Tsawabit imaniyah dalam amal Islami siri 8

8. Prinsip yang seterusnya ialah tidak balas dendam.

Sifat yang perlu ada pada kita ialah sifat suka memaafkan. Jika ada sifat ini dalam diri kita. Allah SWT akan sentiasa melindungi kita.

Firman Allah SWT di dalam surah Al Hajj ayat 38.

Ertinya:
Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat.

Ada sebuah kisah pertengkaran yang berlaku antara Saidina Abu Bakar ra. dengan seorang sahabat yang lain. Pada masa itu Ar Rasul SAW ada bersama beliau. Sahabat tadi bertelingkah dengan Abu bakar ra. dan mengeluarkan kata-kata yang bermacam-macam kepadanya. Abu Bakar ra. hanya mendengar, dan tidak menjawab apa-apa. Apabila sahabat tadi selesai berhujah, Abu Bakar ra. pun mula cuba untuk menjawab segala tuduhan yang diperkatakan ke atasnya. Ar Rasul SAW menunjukkan reaksi kurang senang dan bagindapun terus beredar. Abu Bakar ra menyedari perkara tersebut dan ia pun cepat-cepat pergi mendapatkan Ar Rasul SAW dan cuba mendapat penjelasan. Nabi SAW memberitahu, semasa kamu berdiam diri, tidak berkata apa-apapun terhadap tuduhan terhadap kamu, para malaikat tidak henti-henti menyebelahi kamu. Namun apabila kamu mula mempertahankan diri kamu dan berhujah, tiba-tiba syaithan pun muncul. Oleh sebab itulah saya cepat-cepat beredar dari situ.

Comments

Popular posts from this blog

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 2?

Pengajaran daripada Surah Al Muzammil

KELEBIHAN DO'A RABITHAH