Friday, March 20, 2015

FUTUR



FUTUR

Futur adalah kemerosotan atau kemalapan yang berlaku pada keima¬nan atau keIslaman seseorang. Futur adalah satu penyakit. Seseo¬rang yang dihinggapi penyakit ini akan lemah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah Subhanahuwata’ala.

Bentuk-bentuk futur yang dialami oleh seseorang

1) Malas ber’ibadat.

2) Fenomena mati tidak memberi kesan kepada hati. Justeru itu kita digalakkan menziarahi kubur sebagai ‘ubat’ agar hati kita dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa kematian.

3) Melakukan ma’siat samada kecil atau besar. Lebih teruk kefuturan seseorang jika kema’siatan menjadi kebiasaan. Dan lebih teruk lagi kefuturannya jika dia bergembira dengan ma’siat.

4) Suka melihat atau menyaksikan ma’siat. Orang beriman akan melihat dosa ma’siat umpama sebuah gunung yang akan menimpa dirinya, sedangkan orang munafik akan melihat dosa umpama lalat yang hinggap di hidungnya sahaja.

5) Ukhuwwah menjadi longgar.

6) Ghairah kepada dunia. Sebok dengan dunia hingga membuang masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Dalam sistem yang ada, gagasan kecemerlangan yang disogokkan kerap menjerumuskan seseorang kepada sikap ghairah dengan dunia.

7) Berbangga dengan kemajuan duniawi. Atau merasakan lemah dengan kemunduran duniawi.

8) Lemah atau tidak bersedia untuk iltizam (patuh)

9) Menangguh-nangguhkan kerja.

Semua perkara di atas melemahkan kerja-kerja Islam dan da’wah. Kadangkala seseorang itu futur hingga tidak bermaya melaksanakan kerja-kerja Islam.



Sebab-sebab berlaku futur pada seseorang

1) Tidak ikhlas dalam berkerja.

Ikhlas perlulah dibina dan dikawal supaya ia hadir dalam semua kerja yang kita lakukan. Ikhlas kepada Allah Subhanahuwata’ala dalam setiap kerja sangatlah berat, lebih-lebih lagi dalam suasana yang tidak Islamik.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:


“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus.”
(Al Bayyinah (95):5)

Hadis Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:

( إنما الأعمال بالنيات ) رواه البخاري ومسلم
“Sesungguhnya setiap amalan itu tergantung kepada niatnya.”

Sekiranya keikhlasan kita terganggu, maka adakah perlu kita meneruskan sesuatu amalan atau pun berhenti beramal? Sebenarnya kita perlu terus beramal, sekaligus kita islahkan niat kita supaya ikhlas.

Mendidik hati agar ikhlas adalah satu proses berterusan kerana Allah Subhanahuwata’ala tidak redha dengan amalan yang menyekutui-Nya.

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dalam hadith qudsi yang bermaksud:

“Aku yang paling kaya daripada sekutu. Sesiapa yang melak¬ukan amalan dengan menyekutukan Aku, maka Aku akan biarkan dia bersama-sama dengan sekutunya di Akhirat nanti.”

2) Lemah dalam ilmu syara’ (iaitu ilmu dari masdar yang betul) dan penghayatannya.

Ilmu syara’ itu luas, merangkumi tafsir al-Qur’an, ilmu hadis, fiqh, tarikh, bahasa arab dan lain-lain. Antara yang penting ialah ilmu mengenai hukum-hukum taklifi (wajib, sunnat, haram, makruh, dan mubah)

Dengan ilmu seseorang itu akan mengetahui samada sesuatu perkara itu syar’i atau tidak syar’i.

3) Berkawan dengan orang yang tidak berhimmah atau bercita-cita tinggi (yakni yang berhimmah rendah).

4) Melihat atau memperbaiki perkara-perkara berkaitan Islam dan da’wah dalam bentuk yang juz-i. Dengan kata lain, menyelesaikan permasalahan manusia dengan cara yang tidak syamil/kamil. Misalnya, menyelesaikan masalah ekono¬mi sahaja.

5) Matlamat atau hadaf amal Islami tidak jelas. Juga wasilah amal Islami tidak jelas. Tidak ada wawasan yang sebenar. Wawasan manusia kini hanyalah wawasan mengikut umur manusia sahaja. Wawasan kita adalah mengikut umur Islam. Bermula dari dunia hingga ke akhirat.

6) Tidak waqi’i dalam tindakan. Tidak melakukan kerja di atas kenyataan yang betul. Begitu juga, tidak waqi’i apabila memulakan sesuatu kerja. Tidak mengambil contoh daripada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, sebaliknya bertindak hanya berasaskan fikiran sendiri.

7) Tidak memahami amalan atau kerja yang sepatutnya dilakukan. Dan tidak memahami rintangan-rintangan bagi sesuatu amalan.

8) Bersifat fardhiyah. Yakni bersifat individu atau lebih me¬mentingkan diri sendiri. Kita perlu mendidik diri sendiri supaya memperseimbangkan antara kepentingan individu dan kepentingan jamaah. Bila seimbang barulah elok segala kerja kita.

9) Jumud atau beku dalam uslub dan marhalah-marhalah amal. Kadang-kadang kerja-kerja yang dilakukan hanya dengan satu ‘pattern’ sahaja. Kita perlu mempelbagaikan bentuk kerja. Begitu juga uslub dan marhalah kerja. Misalannya di dalam usrah, kita perlu pelbagai aktiviti - yang rasmi dan yang tidak rasmi.

10) Lemah tarbiyyah. Ini adalah faktor yang besar. Faktor ini amat luas pengertian dan huraiannya.

11) Tidak tahu dan tidak merasai cabaran-cabaran dalam amal Islami. Tidak tahu bagaimana kedudukan jama’ah atau apakah musuh bagi jama’ah.

Kita sebenarnya melaksanakan kegiatan-kegiatan berdasarkan sistem Islam. Musuh kita pula menjalankan pelbagai kegiatan berdasarkan sistem yang lain. Kita tidak boleh berdiri atau bertindak sebagai satu individu untuk berde¬pan dengan sistem yang bukan Islam. Kita perlu bertindak sebagai satu jama’ah. Kita perlu faham tipu helah sistem yang ada.

Kita berhudnah dengan sistem yang ada. Kita tidak boleh bergabung dengan mereka dan merasa seronok pula. Kita bermu’amalah dengan mereka berdasarkan ‘hudnah’. Manakala dengan jama’ah-jama’ah Islam yang lain, kita bermuamalah berdasarkan tahalluf.

Sistem yang ada sentiasa memerhatikan perkembangan Islam. Apabila mereka nampak Islam kuat dan berlembang, maka mereka akan sekat.

Oleh itu seseorang yang tidak memahami hakikat waqi’ atau realiti sebenar, tidak akan merasai sistem yang ada kini sebagai satu cabaran.

12) Tidak tahu menyelaras atau memperseimbangkan antara kemampuan dan kerja.

13) Berbeza bi-ah dan tabi’at. Bila seseorang itu biasa dengan sesuatu bi-ah dan tabi’at, maka dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan bi-ah dan tabi’at yang lain. Justeru itu boleh berlaku futur.

Dahulu, penjajah British terlebih dahulu mengkaji biah dan tabi’at manusia di sini. Selepas itu barulah mereka masuk dan menjajah Malaysia.

14) Tidak sedar dan tidak memahami sunnah Allah Subhanahuwata’ala yang berlaku pada ummah dan individu. Tidak mengerti akan ujian Allah Subhanahuwata’ala terhadap jama’ah dan individu. Contohnya di Mesir, ujian terhadap sahabat-sahabt Ikhwan sangat jelas. Ini sunnah Allah Subhanahuwata’ala untuk penda’wah Islam. Mungkin seseorang menerima sunnah itu dengan keluhan dan putus asa. Kita perlu menerima sunnah itu dengan penuh persediaan. Kita perlu memainkan peranan yang sepatutnya berhada¬pan dengan sunnah ini. Kita perlu tanya diri kita, apakah persediaan kita untuk berhadapan dengan sunnah Allah Subhanahuwata’ala?

15) Futur dalam mengubati futur. Lemah dalam mengubati kelemahan. Seseorang yang futur itu tahu bahawa dirinya lemah. Dia terus lemah untuk mengubati dirinya. Bagi kita, kalau kita rasa lemah, maka cepat-cepatlah kita mencari sahabat yang boleh menguatkan diri kita atau berusaha dengan cara yang sunnah untuk mengubati futur.


16) Berpenyakit dalam hati atau jiwa. Banyak terdapat penyakit hati seperti hasad, dengki, cemburu buta dan lain-lain.


Penutup

Setiap aktiviti kita mestilah berindukkan tarbiyah. Seandainya tidak berindukkan tarbiyah, maka akan mudahlah lahir keghairahan kepada sistem yang bukan Islam. Kadang-kadang keghairahan itu mengaki¬batkan kita tidak bermaya untuk mempertahankan Islam.

Apabila kita melakukan kerja-kerja dengan berindukkan tarbiyah Islamiyah, maka InsyaAllah, Allah Subhanahuwata’ala akan memberikan keberkatan dan petunjuk.

Sekiranya kita bekerja di bawah sistem sedia ada, maka kita mestilah pastikan pekerjaan kita itu adalah untuk maslahah da’wah. Kita tetap bekerja untuk menarik orang lain kepada Islam. Kita mengambil manfa’at demi kepentingan Islam, di samping kita mendokong syakhsiyyah Islamiyah.


Minda pembangunan



Aqliyah bina' ini adalah pelan pembangunan fard.

[1] Perlu mampu melahirkan ahli yang mengetahui bagaimana nak memajukan yang ada, dan mengadakan yang tidak ada.

Jangan pula yang ada dirobohkan, dan tidak mampu mengadakan yang tidak ada.

[2] Perlu melahirkan ahli yang mampu dapat faedah daripada orang yang ada di sekelilingnya.

Kualiti ini perlu ada ada dan dicari jika masih belum ada

Jika tidak harapan hanya tinggal harapan.

Kerja-kerja kita bukan reaksi apa yang berlaku. kita perlu miliki apa yang disebutkan tadi

aqliyah bina'(agenda pembangunan binaan), bagi lahir jurutera pembangunan yang berkualiti.

[a]pembangunan yg pertama, ialah aqidah, iman
[b]pembangunan ilmu pengetahuan
[c]pembangunan ibadah
[d]pembangunan akhlak
[e]pembangunan ukhuwwah taawuniyyah -persaudaraan tolong menolong
[f]pembangunan haraki- (siyasah). siyasah lebih luas dari politik. siyasah syariyyah - diperintah oleh syarak.

Friday, February 13, 2015

Kematian pemimpin merupakan ujian bagi sesuatu organisasi Islam



Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya bertajuk Sunan Ilahiyah di dalam bab Sunnatullah fil fitnah wal ibtila’, beliau menjelaskan bahawa ada kalanya organisasi Islam diuji dengan kematian pemimpin mereka sama ada dengan kematian biasa atau terbunuh. Hal ini merupakan cubaan yang berat. Justeru itu organisasi Islam wajar mempunyai sikap yang benar dalam menghadapi ujian yang sulit ini dengan menghadapinya dengan:
a.Kesabaran
b.Tetap berpegang kepada prinsip yang diperjuangkan oleh beliau dan organisasi
yang diasaskan.

Prinsip yang dimaksudkan ialah kerja dakwah illalah dan usaha meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi .

Prinsip asas ini akan tetap diteruskan dan tidak berakhir walaupun pemimpinnya meninggal dunia. Organisasi Islam berkenaan tidak boleh berhenti dan menjadi lemah dari perjuangan jihadnya akibat musibah kematian pemimpin mereka.

Analogi mudah yang boleh dikaitkan di sini ialah: tidakkah anda melihat bahawa solat jemaah di masjid akan diteruskan solatnya meskipun imam masjidnya meninggal dunia. Samalah juga dengan organisasi Islam, usaha mulia ini perlu diteruskan walaupun pemimpinnya meninggal dunia.
Syariat Islam mencela para sahabat r.hm yang berhenti berjuang hanya kerana Ar Rasul SAW wafat. Allah SWT berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 144:

`Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.’


Tafsiran ayat ini adalah, Allah SWT menjelaskan bahawa Rasulullah SAW tidak bersama kaumnya untuk selama-lamanya. Justeru itu amat penting bagi ummat Islam untuk sentiasa berpegang teguh dengan apa yang dibawa oleh baginda SAW. Deen Allah SWT tidak akan pupus dengan wafat atau terbunuhnya para Nabi.

Allah SWT berfirman: Apakah jika ia wafat atau dibunuh kamu akan berpatah balik ke belakang? Yakni kamu mundur dan berhenti dari berjihad. Barangsiapa yang berbuat demikian, maka ia tidak akan memudaratkan Allah SWT sedikitpun. Allah SWT akan memberi pahala kepada orang-orang yang bersyukur, yakni orang-orang yang taat kepada Allah dan membela agama-Nya serta mengikuti Rasul-Nya semasa hidup dan sesudah wafatnya.

Ringkasnya:

Apabila berdepan dengan musibah sebegini bagi sesuatu organisasi Islam, kita perlu bersabar dan Tsabat (tetap berpegang) kepada prinsip yang diperjuangkan oleh beliau dan organisasi Islam yang diasaskan.

Saturday, January 31, 2015

Mukaddimah Buku: Petunjuk Sepanjang Jalan



Umat manusia sekarang ini berada di tepi jurang kehancuran. Keadaan ini bukanlah berpunca dari ancaman maut yang sedang tergantung di atas ubun-ubunnya. Ancaman maut itu adalah satu gejala penyakit sahaja dan bukanlah ia penyakit itu sendiri. Sebenarnya punca utama dari keadaan.ini ialah: bengkrap dan melesetnya umat manusia itu di bidang “nilai” yang menjadi pelindung hidupnya. Hal ini terlalu menonjol di negara-negara blok Barat yang sememangnya sudah tidak punya apa pun “Nilai” yang dapat diberinya kepada umat manusia; malah tidak punya satu apa pun yang dapat memberi ketenangan hatinya sendiri, untuk merasa perlu hidup lebih lama lagi; setelah sistem “demokrasi” nampaknya berakhir dengan kegagalan dan kebengkrapan, sebab ternyata ia sudah mulai meniru - dengan secara beransur-ansur - dari sistem negara-negara blok Timur, khususnya di bidang ekonomi, dengan memakai nama sosialisme!

Demikian juga halnya di negara-negara blok Timur itu sendiri. Teori-teori yang bercorak kolektif, terutamanya Marxisme yang telah berhasil menarik perhatian sebahagian besar umat manusia di negara-negara blok Timur itu - dan malah di negara-negara blok Barat juga - dengan sifatnya sebagai suatu isme yang memakai cap akidah juga telah mulai mundur teratur sekali dari segi ‘teori’ hingga hampirlah sekarang ini lingkungannya terbatas di dalam soal-soal ‘sistem kenegaraan’ sahaja dan sudah menyeleweng begitu jauh dari dasar isme yang asal dasar-dasar pokok yang pada umumnya bertentangan dengan fitrah umat manusia dan tidak mungkin berkembang kecuali di dalam masyarakat yang mundur, atau pun masyarakat yang begitu lama menderita di bawah tekanan sistem pemerintahan diktator. Hatta di dalam masyarakat seperti itu sendiri pun - telah mulai nampak kegagalan di bidang benda dan ekonomi; iaitu bidang yang paling dibanggakan oleh sistem itu sendiri. Lihat sahaja Russia, negara model dari sistem kolektif itu, telah mulai diancam bahaya kebuluran yang hampir sama dengan keadaan di zaman Tzar dahulu; hingga negara itu telah terpaksa mengimpot gandum dan bahan-bahan makanan serta menjual emas simpanannya untuk membeli bahan makanan itu. Ini berpunca daripada kegagalan sistem pertanian kolektif dan sistem ekonomi yang bertentangan dengan fitrah umat manusia.

Oleh itu, maka umat manusia mestilah diberikan pimpinan baru!

Sesungguhnya peranan pimpinan manusia barat ke atas umat manusia ini telah hampir tamat. Ini bukanlah kerana tamaddun Barat itu telah bengkerap dan dari segi benda atau telah lemah dari segi ekonomi dan kekuatan tentera tetapi sebenarnya kerana sistem Barat itu telah tamat tempohnya sebab ia tidak lagi mempunyai stock “nilai” yang melayakkan dia memegang pimpinan.


Umat manusia perlukan suatu pimpinan yang mampu menyambung terus tamadun kebendaan seperti yang telah dapat dicapai sekarang melalui tamadun cara Eropah itu, juga yang mampu memberikan nilai baru yang lengkap, setanding dengan yang telah sedia ada dan telah popular di dalam masyarakat manusia, juga yang mempunyai program yang kemas kini, positif dan praktikal.

Hanya Islam sahajalah yang mempunyai nilai-nilai dan program yang sargat diperlukan itu.Kemajuan ilmu pengetahuan telah pun menunaikan tugasnya. Sejak dari zaman kebangkitan di dalam abad keenam belas Masihi dan telah mencapai puncak kemajuannya di dalam abad kedelapan betas dan abad kesembilan belas. Sesudah itu tamadun Eropah sudah kehabisan bahan simpanan, untuk disumbangkan kepada umat manusia.

Demikian juga faham-faham “kebangsaan” dan “perkauman” yang telah muncul pada ketika itu, dan beberapa buah negara gabungan telah lahir dan telah memberikan sumbangannya masing-masing kepada umat manusia tapi faham-faham “kebangsaan” dan “perkauman” itu sudah tidak mampu memberikan apa-apa pun kepada umat manusia, kerana sudah kehabisan bahan simpanan…

Pada akhirnya sistem-sistem yang berdasarkan kebebasan individu dengan disusuli pula oleh sistem kolektif telah selesai peranannya dan berakhir dengan kegagalan juga.

Sekarang tibalah pula giliran ISLAM dan peranan “umat” di saat yang paling genting ini memang sudah tiba giliran Islam pula. Islam yang tidak memandang remeh dan rendah kepada hasil ciptaan sains yang dilakukan oleh umat manusia sebelum ini dan akan terus dilakukan oleh umat manusia di sepanjang zaman kerana Islam memandang kemajuan di bidang ciptaan sains itu sebagai salah satu tugas utama manusia sejak Allah melantik umat manusia ini menjadi “khalifah” dan pemerintah di bumi ini, dan di bawah syarat-syarat tertentu pula, Islam memandangnya sebagai sejenis ibadat kepada Allah, dan sebagai sejenis pelaksanaan tujuan hidup manusia:

Firman Allah Maksudnya: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi. "(Al-Baqarah: 30)


Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. (Adz-Dzariat: 56)

Maka tibalah giliran bagi “UMAT ISLAM” melaksanakan tujuan Allah yang telah melahirkan umat ini ke tengah-tengah masyarakat umat manusia:

Maksudnya: Kamu [umat Islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.

(Aali Imraan: 110)

Dan firman Allah

Maksudnya: Dan demikianlah kami jadikan kamu [umat Islam] umat yang adil dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul [Muhammad] menjadi saksi atas perbuatan kamu ...(Al-Baqarah: 143)

Tetapi Islam tidak akan mampu menunaikan tugasnya kecuali bila ia menjelma di dalam sebuah masyarakat, iaitu ia menjadi panduan hidup suatu umat kerana umat manusia tidak mahu mendengar - terutama sekali di zaman mutaakhir ini - kepada suatu akidah yang kosong, yang tidak dapat dilihat buktinya melalui suatu bentuk hidup yang nyata dan dapat disaksikan sedangkan “wujud” umat Islam itu sendiri boleh dianggap telah terputus -sejak beberapa abad yang lalu kerana UMAT ISLAM itu bukanlah bererti sekeping tanah di mana Islam hidup di situ, bukan juga suatu kaum atau golongan orang yang nenek moyang mereka dahulu pernah menghayati Islam sebagai panduan hidup mereka kerana sesungguhnya “umat Islam” itu ialah suatu golongan manusia yang menimba hidup, konsep realiti, nilai hidup mereka dari sumber Islam dan umat ini, dengan ciri-ciri yang disebut di atas, telah terputus wujudnya sejak terhentinya pelaksanaan undang-undang dan syariat Islam dari seluruh muka bumi ini.

Oleh sebab itu maka perlulah dipulihkan semula wujudnya umat itu; supaya Islam dapat menunaikan peranan yang sangat diharapkan itu, dalam memimpin umat manusia sekali lagi.

Memanglah umat Islam itu mesti “bangkit” semula umat yang telah ditimbus zaman, ditimbus oleh konsep hidup yang sesat dan ditimbus pula oleh realiti hidup yang menyeleweng, ditimbus oleh sistem hidup yang pincang dan tiada kena mengena dengan Islam sama sekali, tiada kena mengena dengan program Islam walaupun umat itu masih menganggap dirinya sebagai umat Islam dan masih memanggil negeri tempat tinggal mereka sebagai “dunia Islam.”

Sebenarnya saya arif benar bahawa jarak di antara usaha “bangkit” semula dan “memegang pimpinan” itu masih jauh dan susah dilalui sebab sesungguhnya umat Islam sudah hilang dari “wujud” dan “realiti” begitu lama sekali dan peranan memimpin umat manusia itu telah diambil oleh fikiran yang lain, oleh umat yang lain dan oleh konsep yang lain, juga oleh realiti yang lain berabad-abad lamanya dan tamadun Eropah telah pun menciptakan dalam tempoh yang begitu lama beberapa banyak perbendaharaan yang berbentuk “Ilmu Pengetahuan” “kebudayaan” “sistem hidup” dan “penghasilan benda”, iaitu suatu perbendaharaan yang agung dan telah membawa umat manusia naik ke kemuncak kemajuan perbendaharaan yang tidak dapat dibuang begitu sahaja tanpa gantinya; lebih-lebih lagi negara-negara yang bernama “dunia Islam” sekarang hampir tidak mempunyai bahan simpanan dari hasil perbendaharaan itu.

Walau bagaimanapun tanpa mengenepikan pertimbangan ini walau bagaimana jauhnya pun jarak di antara “bangkit semula” dengan “memegang pimpinan” langkah-langkah ke arah bangkit semula itu mesti dijalankan serta merta dan jangan dilengahkan lagi!

Supaya kita selalu dapat menguasai persoalannya, maka perlu benar kita memahami secara terperinci, apakah dia syarat-syarat kelayakan yang akan membolehkan umat ini (umat Islam) memegang peranan memimpin umat manusia, supaya kita tidak meraba-raba dalam mencari unsur-unsur yang dapat mencetuskan kebangkitan semula umat ini, di peringkat pertama.

Umat ini sekarang tidak punya kemampuan dan tidak perlu ia mempunyai kemampuan untuk mengemukakan kepada umat manusia keunggulan dan kejaguhannya di dalam lapangan “ciptaan benda” yang membikin orang tunduk dan takut kepadanya dan memaksa umat manusia menerima pimpinannya berdasarkan faktor ini; kerana kemajuan ala Eropah di lapangan ini telah terlalu jauh mendahuluinya dan memanglah tidak boleh diharapkan, dalam tempoh beberapa abad di hadapan, untuk mengatasi mereka di lapangan ini!


Yang demikian maka mestilah dicari suatu syarat kelayakan yang lain, iaitu syarat kelayakan yang tidak terdapat di dalam tamaddun sekarang.

Ini tidaklah bererti bahawa kita mesti melupakan dan mesti memandang enteng kepada soal “penghasilan benda” dan “rekaan sains”, sebab menjadi kewajipan kita juga untuk berusaha mendapatkannya, tapi bukanlah dengan anggapan bahawa ia merupakan “syarat kelayakan” asasi yang mesti kita gunakan di dalam memegang pimpinan umat manusia dalam tempoh sekarang ini. Cuma ia diperlukan sekadar untuk menjaga hidup kita dari ancaman dan penindasan dan juga kerana konsep Islam sendiri yang mengajarkan bahawa ciptaan sains adalah mustahak sebagai syarat menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Oleh kerana itulah maka mustahaklah ada suatu syarat kelayakan lain, bukan ciptaan sains dan penghasilan benda, dan sudah pastilah syarat kelayakan itu tidak lain daripada “akidah” dan “Program” yang membolehkan manusia itu memelihara dan mengawal hasil ciptaan sains, di bawah pengawrasan suatu konsep lain yang dapat memenuhi hajat fitrah seperti yang telah diperolehi oleh kemajuan sains itu, dan supaya akidah dan program itu menjelma di dalam sebuah perkumpulan manusia, iaitu sebuah masyarakat Islam.

Sesungguhnya dunia sekarang ini berada di dalam “Jahiliyyah” dari segi dasar yang menjadi sumber bagi tegaknya kehidupan dan peraturan-peraturannya. Jahiliyah yang tidak dapat menyelesaikan bebanan hidup hasil dari rekaan baru yang sedang memuncak sekarang.

Jahiliyah ini tegak di atas dasar mencabul kekuasaan-kekuasaan Allah di muka bumi dan merampas hak istimewa Allah iaitu pemerintahan dan kekuasaan. Jahiliyah itu menyandarkan pemerintahan kepada umat manusia yang menyebabkan setengah golongan menjadi hamba abdi kepada setengah golorgan yang lain bukan sahaja di dalam bentuk primitif seperti yang berlaku di zaman jahiliyah purbakala tetapi lebih dahsyat lagi di dalam bentuk mengakui dan memberi hak membuat konsep-konsep, nilai-nilai, undang-undang, peraturan-peraturan dan ketetapan-ketetapan yang jauh terpesong daripada panduan dan program Allah untuk hidup ini; dalam perkara-perkara yang tidak pernah diizin oleh Allah, maka hasil daripada penyalahgunaan kuasa Allah itu secara otomatisnya timbullah pelanggaran atas hak-hak Allah, dan pelanggaran atas hak-hak manusia. Sebenamya kehinaan yang menimpa umat manusia di dalam sistem kolektif dan juga kekejaman yang menimpa individu dan bangsa terjajah di bawah sistem kapitalis adalah salah satu kesan dari pencabulan manusia ke atas hak istimewa Allah SWT juga kerana manusia tidak menghargai kehormatan yang dianugerah oleh Allah kepadanya sejak azali.

Di dalam aspek ini, maka konsep Islam tetap berlainan langsung dengan konsep-konsep bikinan manusia; kerana di bawah sistem yang lain dari Islam, umat manusia itu saling mengabdikan diri di antara satu sama lain, dalam bermacam-macam bentuknya sedangkan di bawah sistem Islam umat manusia bebas sepenuhnya daripada sebarang belenggu pengabdian kepada sesama manusia

wallahu a'lam








dengan cara mengabdikan diri kepada Allah SWT sahaja dan menerima arahan daripada Allah sahaja; juga tunduk dan patuh kepada Allah sahaja.

Inilah garis pemisah dan inilah persimpangan jalan. Inilah juga konsep baru yang kita mampu kemukakan kepada umat manusia konsep ini dan yang rangkaiannya adalah perbendaharaan yang masih belum dimiliki oleh umat manusia; kerana ia bukanlah hasil “pengeluaran” atau “produksi” kilang tamaddun Barat dan bukan hasil rekaan sains Eropah, baik Eropah Barat mahu pun Eropah Timur.

Sesungguhnya kita- tanpa ragu sedikit pun - memang ada memiliki suatu potensi baru, lengkap dan sempurna; potensi yang masih belum dikenal dan belum mampu dibikin oleh seluruh umat manusia.

Tetapi potensi baru ini, seperti telah kita tegaskan, mestilah menjelma di dalam bentuk realiti yang praktis, mesti menjadi panduan dan darah daging suatu umat bagi membolehkan berjalannya operasi “kebangkitan” umat mengikut bentuk Islam kebangkitan yang akan disusuli pula, lambat-launnya, oleh peranan memegang pimpinan seluruh umat manusia.


Tetapi bagaimanakah caranya memulakan operasi kebangkitan Islam itu?
Jawabnya : Mesti ada satu golongan pelopor atau “kader” yang menghayati cita-cita ini, dan meneruskan kegiatannya dengan cara menerobos ke dalam alam jahiliyah yang sedang berpengaruh di seluruh permukaan bumi ini dengan memakai dua kaedah: iaitu kaedah memisahkan diri dan kaedah membuat hubungan di bidang lain pula dengan pihak jahiliyah itu.


Para pelopor dan kader itu tentulah perlu kepada panduan-panduan di sepanjang perjalanan mereka; panduan yang memberikan tentang tabiat peranan mereka, hakikat tugas mereka dan inti sari tujuan akhir perjalanan mereka dan juga mengenai garis permulaan di dalam perjalanan jauh itu seperti juga para pelopor dan kader itu perlu mendapat panduan secukupnya mengenai - jahiliyah yang sedang berpengaruh di dunia sekarang di dalam suasana yang bagaimanakah mereka boleh berjalan seiring dengan jahiliyah dan di dalam suasana yang bagaimanakah pula mereka harus memisahkan diri; bagaimana caranya melayani pihak jahiliyah itu dengan menggunakan kaedah Islam dan dalam topik apakah yang perlu dibicarakan? Juga dari mana dan bagaimanakah pula menimba bahan-bahan panduan itu?

Panduan-panduan itu hendaklah diambil dan ditimba daripada sumber asal akidah ini iaitu Al-Quran dan juga dari arahan-arahan Al-Quran yang asasi juga dari konsep yang telah dipancarkan oleh Al-Quran ke dalam jiwa para pelopor dan kader terbilang dahulu, yang telah diberi penghormatan besar oleh Allah SWT untuk mengubah bentuk sejarah umat manusia mengikut kehendak Allah.



Untuk para pelopor dan kader yang diharapkan dan ditunggu-tunggu kelahirannya itu saya tuliskan PETUNJUK SEPANJANG JALAN ini. Empat fasal dari buku ini disedut dari buku DI BAWAH BAYANGAN AL-QURAN dengan beberapa pindaan dan tambahan di mana perlu, sesuai dengan judul PETUNJUK. Di antara kandungannya juga ialah delapan fasal, selain daripada muqaddimah ini, yang ditulis dalam waktu tertentu saya beroleh kesempatan dan ilham dari sumber Al-Quran Yang Mulia… dan dirangkai menjadi satu, sebagai “Petunjuk” dan panduan di dalam perjalanan, seperti juga buku panduan jalan raya yang lain. Pada keseluruhanrrya inilah petunjuk dan panduan peringkat pertama. Semoga Allah melimpahkan kurnia-Nya dan petunjuk ini akan disusul lagi oleh petunjuk-petunjuk lain bila sahaja Allah memberi hidayah kepadaku mengenai petunjuk di sepanjang jalan ini.

Sunday, August 3, 2014

TEKS TAZKIRAH Bersatu Untuk Palestin


Hadirin dan hadirat , Tuan-tuan yang dihormati sekalian.

1. Saya mulakan ucapan saya pada tengahari ini dengan memetik kata-kata yang diungkapkan oleh Saidina Umar Al- Khattab RH yang sangat menyentuh hati saya, Katanya :

“ Kita adalah satu ummat yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan Islam, maka jika kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka Allah SWT akan memberi kehinaan kepada kita.”

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bilakah Umar mengucapkan ungkapan ini? Bilakah Umar menyusun perkataan ini?
Saidina Umar mengatakan ini pada ketika yang agung dan pada satu waktu yang mulia dalam Islam. Beliau mengatakan ini ketika beliau berangkat untuk membuka Baitul Maqdis, untuk mengambil kunci-kunci Baitul maqdis yang telah kita abaikan kerana kita mengabaikan Islam.
Inilah kata-kata yang mengambarkan satu keizzahan atau kebanggaan seorang pemimpin Islam ketika bergerak dengan penuh keyakinan untuk membebaskan bumi Palestin. Semangat beliau inilah yang membakar semangat seluruh ummat Islam dan membangkitkan jiwa-jiwa Islam untuk berjihad dan berjuang untuk bumi Palestin.
Hadirin dan hadirat sekalian.

2. Saya ingin memberikan kepada kalian penjelasan ringkas, berupa kesaksian mengenai Palestin dari dua sudut pandang.

Sudut pandang pertama,

I. Gaza yang hari ini menderita karena embargo. Gaza hari ini merupakan penjara terbesar di dunia bahkan penjara terbesar dalam sejarah manusia.
II. Sejumlah1,8 juta manusia terperangkap di dalam penjara ini tanpa boleh melakukan perjalanan keluar, tanpa boleh bergerak secara normal dan bebas. Seluruh sempadan ditutup dengan tembok,pintu-pintu sempadan ditutup, dan yang sangat disayangkan pintu Rafah yang terhubung ke Mesir juga ditutup, tidak dibuka kecuali
sedikit dan untuk beberapa ketika sahaja.

III. Hari ini Gaza menderita sangat parah karena embargo ini, karena kelaparan, dan karena hukuman kejam yang diberikan atas diri mereka.

IV. Apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh rakyat Gaza sampai mereka pantas untuk dihukum seperti ini?

V. Demi Allah sama sekali mereka tidak melakukan apapun kecuali karena mereka memilih HAMAS (Gerakan Perlawanan Islam) melalui suatu pilihanraya yang bebas dan demokratik pada tahun 2006, yang tidak mengi’tiraf Rejim Israel.

VI. Sebagaimana juga para penduduk Tebing Barat yang pada pilihanraya itu juga memilih HAMAS karena mereka merasa memerlukan perlawanan (muqawamah). Mereka merasa wajib memilih jalan perlawanan ke atas Israel dan memilih pemimpin yangbersungguh-sungguh membela dan menjaga bumi Al-Quds, pemimpin yang bersungguh-sungguh menjaga hak rakyat Palestin untuk kembali
ke negerinya, dan pemimpin yang bersungguh-sungguh menjaga hak-hak semua rakyat Palestin

VII. Mereka juga telah memilih pemimpin yang berpegang teguh menjaga kewibawaan Palestin. Rakyat Gaza sekarang dihukum secara massal dan kolektif karena mereka memilih untuk melawan kehendak penjajah Israel dan Amerika Serikat, serta melawan semua syarat yang diajukan oleh Eropa yang zalim.

VIII. Hari ini Gaza membayar keteguhan, ketegaran dan kemuliannya, dengan harus menderita keparahan, luka-luka dan kelaparan serta dilarangnya seluruh warganya dari keluar.

IX. Warga Gaza telah membuktikan keteguhan kedua tangannya tetapi keteguhan ini juga ada di tangan kalian, bangsa Arab dan bangsa Muslimin, dan di tangan seluruh warga dunia yang merdeka, yang tidak akan tinggal diam atas kejahatan embargo dan kelaparan serta hukuman kolektif yang ditimpakan atas Gaza.

X. Karena itu sikap Anda di sini dan bertemunya Anda di sini serta bantuan Anda semua dalam mengumpulkan dana sekaligus meyakinkan para dermawan agar ikut serta dalam mendobrak embargo di Gaza merupakan pekerjaan agung.

XX. Kalau keluarga-keluarga kita di Gaza berjihad dengan nyawa, darahnya, badannya serta penderitaannya, tetapi Anda sekalian berjihad bersama seluruh manusia merdeka di seluruh dunia dengan harta, dengan kata-kata, dengan sikap Anda, dengan seluruh gerakan kafilah-kafilah ke Gaza, ...sampai seluruh sudut-sudut dunia mendengarkan teriakan
kita: SEKARANG MASANYA MENGHENTIKAN EMBARGO!

 

من جهَّز غازيًا في سبيل الله فقد غزا، ومن خلف غازيًا في سبيل الله بخيرٍ فقد غزا
“Sesiapa yang menyediakan kelengkapan seorang mujahid fi sabilillah, maka dia juga telah berperang, sesiapa yang membantu keluarga mujahid fi sabilillah , maka dia juga seperti berperang” riwayat Imam Bukhari dan muslim.
3. Sudut pandang kedua, adalah Al-Quds.

Wahai saudara-saudariku,

i. hari ini telah sempurna penjajahan atas Al-Quds. Telah sempurna pengusiran atas saudara-saudara kita di Al-Quds, pendirian pemukiman Yahudi di Al-Quds, telah dihancurkan tempat-tempat bersejarah kita di di Al-Quds, di Al-Khalil dan di Betlehem serta yang paling berbahaya adalah apa yang terjadi atas Masjidil Aqsa.

ii. Saudara-saudaraku, kiblat pertama Anda dan kita semua. Masjid yang agung dan penuh berkah ini, yang menjadi tempat Isra' Nabi kita Muhammad Sallallaahu 'alayhi wa sallam, dan kemudian bermi'raj daripadanya ke langit, semoga solawat dan salam serta keberkahan terlimpah atas beliau.

iii. Al-Quds dan Al-Aqsa merupakan pintu gerbang bumi ke langit, dan inilah jalan kekasih kita Muhammad SAW dalam perjalanannya yang penuh berkah dan agung ke langit-langit pertama.

iv. Hari ini Al-Aqsha terancam roboh akibat penggalian-penggalian yang mengantarkannya menuju kehancuran dan kemusnahannya, serta pembinaan Haikal Yahudi yang diagungkan di atas tanahnya.

v. Tahukah kalian bahwa ada 10 sinagog yahudi yang sudah dibangun di sekitar Masjidil Aqsha, sebagaimana kalian ketahui dalam telah dibangun sinagog Kharab dan sedang disiapkan pembangunan sinagog lain yang bertujuan merusak image mengenai Al-Quds yang lama.

Vi. Image Al-Quds akan dirampas dan diubah sampai kaumMuslimin nanti tidak akan mengenali lagi Masjidil Aqsha dan Kubah Asy-Syakhra. Sungguh mereka benar-benar menginginkan terjadinya perubahan image ini dan mengatur kehancuran Al-Quds terjadi di
depan mata kepala seluruh dunia. Apakah kita akan diam atas kejahatan ini?

vi. Al-Quds akan menjadi Yahudi, dan Al-Aqsha akan menjadi puing-puing dan adalah tanggung jawab kita semua dan Anda sekalian akan hal ini. Ini merupakan tanggung jawab sejarah kita. Tetapi di atas itu semua, wahai saudara-saudaraku, tenangkan diri kalian bersama kami rakyat Palestina, karena kami terikat sumpah
dan amanah.
4. Dalam konteks permasalahan Palestin ini, marilah bergading bahu untuk membebaskan bumi Palestin. HALUAN Malaysia berpandangan bahawa seluruh umat Islam sama ada individu mahupun kumpulan-kumpulan, persatuan-persatuan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) perlu bersatu padu, bekerjasama dan bantu membantu dalam menggembleng tenaga untuk menyelesaikan isu ini. Marilah sama-sama kita bersatu padu untuk membina kekuatan ke arah masa depan Islam yang gemilang.

Ayuhlah kita berpegang tangan bergading bahu untuk bersatu
Ayuh kita bersatu untuk Palestin tanpa ragu
Ayuh kita saling bantu-membantu untuk meringankan beban saudara kita di Bumi Palestin
Ayuh, bangkitkan jiwa dan hati kita untuk curahkan segala perhatian kita kepada mereka
Ayuh, kita tingkatkan rasa peduli kita untuk mereka

Bantulah dengan wang yang kita miliki ini untuk mereka.
Semoga segala bantuan kita ini dikira sebagai amal soleh untuk kita bawa di saat pertemuan kita dengan Allah SWT di hari akhirat kelak.

AYUH KITA BERSATU UNTUK PALESTIN!





TAZKIRAH RAMADAN - 22.7.2014M

TAZKIRAH RAMADAN
MASJID BANDAR SUNWAY
22.7.2014M BERSAMAAN 25 RAMADAN 1435H

FIRMAN ALLAH SWT DI DALAM SURAH AL MUZZAMMIL:


الحمد لله الذى جَعَلَ صِياَم رَمضان عُرْوةً مِن عُرى الاسلام
اشهد أن لااله الاالله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم على رسولك محمد وعلى آله وأصحبه اجمعين ومن تبعهم باحسان إلى يوم الدين.

1. Saya mengajak diri saya dan tuan-puan hadirin sekalian, marilah kita terus meningkatkan dan memperteguhkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan terus iltizam dan patuh kepada titah perintah Allah, suruhan dan laranganNya.

2. Marilah kita terus bersyukur ke hadrat Allah kerana kita masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan lagi kepada kita (oleh Allah) untuk kita terus berubudiyyah kepada Allah, khasnya di dalam bulan Ramadan al mubarak yang kini telah masuk dalam bahagian akhir bagi tahun ini.

3. Marilah kita terus berdo’a, mudah-mudahan kita mendapat rahmat Allah, keampunan Allah dan semoga kita dibebaskan dari azab di hari akhirat nanti. Sememangnya di bulan Ramadan ini, Ar Rasul SAW banyak berdo’a di samping ibadah dan kerja-kerja makruf yang dilipatgandakan semata-mata mencari keredhaaan Allah SWT. Rasul SAW menggalakkan umatnya berdoa di masa berbuka puasa (ifthar) serta menjelaskan bahawa doa di masa tersebut tidak ditolak(dimakbulkan oleh Allah SWT).

4. Abdullah bin Amru Al As berkata:


Aku telah mendengar Ar Rasul SAW bersabda bahawa sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika ia berbuka terdapat doa yang tidak ditolak. (HR Ibnu Majah)

5. Allah SWT memberi jaminan bahawa Allah sentiasa hampir (dekat ) kepada hamba-hambanya. Firman Allah dalam ayat 186, surah Al baqarah:

Ertinya:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

6. Walaupun bulan Ramadan sudah hampir meninggalkan kita, orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT amat sayang dan merasa sedih untuk berpisah dengan bulan Ramadan Al Mubarak ini. Abu Mas’ud al Ghifari ra pernah menyebut hadis Ar Rasul SAW:


Maksudnya: Sekiranya hamba-hamba Allah ini mengetahui apa-apa (kelebihan) di dalam bulan Ramadan, nescaya hamba-hamba Allah ini bercita-cita(mengharapkan) agar bulan Ramadan ini berlaku(berterusan) sepanjang tahun.

7. Realiti yang berlaku dan wujud dalam masyarakat orang-orang sendiri bagaimana? Majoriti masyarakat kini seolah-olah ingin agar segera keluar daripada bulan Ramadan dengan menggembar-gemburkan program hari raya yang sudah tersedia di kaca TV, media massa dan media sosial. Dan lebih gamat lagi apabila dipestakan dengan pembakaran mercun, meriam buluh dan sebagainya sehingga menenggelamkan suasana ibadah(ubudiyah) kepada Allah, lebih-lebih lagi di bahagian akhir Ramadan al mubarak ini. Sedangkan sepatutnya di bahagian akhir Ramadan inilah perlu kita melipatgandakan taqarrub( amalan-amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT).

8. Apa amalan Ar Rasul pada akhir Ramadan ini? Di dalam sunnah Ar Rasul SAW, baginda melipatgandakan ibadah(taqarrub) kepada Allah khusus di bahagian 10 hari yang terakhir dari bulan Ramadan. Tumpuan khusus diberi kepada ihya’ layali (malam-malam Ramadan) dengan:
a. Solat
b. Tilawah
c. Zikrullah
d. Istighfar
e. Berdoa
f. Dan iktikaf
g. Mengejutkan ahli-ahli keluarga untuk sama-sama bangun melaksanakan ihya layali Ramada.

Sabda AR Rasul SAW:

Adalah Rasulullah saw apabila menjelang sepuluh hari yang akhir daripada bulan Ramadan, maka Rasulullah saw menghidupkan malam-malam hari Ramadzan itu (dengan ibadah) dan menggerakkan ahli keluarganya (bangun beribadah) kepada Allah SWT, dan baginda SAW mengikat kukuh minzarnya( ini kata-kata kinayah bahawa Nabi SAW tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan jimak) di dalam lingkungan masa tersebut.

9. Bagi kita selaku umat Muhammad SAW, sewajarnya kita bercontohnya kepada sunnah Ar Rasul SAW kerana di bahagian akhir Ramadan ini terdapat satu malam yang dikenali sebagai lailatul Qadr, yang sangat besar kelebihan dan fadhilatnya: Satu malam qadr itu fadilatnya melebihi seribu bulan.


Sesiapa yang Allah SWT pertemukannya dengan beribadah pada malam Qadr, itu adalah kurniaan dan nikmat daripada Allah SWT. Allah sahaja yang Maha Mengetahui siapakah dari kalangan hamba-hambanya yang benar-benar ikhlas dan sungguh-sungguh melaksanakan ubudiyah kepada Allah dengan penuh ketaatan. Walau bagaimanapun, Ar Rasul SAW memberi rangsangan dan menggesa orang-orang yang beriman, menuntut dan mencarinya dengan qosad dan niat mentaati Allah dan beribadah kepadaNya semata-mata.

Abu Said al Qudri ra, juga Abu Dzar ra pernah menceritakan bahawa Ar Rasul SAW bersabda:

Maksudnya:
Carilah malam tersebut(malam Qadar) pada bahagian sepuluh yang akhir dari bulan Ramadan pada setiap malam ganjil.
Menurut Fadhilah as sheikh Darwis Mustafa hasan dalam kitabnya haqiqah as saum, menjelaskan bahawa oleh kerana penentuan malam witir(ganjil) kemungkinan tidak tepat kerana bergantung kepada kepastian awal bulan dan akhir bulan, maka sewajarnya sepuluh yang akhir daripada bulan Ramadan itu dilipatgandakan ubidiyyah kepada Allah pada seluruh malam tersebut.
10. Demikianlah Ramadazan yang sewajarnya diberi perhatian dan penekanan ubudiyah oleh umat muhammad SAW. Ramadan yang disifatkan sebagai madrasah (tempat-masa-dan suasana didikan(tarbiah). Bagi mengawal hawa nafsu, membentuk diri, menyucikan ruh serta memperteguhkan keimanan juga menambahkan bekalan (zad) dalam rangka meneruskan kerja-kerja Islam dan khidmat deen semata-mata mencari keredhaan Allah SWT.

11. Profesor Muhammad Qutub dalam kitabnya manjaj tarbiyah Islamiyah pernah membuat perbandingan dan perumpamaan, antaranya: ibadah khusus di dalam islam seperti solat, saum, zakat, haji adalah ibarat mahatthot (stesyen, tempat perhentian)bagi orang-orang musafir mengambil bekalan(zat) untuk meneruskan perjalanan yang jauh. Tiada perjalanan yang lebih jauh lagi melainkan perjalanan untuk kita balik ke alam akhirat, yang tidak diketahui hujungnya. Ingatlah sebaik-baik bekalan ialah al taqwa. Firman Allah di dalam surah Al Baqarah, ayat 197:

Ertinya:
dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

12. Penutup:

12.1 Marilah sama-sama kita pastikan agar ibadah kita di dalam bulan Ramadan yang datang setahun sekali ini benar-benar menjadi ibadah (ubudiyah) hanya sanya kepada Allah SWT.

12.2 Jangan sekali-kali dibiarkan diri kita dibawa arus keinginan dan kecenderungan sebahagian masyarakat sehingga perkara-perkara ibadah itu bertukar menjadi adat dan tradisi serta budaya tanpa merujuk kepada Al Quran dan As sunnah.

12.3 kita perlu bimbang takut kalau-kalau ibadah yang kita lakukan ini sia-sia seperti yang pernah diingatkan oleh Ar Rasul SAW:

Ertinya:

Berapa ramai orang yang berpuasa, tidak ada apa yang dia dapat melainkan lapar dan dahaga sahaja, berapa ramai orang yang bangun malam (solat) tidak mendapat apa-apa kecuali berjaga malam sahaja.

12.4. Oleh itu, sama-samalah kita kita menginsafi peringatan-peringatan Rasul SAW itu semoga puasa kita, solat kita, terawikh kita, witir kita, tilawah al quran, dikir dan doa kita dimakbulkan(diterima ) oleh Allah SWT dan benar-benar menjadi zat dan menambah kekuatan khasnys keimanan dan ketaqwaan kita.

Wassalam

22.7.2014
12.45 tghr





Saturday, May 3, 2014


Asm wbth, Catatan pesanan Cg Muhd Abduh di AGM Haluan baru-baru ini di KUIS.
Ertinya: Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). Surah At-Taubah: 42 1.Perjalanan kita dalam melaksanakan dakwah dan tarbiah ini adalah satu perjalanan yang mendaki. 2.Untuk menghadapi perjalanan yang mendaki ini, kita perlukan: a.Kita perlukan kepada stamina. Stamina yang mencakupi aspek aqli, ruhi dan jasadi. b.Kita perlu berada dalam realiti /waqi’e secara sedar. c.Kita perlu mencari sebab-sebab untuk kita jadi kuat. 3.Kita perlu merasai bahawa jalan dakwah yang kita lalui ini adalah jalan yang telah dirintis oleh Ar Rasul SAW. 4.Kita perlu menghayati 10 rukun bai’ah yang dinyatakan oleh Imam Hasan Al Banna rhm bermula dengan al fahmu, al Ikhlas, al Amal, al Jihad, pengorbanan, at Taat , tsabat, tajarrud, ukhuwwah dan tsiqah. 5.Kita janganlah membuang masa dengan kelemahan. Kita ada masuliyah yang banyak. Ini merupakan taklif rabbani. Semoga Allah memberikan kepada kita kemampuan, insha Allah.

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...