objektif kajian ini ialah untuk menjelaskan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan.  Metod kajian ialah melalui carian kitab syarah hadis dilakukan, dan kemudiannya dikemukakan tarjih ulama’ berkaitan hadis.  Seterusnya pengajaran hadis dan kaitan dengan keadaan semasa hari ini dilakukan.  Sebagai kesimpulannya semua Rasul adalah maksum dan dipelihara dari gangguan syaitan, dan juga yang dimaksudkan tusukan itu ialah merujuk kepada godaan syaitan kepada manusia.

Kata kunci: Tusukan, syaithan,  bayi

 1.0 PENGENALAN

Pada saat bayi baru lahir, kita sering kali disambut dengan tangisan mereka, yang dianggap sebagai tanda kehidpuan pertama mereka di dunia ini. Namun, dalam budaya Islam, telah ada sebuah sebuah hadis yang menjadi bahan pembicaraan dan diskusi semenjak dari dulu yang mengaitkan tangisan bayi yang baru lahir dengan tusukan dari syaitan. Hadis ini telah menimbulkan pelbagai interpretasi dan keyakinan di kalangan umat Islam, dan menjadi subjek utama dalam kajian para sarjana serta ulama’ Islam.

 

Kertas kerja ini adalah untuk mengkaji serta menggali dengan lebih dalam mengenai hadis ini melalui huraian ulama’ melalui kitab-kitab muktabar, mengeksplorasi latar belakang hadis ini serta maknanya dan relevansasinya dalam konteks agama. Kertas kerja ini juga adalah untuk memahami kerumitan hadis ini dan apa yang dapat difahami dari huraian para ulama’ terdahulu. Kertas kerja ini juga adalah untuk memahami kesan tusukan syaitan dan dampaknya terhadap kehidupan manusia serta mengukuhkan keimanan kita sebagai umat Islam.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kertas kajian ini memfokuskan kepada 3 objektif yang utama:-

       i.          Mencari kitab-kitab syarah hadith berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan.

     ii.          Mengemukakan tarjih qawi ulama’ berkaitan hadis berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan.

   iii.          Mengemukakan pengajaran hadis dan dikaitkan dengan isu semasa.

Berikut dihuraikan takrifan kalimat syaithan dari segi bahasa dan istilah.

 

DEFINISI

Dewan Bahasa dan Pustaka – makhluk halus yang jahat (menggalakkan orang membuat kejahatan.

Perkataan al-Syaitan dikatakan daripada bahasa Ibrani yang bererti berlawanan atau musuh. Perkataan tersebut turut dipinjam daripada bahasa Ibrani kerana ia adalah daripada bahasa Yahudi dan agama Nabi Musa as. merupakan ajaran agama yang lebih awal daripada agama Masihi dan Islam. Selain itu, ia dikatakan daripada bahasa Yahudi kerana mereka adalah bangsa asal yang membicarakan tentang syaitan dalam percakapan. Namun, perkataan al-Syaitan lebih tepat dikatakan berasal daripada bahasa Arab kerana ia mempunyai kata dasar yang boleh membawa kepada terbentuknya perkataan al-Shaitan (al-Aqad, 1985)

Menurut sarjana bahasa, al-Shaytan berasal daripada perkataan شطَن bererti jauh. Manakala الشَّطنُ ialah kata terbitan bagi شَطنًا – يَشطُنُهُ – شطَنَهُ yang bererti berpaling daripada wajah dan niatnya. الشَّيطانُ bererti segala bentuk keangkuhan dan kejahatan dari kalangan jin, manusia dan binatang. ( Ibn Mansur 1999 ).

Berikut dijelaskan berkaitan carian hadis berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan dari kitab-kitab syarah hadis . Antara kitab hadis yang dirujuk ialah kitab fath al-bari  dan kitab umdah al-qari.

3.0 CARIAN DARI KITAB-KITAB SYARAH HADITH

3.1 KITAB FATH AL-BARI

 

Berikut dijelaskan mengenai maksud nama kitab, pengarang kitab, dan maklumat kitab. 

Maksud nama kitab : Kurniaan Pencipta

Pengarang kitab :

Al-Hafiz Shihabuddin Abu'l-Fadl Ahmad ibn Ali ibn Muhammad, lebih dikenali sebagai Ibn Hajar al-Asqalani. Bermazhab Syafi’e dan memulakan pengajian seusia muda dan menjadi imam sewaktu usia 12 tahun. Pernah menjadi ketua Qadi Mesir.

Maklumat kitab :

Syarahan berbilang jilid koleksi hadis Sahih al-Bukhari yang dikarang oleh Ibn Hajar al-'Asqalani. Diriwayatkan bahawa Ibn Hajar mengambil masa 25 tahun untuk menyelesaikan kerjanya.  Berikut dibawakan berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan.

HADITH RIWAYAT BUKHARI

كُلُّ بَنِي آدَمَ يَطْعُنُ الشَّيْطَانُ فِي جَنْبَيْهِ بِإِصْبَعِهِ حِينَ يُولَدُ، غَيْرَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ، ذَهَبَ يَطْعُنُ فَطَعَنَ فِي الحِجَابِ

Ertinya:

Setiap anak adam akan ditusuk dua rusuknya oleh jari syaitan saat dia dilahirkan kecuali Isa anak Maryam AS. Syaitan hendak menusuknya, namun dia menusuk di sebalik hijab.

Riwayat al-Bukhari (3286)

Berikut pula dibawakan pula syarah hadith dari Fath al Bari berkaitan berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan.

SYARAH HADITH – FATH AL BARI

Syarahan hadith berkaitan di dalam kitab Fath al-Bari yang dinukilkan oleh Ibn Hajar adalah sangat ringkas, mengandungi beberapa baris huraian sahaja. Untuk tujuan pembelajaran, huraian tersebut akan diringkaskan lagi merangkumi maklumat-maklumat penting sahaja.

Kebanyakan periwayat menggunakan lafadz “Pada sisi badannya”. Namun begitu, Riwayat oleh Abu Dzar al-Jurjani menyebutkan lafadz “Pada kedua sisi badannya”.

Ibn Hajar menjelaskan perkataan hijab di dalam hadith ini membawa maksud kulit yang ada janinnya ataupun kulit yang membungkus bayi (amnion).

Berikut pula dijelaskan pula berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan petikan dari kitab Umdah al -Qari.

 

 

3.2 KITAB UMDAH AL-QARI

 

Berikut dijelaskan mengenai maksud nama kitab, pengarang kitab, dan maklumat kitab. 

Pengarang kitab :

Al-Imam al-’Alamah Badr al-Din Abi Muhammad Mahmud bin Ahmad al-’Aini. Beliau bermazhab Hanafi. Beliau merupakan seorang sufi di Zahiriyah dan juga merupakan seorang Qadi di ‘Ainatab. Beliau juga merupakan seorang Muhtasib (Pengawal Syariah).

Maklumat kitab :

Kitab ini mensyarahkan hadith oleh Imam Bukhari. Kitab ini juga merupakan satu kritikan kepada kitab Fath al-Bari karangan Imam Ibn Hajar al-Asqalani yang dikatakan lebih cenderung kepada mazhab Syafi’e.   Berikut dibawakan syarah berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan.

 

SYARAH HADITH – UMDAH AL-QARI

Di dalam kitab Umdah al-Qari, syarahan mengenai hadith berkaitan juga tidak panjang iaitu merangkumi beberapa perenggan ayat sahaja. Hanya huraian penting sahaja akan diambil bagi tujuan pembelajaran.

Menurut pengarang kitab, hadith ini berkaitan juga dengan  hadith Sahih Bukhari no. 3431 :

حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ، قَالَ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏"‏ مَا مِنْ بَنِي آدَمَ مَوْلُودٌ إِلاَّ يَمَسُّهُ الشَّيْطَانُ حِينَ يُولَدُ، فَيَسْتَهِلُّ صَارِخًا ‏"‏‏.‏ ثُمَّ يَقُولُ أَبُو هُرَيْرَةَ ‏{‏وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ‏}‏‏. مِنْ ‏ مَسِّ الشَّيْطَانِ، غَيْرَ مَرْيَمَ وَابْنِهَا

Ertinya:

Abu Hurairah berkata, “Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, ‘Tidak ada seorang pun yang dilahirkan di antara anak cucu Adam, melainkan syaitan menyentuhnya. Oleh itu, seorang anak menangis dengan kuat ketika dilahirkan kerana sentuhan syaitan, kecuali Maryam dan anaknya.” Kemudian Abu Hurairah membaca: “Dan aku berlindung kepada-Mu untuknya dan untuk keturunannya daripada syaitan yang terkutuk” (3:36)

 

Dan juga hadith sahih Bukhari no 4548 :


Ertinya:

Abu Hurairah berkata, "Rasulullah S.A.W. bersabda, 'Tiada anak yang dilahirkan melainkan syaitan menyentuhnya apabila ia dilahirkan dan menangis dengan kuat kerana disentuh syaitan, kecuali Maryam dan anaknya." Abu Hurairah kemudian berkata, "Bacalah, jika kamu mahu: "Dan aku berlindung kepada-Mu (Allah) untuk dia dan keturunannya daripada syaitan yang terkutuk." (3:36)

 

Menurut pandangan pengarang kitab, makna “menikam” di dalam hadith tersebut ialah menikam dengan lembing dan sejenisnya sebagai tanda kemenangan atau syaitan hendak menunjukkan bahawa dirinya lebih patut dihormati dan dimuliakan. Ini adalah pendapat yang masyhur.

Menurut Abu Dzar dan al-Jurjani, makna “di sisinya” ini menunjukkan kedua-dua sisi. Tetapi menurut Riwayat al-Akhtayn, ia bermakna satu sisi sahaja.

Al-Jawzi meriwayatkan yang dimaksudkan dengan “hijab” ialah kulit yang mengandungi janin, ataupun disebut sebagai plasenta.

Hadith ini menunjukkan keutamaan yang jelas untuk Nabi Isa dan ibunya Maryam dimana syaitan ingin menguasai ibunya, namun terhalang disebabkan keberkatan dari ibu kepada Maryam iaitu Hanna binti Faqud bin Mathan yang telah berdoa kepada Allah dengan berkata “ Aku berlindung kepada Allah untuk mu dan keturunanmu daripada syaitan yang terkutuk” (Ali-Imran: 36)

Al-Qurtubi mengatakan bahawa semua para nabi dilindungi Allah dari tusukan syaitan. Ini sebagai menunjukkan keutamaan para nabi kerana ianya khusus untuk semua para nabi. Bukan hanya kepada nabi Isa sahaja semata-mata.

Al-Qurtubi juga mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan tusukan itu adalah rasukan berbentuk godaan syaitan ke atas manusia. Maka sekalian golongan wali adalah terlindung dari tusukan tersebut kerana Allah telah berfirman di dalam surah al-Hijr ayat 42 :

 

 

اِنَّ عِبَادِيْ لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطٰنٌ اِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغٰوِيْنَ  

Ertinya:

Sesungguhnya kamu (Iblis) tidak kuasa atas hamba-hamba-Ku, kecuali mereka yang mengikutimu, yaitu orang yang sesat

Di dalam ojketif seterusnya dijelaskan tarjih ulama’ berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan.

4.0 TARJIH QAWL ULAMA’

Tarjih ulama’ berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan ada diringkaskan di dalam Jadua 1 di bawah.

Jadual 1: Pendapat ulama’ dan nama-nama ulama’


Berikut akan dihuraikan
berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan dalam konteks huraian dari segi bahasa,  dan huraian dengan hadis yang lain.

 

4.1 HURAIAN DARI SEGI BAHASA

 

يمَسّ  yang ertinya menyentuh, jadi hadis yang menggunakan istilah ini dapat dimaknai bahawa syaitan telah menyentuh bayi yang dilahirkan.

   نزغ – ينزغ yang artinya menusuk, dan  نزغ الشيطان  diertikan dengan godaan/bujukan syaitan untuk berbuat maksiat

   نخس – ينخس yang diartikan mencucuk, dengan kata lain bahwa sentuhan yang dilakukan sehingga membuat si objek menjadi sakit.

     طعن – يطعن yang ertinya menikam dan menusuk .

Dengan makna  yang tersebut di atas,  jelas menerangkan bagaimana syaitan membuat sentuhan kepada setiap anak Adam yang dilahirkan.

Hadis tersebut lebih memberikan pesan secara balaghi yang berupa majaz untuk dapat dicermati maknanya.

4.2 HURAIAN DENGAN HADIS YANG LAIN

 

Berikut adalah beberapa hadis yang mempunyai tema yang sama mengenai sentuhan syaithan ke atas anak Adam yang dilahirkan.  Antaranya:


حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ سَالِمٍ عَنْ كُرَيْبٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّ أَحَدَهُمْ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْتِيَ أَهْلَهُ قَالَ بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا فَإِنَّهُ إِنْ يُقَدَّرْ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ فِي ذَلِكَ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْطَانٌ أَبَدًا

 

 

Ertinya :

“Seandainya dari mereka berkehendak untuk mendatangi keluarganya (menyetubuhi istrinya), maka bacalah dengan nama Allah, ya… Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Kau berikan kepada kami rizki (anak), maka sesungguhnya jika Allah berkehendak kepada keduanya anak di kala itu maka tidak ada bahaya apapun daripada syaitan”.

 

HR. Bukhari pada Shahihnya, kitab do’a-do’a, bab do’a jika hendak mendatangi istrinya, no. hadits 5909.

 

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ يَعْنِي الدَّرَاوَرْدِيَّ عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ إِنْسَانٍ تَلِدُهُ أُمُّهُ عَلَى الْفِطْرَةِ وَأَبَوَاهُ بَعْدُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُمَجِّسَانِهِ فَإِنْ كَانَا مُسْلِمَيْنِ فَمُسْلِمٌ كُلُّ إِنْسَانٍ تَلِدُهُ أُمُّهُ يَلْكُزُهُ الشَّيْطَانُ فِي حِضْنَيْهِ إِلَّا مَرْيَمَ وَابْنَهَا

 

Ertinya :

“Setiap manusia yang dilahirkan oleh ibunya adalah suci, dan kedua oranvgtuanya lah yang menjadikannya yahudi, nasrani, atau majusi, dan jika keduanya Muslim maka Muslimlah ia, setiap manusia yang dilahirkan oleh ibunya akan ditekan syetan pada dadanya kecuali Maryam dan anaknya”

HR. Muslim pada Sahihnya , kitab al-Qadar, bab Makna Kullu insan yuladu ‘ala al-fithrah, no. hadits, 4807.

 

Daripada dua hadis ini, dapatlah dihubungkan antara sentuhan syaitan pada setiap anak Adam dan juga fitrah manusia ketika ia dilahirkan.  Berikut pula akan dijelaskan mengenai pengajaran berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan.

 

5.0 PENGAJARAN HADITH

Hadis tersebut mengandungi bukti yang jelas tentang keterlaluan Syaitan dan tenteranya dalam permusuhan mereka terhadap anak Adam. Sehinggakan sampai ke tahap kalau nampak anak yang lemah dan lemah ketika lahir, dia akan cepat-cepat mencucuk dan menikamnya sehingga anak itu meninggikan suara dan menjerit. Rasulullah SAW ingin memberitahu kita tentang permusuhan ini. Marilah kita berwaspada dengan hawa nafsu dan bisikan beliau.

Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak-anaknya dengan didikan agama, kerana anak adalah Amanah Allah kepada manusia.

Syaihan adalah musuh manusia yang nyata dan ia akan menggelicirkan manusia dari jalan yang lurus.  Ia akan menggoda manusia dengan pelbagai cara.  Akan tetapi godaan syaithan hanya terbatas kepada orang-orang yang tidak Mukhlis.  Berikut pula akan dihuraian isu semasa berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan.

6.0 ISU SEMASA

Gangguan syaithan ini bukanlah menjadi alasan untuk manusia merasa lemah, dan menggunakan khidmat bomoh untuk mendapatkan pendinding dari gangguannya.  Perbuatan ini boleh membawa kepada syirik kepada Allah SWT.

Islam memberikan anjuran kepada umatnya untuk memberikan pendidikan sebaik-baiknya kepada janin, saat mengandung dan setelah bayi dilahirkan. Seperti yang telah dilakukan Hannah binti Fakuz istri Imran yang telah melahirkan Maryam.

Bagi para ibu mengandung, amalan yang dibuat hendaknya mereka banyak bersabar, banyak beramal solih, berdo’a, berzikir, tilawah (membaca) al-Qur’an, dan amalan-amalan sunnah lainnya dengan ikhlas, tawakkal, penuh pengharapan kepada-Nya, agar akan lahir seorang anak yang saleh.

Perilaku kejiwaan seorang ibu yang sedang hamil akan berpengaruh besar pola kejiwaan janin yang dikandungnya.

7.0 KESIMPULAN

·       Pemahaman dengan balaghah majazi, pada ‘sentuhan syaitan’ yang dapat difahami sebagai godaan syaitan kepada manusia, sebab syaitan tidak akan rela jika manusia tetap berada pada jalan fitrahnya yang lurus.

·       Pemahaman dengan bahasa kinayah, bahwa hadis tersebut merupakan contoh yang dinisbatkan kepada Maryam dan Isa as yang asal usulnya dari keluarga yang soleh.

·       Semua para Nabi dilindungi Allah SWT dari tusukan syaitan. Ini sebagai menunjukkan keutamaan para nabi kerana ianya khusus untuk semua para Nabi. Bukan hanya kepada Nabi Isa sahaja semata-mata.

8.0 RUJUKAN

Kamus dewan bahasa dan Pustaka

Fathul Baari, Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari, Pustaka Azzam, Jilid 17, ms. 148

Kitab Umdah Al-Qari, syarah Sahih Al Bukhari, Imam Al Allamah, Badrudin Abi Muhammad Mahmud Ahmad Al Aini, Juz 15

Comments

Popular posts from this blog

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 2?

Pengajaran daripada Surah Al Muzammil

KELEBIHAN DO'A RABITHAH