Posts

Showing posts from 2013

TAZKIYAH NAFS: JALAN MENDEKATKAN KEPADA ALLAH S.W.T

Dalam perjumpaan dengan Al Fadil Ust Abdul Hadi Osman baru-baru ini, beliau telah menyampaikan banyak pesanan. Antaranya aspek membersihkan jiwa kita. Menurut beliau tazkiyat al-nafs itu pada hakikatnya terdiri daripada dua perkara iaitu takhliah dan tahliah. Apa itu takhliah? Takhliah bermaksud membuang sifat-sifat tercela yang ada pada diri manusia. Apa itu tahliah? Tahliah pula bermaksud menghiaskan diri dengan sifat-sifat terpuji. Ringkasnya: Kedua-dua perkara penting ini dalam usaha kita melaksanakan kerja-kerja Islam.

Pemuda yang dikagumi Allah SWT

Image
Ar Rasul SAW bersabda: `Sesungguhnya Tuhanmu kagum kepada seorang pemuda yang tidak ada padanya sifat sobwah'. Martabat: Hadith ini disahihkan oleh Shaikh Nasirudin Al Bani dalam kitab silsilah al hadith as shahihah Apa itu sobwah? Dalam kamus bahasa Arab, sobwah mempunyai beberapa pengertian. Antaranya •Bersifat keanak-anakkan; tak mau jadi dewasa •Tidak suka memikul tanggungjawab; dan suka menghabiskan masa dengan perbuatan yang sia-sia •Tidak dapat kawal emosi dan darah mudanya; menimbulkan masalah dan akibatnya memberi kesan buruk pada diri sendiri dan orang lain. •Suka menarik perhatian orang lain dengan melakukan perkara yang baru untuk menunjukkan kejantanan dan keberaniannya. Tatacara menangani sifat sobwah: •Usia remaja, jangan menutup diri •Melibatkan diri dengan syuyukh •Menziyarahi orang soleh dan ahli ibadah •Memilih sahabat yang soleh •Melatih diri dengan kerja-kerja bekerja, berusaha dan kemasyarakatan •Menanamkan muraqabatullah •Melakukan riyadah yan

Mujahadah adalah jalan ke arah hidayah dan taqwa

Jihad melawan hawa nafsu merupakan jihad yang berterusan dan perlu diutamakan kerana hal ini telahpun dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagaimana sabdanya yang bermaksud: أفضل الجهاد أن يجاهد الرجل نفسه وهواه “Seutama-utama jihad ialah orang yang berjihad terhadap hawa nafsunya dalam mentaati Allah ‘Azzawajalla.” Jihad melawan hawa nafsu terbahagi kepada empat bahagian: 1.Berjihad melawan hawa nafsu untuk mendapat hidayah (petunjuk) daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala - yakni berusaha dan berikhtiar untuk mendapat petunjuk daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala (petunjuk Allah ialah Islam itu sendiri). 2.Berjihad melawan hawa nafsu untuk melaksanakan ajaran Islam atau petunjuk Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam kehidupan kita setiap hari dalam pelbagai aspek. 3.Berjihad melawan hawa nafsu untuk menyampaikan Islam yang telah kita laksanakan itu kepada orang lain. 4.Berjihad melawan hawa nafsu untuk bersabar dalam menyampaikan Islam kepada orang lain. Jadi ada e

Cukuplah Allah sebagai pembantu!

Asm wbth, Dikongsikan khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Umar Hj. Salleh, Matri. Di dalam khutbah ini banyak mengupas apa peranan kita sebagai Mukmin Muslim dalam menghadapi cabaran semasa. Semoga bermanfaat ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^ Aidil Fitri merupakan hari untuk kita kembali kepada fitrah asal kejadian manusia sejajar denganmakna asal aidil fitri itu sendiri yang bermakna kembali kepada fitrah(kesucian). Deen Islam adalah deen yang yang suci difitrahkan Allah swt, aqidahnya suci, ibadahnyasuci, akhlaqnya suci, jalan hidupnya suci diredhai  Allah swt dari dunia ini hingga ke akhirat, tiada jalan lain lagi melainkan Islam. Perhatikanlah penekanan Allah swt dalam Al-quran ayat 19 surah Ali Imraan: Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam.” Juga amaran Allah dalm ayat 85 surah Ali Imraan: Maksudnya:“ Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agam