Monday, November 28, 2022

PSIKOSOSIAL : SATU ANCAMAN?

 



1.0 PENGENALAN

Setiap manusia mengimpikan kesejahteraan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Memiliki fizikal yang sempurna, tubuh badan yang sihat dan mental yang baik adalah amat penting bagi menjamin seseorang sentiasa berada dalam kondisi yang positif. Namun langit tidak selalunya cerah. Terkadang kesejahteraan kesihatan ini boleh terganggu, terjejas dan terancam apabila wujudnya masalah antaranya berkaitan mental dan sosial seseorang itu. Hubungan melibatkan mental dan sosial ini dinamakan PSIKOSOSIAL. Ia bukan sahaja merupakan satu ancaman malah adalah gangguan yang boleh berlaku ke atas mana-mana individu sehingga menjejaskan hubungan melibatkan individu dengan individu yang lain, institusi kekeluargaan dan masyarakat keseluruhannya.

Apabila PSIKOSOSIAL berlaku, maka ia berpotensi merubah individu daripada positif kepada negatif dalam kehidupan seharian sehingga mempengaruhi tingkah laku, pemikiran dan interaksi seseorang. Lebih membimbangkan ia boleh menjejaskan sistem kesihatan diri sendiri dan penyakit sampingan seperti darah tinggi, hormon tidak stabil dan sakit kepala (migrain) . Oleh itu, tajuk ini cuba mengupas dan mengenengahkan kepada umum tentang apakah yang dimaksudkan dengan PSIKOSOSIAL itu sendiri, jenis dan tahap PSIKOSOSIAL yang berlaku, punca kepada berlakunya PSIKOSOSIAL, bagaimana mengesan mereka yang menghidapinya dan akhir sekali mengemukakan cadangan serta solusi yang sesuai agar PSIKOSOSIAL ini dapat ditangani dengan baik khususnya kepada mereka yang telah mengalaminya. Adalah diharapkan topik ini mampu memberi kefahaman, meningkatkan pengetahuan serta boleh diaplikasi oleh setiap orang apabila berhadapan dengan ancaman dan gangguan PSIKOSOSIAL.

 

2.0 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PSIKOSOSIAL

2.1 DEFINISI

Psikososial ialah singkatan kepada psikologi sosial. Ia merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji kaitan di antara jiwa seseorang individu dan hubunganya di antara individu yang lain sama ada secara persendirian ataupun berkumpulan. Ia mengkaji bagaimana keadaan jiwa seseorang individu itu apabila menerima kehadiran individu yang lain.[1]

            Secara ringkasnya, psikologi sosial berkait rapat dengan permasalahan psikologi, iaitu sesuatu yang berkait rapat dengan pemikiran, emosi dan juga perilaku seseorang individu tersebut, manakala sosial ialah sesuatu yang membicarakan dan juga membincangkan mengenai jalinan hubungan dengan individu yang lain.

            Hasil daripada kajian yang dilakukan, hubungan ataupun interaksi di antara satu individu dengan individu yang lain mampu mempengaruhi serta memberi kesan kepada perubahan di dalam kehidupan seseorang individu tersebut, di antaranya melibatkan aspek tingkah laku, pemikiran, serta cara berinteraksi seseorang individu tersebut.



[1] Admin. “Admin.” Pengertian, 17 Apr. 2022, https://pengertian.apa-itu.net/definisi-psikososial.html.

 

 


3.0 JENIS DAN PENGKELASAN GANGGUAN PSIKOSOSIAL

Berikut dijelaskan jenis dan pengkelasan gangguan psikososial.[1]

3.1 AKUT

Gangguan psikososial akut bermaksud, gangguan tersebut datang secara tiba-tiba, teruk keadaanya dan berlaku secara singkat. Kebiasaanya ini adalah peringkat pertama kepada kemunculan penyakit gangguan psikososial. Ianya juga tidak berlaku secara berterusan, sebaliknya hanya berlaku untuk tempoh yang singkat. Tekanan ini hanyalah pada peringkat biasa yang berlaku pada diri seseorang individu pada setiap hari antaranya seperti marah, stress dan sebagainya.

3.2 AKUT BEREPISOD

Gangguan psikosial yang berlaku secara berulang-ulang, di mana individu tersebut tidak dapat menghadapi situasi tersebut dengan baik. Seseorang individu itu akan menjadi lebih cepat sensitif, tertekan dan marah. Adakalanya ia berlaku diakibatkan suatu kebimbangan yang berterusan.

3.3 KRONIK

Gangguan psikososial yang terlampau teruk sehingga menyebabkan kehidupan seseorang menjadi kucar-kacir. Kebiasaannya ia berlaku diakibatkan keadaan sekeliling yang teruk, seperti masalah rumah tangga, penceraian, peperangan, masalah ekonomi dan kemiskinan. Seseorang individu tersebut berhadapan dengan masalah demi masalah yang tidak ada jalan penyelesaian sehinggakan individu tersebut terbiasa dengan keadaan itu serta membiarkannya. Akhirnya akan muncul penyakit fizikal seperti stroke, darah tinggi serta jantung, malahan yang lebih teruk lagi kemurungan sehingga membawa kepada membunuh diri.



[1] Admin. “Admin.” Pengertian, 17 Apr. 2022, https://pengertian.apa-itu.net/definisi-psikososial.html.




4.0 PUNCA BERLAKUNYA MASALAH PSIKOSOSIAL

4.1 ANTARA PUNCA MASALAH PSIKOSOSIAL

 

Setiap manusia yang hidup pasti akan mempunyai masalah. Cuma yang membezakan adalah bebanan masalah itu dapati di atasi atau tidak. Justeru dapat kita lihat setiap individu yang terkesan dengan masalah psikososial dapat mengubah keadaan seseorang bermula dari keadaan diri sendiri kemudian keadaan dalam kekeluargaan, serta masyarakat. Kesan yang akan berlaku kepada diri dapat kita kenal pasti di mana perubahan terhadap sikap individu yang asalnya ceria kemudian bertukar menjadi pendiam. Selian itu keadaan akan membawa kepada perubahan terhadapak kesihatan fizikal (ianya akan mempengaruhi sikap dan masalah kesihatan mental, kerana keduanya saling berkait). Selain itu tahap pemikiran dari sudut pendidikan juga akan mempengaruhi individu yang terkesan yang mana tahap penilian diri terhadap sesuatu perkara, tugasan dan pencapaian serta pergaulan kerana akan menyebabkan individu tersebut menjadi kurang mempamirkan keberadaan diri sendiri dalam sesuatu keadaan dan suasana. Individu ini juga akan lebih banyak memencilkan diri serta tidak mudah untuk bergaul atau melakukan sesuatu dengan rakan rakan atau ahli keluarga atas sebab kurang keyakinan pada diri sendiri serta tidak dapat memberi kepercayaan kepada orang lain tentang diri sendiri. Pengaruh persekitaran terhadap rakan sebaya atau sekerja juga juga merupakan sesuatu jalan pintas ke atas individu kerana mudah terikut serta galakan yang kuat kerana mudah terpengaruh dengan keadaan semasa. Selian itu juga memberi kesan kepada individu tersebut keatas pencapaian yang dimiliki sama ada akan mencapai matlamat hidup atau terkubur dengan angan-angan disebabkan tidak dapat membuat pilihan yang bijak.

5.0 BAGAIMANA MASALAH PSIKOSOSIAL MENGESANI SESEORANG?

Keadaan Psikososial keatas setiap individu adalah berbeza. Terdapat pelbagai keadaan yang sering kita lihat ke atas individu yang terkesan dengan psikososial antaranya adalah seperti merasa ragu dalam setiap apa yang disampaikan sama ada dalam bentuk perancangan atau keputusan (tidak yakin atau celaru). Sentiasa mempunyai tanggapan dan pendirian negatif atas diri sendiri serta orang yang berada di sekeliling. Merasakan diri akan sentiasa gagal dalam setiap tindakan atau pencapaian dan akhirnya menjadi rendah diri. Suka berahsia serta menjadi pendiam dan akhirnya menyebabkan kemurungan atas diri sendiri. Sentiasa bertindak melulu tanpa membuat penilaian atau keputusan dan akhirnya membawa ke jalan yang terakhir adalah dengan tindakan membunuh diri. Statistik berkaitan akibat kematian yang berpunca daripada masalah psikososial yang diperolehi dari sumber data PDRM bagi Januari hingga Mei 2021 di dalam Malaysia adalah sebanyak 468 kes kematian yang berpunca daripada kecelaruan mental. Selain itu masalah kesihatan fizikal diri (kerana hormon stress dikeluarkan) yang boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan strok. Akibat dari pilihan keputusan yang kurang dibuat oleh individu yang terkesan dengan masalah psikososial ini mengakibatkan bertindak di luar jangkaan seperti hilang kawalan diri seperti suka menjerit akibat stress, bergaduh, mabuk, dan tindakan terakhir adalah dengan bunuh diri.

6.0 PENDEKATAN / KAEDAH MENGURANG DAN MENGHILANGKAN MASALAH PSIKOSOSIAL

6.1 Kaunseling tangani masalah psikososial[1]

Kumpulan sasar dalam sesi kaunseling  ialah masalah pasangan suami isteri, masalah perkahwinan, masalah perpisahan, keibubapaan dan kekeluargaan. Bagi kaunseling keluarga, ia bukan sahaja membabitkan pasangan suami isteri, anak-anak pasangan juga akan dilibatkan dalam sesi yang diadakan. Jika keluarga tidak berfungsi, ia bukan sahaja memberi impak kepada emosi ibubapa, tetapi anak-anak juga. Misalnya, suami yang panas baran dan kurang menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga akan menyebabkan isteri dan anak-anak tertekan dan membawa kepada perubahan tingkahlaku terutama anak-anak.



[1] Www.mstar.com.my, 5 May 2010, www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2010/05/05/kaunseling-tangani-masalah-psikososial. Accessed 12 Nov. 2022.


Dalam situasi ini, ibu tersebut bukan sahaja memainkan peranan sebagai ibu, akan tetapi ia turut memainkan peranan sebahagian peranan bapa.  Apabila tidak tertanggung, peranan ini mungkin beralih kepada anak yang sulung.  Jika sekiranya anak yang sulung ini masih mentah remaja, dan dia tidak mampu atau boleh lagi memanggung beban, kemingkinan ini akan menjadikannya murung, terlampau nakal, cepat marah.  Pencapaian akademiknya juga akan terjejas.

6.2 Pemulihan Psikososial Bagi Pesakit Mental[1]

 

Sebagaimana yang diketahui, semakin lama pesakit ini mengalami penyakit ini, semakin hilang fungsi mereka dari segi penjagaan diri, sosial dan pekerjaan. Pemulihan psikosial adalah bertujuan untuk membantu pesakit agar dapat menjalani kehidupan seperti orang normal dengan kekurangan yang mereka ada.  Aktiviti pemulihan psikososial adalah bergantung kepada tahap keterukan dan kemahiran dan kefungsian mereka dan aktiviti ini tidak dijalankan sekali gus. Jika mereka didapati sukar dalam penjagaan diri, maka mereka akan diberikan kemahiran dalam penjagaan diri. Jika fungsi sosial adalah ketara, maka kemahiran yang melibatkan kemahiran sosial akan diutamakan.



[1] admin. “Pemulihan Psikososial Bagi Pesakit Mental.” PORTAL MyHEALTH, 4 Oct. 2013, www.myhealth.gov.my/pemulihan-psikososial-bagi-pesakit-mental/. Accessed 12 Nov. 2022.

 

·       Kemahiran domestik

·       Penjagaan diri dan keterampilan diri

·       Kemahiran sosial

·       Kemahiran mencari kerja

·       Pengurusan kewangan

·       Aktiviti riadah

·       Intervensi keluarga

6.2.1 Kemahiran domestik

 

Ada komponen iaitu pengurusan rumahtangga (home management) dan penyediaan makanan

6.2.2 Pengurusan rumahtangga

 

Pesakit dilatih di dalam kerja yang merangkumi kerja kebersihan dan melakukannya secara sistemik seperti :

·       Menyapu lantai

·       Mengemop lantai

·       Membersih dan mengelap habuk

·       Membersih dan mengemas almari

·       Membersih peti sejuk

·       Mencuci tandas

·       Mencuci, menggosok, menjemur dan melipat pakaian

·       Penyediaan makanan

Pesakit diajar bagi memastikan mereka dapat menyediakan makanan seimbang untuk dirinya dan ahli keluarga. Pesakit juga perlu tahu bagaimana mendapatkan keperluan dan melakukan tugasan ini. Perkara yang diajar adalah seperti berikut:

·       Membasuh peralatan dan bahan masakan

·       Memotong ikan dan sayur dengan selamat

·       Mengetahui cara memasak – menggoreng, merebus, membakar dan mengukus

·       Penggunaan peralatan penyediaan makanan yang betul

·       Penjagaan dan ketrampilan diri

 

Pesakit diajar mengenai kebersihan diri meliputi rambut, kuku, mulut, kulit dan hidung, menghias diri seperti mekap dan bercukur, kebersihan serta kekemasan pakaian dan peradaban semasa makan.

6.2.3 Kemahiran sosial

 

Pesakit diajar cara berinteraksi dengan orang lain. Asas kemahiran sosial ialah berkemahiran berkomunikasi lisan dan tanpa lisan.

Komunikasi lisan adalah seperti bertanya soalan dan meminta penjelasan, mendapatkan maklumat, memberi arahan, memberi dan menerima pujian.

Komunikasi tanpa lisan adalah seperti kedudukan badan semasa interaksi, gaya berjalan dan isyarat anggota badan semasa berinteraksi.

6.2.4 Kemahiran mencari kerja

Pesakit diajar cara cara untuk mendapatkan kerja, penampilan diri, skil serta nilai nilai yang baik semasa memohon pekerjaan. Pesakit juga dibantu dan dilatih tentang penggunaan pengangkutan awam untuk pergi dan pulang dari kerja.

6.2.5 Pengurusan Kewangan

Pesakit diajar pengetahuan tentang nilai matawang, pengiraan dan pertukaran wang, membuat bayaran bil dan membeli belah, cara berinteraksi dengan penjual dan juruwang, pembankan dan cara berbelanja (budgeting)

6.2.6 Aktiviti riadah

Aktiviti ini membantu pesakit menentukan apa yang boleh dilakukan di waktu lapang. Aktiviti ini adalah seperti permainan dalam, menonton televisyen, mendengar muzik, hobi, permainan dalam (indoor game), seni lukis dan bersukan. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Walau bagaimanapun aktiviti riadah ini berdasarkan minat dan hobi pesakit.

Dengan ini ianya dapat menambahkan peluang interaksi serta penglibatan dalam komuniti dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti pesakit.

6.2.7 Intervensi keluarga

Penglibatan keluarga dalam aspek rawatan memberikan kesan yang baik dalam pemulihan pesakit mental. Keluarga amat penting dalam memastikan pesakit mendapat rawatan berterusan di klinik kesihatan dan hospital dengan melakukan pemantauan kepatuhan ubat ubatan dan rawatan klinik susulan.

Keluarga pesakit juga akan dibantu menangani tekanan bersama pesakit. Untuk memudahkan keluarga memahami pesakit maka diberikan tumpuan pendidikan kesihatan kepada keluarga iaitu pendidikan mengenai tanda tanda awal dan strategi mengurangkan penyakit. Sokongan keluarga merupakan satu aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan bagi memberi kefahaman dan pengetahuan kepada ahli keluarga tentang penyakit mental. Selain dari itu hubungan kerjasama di antara keluarga dan anggota kesihatan dapat ditingkatkan.

6.3 Bertawakkal kepada Allah SWT setelah mengambil kira aspek sebab musabab[1]

Jika semuanya sudah dipenuhi maka selebihnya kita serahkan kepada tuhan. Bagi yang Muslim, inilah masa untuk kembalikan pergantungan hidup kita kepada Allah melalui konsep tawakkal. Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa tawakkal adalah menyandarkan diri kepada Allah tatkala menghadapi suatu kepentingan, bersandar kepada-Nya dalam kesukaran, teguh hati tatkala ditimpa bencana disertai jiwa dan hati yang tenang. Muslim mempunyai konsep untuk berdoa sepanjang masa dan bertawakkal kepada Allah setelah sepenuhnya berusaha kerana Rasulullah SAW juga melakukannya. Rasulullah SAW telah berperang dengan tombaknya dan memakai dua lapis baju besi dalam pelbagai peperangannya. Baginda Nabi SAW juga memakai topi besi pada kepalanya sebagai usaha baginda bagi mempertahankan diri.

Muslim juga wajib mentaati segala perintah pihak berkuasa yang bertujuan membendung wabak berjangkit sama ada  dalam urusan solat berjamaah dan pergi haji sekalipun. Dalam masa yang sama, Islam mengharamkan seseorang memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Berdoa terus-terusan, sentiasa ingat bahawa tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah agar kita seisi keluarga dan seterusnya seluruh Malaysia dan dunia terus dilindungi dan dijauhi dari masalah psikososial  ini.

7.0 KESIMPULAN

Ancaman dan gangguan PSIKOSOSIAL tidak boleh diambil mudah. Ia adalah tanggungjawab semua pihak bermula dengan institusi kekeluargaan, komuniti, pendidikan, masyarakat dan seterusnya negara. Setiap individu perlu memiliki keyakinan bahawa setiap masalah dan penyakit, pasti ada jalan penyelesaian. Elemen terpenting antaranya usaha yang bersungguh-sungguh, ikhtiar secara berterusan, tidak mudah berputus asa dan akhirnya menyerahkan kepada Pencipta agar dikurniakan kesihatan yang terbaik serta terhindar dari gangguan PSIKOSOSIAL ini. Sokongan semua pihak khasnya keluarga terdekat dapat membantu sekurang-kurangnya mengurang dan mengelakkan gangguan PSIKOSOSIAL sehingga menjadi ancaman dari berlaku. Memiliki jatidiri yang kental, semangat jitu, sentiasa berfikiran positif serta menghargai nilai diri sendiri adalah resepi terbaik buat setiap individu. Sayangi diri, sayangi keluarga, sayangi agama, bangsa dan negara


 

8.0 LAMPIRAN



[1] “Tekanan Psikologikal Sewaktu COVID-19: Emosi, Usaha Membendung Dan Konsep Tawakal.” Berita UTHM, news.uthm.edu.my/ms/2020/06/tekanan-psikologikal-sewaktu-covid-19-emosi-usaha-membendung-dan-konsep-tawakal/.


9.0 SUMBER RUJUKAN

Astroawani.com, 2021, www.astroawani.com/berita-malaysia/kesihatan-atau-kecelaruan-mental-35-peratus-pemanggil-berniat-bunuh-diri-befrienders-kl-316262.

 

Maisarah, Ummul, et al. “Fenomena Kemurungan Di Malaysia Dalam Era Pandemik Covid-19 [the Phenomenon of Depression in Malaysia in the Covid-19 Pandemic Era.” International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE), vol. 2, no. 2, 2022, pp. 43–55, www.myedujournal.com/index.php/arise/article/download/120/116. Accessed 12 Nov. 2022.

 

“Acute, Episodic and Chronic Stress - What’s the Difference? -.” In Equilibrium, 9 Apr. 2021, www.in-equilibrium.co.uk/acute-episodic-and-chronic-stress-whats-the-difference/.

“Apa Yang Dimaksud Dengan Psikososial?” Dictio Community, 25 May 2020, www.dictio.id/t/apa-yang-dimaksud-dengan-psikososial/135389.

 

“Definisi Psikososial – Pengertian.” Pengertian.apa-Itu.net, pengertian.apa-itu.net/definisi-psikososial.html. Accessed 12 Nov. 2022.

Admin. “Admin.” Pengertian, 17 Apr. 2022, https://pengertian.apa-itu.net/definisi-psikososial.html.

Www.mstar.com.my, 5 May 2010, www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2010/05/05/kaunseling-tangani-masalah-psikososial. Accessed 12 Nov. 2022.

 

admin. “Pemulihan Psikososial Bagi Pesakit Mental.” PORTAL MyHEALTH, 4 Oct. 2013, www.myhealth.gov.my/pemulihan-psikososial-bagi-pesakit-mental/. Accessed 12 Nov. 2022.

 

Yashika. “Psychosocial Treatments: Benefits, Types & Drawbacks.” Mantra Care, 24 Dec. 2021, mantracare.org/therapy/care/psychosocial-treatments/. Accessed 12 Nov. 2022.

 

“Tekanan Psikologikal Sewaktu COVID-19: Emosi, Usaha Membendung Dan Konsep Tawakal.” Berita UTHM, news.uthm.edu.my/ms/2020/06/tekanan-psikologikal-sewaktu-covid-19-emosi-usaha-membendung-dan-konsep-tawakal/.








 



TAFSIR LIBERAL DALAM TAFSIR AL-QURAN

 

PENGENALAN

Di dalam Islam, Al-Quran merupakan sumber rujukan tertinggi yang menjadi mercu kepada keagungan syiar Islam. Segala permasalahan berkaitan Islam, termasuklah pengistinbatan hukum hakam semuanya dirujuk kepada Al-Quran dahulu sebagai sumber utama. Al-Quran bukan sahaja menjadi sumber hukum, malahan ianya menjadi sumber sebagai pedoman kehidupan manusia sejagat.

Sebagai seorang yang beriman, kita hendaklah meyakini bahawa Al-Quran adalah sumber yang tidak ada kekurangan dan relevan sepanjang masa. Cogan kata yang di petik dari para ulama’ terhadap Al-Quran iaitu salih li kulli zaman wa makan ( kitab suci yang merentasi zaman dan keadaan) menunjukan bahawa Al-Quran adalah satu sumber yang sangat relevan sepanjang zaman.

Untuk menjaga kemuliaan dan kesucian ayat-ayat Al-Quran, para ulama’ tafsir telah menyusun kaedah penafsiran yang sangat jitu dan mempunyai disiplin yang ketat, agar penafsiran itu selari dengan apa yang cuba disampaikan oleh Allah dan RasulNya kepada umat manusia keseluruhannya.

Namun begitu, seiring dengan peredaran zaman telah munculnya sebuah gerakan liberal yang berselindung di sebalik nama Islam mewujudkan keraguan di kalangan umat Islam mengenai kaedah penafsiran Al-Quran yang sedia ada dan menyatakan bahawa kaedah tafsiran yang sedia ada adalah kaedah yang salah dan menyempitkan pemodenan manusia.

PERMASALAHAN

Gerakan Islam Liberal telah wujud di akhir zaman ini dan telah menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam. Keraguan demi keraguan telah diwujudkan oleh golongan ini terhadap umat Islam yang semakin rapuh ilmun pengetahuan dan keimanan mereka. Ini sekaligus telah menyebabkan ramai umat Islam terjebak dan terpengaruh dengan gerakan liberalisme ini.

Pemikiran golongan ini adalah berasaskan kepada pegangan falsafah kaum Barat iaitu berkaitan Humaniterisme iaitu satu pegangan yang menekankan mengenai hak kemanusiaan setiap individu. Mereka ini berpegang kepada prinsip barat iaitu hak kebebasan individu dan mereka berpandangan ini adalah pegangan yang paling relevan mengikut peredaran zaman. Namun begitu, mereka tidak melihat bahawa kaum Barat sendiri gagal memakmurkan kehidupan penduduk mereka walaupun berpegang dengan prinsip ini.

Demi untuk merelisasikan pegangan mereka, mereka cuba untuk mengubah tafsuiran sumber utama rujukan umat Islam dahulu, iaitu Al-Quran. Mereka mengatakan bahawa kaedah penafsiran Al-Quran yang telah ditetapkan oleh ulama’ adalah salah dan menyekat perkembangan kemodenan manusia.

Mereka juga dengan lantang menolak sebahagian ayat-ayat Al-Quran yang dirasakan tidak relevan pada zaman ini dan mengatakan bahawa sebahagian ayat Al-Quran hanya relevan pada zaman Nabi Muhammad sahaja. Mereka juga mengatakan bahawa Al-Quran hanya menceritakan sesuatu yang relevan untuk masyarakat arab pada zaman Nabi Muhammad sahaja.

Walaupun secara dasarnya mereka tidak menolak keseluruhan ayat Al-Quran, tetapi mereka hanya berpegang kepada ayat-ayat yang dirasakan relevan pada zaman sekarang sahaja seperti ayat yang berkaitan hak asasi manusia dan yang seumpamanya. Selebihnya, mereka akan mengubah tafsiran mengikut cita rasa mereka dan nafsu mereka agar impian mereka terlaksana. Bagi sebahagian ayat yang mereka tidak dapat mencari tafsiran yang sesuai mengikut akal mereka maka mereka akan menolak ayat tersebut dan menyatakan bahawa ayat tersebut tidak sesuai dengan peredaran zaman.

Golongan ini juga giat menekankan supaya kaedah penafsiran Al-Quran di kaji semula. Mereka berpendapat bahawa semua orang berhak untuk mendatangkan ijtihad sendiri dalam menafsirkan Al-Quran dan tidak hanya ekslusif untuk golongan agamawan semata-mata. Malahan mereka menekankan bahawa Al-Quran yang tidak boleh di canggahi hanyalah Al-Quran yang asal iaitu di Luh Mahfudz, sebaliknya Al-Quran yang telah tertulis adalah hasil dari kecerdasan pemikiran Nabi Muhammad dan boleh di ubah sesuai dengan peredaran zaman.

OBJEKTIF KERTAS KERJA KAJIAN

Di dalam kertas kerja ini akan dijelaskan perbincangan berkaitan TIGA(3)  perkara utama, iaitu:

a.     Memberi takrifan berkaitan tafsir liberal di dalam Al Quran

b.     Menerangkan contoh-contohnya dan kesannya kepada masyarakat Islam

c.     Memberi kaedah untuk mengelakkan dari terpengaruh

OBJEKTIF YANG PERTAMA - TAKRIFAN BERKAITAN TAFSIR LIBERAL DI DALAM AL QURAN

 

DEFINISI TAFSIR AL QURAN

Pengertian tafsir Al Quran secara umum menurut bahasa ialah penerangan ataupun penjelasan. Dari sudut syara’ pula ianya membawa makna suatu cabang ilmu untuk memahami kitab Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad, serta dapat mengetahui makna-maknanya, dapat mengeluarkan hukum hakam dan hikmahnya.

            Seorang penafsir Al-Quran perlu menguasai ilmu bahasa Arab, nahu, sorof, qira’at, bayan, asbab al-nuzul, usul al-fiqh serta al-nasikh wa al-mansukh. Imam Suyuti pula menambah bahawa seorang penafsir itu juga perlu mengetahui mengenai ayat-ayat Makki serta Madani, ayat Muhkam dan mutasyabih, ayat-ayat khas serta ‘am dan juga ayat yang Mutlaq serta muqayyad.

 

DEFINISI LIBERAL

Pengertian liberal secara umum yang ditafsirkan oleh pihak Jakim ialah, suatu kaedah pemikiran bebas, terbuka dan dikawal oleh hawa nafsu dalam pelbagai cabang bidang, dan bukan hanya khusus di dalam bidang agama sahaja. Namun begitu, definisi hawa nafsu itu menjadi pertikaian beberapa cendiakawan dalam menafsirkannya dan kaitannya dengan pemikiran bebas. Kesimpulan yang terdekat kaitan di antara pemikiran bebas dan hawa nafsu tersebut ialah satu kaedah pemikiran bebas serta tidak terikat yang tidak berpandukan kepada garis panduan sepatutnya di dalam sesuatu bidang.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada menyatakan definisi Gerakan liberalisme agama ialah satu bentuk Gerakan untuk membebaskan umat Islam dari belenggu kesempitan dan ketinggalan akibat bentuk fahaman konservatisme serta fundamentalisme agama dengan kaedah menghargai kepelbagaian pandangan, membuka pintu ijtihad kepada semua orang, memperjuangkan hak asasi manusia serta mempertahankan kebebasan untuk semua.

Sekiranya di nilai, tidak ada kesalahan di dalam Gerakan tersebut, namun begitu sebenarnya Gerakan tersebut bergerak dengan kaedah meruntuhkan dan melemahkan kaedah tradisi ilmuan Islam serta tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan agar tidak tergelincir kepada kesalahan. Malahan pula, pintu ijtihad di buka tanpa ada sekatan kepada semua orang, sama ada mereka menguasai keilmuan agama ataupun tidak.

DEFINISI TAFSIR LIBERAL

Sekiranya dilihat kepada kedua-dua tafsiran tersebut, dapatlah kita nilaikan bahawa untuk menafsirakan Al-Quran, seorang penafsir tersebut perlulah menguasai pelbagai cabang ilmu, agar bentuk penafsiran tersebut tidak lari dari landasan sebenar maksud yang ingin disampaikan oleh Allah Taala kepada para hamba-Nya.

Namun begitu, bagi seorang yang berideologi liberal, mereka bebas untuk menafsirkan Al-Quran tanpa melalui landasan keilmuan sepatutnya. Bagi mereka sesiapa sahaja yang berakal boleh menafsirkan Al-Quran mengikut acuan yang dikehendaki oleh diri masing-masing. Teori relativisme digunakan oleh golongan ini untuk menafsirkan nas-nas di dalam Al-Quran dengan menyatakan bahawa tidak ada suatu pun kebenaran yang mutlak.

Golongan liberal menafsirkan Al-Quran secara konseptual dan Scriptularist iaitu memahami Al-Quran secara kesatuan yang menyeluruh dan tidak terikat dengan mana-mana kaedah tradisi di dalam agama. Golongan liberal ini terpengaruh dengan budaya skeptik, iaitu berasa curiga dengan kebenaran di dalam agama. Atas dasar ini, maka para liberalist ini mengkritik kaedah para ulama’ dalam menafsirkan Al-Quran dan beranggapan bahawa kaedah mereka adalah jumud.

OBJEKTIF YANG KEDUA:  MENERANGKAN CONTOH-CONTOHNYA DAN KESANNYA KEPADA MASYARAKAT ISLAM

 

Di dalam Surah Al Baqarah ayat 256, Allah SWT berfirman:

لَآ إِكْرَاهَ فِى ٱلدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشْدُ مِنَ ٱلْغَىِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسْتَمْسَكَ بِٱلْعُرْوَةِ ٱلْوُثْقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَا ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ٢٥٦

Ertinya:

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Surah Al-Baqarah Ayat 256

Berdasarkan kepada surah al-Baqarah ayat 256, para ulama’ menafsirkan makna sebenar ayat tersebut ialah larangan bagi kaum muslimin untuk memaksa orang bukan Islam untuk memeluk Islam. Sebaliknya keputusan seseorang untuk memeluk Islam mestilah atas dasar redha serta ikhlas tanpa paksaan mana-mana pihak. Namun begitu, umat Islam tetap digalakan untuk menyampaikan dakwah secara hikmah kepada golongan tersebut.

Berbeza dengan tafsiran yang dilakukan oleh golongan liberal, mereka menafsirkan bahawa ayat tersebut menjelaskan bahawa setiap manusia layak untuk menjadi mujtahid dan bebas berfikir secara rasional untuk memenuhi kehendak nafsu dalam mencari sesuatu kebenaran. Malahan tidak ada sesiapa pun boleh menghukum seseorang itu kafir, murtad ataupun ahli bida’ah.

Melihat kepada perbezaan tafsiran tersebut jelas menunjukan bahawa golongan liberal hanya menggunakan akal serta rasional semata-mata untuk menafsirkan ayat Al-Quran demi tujuan untuk menghalalkan ideologi mereka untuk mencapai kebebasan. Mereka secara terang-terangan mengkritik dan menolak autoriti agama kerana bagi pandangan mereka tradisi keilmuan ini menyebabkan manusia terkongkong dari mencapai kebebasan dalam beragama dan sekaligus menafikan kebebasan hak asasi manusia.

وَجَاۤءَهٗ قَوْمُهٗ يُهْرَعُوْنَ اِلَيْهِۗ وَمِنْ قَبْلُ كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ السَّيِّاٰتِۗ قَالَ يٰقَوْمِ هٰٓؤُلَاۤءِ بَنَاتِيْ هُنَّ اَطْهَرُ لَكُمْ فَاتَّقُوا اللّٰهَ وَلَا تُخْزُوْنِ فِيْ ضَيْفِيْۗ اَلَيْسَ مِنْكُمْ رَجُلٌ رَّشِيْدٌ

Ertinya:

Dan kaumnya segera datang kepadanya. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan keji. Lut berkata, “Wahai kaumku! Inilah putri-putri (negeri)ku mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu orang yang pandai?”

Surah Al-Hud Ayat 78

 

Berdasarkan ayat di atas, ulama’ mufassirin menafsirkan bahawa kaum Nabi Luth datang dalam keadaan yang bersemangat dan penuh dengan nafsu, kerana mereka mendapat perkhabaran bahawa ada tetamu lelaki yang datang menziarahi Nabi Luth dan keadaan rupanya yang sangat kacak. Kaum nabi Luth terkenal mempunyai nafsu sesama jenis dan ingin Nabi Luth menyerahkan tetamu tersebut kepada mereka, padahal mereka tidak mengetahui bahawa tetamu tersebut adalah malaikat yang menyerupai lelaki.

Melihat kepada keadaan nafsu kaum Nabi Luth yang songsang iaitu lelaki menyukai lelaki, manakala wanita menyukai wanita, maka malaikat tersebut datang untuk memberitahu kepada Nabi Luth bahawa kaumnya akan ditimpa bala oleh Allah Taala atas sebab perbuatan mereka. Perkabaran itu disampaikan kepada Nabi Luth agar baginda sempat menyelamatkan diri bersama para pengikut beliau yang taat.

Menurut pandangan akal rasional golongan liberal dalam menafsirkan ayat ini pula, mereka menyatakan bahawa Allah Taala menurunkan bala kepada kaum Nabi Luth di sebabkan perbuatan mereka yang biadap terhadap tetamu yang datang menziarahi Nabi Luth, bukan disebabkan oleh perbuatan mereka yang melayani nafsu songsang mereka.

Hasil daripada tafsiran golongan liberal ini, maka mereka dengan jelas dan terang-terangan menghalalkan aktiviti LGBT iaitu suatu jenis aktiviti hubungan songsang yang berlaku kepada umat Nabi Luth. Mereka mengatakan bahawa Allah Taala tidak akan menimpakan bala kepada mereka yang bernafsu songsang dan tidak ada kesalahan di dalam berhubungan sesama jenis.

OBJEKTIF YANG KETIGA - MEMBERI KAEDAH UNTUK MENGELAKKAN DARI TERPENGARUH

 

MENGHADKAN KEBEBASAN BERSUARA

 

Pada tahun 2018, telah berlaku peralihan kuasa kerajaan kepada satu parti yang telah memberikan kelonggaran serta kebebasan yang berlebihan dalam bersuara. Ini menyebabkan golongan liberal ini telah semakin berani menyuarakan ideologi hak kebebasan dan menuntut agar kerajaan meneliti semula undang-undang sedia ada agar selari dengan hak kebebasan manusia menurut acuan Barat.

Golongan liberal ini juga dilihat semakin berani untuk berjumpa dengan Menteri Hal Ehwal Agama pada ketika itu iaitu Dr Mujahid Rawa untuk membincangkan agar satu kajian dilakukan semula keatas penafsiran ayat-ayat Al-Quran agar selari dengan hak kebebasan manusia termasuklah menghalalkan aktiviti LGBT.

Tindakan pihak kerajaan dalam melonggarkan hak kebebasan bersuara ini telah menyebabkan pelbagai masalah yang timbul, terutamanya penyebaran ideologi liberalisme ini serta tuntutan-tuntutan yang dilakukan oleh mereka kepada pihak kerajaan. Melihat kepada permasalahan ini, adalah wajar agar pihak kerajaan menghadkan kebebesan bersuara untuk perkara-perkara yang tertentu sahaja dan menyekat penularan ideologi liberalisme ini.

MEMPELAJARI ILMU TAFSIR

 

Melihat kepada permasalahan tersebarnya fahaman ideologi liberalisme ini dalam penafsiran Al-Quran, maka seharusnya umat Islam keseluruhannya mengambil inisiatif untuk mempelajari ilmu tafsir Al-Quran mengikut tradisi yang keilmuan yang benar agar tidak terpengaruh dengan dakyah kaum liberal ini. Ini adalah kerana dengan kerapuhan menguasai ilmu tafsir ini, umat Islam tidak mempunyai benteng dalam mempertahankan keimanan berteraskan Al-Quran kerana tidak mengetahui tafsiran sebenar dari ayat-ayat tersebut.

Keengganan umat Islam dalam mempelajari ilmu tafsir juga menyebabkan umat Islam lebih condong memandang kepada barat dan terikut kepada ideologi mereka. Ini menyebabkan akan lahir lebih ramai mujtahid-mujtahid yang menafsirkan ayat Al-Quran berdasarkan kepada rasional akal semata-mata demi memenuhi tuntutan nafsu semata-mata.

KESIMPULAN

Ideologi liberalisme yang terhasil dari pemikiran barat semakin menerjah masuk di kalangan umat Islam masa kini. Iedeologi yang melaungkan kebebasan manusia ini menyebabkan ramai orang tergelincir dari landasan ilmu yang sebenar dalam membuat penafsiran ayat-ayat Al-Quran, sehinggakan Al-Quran yang sepatutnya menjadi pedoman umat Islam dalam kehidupan seharian ditafsirkan menurut akal logik yang bersesuaian dengan nafsu.

Fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga Majlis Fatwa Negeri Selangor, jelas menunjukan ancaman oleh golongan liberal ini. Ancaman ini menjadi lebih parah apabila umat Islam sekarang semakin kurang mendalami ilmu agama mengikut acuan tradisi serta lebih terikut kepada acuan Barat. Hak kebebasan bersuara juga menyebabkan pengikut ideologi ini semakin lantang dalam menyuarakan ideologi mereka.

Justeru itu, kita sebagai umat Islam seharusnya lebih cakna mengenai isu liberalisme ini dan mempertahankan tradisi keilmuan Islam khususnya dalam ilmu tafsir Al-Quran, kerana ia menjadi rujukan utama umat Islam. Sekiranya Al-Quran ditafsirkan secara logik akal dan berpandukan nafsu, maka akan pincanglah umat Islam itu sendiri dan akhirnya akan terjerumus seperti kaum Kristian yang menafsirkan Bible mengikut logik dan kesesuaian zaman.


 

RUJUKAN

“Tafsir Liar Islam Liberal.” Www.qureta.com, www.qureta.com/post/tafsir-liar-islam-liberal. Accessed 20 Nov. 2022.

Ahmad, Abu Dzar, and Nik Din, Nik Ahmad Mumtaz. "Kritikan Islam Liberal Terhadap Pentafsiran Al-Quran: Tumpuan Isu Terhadap Ayat 256, Surah Al-Baqarah." Jurnal Al-Haady, 2021.

Azmi, Ahmad Sanusi. "Ancaman Pemikiran Liberal Terhadap Pembangunan Peradaban Islam Di Malaysia: Analisis Isu-Isu Berkaitan Penafsiran al-Quran." Jurnal Peradaban Islam, 2020.

CelikTafsir, Author. “Tafsir Surah Hud Ayat 78 – 81 (Kaum Nabi Luth Homoseksual).” Celik Tafsir, 31 Aug. 2016, celiktafsir.net/2016/08/31/hud-ayat-78-81/. Accessed 20 Nov. 2022.

Eni, Zulaini, et al. "Selayang Pandang Tafsir Liberal di Indonesia." Jurnal Iman dan Spiritualitas, 2021, https://doi.org/http://dx.doi.org/10.15575/jis.v1i2.11700.

Maofur, Edward , and Mohd. Yusoff, Mohd Yakub@Zulkifli. "Pengaruh Liberalisme Terhadap Kajian Al-Quran di Indonesia." Jurnal Usuluddin, 2014.

MUHAMAD, FAISAL. “Islam Liberal: Satu Definisi.” Sinar Harian, 19 Sept. 2020, www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/101665. Accessed 20 Nov. 2022.

 Tarmizi, Luqman. “AL-KAFI #1226 : Perbezaan Antara Tafsir Dan Tadabbur Al-Qur’an.” Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 18 Apr. 2019, muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3322-al-kafi-1226-perbezaan-antara-tafsir-dan-tadabbur-al-qur-an.

 

 

MANUSIA YANG DIMURKAI DAN DIKASIHI ALLAH SWT. MENURUT AL QURAN

 

PENGENALAN

Apabila kita mengamati Al Quran dan sunnah Rasul SAW, kita akan dapati bahawa Allah dan Rasulnya telah memberikan panduan siapakah golongan yang dibenci oleh Allah dan siapakah pula golongan yang disukai Allah SWT.

 DEFINISI MURKA DAN DIMURKAI ALLAH SWT

 

Kata murka dalam bahasa Arab adalah gadhab(غَضِبَ). Dalam agama, kata murka cenderung lebih ke Allah SWT. Sedangkan, marah bersumber dari manusia. Kata murka memiliki makna yang darjatnya lebih tinggi dari marah. Karena, murka hanyalah atribut Allah SWT. Meski begitu, gadhab(غَضِبَ) dalam bentuk apapun semuanya tetap memberi kesan keras, kukuh, dan tegas.

DEFINISI KASIH(MAHABBAH) DAN DIKASIHI ALLAH SWT

 

Pengertian mahabbah secara umum dapat dikatakan cinta dalam bahasa arab

disebut al-Hubb atau Mahabbatulluh yang berasal dari kalimat ahabba, yuhibbu,

mahabbatan, yang harfiah berarti mencintai secara mendalam, kecintaan, cinta

yang mendalam.

 

OBJEKTIF KERTAS KERJA KAJIAN

Di dalam kertas kerja ini akan dijelaskan perbincangan berkaitan DUA(2)  perkara utama, iaitu

a.    Orang-orang yang dimurkai Allah SWT (من يبغضهم الله)

b.    Orang-orang yang dikasihi Allah SWT( من يحبهم الله)

 

Berikut adalah  huraian objektif yang pertama - Orang-orang yang dimurkai Allah SWT

 

Di dalam bab ini, akan dijelaskan nas-nas yang menyebutkan sifat-sifat manusia yang tidak dikasihi oleh Allah SWT.  Antaranya meliputi sifat takabbur, zalim, syirik, pembohongan terhadap Allah, melampaui batas, menurut hawa nafsu, tidak mengambil peringatan terhadap ayat Allah, buruk sangka dan menfitnah orang Islam, perpecahan kepuakan.  Di dalam bab ini juga akan dijelaskan punca-punca perpecahan kepuakan.  Antaranya memilih jalan syaitan, kelupaan sebahagian daripada agama, ketiadaan akal fikiran, ketiadaan penyatuan hati kepada akhirat dan tiada zuhud, Perselisihan manusia adalah terjadi sebab ketiadaan rahmat daripada Allah, dan Ketiadaan rasa kesyukuran terhadap nikmat Allah

Juga dijelaskan bentuk permusuhan yang tidak disukai Allah SWT di dalam Al Quran. Antaranya ialah melebihi atau melanggari syarak kepada bukan ketentuannya(hadnya), mengharamkan apa yang dihalalkan Allah, melampaui batas, khianat, menghalang seseorang dari jalan Allah, tiada persetujuan pada perkara-perkara yang ditetapkan Allah SWT, memerangi orang-orang Islam, mengganggu keamanan dengan tujuan merompak, merampas dan membunuh, mengeji, memburuk-burukkan keadaan perhubungan di antara orang-orang Islam dengan perbuatan yang mengada-ngada, dan juga fitnah, dan membanggakan diri.  Berikut dijelaskan secara ringkas beserta dengan dalil-dalil Al Quran mengenainya.

 

Takabbur

Manusia yang melihat kebenaran, tetapi tidak mengikutinya. Maka jadilah dia seorang yang takabbur.  Maka jadilah dia seorang yang dimurkai Allah SWT

Seorang yang menghina seseorang lain seperti merendah-rendahkan darjat keturunannya juga merupakan takabbur.  Adab Islam tidak menghina seseorang.

Zalim

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim

Ertinya:

Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

Ali Imran: 57

Syirik

Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang besar

 

Ertinya:

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

 Luqman: 13

Sebesar-besar kezaliman ialah syirik kerana ia telah mengurangi zat ketuhanan Allah (Uluhiyah), juga ketiadaan menerima seruan dakwah para rasul yang menyeru kepada tauhid kepada Allah. Mentaati syaithan sama ada dalam perkara yang kecil atau besar adalah zalim. Dan daripada kezaliman juga ialah membohongi ayat-ayat Allah dan menentangnya, atau berpaling daripada-Nya. Maka siapakah lagi yang lebih zalim dari orang-orang yang mendustakan keterangan-keterangan Allah dan lari daripadanya.

 

Ertinya:

Atau supaya kamu (tidak) mengatakan: "Sesungguhnya kalau diturunkan Kitab kepada kami tentulah kami mendapat petunjuk hidayah lebih daripada mereka". (Kamu tidak akan dapat berdalih lagi) kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan (yang cukup) dari Tuhan kamu, dan petunjuk hidayah serta rahmatNya (yang melimpah-limpah). Oleh itu, siapakah yang lebih zalim lagi daripada orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa yang seburuk-buruknya, disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya).

Al An’am: 157

Dan daripada bentuk kezaliman juga ialah menghukum atau melaksanakan undang-undang tidak berdasarkan kepada apa yang diturunkan oleh Allah SWT. Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

 

Ertinya:

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Al Maidah: 45

 

Daripada kezaliman juga ialah mendustakan di atas Allah atau mendustakan ayat-ayat Allah. Dan siapakah lagi yang lebih besar kezalimannya dari orang orang yang mengada-adakan kepalsuan terhadap Allah atau mendustakan keterangan-keterangan-Nya.

 

Ertinya:

Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.

Al An’am: 21

Termasuk dalam pembohongan ini iaitu pembohongan terhadap Allah SWT yakni menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan Allah

Ertinya:

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.

An Nahl :116

 

Daripada pada kedustaan ke atas Allah ialah mentafsirkan kitab-Nya tidak dengan makna yang sahih.  Juga berdusta kepada Allah ialah memohon yang tidak betul kepada Allah SWT , mendustai Ar Rasul SAW, dan memasukkan sesuatu yang bukan dari agama Islam ke dalamnya.

Ertinya:

"Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

Al Baqarah: 140

Daripada kezaliman itu ialah melampaui batas-batas yang ditentukan Allah SWT . Allah SWT telah menetapkan kepada kita aqidah, ibadah, perundangan, akhlak batas-batasnya yang tidak boleh kita langkahi.

 

Ertinya:

Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Al Baqarah: 229

 

Di antara kezaliman yang seterusnya ialah menurut hawa nafsu dan meninggal syariat Allah.

Ertinya:

Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).

Al Qasas: 50

Dan daripada kezaliman ialah orang-orang yang telah diberi peringatan dengan ayat ayat Allah SWT kemudian dia tidak mengambil peringatan terhadap-Nya.

Ertinya:

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.

Al Kahfi: 57

 

Melemparkan umpatan serta nista kepada orang-orang Islam dan merendah-rendahkannya

Ertinya:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Al Hujurat: 11

 

 

 

Buruk sangka dan menfitnah orang-orang Islam

 

Ertinya:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Al Hujurat: 12

 

Punca-punca perpecahan kepuakan menurut Al Quran

Pertama- Mengikuti Jalan Syaithan

Di sana ada dua jalan sahaja.  Jalan Allah dan jalan syaithan. 

Ertinya:

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Al An’am: 153

 

Kedua - Kelupaan sebahagian daripada agama membawa kepada perpecahan

 

Ertinya:

Dan di antara orang-orang yang berkata:" Bahawa kami ini orang-orang Nasrani", Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.

Al Maidah 14

 

Ketiga - Kedengkian dan hasad dengki mencukur agama

 

Ertinya:

Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).

Al An’am: 159

 

Keempat - Ketiadaan akal fikiran

 

Ertinya:

(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).

Al Hasyr: 14

Kelima - Ketiadaan penyatuan hati kepada akhirat dan tiada zuhud

 

Ertinya:

Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.

Ali Imran: 152

 

Keenam - Perselisihan manusia adalah terjadi sebab ketiadaan rahmat daripada Allah SWT

 

Ertinya:

Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.

Hud: 118-119

 

 

 

 

Ertinya:

Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".

Hud: 118-119

 

Ketujuh - Ketiadaan rasa kesyukuran terhadap nikmat Allah SWT

 

Ertinya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Ibrahim: 7

 

Gambaran  permusuhan yang tidak disukai Allah menurut Al Quran

Allah SWT berfirman dalam surah Al Baqarah: 190

 

Ertinya:

Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas

Di sana dihuraikan gambaran permusuhan yang tidak disukai oleh Allah SWT.

Melanggar batas dengan memerangi sesama manusia yang tidak dibenarkan oleh Allah SWT untuk kita membunuh mereka seperti kafir mu’ahad, atau orang yang tidak sampai seruan dakwah, ataupun kita berperang tanpa mematuhi peraturan peperangan yang disyariatkan Allah SWT.

Ertinya:

Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.

Al Baqarah: 190

 

Melebihi atau melanggari syarak kepada bukan ketentuannya(hadnya).  Contohnya ada kaum yang melampau ketika berdoa dan bersuci.

Ertinya:

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Al A’raf: 55

 

Dalam aspek melampaui batas pula ialah mereka mengharamkan apa yang dihalalkan Allah SWT.

 

Ertinya:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Al Maidah: 87

 

Adalah merupakan satu perbezaan yang besar di antara mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dengan meredhai keduniaan yang sedikit. Yang pertamanya ialah kufur dan sesat, manakala yang keduanya ialah kesempurnaan dan zuhud.

 

Ertinya:

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

Al A’raf: 31

 

Kalimah al israf bersamaan dengan kalimah al afsad.

 

 

Ertinya:

"Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas,

Al Syuara: 151-152.

 

 

Ertinya:

"Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".

Al Syuara: 151-152.

 

Orang-orang yang berbangga dan bermegah-megah adalah tidak disukai Allah SWT.  Menjauhi sifat membangga diri itu ialah dengan sifat tawadzuk.

 

Di antara sifat yang dibenci Allah SWT yang lainnya ialah khianat

Ertinya:

Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.

Al Anfal: 58

 

Khianat itu mempunyai dua pengertian.  Makna khas dan makna am. Makna khas ialah mengkhianati apa-apa yang diamanahkan oleh orang lain ke atas dirinya.  Makna am pula ialah mengkhianati Amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Di antara sifat yang dimurkai Allah SWT  pula ialah orang-orang yang membuat kerosakan. 

Ertinya:

Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.

Al Maidah: 64

 

Sebesar-besar fasad atau kerosakan dan kufur ialah menghalang seseorang dari jalan Allah SWT. Sebab utama kerosakan mereka antaranya ialah mereka mengikut hawa nafsu

Ertinya:

Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;

Al Mukminun: 71

 

Dan daripada kerosakan itu lagi ialah memerangi orang-orang Islam, mengganggu keamanan dengan tujuan merompak, merampas dan membunuh.

 

Ertinya:

Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

Al Maidah: 33

 

Dan daripada kerosakan itu juga ialah tiada persetujuan pada perkara-perkara yang ditetapkan Allah SWT.

Ertinya:

Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Al Baqarah: 220.

 

Dan daripada bencana kerosakan itu ialah mengeji, memburuk-burukkan keadaan perhubungan di antara orang-orang Islam dengan perbuatan yang mengada-ngada, dan juga fitnah.  Yang diertikan firnah itu ialah menyampaikan perckapan seseorang kepada seseorang yang lain dengan tujuan menimbulkan bencana.

ما ضل قوم بعد هدى كانوا عليه إلا أوتوا الجدل

Ertinya:

Tiada sesat sesuatu kaum itu sesudah mereka mendapat petunjuk Allah melainkan mereka suka bertengkar

(HR Tarmizi dan Ibnu Majah)

 

Perkara yang Allah SWT murkai seterusnya ialah orang-orang yang membanggakan diri

Ertinya:

Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

Al Qasas: 76

 

Ringkasan:

Selesaikan sudah di sini dipaparkan sifat-sifat yang tidak dicintai Allah SWT  untuk kita bersihkan diri daripadanya.

Berikut dihuraikan pula  objektif yang kedua: Orang-orang yang dikasihi Allah SWT

 

Orang-orang yang dikasihi Allah SWT seperti yang dijelaskan di dalam Al Quran amat banyak sekali. Antaranya ialah meliputi orang orang yang berusaha memperbaiki amalannya,  orang-orang yang bertaubat dan membersihkan jiwa, orang-orang yang menjaga kebersihan, orang-orang yang mencontohi Ar Rasul SAW, orang-orang yang berkasih sayang, ziyarah-menziyarahi dan memberi sedekah kerana Allah SWT, orang-orang yang berjuang pada jalan Allah SWT dengan barisan yang tersusun rapi, orang orang yang bertaqwa, orang-orang yang, melaksanakan keadilan, dan orang-orang yang berusaha.

Oleh kerana sifat orang-orang yang dikasihi Allah SWT itu banyak, di dalam kertas kerja ini, kami hanya memilih TIGA(3) sahaja untuk dihuraikan iaitu: i) Orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya, ii) orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri, iii) dan orang-orang yang mencontohi Ar Rasul SAW.

Pertama: Orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya

Allah SWT menyukai orang-orang yang memperelok amalannya(ihsan).

Ertinya:

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Al Baqarah: 195

Ihsan(إحسان) itu dapat dilihat dari dua aspek iaitu

i.)             Amalan kebaikan(lebih baik)

ii.)            Perasaan bersih amal, kerana sesungguhnya Allah SWT melihat kkita atau seolah-olah kita melihat Allah SWT.

Dalam perbincangan selanjutnya akan dihuraikan mengenai berbuat ihsan kepada ibubapa, kaum kerabat, dan berkata-kata yang baik.

Berbakti kepada Ibubapa

Allah SWT berfirman:

Ertinya:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Luqman: 14

Ertinya:

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

Luqman: 15

 

Berdasarkan nas di atas dapat disimpulkan bahawa berbakti kepada ibubapa mempunyai hubungan pengabdian diri dan rasa syukur kepada Allah SWT.

Berbakti kepada kaum kerabat

Berbuat baktilah kepada kaum kerabat serta berhubunglah dengan mereka.  Firman Allah SWT:

Ertinya:

(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?

Muhammad: 22

Memperhubungkan silaturrahim adalah anak kunci bagi mendapat keredhaaan Allah SWT.  Perhubungan boleh dilakukan dengan pemberian hadiah, ziarah menziyarahi, memberi sedekah, berbalas ucapan dan sebagainya.

Perkataan yang baik

Perkataan yang baik itu adalah sedekah.

Firman Allah SWT

Ertinya:

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

Al Baqarah: 83

Ringkasnya apabila berbicara mengenai ihsan, kita dikehendaki untuk berbuat baik, dan takut kepada Allah SWT dengan niat ikhlas serta menghadirkan perasaan adanya Allah SWT dan sifat-sifat-Nya.

Kedua: Orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri

Firman Allah SWT:

Ertinya:

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

Al Baqarah: 222

 

Taubat

Setiap insan tidak sunyi daripada melakukan kesalahan.  Firman Allah SWT

SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

Al Baqarah: 222

Taubat membawa makna meninggalkan dosa(maksiat)dan menyesali terhadapnya serta berazam untuk tidak melakukannya, di samping memberikan hak hak kepada empunyanya.  Di sana ada dua jalan petunjuk berkekalan kepada kita sebagai panduan iaitu amalan menghitung diri dan selalu memohon ampun. 

Dua jalan petunjuk

Muhasabah An Nafs

Ertinya:

Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,

Al Qiyamah: 14

 

Ertinya:

Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

Al Qiyamah: 15

 

Ertinya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

Al Hasyr:  18

Muhasabah an nafs atau memperhitungkan diri adalah memperhatikan perkar kejahatan yang telah dilakukan atau bertanya banyak manakah amal-amal kebajikan yang telah dilaksanakan.

Beristighfar

Sesungguhnya seseorang manusia itu bukan sahaja berhajat kepada memohon keampunan dengan mengucapkan istighfar sahaja dan kemudiannya berhenti melakukan istighfar.

Ertinya:

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

As Syura: 30

Dosa hanya dapat dihapuskan dengan istighfar da bergantung kepada kehendak Allah SWT untuk memberikan keampunan.

Sebaik-baik masa untuk istighfar ialah pada waktu sahur.

Ertinya:

(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

Ali Imran: 17

Ketiga Orang yang mencontohi Ar Rasul SAW

 

Tujuan dan jalan kita ialah dengan harapkan Allah SWT dan hari akhirat, mengharapkan untuk bertemu Allah SWT, banyak mengingati Allah SWT dan Berpegang dengan sunnah Ar Rasul SAW, mencontohi dengan mengikutinya

Harapkan Allah SWT dan hari akhirat

Ertinya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ali Imran: 31

Ertinya:

Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: "Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman"

Al Maidah: 23

Hati seorang Muslim itu sentiasa bergantung kepada Allah SWT di sudut akidah , juga perasan.  Pergantungan kepada Allah merupakan perkara yang dasar.

Harapkan Allah SWT dan hari akhirat

Ertinya:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Al Ahzab: 21

 

Sesiapa yang mengenal Allah SWT dan beriman kepada-Nya pasti membawanya untuk mempercayai hari akhirat di mana pelaku kebaikan akan dibalas kebaikannya dan pelaku kejahataan akan dibalas kejahatannya.

 

Berzikir sebanyak-banyaknya

Ertinya:

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;

Al Ahzab: 41-42

Ertinya:

Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

Al Ahzab: 41-42

Zikir itu dapat dilihat kepada 3 pecahan

i)               Segi yang umum iaitu menghadirkan niat amal tersebut kerana Allah SWT dalam setiap apa pekerjaan yang dilakukan oleh orang Islam.

ii)              Segi yang asasi iaitu solat fardzu dan sunat

iii)            Segi pelengkap iaitu zikir yang ma’athur yang diamalkan menurut suasana serta waktu yang sesuai baginya.

 

Berpegang dengan sunnah Ar Rasul SAW, mencontohi dengan mengikutinya

 

Adapun sifat asasi bagi Ar Rasul SAW seperti yang dijelaskan oleh ulamak tauhid ada empat iaitu siddiq, Amanah, tabligh dan fatonah.

 

Maksud siddiq ialah benar. Jelas bahawa baginda tidak berdusta selama-lamanya

 

Maksud Amanah pula ialah bangun pemperkatakan kebenaran yang dipertanggungjawabkan secara menyeluruh

Ertinya:

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

Al Ahzab: 72

 

Maksud tabligh pula ialah menyampaikan setiap apa yang diperintahkan supaya disampaikan.

Ertinya:

(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).

Al Ahzab: 39

Erti fatonah pula ialah berakal lagi cerdas.  Memiliki kecerdasan yang luar biasa, hujjah yang tidak dapat dipatahkan.

 

Ertinya:

Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

An Nisa: 165

 

KESIMPULAN

1.Ciri-ciri mereka yang dimurkai Allah dan dikasihi Allah SWT telah dijelaskan didalam kertas kerja ini.

2. Sifat mereka yang dimurkai Allah SWT meliputi sifat takabbur, zalim, syirik, pembohongan terhadap Allah, melampaui batas, menurut hawa nafsu, tidak mengambil peringatan terhadap ayat Allah, buruk sangka dan menfitnah orang Islam, perpecahan kepuakan.Kesemua sifat ini mestilah kita jauhi dan ianya tercela.

3. Sifat mereka yang dicintai Allah pula begitu banyak kali disebut di dalam Al Quran. Sebagiannya ialah mereka yang bersifat ihsan, bertaubat dan mencontohi Ar Rasul SAW.  Kesemua sifat ini hendaklah kita semua berusaha menghiasi diri.

 

RUJUKAN

 

Abdul Karim Zaidan, Sunnatullah: Dalam berbagai aspek kehidupan, Pustaka Azzam, 2004.

Hamzah Tualeka dkk, Akhlaq Tasawuf, ( Surabaya : IAIN SA Press, 2011), ms.317.

Muhammad Quraish Shihab, Tafsir al-Misbah: Pesan, Kesan dan Keserasian Al-Qur'ān (Jakarta: Lentera Hati, 2000), ms. 70.

Sa’id Hawwa, Manusia yang dimurkai dan dikasihi Allah, Penerbitan Hizbi, 1990.

Said Hawwa, Jundullah: Mengenal Intellektualitas dan akhlak tentera Allah, Gema Insani, 2002, m.s. 210-404.

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...