Secara
ringkas, Rukun Iman bermaksud tonggak atau dasar utama terhadap agama Islam.[1]
PENGERTIAN
RUKUN IMAN DARI SUDUT BAHASA
Makna
Iman dari segi bahasa adalah percaya, yakin dan membenarkan.
PENGERTIAN
RUKUN IMAN DARI SUDUT SYARA’
Manakala,
makna iman dari segi syarakpula adalah percaya dengan hati, mengaku iaitu
percaya dengan hati, mengaku dengan lidah, dan beramal dengan anggota.
Tiang
keimanan (rukun iman) ini wajib dipatuhi setiap orang yang bergelar Muslim.
Rukun
Iman terdapat 6 perkara, iaitu:
· Beriman
kepada Allah SWT.
· Beriman
kepada malaikat.
· Beriman
kepada kitab-kitab.
· Beriman
kepada rasul-rasul
· Beriman
pada hari Kiamat.
· Beriman
qada’ dan qadar
Perkara
terakhir dalam rukun iman adalah percaya kepada qadha’ dan qadar.
MAKSUD
QADHA’
Kejadian,
hukum yang terjadi dan yang berlaku pada diri seseorang seperti kaya, miskin,
elok, buruk, untung, rugi, hidup, mati dan sebagainya.
MAKSUD
QADAR[2]
Ukuran
dan sukatan yang ditentukan atas tiap-tiap makhluk seperti Ahmad telah
ditentukan akan sakit pada 1 Muharram.
Maka
apabila tiba tarikh tersebut, maka ahmad pun jatuh sakit.
Ketentuan
pada 1 Muharram itulah yang dinamakan qadar atau takdir dan penyakit yang
menimpa Ahmad pada 1 Muharram itu dikatakan qada’
Setiap
individu mestilah beriktikad bahawa segala pekerjaan makhluk sama ada yang
sengaja seperti duduk, makan, minum ataupun yang tidak sengaja seperti jatuh,
terperanjat, kemalangan, kesemuanya itu berlaku dengan kehendak Allah SWT.
Kejadian-kejadian
itu telah ditentukan sejak azali lagi dan dengan diketahuiNya sebelum masanya
berlaku. Justeru, setiap individu perlu berpegang teguh kepada ketentuan dan
ketetapan Allah SWT.Bersyukur segala nikmat dan insaf serta bersabar terhadap
segala musibah.Walau bagaimana pun, umat Islam dianjurkan berdoa dan berikhtiar
kerana masih ada ruang ketentuan Ilahi boleh berubah.
DEFINISI
USAHA DAN IKHTIAR[3]
Pengertian
Ikhtiar dan Usaha – Setiap orang Islam wajib percaya kepada qadha’ dan qadar
Allah. Tetapi, ajaran Islam menganjurkan agar orang wajib berikhtiar atau
berusaha dalam kehidupannya sehari-hari.
Begitu
juga dalam segala usaha untuk mencapai kebahagiaan di akhirat, orang harus
berusaha semaksimal mungkin, baik dengan beribadah, berdoa maupun dengan
beramal sholeh,
PENGERTIAN
IKHTIAR DAN USAHA
Ikhtiar
atau usaha adalah suatu langkah atau perbuatan manusia untuk mencapai apa yang
diinginkannya atau yang dicita-citakannya. Dalam berikhtiar, manusia tidak
perlu memikirkan tentang takdir yang akan berlaku pada dirinya. Sebab setiap
orang tidak mungkin akan mengetahui nasibnya di masa yang akan datang. Yang
terpenting bagi seorang manusia yaitu berikhtiar dengan sekuat tenaga, tidak
boleh berpangku tangan, atau menunggu takdir yang baik.
DALIL
TENTANG IKHTIAR DAN USAHA
Allah
SWT telah berfirman bahwa nasib suatu kaum/umat akan berubah apabila umat/kaum
itu sendiri yang merubahnya. Dan berikut ini ayatnya :
Allah
SWT berfirman yang ertinya :
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ
حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ
Sesungguhnya Allah
tidak akan mengubah nasib suatu kaum, sehingga mereka itu mengubah nasibnya
sendiri.
(Q.S. Ar-Ra’ad ayat 11).
Dalam
ayat lain Allah swt juga berfirman yang isinya agar hamba-Nya banyak bekerja
atau berikhtiar, sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran Surat At-Taubah
ayat 105 yang ertinya :
وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ
وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ
Dan katakanlah
(Hai Muhammad). Bekerjalah kamu semua. Maka Allah dan Rasul-Nya serta orang
mukmim akan melihat hasil pekerjaanmu.
Di ayat lain Allah swt berfirman yang artinya
:
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا
أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ ۖ
…..Sesungguhnya Aku
tidak akan menyia-nyiakan amal orang yang beramal di antaramu, baik laki-laki
atau perempuan.
(Q.S. Ali-Imran ayat 195)
Dalam Q.S. An-Najm ayat 39-41 Allah swt
berfirman :
وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ
إِلَّا مَا سَعَىٰ
Ertinya:
Dan bahawa
tiadalah yang akan diperoleh manusia hanyalah sekadar hasil usahanya. Usahanya
itu akan dilihat, kemudian akan diberikan padanya ganjaran sepenuhnya.
وَاَنَّ سَعْيَهٗ سَوْفَ يُرٰىۖ
Ertinya:
dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan
(kepadanya),
ثُمَّ يُجْزٰىهُ الْجَزَاۤءَ الْاَوْفٰىۙ
Ertinya:
kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang
paling sempurna,
Di
samping berusaha dengan segala daya dan kekuatan fisik, orang-orang beriman
hendaknya juga berikhtiar secara batin yaitu dengan jalan berdoa dan memohon
kepada Allah set Tuhan Yang Maha Menentukan Qadha’ dan Qadar bagi semua
makhluknya.
Dipandang
dari segi ini, maka berdoa dapat menggerakkan ikhtiar manusia secara fisik. Apatah
lagi Allah SWT telah menjanjikan bahwa siapa di antara hamba-hamba-Nya yang
berdoa dengan yakin dan ikhlas pasti akan dikabulkan-Nya. Dalam Al-Quran surat
Al-Mukmin ayat 60 Allah swt berfirman :
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي
أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ
جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Ertinya:
… Berdoalah kamu
kepada-Ku, niscaya Aku mengabulkan permohonanmu
Dalam
berikhtiar, Islam mengajarkan agar jangan lekas menyerah. Apabila mencapai
sesuatu sesuai degan keinginan, maka bersyukurlah kepada Allah swt. Tetapi
apabia mengalami kegagalan, maka pelajarilah lebih dahulu sebab-sebab kegagalan
itu.
Kemudian
usahakan kebaikannya, sehingga kegagalan itu tidak terulang kembali. Anggaplah
kegagalan itu hanya merupakan kejayaan yang tertunda, dan sebagai orang Mukmin
kita tidak boleh cepat putus asa sebagaimana Firman Allah swt dalam Q.S. Yusuf
ayat 87
يَٰبَنِىَّ
ٱذْهَبُوا۟ فَتَحَسَّسُوا۟ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَا۟يْـَٔسُوا۟ مِن رَّوْحِ
ٱللَّهِ ۖ إِنَّهُۥ لَا يَا۟يْـَٔسُ مِن رَّوْحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلْقَوْمُ ٱلْكَٰفِرُونَ
Ertinya :
….Dan
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Oleh
karena itulah manusia diwajibkan untuk berusaha dan berikhtiar dengan
sungguh-sungguh. Tidak boleh malas, karena menunggu takdir.
Nabi
SAW bersabda :
اعْمَلْ لِدُنْيَاكَ
كَأنَّك تَعِيشُ أبَدًا، وَاعْمَلْ لِآخِرَتِكَ كَأَنَّكَ تَمُوْتُ غَدًا
Ertinya:
Bekerjalah untuk
kepentingan duniamu, seakan-akan kamu akan hidup untuk selama-lamanya. Dan
bekerjalah untuk akhiratmu, seakan-akan kamu akan mati besok.
(H.R.
Muslim).
PECAHAN
ANTARA TAKDIR MUALLAQ DAN TAKDIR MUBRAM[4]
Qada'
dan qadar atau takdir dibagikan kepada dua, yaitu takdir muallaq dan takdir
mubram.
a.) Takdir
muallaq
Takdir
muallaq secara bahasa ertinya sesuatu yang digantungkan.
Takdir
mu’allaq iaitu ketentuan Allah Swt. yang mengambil kira peranan manusia melalui
usaha atau ikhtiarnya. Manusia diberi peranan untuk berusaha, hasil akhirnya
akan ditentukan oleh Allah Swt. Lihatlah firman Allah Swt berikut ini:
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ
حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
Ertinya:
“…Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan
diri mereka sendiri …”
(QS.
Ar-Ra’du:11)
CONTOH-CONTOH TAKDIR MU’ALLAQ:
a. Kepandaian
Seseorang
yang ingin pandai maka mesti berusaha meraihnya. Usaha-usaha tersebut antara
lain dengan cara rajin belajar dan disiplin membagikan masa.
b. Kesihatan
Seseorang
yang ingin sihat maka mesti berusaha dengan cara beriadah yang teratur, menjaga
kebersihan, menjaga gizi dan pola makan. Jika melakukan usaha-usaha tersebut
maka tubuhnya akan sihat.
c. Kemakmuran
Kemakmuran
boleh diraih dengan giat bekerja, kreatif, pantang mengalah, dan berjimat
cermat. Agar seseorang menjadi pandai, sihat, dan hidup aman makmur maka kita
perlu berusaha meraihnya, bukannya pasrah menunggu bulan jatuh ke riba. Tidak
mungkin seseorang menjadi pandai kalau malas belajar, tidak mungkin seseorang
menjadi sihat kalau tidak pernah beriadah, dan tidak mungkin seseorang menjadi
kaya kalau malas pemalas. Jadi meskipun Allah Swt. telah menentukan segalanya,
manusia tetap harus berusaha mengubah nasibnya.
Seseorang
yang beriman kepada qada’ dan qadar akan tercermin dalam kehidupan sehari-hari.
Di antaranya ia elakkan berpangku tangan, justeru itu sebaliknya ia akan giat
berusaha dan bekerja guna meraih cita-cita yang diidamkan. Allah Swt. telah
mengurniakan pelbagai potensi kepada manusia untuk digunakan sebagai bekal hidup.
Setiap manusia dikurniakan akal untuk berfikir, dan organ-organ tubuh untuk
bergerak. Allah Swt. juga menciptakan manusia sebagai makhluk paling mulia di
antara makhluk-makhluk-Nya. Oleh karena itu, semua potensi ini mesti digunakan
untuk berusaha dan ikhtiar meraih cita-cita.
b)
Takdir Mubram.
Takdir
mubram secara bahasa ertinya sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau sudah
pasti. Jadi, takdir mubram adalah ketentuan mutlak dari Allah Swt. yang pasti
berlaku dan manusia tidak diberi peranan untuk mewujudkannya. Contoh takdir
mubram di antaranya jenis kelamin manusia, ajal, panjang/pendek usia, api
memiliki sifat panas, bumi berbentuk bulat, gaya graviti, kejadian kiamat dan
sebagainya. Bila ajal tiba, dan di mana tempatnya semua sudah ditentukan oleh
Allah Swt. Jika sudah tiba saat ajal semua orang tidak boleh mengelak, tidak boleh
lari, tidak boleh diundur atau dimajukan ke depan. Inilah salah satu contoh
ketentuan Allah Swt. yang disebut takdir mubram. Perhatikan firman Allah Swt.
dalam Al-Qur'an:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ
فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Ertinya:
Tiap-tiap umat
mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat
mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.
Surat
Al-A’raf Ayat 34
PERBINCANGAN
1. Di
sana perlu ada garis yang yang membawahi di antara qadha qadar dan usaha dan
ikhtiar agar tidak berlaku campur aduk.
2. Janganlah
kita menjadikan alasan seseorang itu menjadi jahat, dengan memberi alasan
bahawa ini adalah ketetapan Allah SWT.
3. Adalah
sesuatu yang dilarang dalam Islam jika meninggalkan sebab dan menganggapnya
tidak ada peranan dalam segala usahanya dengan dalih beriman dengan qadha dan
qadar. Dalih ini tidak dapat diterima dan Nabi Muhammad SAW menolaknya lalu
beliau bersabda:[5]
"ما
منكم من أحد، ما من نفس منفوسة، إلا وقد كتب الله مكانها من الجنة والنار.
وإلا
وقد كتبت شقية أو سعيدة" قال فقال رجل: يا رسول الله! أفلا نمكث على كتابنا، وندع
العمل؟ فقال "من كان من أهل السعادة، فسيصير إلى عمل أهل السعادة.
ومن
كان من أهل الشقاوة، فسيصير إلى عمل أهل الشقاوة" فقال "اعملوا فكل ميسر.
أما
أهل السعادة فييسرون لعمل أهل السعادة.
وأما
أهل الشقاوة فييسرون لعمل أهل الشقاوة".
ثم
قرأ {فأما من أعطى واتقىوصدق بالحسنىفسنيسره لليسرىوأما من بخل واستغنىوكذب بالحسنىفسنيسره
للعسرى} [٩٢ /الليل /٥ - ١٠].
Ertinya:
“Tiada seorang pun
dari kamu, tidak ada satu jiwa pun, melainkan Allah telah menetapkan tempatnya
di Syurga dan Neraka.
Jika tidak, saya
telah menulis sedih atau gembira.” Beliau berkata, dan seorang lelaki berkata:
Wahai Rasulullah!
Dan barangsiapa di
antara orang-orang yang ditimpa musibah, niscaya dia termasuk orang-orang yang
menderita.” Beliau bersabda, “Bekerjalah, karena sesungguhnya setiap orang
diberi kemudahan”.
Adapun orang yang
bahagia, mereka memudahkan pekerjaan orang yang bahagia.
Adapun orang-orang
yang ditimpa musibah, mereka akan memudahkan perbuatan orang-orang yang
menderita.”
Kemudian dia
membaca {Adapun orang yang memberi dan bertakwa kepada Allah dan beriman kepada
yang terbaik, Kami akan memudahkannya dalam kemudahan, dan barangsiapa yang
bakhil lagi cukup dan berdusta dalam kebaikan, Kami akan memudahkannya ke dalam
kesulitan} [92 / al-Layl / 5-10].
4. Imam
Nawawi menjelaskan bahawa dalam hadis ini terdapat larangan meninggalkan amal
dan hanya bersandar kepada qadar yang telah ditetapkan. Akan tetapi wajib kita berusaha dan beramal
sesuai dengan syariat yang telah ditulis.
Setiap orang dimudahkan pada apa yang telah ditakdirkannya dan tidak
ditakdirkan pada yang lainnya.[6]
5. Menurut
Imam Nawawi lagi dalam syarahnya, sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan
manusia untuk berdoa, berristighfar dan wasilah lainnya yang dapat menjana
pahala berupa jalan keluar dan diampunkan dosanya, serta menghasilkan apa yang
dihajatinya. Barangsiapa yang berkata:
Saya tidak akan berdoa, meminta kepada Allah
atau beristighfar, lalu ia hanya bersandar kepada pada kesalahannya yang
telah ditakdirkan, maka hal ini jelas-jelas salah. Kerana Allah SWT telah menjadikan doa dan
ibadah yag lain sebagai sebab untuk mendapat maghfirah, Rahmat, petunjuk dan
pertolongannya.[7]
6.
Mengambil sebab bukan bererti menafikan
tawakkal
Mengambil
sebab bukanlah membawa maksud menafikan tawakkal. Bahkan tawakkal itu sendiri merupakan
sebab-sebab yang paling tinggi yang menghasilkan apa yang dimaksudkan dan
menolak apa yang tidak dikehendaki.
قال: سمعت
أنس
بن
مالك،
يقول:
قال
رجل:
يا
رسول
الله
أعقلها
وأتوكل،
أو
أطلقها
وأتوكل؟
قال:
«اعقلها
وتوكل»
Ertinya:
Dari Anas ra,
bahawa saya seorang laki-laki berkata Wahai Rasulullah, apakah aku menambatkan
untuk kemudian aku bertawakkal, atau aku lepaskan untaku kemudian aku
bertawakkal? Nabi SAW menjawab:
Tambatlah untamu lalu kamu bertawakkal.
HR
Imam Timidzi
KESIMPULAN
1. Salah
satu dari rukun iman ialah percaya kepada Qadha’ dan Qadar.
2. Takdir
mu’allaq iaitu ketentuan Allah Swt. yang mengambil kira peranan manusia melalui
usaha atau ikhtiarnya.
3. Takdir
mubram adalah ketentuan mutlak dari Allah Swt. yang pasti berlaku dan manusia
tidak diberi peranan untuk mewujudkannya.
4. Di
sana perlu ada garis yang yang membawahi di antara qadha qadar dan usaha dan
ikhtiar agar tidak berlaku campur aduk.
5.
Mengambil sebab bukan bererti menafikan
tawakkal
6. Bersandar
kepada Allah SWT dengan melakukan sebab.
RUJUKAN
(2020) YouTube.
NGAJI | Apakah Do'a Mampu Merubah Takdir? | Dr. Syaikh Ali Jum'ah MESIR,
Available at: https://youtu.be/8TBKU-JbJnM (Accessed: 28 May 2023).
Bacaan madani
(2017) Pengertian Takdir Muallaq, Takdir Mubram Dan Contoh Takdir Muallaq,
Takdir Mubram, Bacaan Madani | Bacaan Islami dan Bacaan Masyarakat
Madani. Available at:
https://www.bacaanmadani.com/2017/08/pengertian-takdir-muallaq-takdir-mubram.html
(Accessed: 28 May 2023).
Dr Abdul Karim Zaidan, Sunnatullah Dalam Berbagai Aspek Kehidupan, Pustakan Azzam, 2004, ms. 31-44
Hidayat,
R. (2021) Pengertian Ikhtiar Dan Usaha Secara Umum Dan Menurut Islam, Kita
Punya. Available at:
https://www.kitapunya.net/pengertian-ikhtiar-dan-usaha/ (Accessed: 28 May
2023).
Khaldoun-Algeria :
Free download, Borrow, and streaming (no date) Internet Archive.
Available at: https://archive.org/details/Abdkrim.Zidan/page/n175/mode/2up
(Accessed: 28 May 2023).
Naim, M. (2022) Memahami Rukun
Iman (Huraian Lengkap), AKU ISLAM. Available at:
https://akuislam.com/blog/akidah/rukun-iman/ (Accessed: 28 May 2023).
ا منكم من أحد ما من نفس منفوسة إلا وقد
كتب الله مكانها من الجنة والنار - صحيح مسلم (no date) Available at:
https://hadithprophet.com/hadith-52040.html (Accessed: 28 May 2023).
[1] Naim,
M. (2022) Memahami Rukun Iman (Huraian Lengkap), AKU ISLAM.
Available at: https://akuislam.com/blog/akidah/rukun-iman/ (Accessed: 28 May
2023).
[2]
(2020) YouTube. NGAJI | Apakah Do'a Mampu Merubah Takdir? | Dr. Syaikh
Ali Jum'ah MESIR, Available at: https://youtu.be/8TBKU-JbJnM (Accessed: 28 May
2023).
[3] Hidayat,
R. (2021) Pengertian Ikhtiar Dan Usaha Secara Umum Dan Menurut Islam, Kita
Punya. Available at:
https://www.kitapunya.net/pengertian-ikhtiar-dan-usaha/ (Accessed: 28 May
2023).
[4] Bacaan
madani (2017) Pengertian Takdir Muallaq, Takdir Mubram Dan Contoh Takdir
Muallaq, Takdir Mubram, Bacaan Madani | Bacaan Islami dan Bacaan
Masyarakat Madani. Available at:
https://www.bacaanmadani.com/2017/08/pengertian-takdir-muallaq-takdir-mubram.html
(Accessed: 28 May 2023).
[5] ا
منكم من أحد ما من نفس منفوسة إلا وقد كتب الله مكانها من الجنة والنار - صحيح
مسلم (no date) Available at: https://hadithprophet.com/hadith-52040.html
(Accessed: 28 May 2023).
[6] Khaldoun-Algeria :
Free download, Borrow, and streaming (no date) Internet Archive.
Available at: https://archive.org/details/Abdkrim.Zidan/page/n175/mode/2up
(Accessed: 28 May 2023).
[7]
Dr Abdul Karim Zaidan, Sunnatullah Dalam Berbagai
Aspek Kehidupan, Pustakan Azzam, 2004,
ms. 31-44
No comments:
Post a Comment