Posts

Showing posts from 2014

TEKS TAZKIRAH Bersatu Untuk Palestin

Hadirin dan hadirat , Tuan-tuan yang dihormati sekalian. 1. Saya mulakan ucapan saya pada tengahari ini dengan memetik kata-kata yang diungkapkan oleh Saidina Umar Al- Khattab RH yang sangat menyentuh hati saya, Katanya : “ Kita adalah satu ummat yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan Islam, maka jika kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka Allah SWT akan memberi kehinaan kepada kita.” Hadirin dan hadirat sekalian, Bilakah Umar mengucapkan ungkapan ini? Bilakah Umar menyusun perkataan ini? Saidina Umar mengatakan ini pada ketika yang agung dan pada satu waktu yang mulia dalam Islam. Beliau mengatakan ini ketika beliau berangkat untuk membuka Baitul Maqdis, untuk mengambil kunci-kunci Baitul maqdis yang telah kita abaikan kerana kita mengabaikan Islam. Inilah kata-kata yang mengambarkan satu keizzahan atau kebanggaan seorang pemimpin Islam ketika bergerak dengan penuh keyakinan untuk membebaskan bumi Palestin. Semangat beliau inilah yang membakar semangat seluruh um

TAZKIRAH RAMADAN - 22.7.2014M

TAZKIRAH RAMADAN MASJID BANDAR SUNWAY 22.7.2014M BERSAMAAN 25 RAMADAN 1435H FIRMAN ALLAH SWT DI DALAM SURAH AL MUZZAMMIL: الحمد لله الذى جَعَلَ صِياَم رَمضان عُرْوةً مِن عُرى الاسلام اشهد أن لااله الاالله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم على رسولك محمد وعلى آله وأصحبه اجمعين ومن تبعهم باحسان إلى يوم الدين. 1. Saya mengajak diri saya dan tuan-puan hadirin sekalian, marilah kita terus meningkatkan dan memperteguhkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan terus iltizam dan patuh kepada titah perintah Allah, suruhan dan laranganNya. 2. Marilah kita terus bersyukur ke hadrat Allah kerana kita masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan lagi kepada kita (oleh Allah) untuk kita terus berubudiyyah kepada Allah, khasnya di dalam bulan Ramadan al mubarak yang kini telah masuk dalam bahagian akhir bagi tahun ini. 3. Marilah kita terus berdo’a, mudah-mudahan kita mendapat rahmat Allah, keampunan Allah dan semoga kita dibebaskan dari azab di hari ak
Image
Asm wbth, Catatan pesanan Cg Muhd Abduh di AGM Haluan baru-baru ini di KUIS. Ertinya: Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). Surah At-Taubah: 42 1.Perjalanan kita dalam melaksanakan dakwah dan tarbiah ini adalah satu perjalanan yang mendaki. 2.Untuk menghadapi perjalanan yang mendaki ini, kita perlukan: a.Kita perlukan kepada stamina. Stamina yang mencakupi aspek aqli, ruhi dan jasadi. b.Kita perlu berada dalam realiti /waqi’e secara sed

EMPAT GOLONGAN OBJEK DAKWAH

EMPAT GOLONGAN OBJEK DAKWAH Kami hanya ingin agar kelak –dalam mensikapi dakwah kami– orang akan masuk ke dalam salah satu dari empat golongan berikut: Pertama, Golongan Mukmin Mereka adalah orang-orang yang meyakini kebenaran dakwah kami, percaya kepada perkataan kami, mengagumi prinsip-prinsip kami, dan menemukan padanya kebaikan yang kebaikan yang menenangkan jiwanya. Kepada orang seperti ini kami mengajak untuk segera bergabung dan bekerja bersama kami agar jumlah para mujahid semakin banyak, dan agar dengan tambahan suara mereka, suara para da'i akan semakin meninggi. Iman takkan punya arti bila tidak disertai dengan amal. Akidah tak akan memberi faedah bila tidak mendorong penganutnya untuk berbuat dan berkorban demi menjelmakannya menjadi kenyataan. Begitulah yang terjadi pada generasi terdahulu umat ini, di mana Allah melapangkan dada mereka untuk menerima hidayah-Nya. Mereka mengikuti jejek para Nabinya, beriman kepada risalahnya, dan berjihad dengan jihad yang benar d