Tsawabit imaniyah dalam amal Islami siri 4

Prinsip yang seterusnya segala nikmat adalah anugerah Allah SWT.

Segala nikmat yang kita ada datangnya daripada Allah SWT, dan bukannya daripada hasil usaha kita, keberanian kita dan aktiviti kita.

Ar Rasul SAW bersabda:
لا يد خل ا حد ا فى الجنة عملا
Seseorang itu masuk ke dalam syurga bukanlah kerana berdasarkan amalannya semata-mata
Al hadith

Segala perbuatan yang baik mestilah kita lakukan, namun, rahmat Allah SWT lah yang menentukan sama ada kita dapat masuk syurga ataupun tidak.

Jika demikian, ada sesetengah orang menyoal:
Mengapa kita semua perlu bersusah payah berbuat kebaikan, berdakwah dan sebagainya?

Jawapannya: Segala usaha yang kita lakukan ini menjadi sebab musabab untuk kita mendapat rahmat Allah SWT untuk dimasukkan ke dalam syurga-Nya. Akan tetapi amalan soleh yang kita lakukan itu tidak akan mampu membayar harga ke syurga Allah SWT, walaupun betapa besarnya amalan soleh yang telah kita lakukan.

Comments

Popular posts from this blog

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 2?

Pengajaran daripada Surah Al Muzammil

KELEBIHAN DO'A RABITHAH