Posts

Showing posts from January, 2010

Tauhid Al ulihiyyah

Assalamu’alaikum wbth, Sahabat/ah sekalian, semoga dalam tahap keimanan dan kesihatan yang tertinggi hendaknya. Slot kali ini saya ingin berkongsi bahan mengenai aspek aqidah yang salimah ini amat penting bagi kita semua. Bahan kali ini ialah berkaitan tauhid al-Uluhiyyah. Bahan ini merupakan ringkasan daripada kitan Usul Dakwah yang disusun oleh Dr. Abd. Karim Zaidan. Beliau kini menetap, mengajar di Universiti Iman. Dr. Abd Karim Zaidan amat gigih berdakwah melalui media penulisan. Banyak buku-buku yang dikarang oleh beliau. Antara buku beliau yang berkaitan dengna bidang dakwah an tarbiah ialah: a. Usul Dakwah b. Sunan ilahiyah c. Mustafat fi qisosil Quran. (Faedah daripada kisah-kisah daripada al Quran untuk panduan para pendakwah) Bagi sahabat/ah yang belajar di timur tengah, carilah buku-buku ini. Bacalah berulang-ulang kali agar kita semua mendapat faedah darinya. Menurut seorang rakan saya, beliau menjalani rawatan mata di Washington, DC pada 1994 lalu. Ada masalah cat

Tauhid Ar-rububiyah

Salam, Sahabat/ah sekalian, semoga dalam tahap keimanan dan kesihatan yang tertinggi hendaknya. Slot kali ini saya ingin berkongsi dan mengulangi kembali fikrah 101 yang kita sama-sama pernah pelajari dalam siri-siri halaqah sebelum ini. Aspek aqidah yang salimah ini amat penting bagi kita semua. Umat Islam perlu kuat dan mempersiapkan kekuatan dalaman kita. Jika dalaman kita lemah, amat mudah bagi musuh-musuh Islam menyuntik jarum2 mereka. Makna kalimah tauhid Kalimah tauhid bermakna mengEsakan Allah Subhanahuwata’ala. Dari sudut penghayatan dalam kehidupan, ia membawa erti mengenal, berikrar, mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah hanya sanya Allah Subhanahuwata’ala semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah ini meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan amalan. Tauhid ar-Rububiyyah Tauhid ar-Rububiyyah bermakna b

Tarbiah Islamiah: Satu tuntutan

Assalamu'laikum wbth, Mungkin kita biasa terdengar ungkapan berikut iaitu: `TARBIYAH BUKANLAH SEGALA-GALANYA, NAMUN DENGAN TARBIYAH SEGALA-GALANYA BOLEH TERCAPAI’ Hal ini amat penting bagi kita untuk memandang serius pentarbiyahan diri kita untuk menjadi insan soleh. Insan soleh ini pula adalah insan yang mampu menyolehkan orang lain yang ada di sekelilingnya. Seseorang yang berada dalam proses tarbiah sepatutnya tidaklah hanya menggunakan waktu 1-2jam seminggu untuk mendapat tarbiah melalui wasilah halaqah. Dan ia menyangka dan mengharapkan dalam masa 1-2 jam itulah masa untuknya mendapat tarbiah dan diproses. Jika ia beranggapan demikian, maka ia silap. Amat sedikit sangatlah masa yang diperuntukan baginya mendidik dirinya dan jiwanya dikesani dengan biah tarbawiyah yakni 2 jam daripada 168 jam seminggu. Justeru itu, penting bagi seseorang itu mempunyai kemampuan untuk mentarbiah dirinya sendiri. Antara aspek yang boleh seseorang lakukan merangka program hariannya, mingguann

Faktor Kemunduran ummat Islam

Salam, Di dalam bicara kali ini saya ingin berkongsi bahan mengenai faktor-faktor kemunduran ummat Islam masa kini. Dengan adanya faktor-faktor ini, ianya telah menyebabkan ummat Islam mudah lemah, bercelaru dan bermacam-macam lagi. Faktor 1: JAUHNYA UMAT ISLAM DARI AL QURAN DAN AS SUNNAH Faktor 2. Perpecah belah kerana perbezaan masalah furu’ -Masalah mazhab -Masalah jemaah; sehingga merosak hubungan ukhuwwah islamiah -Bila berpecah, mudah dikalahkan oleh musuh islam - Fokus kita ialah kesatuan hati dan tali ukhuwwah Faktor 3: Adanya perasaan rendah diri dan tidak siqoh pada umat Islam -Tidak merasa izzah dengan islam -Perasaan ini timbul melihat fakta umat islam yang terkebelakang dalam segala hal -Perlu lihat fakta sejarah, lihat semula kegemilangan islam Sabda Rasul: Islam itu tinggi dan tidak ada yang menandingi ketinggiannya. Faktor 4: Adanya gejala taqlid dengan semua yang datang dari kaum kafir - Ketika orang Itidak lagi memiliki 'izzah dengan keIslamannya, maka mudah bag