Tsawabit imaniyah dalam amal Islami siri 3

Prinsip yang seterusnya ialah Tajarrud dan Zahid

Prinsip ini sangat penting dan berguna dalam kehidupan harian seseorang yang tinggal di Malaysia dan juga di mana sahaja. Ini kerana suasana luaran di sini sentiasa mengajak kepada yang dosa dan maksiat. Apabila kita keluar sahaja dari rumah kita, kita akan dapati masyarakat yang ada saling bersaing sesama mereka untuk mengejar kebendaan dan keselesaan ekonomi. Fenomena ini bukan hanya berlaku kepada orang awam, bahkan turut terkena orang yang komited dengan agama mereka. Merekapun turut terjebak dengan perkara-perkara yang tidak bermoral.

Justeru itulah kita amat memerlukan sistem sokongan yang kuat melalui jalan tarbiah. Dengan jalan tarbiyah, iman kita akan dapat dijaga dan dilindungi daripada kerosakan yang ada.

Hendaklah kita sentiasa ingat seerah Mus’ab bin Umair ra. Kita lihat bagaimana kehidupan beliau sebelum ia masuk Islam dan bagaimana keadaan jenazah beliau dikafankan sebagai seorang Islam yang berjuang dan taat. Semasa masa sebelum pengislamannya, Mus’ab merupakan pemuda yang sangat terkenal di dalam masyarakat Quraiysh pada masa itu. Hidupnya dalam keadaan yang penuh dengan kemewahan. Tidak ada seorang pun penduduk Makkah yang boleh mengatasi gaya hidup mewahnya.

Sesudah beliau masuk Islam beliau bersama-sama dengan Ar Rasul SAW membela Islam. Semasa kematian beliau, didapati kain yang ada tidak mencukupi untuk menutupi jenazahnya.

Ini merupakan peristiwa yang amat menyedihkan. Musab ra. biasanya semasa sebelum Islam terbiasa memakai harir(sutera).

Apabila melihat peristiwa ini, seorang sahabi bernama Abdul Rahman bin ‘Auf ra. menangis kerana terkenang zaman Musab sebelum Islam dan saat jenazahnya dikafankan.

Kehidupan para sahabat r.hm yang seperti ini perlu kita ingatkan sentiasa kepada sahabat-sahabat kita. Ini bukan bermakna kita menggalakkan sahabat menjadi orang miskin dan papa kedana, Ini merupakan satu kefahaman yang salah.

Berkaitan dengan konsep zahid pula, pada asasnya jika kita diberi kekayaan oleh Allah SWT, kekayaan itu terletak pada tangan kita dan bukannya di hati. Kita tidak meminta untuk jadi miskin, akan tetapi jika ditakdirkan kita menjadi miskin, kita akan terus untuk sentiasa melakukan kebaikan.

Comments

Popular posts from this blog

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 2?

Pengajaran daripada Surah Al Muzammil

KELEBIHAN DO'A RABITHAH