Thursday, April 23, 2009

Jumlah banyak , tapi aktiviti sedikit

Salam,
sahabat dan sohibah yang dikasihi sekalian,

Dalam kesempatan kali ini izinkan saya mengulas satu penulisan yang ditulis oleh Dr Najih Ibrahim daripada kitab beliau yang berjudul risalatun ila kulli man ya'malu lil islam. Di dalam kitab ini beliau menyentuh satu bab yang amat penting untuk mereka yang berada dalam arena dakwah dan tarbiah.
Menurut beliau, jumlah mereka yang berada jemaah Islam hari ini boleh dikatakan ramai. Biasa ada dalam satu-satu kawasan hampir ratusan ahli. Walupun jumlah ahli ramai, jika dihitung orang yang beramal untuk Islam secara serius , maka jumlah mereka tidak lebih daripada puluhan sahaja. Bahkan, kita dapat menghitung jumlah mereka dengan jari dan hafal nama-nama mereka. Mari pergi yang lainnya?
Adakah mereka sekadar berpuas hati dengan tahap sekarang ini dan tidak ingin berganjak menuju tahap yang lebih tinggi?Adakah memadai menjadi pendengar sahaja, menghadiri halaqah, pertemuan-pertemuan dakwah, seminar , membaca buletin dakwah. Itu sahaj yang dilakukan.
Realiti hari ini tidak mengizinkan kita berkelakuan demikian. Potensi kita perlu digunakan banyak di medan amal islami, dengan melakukan amar makruf, nahi munkar dan jihad fi sabilillah. Janganlah kita menjadi manusia yang hanya memberikan waktu sisa untuk Islam. Walhal kita tahu bahawa allah SWT hanya menerima yang baik-baik. Allah SWT tidak menerima benda yang tersisa yang kita sedekahkan. Allah SWT juga tidak menerima perbuatan buruk dan tidka berkualiti yang kita pilih untuk diberikan kepada Islam.
Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 267:
'Dan janganlah kamu memilih yang buruk lalu kamu infakkan darinya'
Sahabat sohibah sekalian,
Islam meminta sebahagian besar waktu, harta, dan usia emasa remaja kita. Itulah yang dinginkan oleh Islam. Islam meminta waktu kita cergas dan bukan masa malas. Islam meminta waktu muda, kuat kita dan bukannya waktu tua. Ringkasnya, Islam meminta sesuatu yang paling baik, mulia dan agung dari kita.
Renungilah serah Abu Bakar ra dan Ustman ra. Abu Bakr ra bersedekah seluruh hartanya pada jalan Allah dan dakwah Islam. Bila ditanya: Wahai Abu Bakar, apa yang engkau tinggal untuk keluargamu? Abu Bakar menajwab: Yang aku tinggalkan kepada mereka ialah Allah dan Rasul.
Begitu pula halnya dengan Uthman ra. Beliau telah mendanai pasukan tentera Islam ke medan Tabuk. Jumlah tentera yang didanai ialah hampir 10 ribu orang. Lengkap dengan senjata, bekalan dan kenderaan.
Sila bandingkan dengan realiti kini. Umat Islam hari ini kaya dan berada termasuklah para aktivis Islam, malangnya perjuangan Islam miskin. Sehinggakan tidak ramai ikhwah aktivis yang bersedia menanggung beban finansial dakwah.
Sahabat sahibah sekalian,
Menyedari perkara ini, marilah kita kembali kepada hakikat asas yang sebenarnya. kita telah menjual nyawa kita kepada Allah SWT.
Firman Allah:
`Sesungguhnya Allah SWT telah membeli dar iorang-orang Mukmin, diri , dan harta mereka dengan balasan syurga'.
At Taubah: 111
w/a

Sehingga bertemu lagi di lain lembaran.

Saturday, April 11, 2009

Pengajaran daripada Surah Al Muzammil

Bismillahir rahmanirrahim,

Salam,
Dalam sessi kali ini saya ini berkongsi dgn sahabat-sahabat mengenai pengajaran yang boleh dipetik daripada Al Muzammil. Huraian ini berdasarkan pengajaran dalam konteks Dakwah dan tarbiah oleh Dr Abd Karim Zaidan dalam kitabnya: Mustafad fi qisosil Quran.


1. Hai orang yang berselimut (Muhammad),
2. Bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari[1525], kecuali sedikit (daripadanya),
3. (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit.
4. Atau lebih dari seperdua itu. dan Bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.
5. Sesungguhnya kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat.
6. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.
7. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).
8. Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.
9. (Dia-lah) Tuhan masyrik dan maghrib, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Maka ambillah dia sebagai Pelindung.
10. Dan Bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.
11. Dan biarkanlah Aku (saja) bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar.
12. Karena Sesungguhnya pada sisi kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala.
13. Dan makanan yang menyumbat di kerongkongan dan azab yang pedih.
14. Pada hari bumi dan gunung-gunung bergoncangan, dan menjadilah gunung-gunung itu tumpukan-tumpukan pasir yang berterbangan.
15. Sesungguhnya kami Telah mengutus kepada kamu (hai orang kafir Mekah) seorang rasul, yang menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana kami Telah mengutus (dahulu) seorang Rasul kepada Fir'aun.
16. Maka Fir'aun mendurhakai Rasul itu, lalu kami siksa dia dengan siksaan yang berat.
17. Maka bagaimanakah kamu akan dapat memelihara dirimu jika kamu tetap kafir kepada hari yang menjadikan anak-anak beruban.
18. Langit(pun) menjadi pecah belah pada hari itu. adalah janji-Nya itu pasti terlaksana.
19. Sesungguhnya Ini adalah suatu peringatan. Maka barangsiapa yang menghendaki niscaya ia menempuh jalan (yang menyampaikannya) kepada Tuhannya.
20. Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, Maka dia memberi keringanan kepadamu, Karena itu Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, Maka Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. dan mohonlah ampunan kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Antara 8 pengajaran yang dapat dipetik ialah:
1. Setiap da'i berhajat kpd qiyamullail
2. Kepentingan terhadap dikrullah
3. Dai perlu bertawakkal kpd Allah dlm semua urusan
4. Sabar adalah keperluan utama bagi da'i
5. Menjadikan kesabaran sebafai perisai
6. Da'i: pekerjaannya dan perniagaan untuk menyara kehidupan secara berdikari.
7.Kebaikan pada necara islam ialah mencari redha Allah
8. Anjuran utk istighfar selepas laksana amal soleh


Semoga bermanfaat.

Monday, March 30, 2009

Hakikat Cinta Siri 4 (Akhir)

Salam wbth,

Seandainya cinta kepada manusia, harta dan dunia berasaskan hawa nafsu semata-mata (tidak berasaskan ‘aqidah yang benar), maka ia akan menjatuhkan seseorang kepada cinta yang hina.

3. Cinta yang Hina

Cinta yang hina akan menjatuhkan darjat dan nilai kemanusiaan. Antaranya:

Cinta atau kasihkan taghut serta bertuhankan manusia atau makhluk. Contohnya:
a. Cinta atau menyembah patung dan berhala.
b. Cinta serta memuja artis-artis, ahli-ahli sukan dan sebagainya.
Cinta atau kasih terhadap musuh-musuh Allah Subhanahuwata’ala.
Cinta dan menurut kemahuan hawa nafsu atau syahwat yang keji dan berdosa. Ghairah melakukan perbuatan ma’siat.
Mengutamakan kasih terhadap ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga, harta kekayaan dan perniagaan melebihi kasihkan Allah Subhanahuwata’ala, Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya.

Kata Omar bin Al-Khattab Radhiallahu’anhu: ‘Demi Allah, ya Rasulullah sesungguhnya kamu yang paling aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku’. Maka Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: ‘Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dicintai daripada dirinya sendiri’. Maka berkata Omar: ‘Maka engkau sekarang, demi Allah, adalah orang yang paling aku kasihi lebih daripada diriku sendiri’. Sabda Rasulullah: ‘Sekarang barulah engkau beriman ya Omar’.

Cinta kepada bisikan syaitan seperti bisikan untuk berhasad dengki, mengumpat dan sebagainya.

Penutup

Oleh itu cinta merupakan perasaan jiwa yang diiktiraf oleh Allah Subhanahuwata’ala. Persoalannya ialah sejauh manakah manusia mengambil neraca Allah Subhanahuwata’ala dalam urusan ini. Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang berikut boleh dijadikan panduan:

Tiga perkara siapa yang ada pada dirinya, dia akan merasai kemanisan iman – bahawa ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya paling dicintai daripada segala yang lain (melainkan Allah dan rasul). Dan bahawa ia mencintai seseorang, tidak menyintainya melainkan kerana Allah. Dan bahawa ia membenci untuk kembali kepada kekufuran, selepas Allah mengeluarkannya daripada kekufuran, sepertimana ia benci dimasukkan ke dalam api neraka.

Monday, March 23, 2009

8 kompetensi teras bagi menjadi k-pelajar

Assalamu'alaikum wbth,
Berikut ada 8 perkara yang menjadi teras kepada knowledge (students/workers) dalam era sekarang ini.


1.Kemahiran Berfikiran Strategik
2.Kepertanggungjawaban Ilmu
3.Belajar Berterusan
4.Menyumbang dlm Pasukan Inovatif
5.Disiplin Profesional
6.Innovatif and Kreatif
7.Setminda Berfokus Penyelesaian
8.Pembaikan Diri


semoga bermanfaat.

Thursday, March 12, 2009

MEMPERBAHARUI KEIMANAN YANG USANG


Rasul SAW bersabda: Sesungguhnya iman dalam hati salah seorang kamu akan usang dan lusuh seperti mana usang dan lusuhnya pakaian. Oleh itu , mohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman dalam hatimu.


HR At Tabrani

Huraian:



  1. Dalam hadith ini Nabi SAW menjelaskan bahawa hati seorang Muslim akan menjadi usang.

  2. Bila iman lusuh , kita jadi lemah dan tidak mampu untuk meningkatkan amal kebaikan. Juga kita tidak mampu untuk menahan diri dari lakukan perkara yang kamruh dan sia-sia.

  3. Oleh itu kita berkewajipan untuk sentiasa memperbaharui iman agar hati kita sentiasa bersinar dan memiliki hidayah Allah

PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN USANGNYA IMAN

  1. Meninggalkan tilawah Al Quran

  2. Kurang berzikir dan suka bermalas-malas

  3. Sibuk dengan urusan dunia

  4. Cinta kepada isteri dan anak-anak secara berlebihan

Rujukan:
Syarah lengkap Arba'in Ruhiyah, Fakhrudin Nusyam, Bina Insani Press Solo, m.s. 88-90

Wednesday, March 11, 2009

Cinta Rasul SAW

Assalamu'alaikum wbth,


KEWAJIPAN SEORANG MUKMIN TERHADAP RASUL SAW

§ MENGHIDUPKAN SUNNAHNYA – BAIK DALAM IBADAH KHUSUS MAUPUN UMUM, KITA HENDAKLAH MENGHIDUPKAN SUNNAH BAGINDA AGAR DAPAT KEBERKATAN ALLAH

§ MENPERBANYAK SELAWAT KE ATASNYA – TANDA CINTA DAN BANGGA DAPAT DIBUKTIKAN DENGAN BANYAKKAN SELAWAT ATAS BELIAU.

§ MENGIKUT MANHAJNYA – NABI SAW ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA SISTEM ISLAM; MAKA MENGIKUTI MANHAJNYA ADALAH KEMESTIAN

§ MEWARISI RISALAHNYA – MENJAGA, MEMBELA DAN MEMPERJUANGKAN RISALAH BELIAU (DAKWAH, TARBIAH DAN JIHAD)

Sama-samalah menjadikan Rasul SAW sebagai Qudwah kita.

Tuesday, March 3, 2009

Hakikat Cinta Siri 3

Salam wbth,

Kisah 2:
Diriwayatkan daripada Al-Baihaqi bahawa terdapat seorang wanita dari kaum Ansar di mana bapa, suami dan saudaranya terbunuh di dalam medan perang Uhud. Sebaik saja disampaikan berita itu lalu ia berkata: Bagaimanakah Rasulullah?. Maka jawab para sahabat: Baginda dalam keadaan baik seperti yang kamu sukakan. Kata wanita lagi: Tunjukkanlah kepadaku agar aku dapat melihatnya. Setelah beliau melihat baginda lalu beliau berkata: Setiap bencana selepas kamu (selepas kamu terselamat), akan datang kegembiraan.

2. Cinta Pertengahan

Maksud cinta pertengahan ialah tarikan hati, ikatan perasaan dan emosi yang lahir dari ‘aqidah atau iman seseorang insan terhadap keturunan, keluarga, kaum kerabat, harta benda dan sebagainya. Maka hasilnya ia akan berhubung erat dengan apa yang dicintainya itu dengan cara yang diredhai Allah Subhanahuwata’ala.

Allah Subhanahuwata’ala mengiktiraf kesemua perasaan hati ini tetapi ia menduduki tempat yang kedua, iaitu selepas kecintaan kepada Allah, Rasul dan jihad di jalan-Nya.

Contoh-contoh cinta dalam ketegori ini:

Contoh 1: Cinta antara suami isteri

Jika kecintaan suami dan isteri tidak berasaskan ikatan ‘aqidah, maka tentunya zuriat yang lahir tidak akan mendapat pendidikan dan penjagaan iman yang sempurna.

Contoh 2: Cinta antara anak dan ibu bapa

Hubungan anak dan ibu bapa hanya akan menjadi hubungan kerana kepentingan dunia sahaja jika tidak berpaksikan ‘aqidah kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Contoh 3: Cinta dalam ummah Islamiyah

Tanpa ikatan ‘aqidah, tidak akan terbangun cinta atau ukhuwah Islamiyah yang akan menghiasi kehidupan dan pembangunan ummah.

Perkara yang perlu dipelihara ialah cinta pertengahan ini tidak boleh mendahului cinta kepada Allah, Rasul dan berjihad di jalan-Nya. Cinta kepada Allah, Rasul dan berjihad di jalan-Nya hendaklah dijadikan keutamaan. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan- Nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan Nya", dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(At-Taubah : 24)
Seandainya cinta kepada manusia, harta dan dunia berasaskan hawa nafsu semata-mata (tidak berasaskan ‘aqidah yang benar), maka ia akan menjatuhkan seseorang kepada cinta yang hina.
bersambung....

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...