Sunday, August 20, 2023

PENGKHIANATAN YAHUDI TERHADAP NABI MUHAMMAD SAW DI MADINAH

 PENGKHIANATAN YAHUDI TERHADAP NABI MUHAMMAD SAW DI MADINAH

Solehuddin Shuib, Mohd Roslan Mohd Nor1

Departmen Sejarah Islam & Tamaddun

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,

50603 Kuala Lumpur, Malaysia

1Emel: m_roslan@umcced.edu.my

ABSTRAK

Al Quranul karim memberikan gambaran luas tentang perangai mereka yang buruk, agar kita waspada dalam interaksi dengan mereka. Objektif kajian ini adalah dijelaskan Yahudi di Madinah secara ringkas, Piagam Madinah, kronologi pengkhianatan mereka di Madinah dan pengajaran yang boleh dipelajari oleh umat Islam kini. Hasilan kajian ini menggesa umat Islam perlu mempelajari sirah Nabi SAW, sentiasa waspada dengan Yahudi, sejarah mereka merupakan konspirasi, komplot jahat, kerosakan dan pengkhianatan.

 

Kata kunci: Khianat ; Yahudi; Madinah


 

1.     PENGENALAN

Al-Quran tidak memperkatakan tentang suatu bangsa sebagaimana ia memperkatakan tentang bangsa Yahudi. Al-Quran memberikan gambaran luas tentang perangai mereka yang buruk, agar kita waspada dalam interaksi dengan mereka.[1] Antara sifat-sifat keji mereka menurut Al Quran adalah seperti berikut:

1.1 Memungkiri janji [2]

Ertinya:

Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: "(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing". Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya).

Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

(2:84-85)

 

1.2  Biadap terhadap Allah dan malaikat[3]

Ertinya:

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: "Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar

(3:181)

1.3  Pembunuh para Nabi dan Rasul[4]

Ertinya:

Demi sesungguhnya! Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israil dan Kami telah utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul. (Tetapi) tiap-tiap kali datang - seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu, dan mereka bunuh yang sebahagian lagi.

(5:70)

1.4  Degil terhadap kebenaran dan dengki kepada orang lain[5]

Ertinya:

Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar.

(2:105)

1.5  Beriman dengan berhala dan toghut serta lakukan tipu daya terhadap agama[6]

Ertinya:

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad SAW).

(Kaum Yahudi yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya.

(4:51-52)

1.1 PENEMPATAN YAHUDI DI MADINAH

Yahudi di Yastrib  sudah ada sejak sekian lama.  Mereka berasimilisasi dengan penduduk di sana.  Mereka juga mengharapkan agar Nabi akhir zaman yang diberitakan dalam kitab suci mereka akan datang dari kalangan mereka. Justeru itu mereka pun membuat persiapan sekian lama untuk menyambut Nabi akhir zaman. Rajah 1 di bawah menunjukkan Kawasan penempatan puak-puak Yahudi di Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.




                            Rajah 1: Kawasan penempatan Yahudi Di Madinah[7]

Pada tahun ke sebelas kenabian, Nabi Muhammad SAW berdakwah kepada kabilah Arab di luar Mekah pada masa musim haji.  Ketika berada di Aqabah, Nabi bertemu dengan sekumpulan orang dari kaum Khazraj.  Setelah memperkenalkan diri, Nabi pun berdakwah kepada mereka, menceritakan ajaran Islam dan membacakan beberapa potong ayat Al Quran.  Kaum Khazraj tersebut amat positif dengan ajakan Nabi.  Ini kerana kebiasaan orang-orang Yahudi yang berjiran dengan mereka sering menceritakan tentang kedatangan Nabi akhir zaman ini. Bangsa Yahudi yang Bersama mereka itu adalah dari kalangan ahlul kitab dan banyak memiliki pengetahuan.  Uniknya, setiap kali terjadi perselisihan antara mereka



dengan kaum Yahudi, mereka sering berkata:

Seorang Nabi akan segera diutus dan kini masanya telah tiba.  Kami pasti akan mengikutinya dan kami akan memusnahkan kamu seperti kaum A’ad dan Iram.

Berdasarkan infomasi ini ketika Nabi SAW mengajak mereka memeluk Islam, orang-orang Khazraj saling berpandangan satu sama lain seraya berkata:

Demi Allah, kamu pasti tahu bahawa dialah seorang Nabi yang dijanjikan di depan kamu oleh puak Yahudi.  Maka, jangan sampai mereka mendahului kamu untuk mengikutinya.

Justeru itu orang-orang Khazraj pun menyahut seruan Nabi Muhammad SAW untuk memeluk Islam.

2.    OBJEKTIF KERTAS KERJA

Berikut dijelaskan tiga(3) objektif kajian.  Ianya adalah seperti berikut:

1.    Menjelaskan mengenai Yahudi di Madinah secara ringkas

2.    Menjelaskan piagam Madinah dan pengajaran

3.    Memberi kronologi pengkhianatan Yahudi di Madinah dan pengajaran yang boleh dipelajari oleh umat Islam kini.

 

 

3. KRONOLOGI PERISTIWA

Berikut dijelaskan kronologi peristiwa pengkhianatan puak Yahudi ke atas Nabi Muhammad SAW.  Ianya meliputi susunan berikut iaitu :penyambutan Rasulullah oleh Yahudi setelah hijrah  ke Madinah, Perjanjian di Madinah(Piagam Madinah), Peperangan dengan suku Yahudi Qainuqa’, pembunuhan pemimpin Yahudi Ka'ab bin Ashraf, Ghazwa dengan suku Yahudi Nadhir, Ghazwa dengan suku Yahudi Quraidhah, dan Ghazwa dengan suku Yahudi Khaibar.  Berikut disertakan huraian secara ringkas.

3.1 SAMBUTAN KE ATAS RASULULLAH OLEH YAHUDI DI MADINAH

Setelah hijrah ke Madinah pada tahun 622 Masehi, Rasulullah mendapatkan dokongan dari beberapa suku Yahudi di kota tersebut. Beberapa pemimpin Yahudi, seperti Ka'ab bin Ashraf dan Abu Rasyid, memberikan sokongan atas kedatangan Nabi Muhammad SAW..

3.2  PIAGAM MADINAH

Pada tahun 624 Masihi, Nabi Muhammad SAW. membuat perjanjian di Madinah yang dikenal dengan sebutan Piagam Madinah. Perjanjian ini melibatkan suku-suku Muslim, Yahudi, dan beberapa suku Arab lainnya. Perjanjian ini diharapkan dapat membangun kerjasama dan perdamaian antara suku yang tinggal di Madinah.  Rajah 2 di bawah meringkaskan apa itu piagam Madinah, dan kandungannya secara ringkas.

 


 



                                     Rajah 2:  Kandungan piagam Madinah secara ringkas
Piagam Madinah mencerminkan keadilan yang menunjukkan sikap
Nabi Muhammad SAW terhadap kaum Yahudi.  Sebenarnya piagam Madinah dapat membuahkan hasil yang berkesan bagi kedua belah pihak Muslimin dan Yahudi.  Andai kata Yahudi berhenti melakukan kebiasaan mereka berbuat muslihat dan konspirasi.  Setelah masa berlalu, kaum Yahudi sudah mengingkari janji mereka.  Mereka melakukan pelbagai bentuk pengkhianatan.  Menghadapi kelicikan kaum Yahudi ini, umat Islam mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya.[8]

Berikut dijelaskan empat belas(14) isi penting piagam Madinah yang dimeterai pada zaman Nabi Muhammad SAW.  Antara isi-isi pentingnya :

1. Kaum Muslimin dari kalangan Quraisy dan Yatsrib, juga siapa pun yang mengikuti dan berjihad bersama mereka, adalah satu umat.


2. Semua Muslim walaupun berbeza suku sama-sama mesti membayar dan menebus para tawanan mereka dengan cara yang makruf dan adil di antara kalangan orang-orang mukmin.

3. Sesungguhnya orang-orang Mukmin tidak meninggalkan (mengabaikan) seseorang yang menanggung hutang di antara mereka untuk memberinya wang tebusan

4. Sesungguhnya orang-orang Mukmin yang bertakwa mesti melawan orang- orang yang melampaui batas atau melakukan kejahatan besar seperti kezaliman, dosa, permusuhan, atau kerosakan di antara kaum mukminin sendiri, walaupun ia adalah anak dari salah seorang di antara mereka.

5. Seorang Mukmin tidak boleh membunuh mukmin yang lain demi membela orang kafir. Dan, seorang mukmin tidak boleh membantu orang kafir untuk menyerang sesama mukmin.

6. Sesungguhnya perdamaian bagi kaum mukminin adalah satu. Seorang mukmin tidak boleh berdamai tanpa orang mukmin yang lain, dalam berperang di jalan Allah SWT, kecuali jika dilakukan atas kesetaraan dan keadilan antara mereka.

7. Dzimmah Allah SWT adalah satu. Dia melindungi Mukmin yang lemah. Dan, orang Mukmin adalah wali bagi Mukmin yang lain, di hadapan seluruh umat manusia.

8. Seorang Mukmin yang telah mengikrarkan isi piagam ini, juga beriman kepada Allah dan hari akhir, tidak dihalalkan membantu atau melindungi seorang pendosa. Barangsiapa membantu atau melindungi seorang pendosa, maka di hari kiamat ia dilaknat dan dimurkai Allah SWT. Tidak ada tebusan yang dapat membebaskannya dari laknat dan murka-Nya.

9. Orang-orang Yahudi harus mengeluarkan belanja bersama orang-orang mukmin selama mereka masih dalam suasana perang.

10. Orang-orang Yahudi adalah satu umat dengan orang-orang mukmin. Bagi kaum Yahudi agama mereka, dan bagi kaum muslimin agama mereka. Kecuali orang yang melakukan perbuatan aniaya dan durhaka. Orang yang seperti ini akan menghancurkan diri dan keluarganya sendiri.

11. Orang-orang Yahudi berkewajiban menanggung nafkah mereka sendiri, dan kaum Muslimin pun berkewajiban menanggung nafkah mereka sendiri pula. Antara mereka mesti ada tolong menolong dalam menghadapi siapa pun yang hendak menyerang pihak yang mengadakan perjanjian ini.

12. Jika di antara orang-orang yang mengakui perjanjian ini terjadi perselisihan yang dikuatirikan menimbulkan kerosakan, maka perkara itu dikembalikan kepada Allah dan kepada Nabi Muhammad SAW..

13. Barangsiapa tinggal di dalam kota Madinah ini, keselamatannya tetap terjamin, kecuali yang berbuat kezaliman dan melakukan kejahatan.

14. Sesungguhnya Allah SWT melindungi apa yang tercantum di dalam piagam ini. Sesungguhnya Allah SWT melindungi siapa pun yang berbuat kebaikan dan bertakwa.

 

 

 

PELAJARAN DAN BAHAN RENUNGAN BERKAITAN PIAGAM MADINAH[9]

Menurut pandangan Al Buthiy dalam kitabnya fiqhus sirah, beliau menjelaskan di sana terdapat pelajaran dan renungan berkaitan berkaitan piagam Madinah.  Ianya dapat diringkaskan seperti berikut:

i.)             Islam adalah faktor penyatu umat Islam.  Ianya menjadi landasan masyarakat Islam yang kukuh. 

ii.)            Persatuan dan gotong royong adalah faktor penting dalam masyarakat Islam. 

iii.)           Prinsip kesetaraan antara sesama Muslim.

iv.)          Perundangan dan hukum Islam yang adil bagi menyelesaikan pertikaian dan perselisihan.

Seterusnya, akan dijelaskan pula siri-siri peperangan kaum Muslimin di Madinah dengan puak Yahudi.  Ianya bermula dengan peperangan dengan suku Yahudi Qainuqa’.

3.3 PEPERANGAN DENGAN SUKU YAHUDI QAINUQA’

Yahudi Bani Qainuqa' adalah kaum Yahudi pertama yang mengkhianati Piagam Madinah. Mereka menggoda seorang wanita Arab yang datang ke tempat perniagaan Yahudi Bani Qainuqa’. Kain penutup wanita tersebut sampai tersingkap hingga auratnya terbuka. Seorang lelaki Muslim menolongnya hingga berjaya membunuh salah seorang kaum Yahudi. Akibatnya, lelaki Muslim itu dibelasah sampai akhirnya terbunuh. Tindakan tersebut menyebabkan kemarahan kaum Muslim sehingga terjadilah peperangan antara kaum Muslimin dan orang-orang Yahudi Bani Qainuqa'.  Peristiwa ini terjadi pada bulan syawal tahun kedua hijrah. Sebab terjadi peperangan ini ialah kerana masyarakat Yahudi melanggar perjanjian dan menentang kaum muslimin.  Justeru itu, maka terjadilah pengepungan selama 15 malam ke atas perkampungan Yahudi dan dengan berakhirnya , Yahudi ini diusir keluar Madinah. 

Seterusnya dijelaskan pula peristiwa pembunuhan ketua Yahudi yang sangat jahat iaitu Kaa’b bin Ashraf.

 

3.4 PEMBUNUHAN PEMIMPIN YAHUDI KA'AB BIN ASHRAF[10]

Pada tahun 624 Masehi, Nabi Muhammad SAW. memerintahkan pembunuhan Ka'ab bin Ashraf. Ini disebabkan Ka'ab bin Ashraf melakukan penghinaan terhadap Rasulullah dan bersekongkol dengan musuh Muslim. Ka'ab bin al-Asyraf adalah salah seorang pemimpin Yahudi yang memusuhi Nabi Muhammad S.A.W dan kaum Muslimin.

Dulunya ia pernah menjalin suatu perjanjian bertetangga baik dengan kaum Muslimin. Setelah kemenangan kaum Muslimin atas kaum Quraisy dalam Pertempuran Badar, Ka'ab bin al-Asyraf memberikan doktrin bahwa kaum Quraisy perlu memerangi kaum Muslimin, dengan menyuarakan kepada Abu Sufian bahwa agama kaum Quraisy itu lebih baik daripada kaum Muslimin dan setelah menyuarakan hal tersebut ia membuat beberapa sya'ir yang didalamnya mengandung pelecehan terhadap para perempuan dari kaum Muslimin, sehingga hal tersebut menjadikan perpecah belahan diantara kedua kaum tersebut.

Kedatangan Ka'ab ke Makkah merupakan punca semarak api perang terhadap kaum Muslimin yang ada di Mekah. Hal tersebut bertentangan dengan konstitusi yang tertera di dalam Piagam Madinah bahwa tidak boleh memecahbelah antar kaum yang sudah tertera dalam Piagam Madinah.

Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan kepada sahabat-sahabatnya bahwa ia ingin agar Ka'ab dibunuh, dan ia berkata "Siapakah di antara kalian yang sanggup membunuh Ka'ab bin Ashraf? Sebab dia telah menyakiti Allah dan Rasul-Nya."Beberapa sahabat Rasulullah yang menawarkan untuk membunuh Ka'ab bin Asyraf yang salah satunya adalah Muhammad bin Maslamah. Ia dibantu oleh beberapa orang lainnya, termasuk Abu Na'ila (Silkan bin Salama, saudara angkat Ka‘ab). Ibnu Maslamah agak ragu kerana ia perluy berbohong kepada Ka'ab untuk membunuhnya, tetapi Nabi Muhammad SAW memberikan izin. Mereka lalu membawa Ka'ab untuk jalan-jalan pada malam hari dan kemudian membunuhnya.

Seterusnya dijelaskan pula peristiwa pengepungan suku Yahudi An Nadhir.

3.5 PENGEPUNGAN SUKU YAHUDI NADHIR 

Banî Nadhir adalah sekelompok orang Yahudi yang berjiran dengan kaum Muslimin di Madinah.  Mereka telah mengadakan perjanjian damai dan tolong menolong dengan kaum Muslim seperti termaktub dalam Piagam Madinah. Namun, karakternya yang jahat membuat mereka membatalkan janji dengan kaum Muslim. Mereka berusaha membunuh Rasulullah saw dengan cara menjatuhkan batu dari bumbung ketika beliau sedang menemui bersama beberapa sahabat di salah satu rumah Yahudi Bani An-Nadhir.  Peristiwa pengepungan ini berlaku pada tahun 4 hijrah.    Yahudi Bani An Nadhir ini bersembunyi di sebalik tembok kota mereka.  Bagi menjatuhkan semangat mereka, kaum Muslimin telah membakar sebahagian kebun kurma mereka dan pokok-pokok yang di sekitar kota mereka.   Allah SWT menurunkan ayat al Quran tentang ini:

Ertinya:

Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya yang asal, maka yang demikian adalah dengan izin Allah (kerana Ia hendak memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin), dan kerana Ia hendak menimpakan kehinaan kepada orang-orang yang fasik.

59:5

Hal ini memaksa mereka menyerah diri tanpa melawan. Tentera Muslimin melawan sendirian tanpa dibantu oleh kabilah lain seperti Bani Quraidhah, dan bani Ghatafan.  Sepatutnya, berdasarkan kepada piagam Madinah, mereka perlu membantu kaum Muslimin.   Hukuman yang dikenakan kepada mereka oleh Nabi Muhammad SAW ialah mereka diusir keluar dari Madinah Bersama ahli keluarga mereka.  Mereka boleh membawa harta benda sebanyak yang mampu, muatan 1 ekor unta kecuali senjata.  Mereka pun membawa pintu, tingkap, tiang sangga atap.  Mereka membawa keluarga dan barang-barang dengan 600 ekor unta.[11]

 

Seterusnya dijelaskan pula peristiwa berkaitan konflik dengan Yahudi Bani Quraidhah.

3.6 KONFLIK DENGAN SUKU YAHUDI QURAIDHAH

Pada tahun 627 Masehi, terjadi konflik antara umat Muslim dengan suku Yahudi Quraidhah. Pada masa Pertempuran Khandaq/Ahzab, suku Yahudi Quraidhah melakukan pengkhianatan dan bergabung dengan musuh Muslim.  Setelah umat Muslim berjaya mengalahkan musuh, suku Yahudi Quraidhah dihukum dan diusir dari Madinah.

Seterusnya pula dijelaskan pula konflik Muslimin dengan suku Yahudi Khaibar.

3.7 KONFLIK DENGAN SUKU YAHUDI KHAIBAR 

Pada tahun 628 Masehi(7-H), umat Muslim melakukan ekpedisi ketenteraan ke Khaibar, yang dihuni oleh suku Yahudi. Yahudi Khaibar selalu mengancam kaum Muslimin di Madinah melalui gabungan Quraisy dan Ghatafan.  Suku Yahudi Khaibar memiliki ekonomi yang kuat dan mereka menguasai wilayah Khaibar yang kaya akan sumber, terutama pertanian. Pasukan Muslimin dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW menyerang bentang pertahanan mereka di Khaibar. Tentera Islam mengepung dan memutuskan sumber air.  Taktik ini berhasil. Setelah pertempuran yang panjang, suku Yahudi Khaibar akhirnya menyerah kalah dan menyerah diri kepada  umat Muslim. Sebagian wilayah dan harta mereka dirampas oleh umat Muslim.

Setelah dijelaskan kronologi pertentangan dan konflik dengan kaum Yahudi,  berikut dijelaskan pula pengajaran dan pedoman dari peristiwa tersebut untuk panduan umat Islam masa kini.  Pedoman dan pengajarannya ini banyaknya dipetik dari huraian Al Buti dan As Siba’i daripada kitab-kitab sirah karangan mereka.[12]

4. PENGAJARAN DAN PEDOMAN

4.1 Menurut  pandangan Al Buthiy, kejadian ini jelas menunjukkan kaum Yahudi Bani Qainuqa’ memendam kedengkian terhadap kaum muslimin.  Punca yang mengobarkan api kedengkian di hati Yahudi adalah kemenangan kaum Muslimin dalam Ghazwa Badr.[13]

4.2 Dalam peristiwa pengkhianatan Yahudi Bani An Nadhir.   Ini adalah peristiwa kedua yang menunjukkan sifat khianat dan mengakar dalam jiwa orang Yahudi.  Dari peristiwa ini, berita mengenai perbuatan khianat tentang rencana kaum Yahudi Bani An Nadhir merupakan wahyu yang dianugerahkan Allah kepada Rasulnya dan bukannya ilham.[14]

4.3 Penebangan dan pembakaran pohon kurma milik Yahudi Bani An Nadhir telah diakui kebenarannya oleh semua ulama’.   Nabi Muhammad  SAW menghancurkan sebahagian pohon kurma dan membiarkan sebahagian yang lainnya. 

4.4 Komentar Al Buthiy lagi, para imam fikah sepakat bahawa harta rampasan perang didapati mujahid Islam tanpa berperang di sebut al- fa’i.[15]

4.5 Dari perang bani Quraidhah, menurut ulama hadis dan sirah, di sana diambil beberapa kesimpulan hukum.

Pertama: Pihak yang melanggar perjanjian damai boleh diperangi.

Kedua: Keyakinan Yahudi atas kenabian Nabi Muhammad SAW.

4.6 Daripada ucapan Ka’ab bin Asad kepada kaum Yahudi bahawa sebenarnya mereka meyakini kebenaran Nabi SAW kerana kitab Taurat telah menjelaskan tentang nabi, tanda-tanda kemunculannya, dan diutus Nabi Muhammad SAW. sebagai Nabi terakhir.  Masalahnya orang Yahudi fanatik dan sombong.[16]

4.7 Dari perang Khaibar, kali ini berbeza kerana Nabi Muhammad  SAW menyerang dan bukannya defensif seperti perang -perang yang sebelum ini. 

4.8 Menurut Mustafa as Siba’i pula , pendirian Nabi Muhammad SAW dan dakwahnya kepada kaum Yahudi di Madinah amat jelas. Sejak awal Nabi Muhammad SAW  menetap di Madinah, baginda cukup perihatin terhadap mereka.  Baginda mengadakan hubungan damai, memberi jaminan terhadap agama dan harta mereka serta mengadakan perjanjian bertulis dengan mereka, namun mereka kaum yang khianat.

4.9 . Tak lama kemudian, mereka melakukan komplot untuk membunuh Baginda. Komplot ini menjadi sebab kepada Ghazwah Bani Nadhir.

4.10 Selanjutnya mereka membatalkan perjanjian ketika saat-saat paling kritikal semasa Ghazwah Ahzab. Tindakan mereka ini pula menjadi sebab kepada Ghazwah Bani Quraidzah.

4.11 Kemudian, mereka berhimpun pula dari segenap rantau, mempersiapkan senjata dan merancang konspirasi. Mereka berkumpul untuk menghapuskan Madinah dan orang-orang mukmin di kota itu secara khianat dan keji. Usaha ini telah menjadi sebab kepada Ghazwah Khaibar.

4.12 Mereka merupakan kaum yang tiada guna berbuat baik, tidak boleh dipercayai janjinya dan tidak setia kepada perjanjian.

5. KESIMPULAN

Sebagai rumusannya Yahudi di Madinah telah dijelaskan secara ringkas iaitu Bani Qainuqa;Bani An Nadhir dan Yahudi Banu Quraidhah. Piagam Madinah yang dimeterai adalah  untuk membangun kerjasama dan perdamaian antara suku yang tinggal di Madinah. Kronologi pengkhianatan mereka di Madinah telah dijelaskan, punca utama, dan hukuman ke atas mereka. pengajaran yang boleh dipelajari oleh umat Islam kini amat banyak sekali, antaranya i.)Umat Islam perlu mempelajari sirah Nabi Muhammad SAW, ii.) Umat Islam mestilah sentiasa waspada dengan Yahudi, sejarah mereka merupakan konspirasi, komplot jahat, kerosakan dan pengkhianatan.


 

6. RUJUKAN

Ahmad  Hatta, The greatest story of Muhammad, Pustaka Maghfirah, 2011.

dari, Kontributor. “Ka’ab Bin Al-Asyraf.” Wikipedia.org, Wikimedia Foundation, Inc., 25 May 2018, id.wikipedia.org/wiki/Ka%27ab_bin_al-Asyraf. Accessed 7 Aug. 2023.

Dr Taufiq Yusuf Al-Waei, Dunia Islam Kini, Pustaka Salam, 2012.

Dr. Al- Buthy, Fikih Sirah, Hikmah tersirat dalam lintas hidup Rasulullah SAW, Penerbit Hikmah, 2009.

Dr. Mustafa Assiba’i ,Sirah Nabi Muhammad SAW, pengajaran dan pedoman, Pustaka Salam, 2004.

Ibnu Hiyam , Sirah Nabawiyah, Darul Falah 2001.

Muhammad al Khudhari Bek , Nuurul Yaqiin, Fil Siirati Sayyidil Mursalin,Sinar Baru Bandung, 1989.

Munir Muhammad Al-Ghaghban ,41 Kunci Memahami Sirah Nabawiyah,, Pustaka Ikadi, 2007.

Sofiy Al Rahman al Mubarakfuri ,Al Raheeq Al Makhtum, Sirah Rasulullah, Crescent News, 2005.

 



[1] Dr Taufiq Yusuf Al-Waei, Dunia Islam Kini, Pustaka Salam, 2012.ms 67-72

[2] Al Quranul karim, Al Baqarah: 84-85.

[3] Al Quranul karim, Ali Imran: 181.

[4] Al Quranul karim, Al Maaidah: 70.

[5] Al Quranul karim, Al Baqarah: 105.

[6] Al Quranul karim, An Nisaa: 51-52.

[7] Ahmad  Hatta, The greatest story of Muhammad, Pustaka Maghfirah, 2011, ms. 347

[8] Dr. Al- Buthy, Fikih Sirah, Hikmah tersirat dalam lintas hidup Rasulullah SAW, Penerbit Hikmah, 2009., m.s 236

[9] Ibid

[10] dari, Kontributor. “Ka’ab Bin Al-Asyraf.” Wikipedia.org, Wikimedia Foundation, Inc., 25 May 2018, id.wikipedia.org/wiki/Ka%27ab_bin_al-Asyraf. Accessed 7 Aug. 2023.

 

[12] Dr. Mustafa Assiba’i ,Sirah Nabi Muhammad SAW, pengajaran dan pedoman, Pustaka Salam, 2004.

[13] Dr. Al- Buthy, Fikih Sirah, Hikmah tersirat dalam lintas hidup Rasulullah SAW, Penerbit Hikmah, 2009., ms 323

 

[14] Ibid

 

[15] ibid

[16] ibid

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...