Posts

Showing posts from February, 2009

Jangan remehkan dosa-dosa kecil

Assalamu'alaikum wbth, Rasul SAW bersabda: Jauhilah olehmu dosa-dosa kecil. Sesungguhnya perumpamaan dosa-dosa kecil adalah seperti suatu kaum yang singgah di sebuah lembah, lalu seorang daripada mereka membawa sebatang ranting pokok, seorang yang lain pun membawa sebatang ranting pokok; sehingga dengan itu mereka dapat masak roti dan makanan mereka. Sesungguhnya pelaku dosa-dosa kecil , apabila datang hari pembalasan, maka dosa-dosa kecil itu akan membinasakannya. HR Ahmad Penjelasan: 1.Dalam hadith ini Ar Rasul SAW menyeru kepada kita agar waspada terhadap dosa-dosa kecil dan berusaha meninggalkannya. 2. Dosa-dosa kecil apabila sekali dilakukan, pasti akan mendorong kita untuk melakukannya lagi hingga menjadi kebiasaan yang kita lakukan berulang-ulang dan sukar untuk kita tinggalkan. 3. Akibatnya di hari akhirat nanti hukuman Allah akan membinasakan kita disebabkan dosa-dosa yang

Hakikat Cinta Siri 2

Darjat-Darjat Percintaan Allah Subhanahuwata’ala menjadikan manusia dan mengetahui selok belok hati manusia. Islam yang diturunkan-Nya mengiktiraf perasaan cinta sebagai sebahagian daripada fitrah kejadian manusia. Islam telah menggariskan beberapa tingkat atau darjat percintaan, iaitu: 1. Cinta yang agung Bagi mu’min yang bertaqwa tidak ada suatu pun yang mungkin menyamai kelebihan, kedudukan dan ketinggian cintanya kepada Allah Subhanahuwata’ala, Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya, sebagaimana firman Allah Subhanahuwata’ala: Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan- Nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan Nya", dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (At-Taubah : 24) Seorang mu’min meyakini bahaw

Hakikat Cinta siri 1

Salam, Akhir-akhir saya mendapat maklum balas yang ada da'i syabab yang terkena fitnah wanita. Semoga Allah pelihara kita semua drpd fitnah ini. Penyakit-penyakit ini akan menghilangkan barakah dan pertolongan Allah kepada kita. Read on.... Pengertian Cinta Cinta adalah perasaan jiwa seperti kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan dan pengharapan kepada sesuatu. Cinta juga bermakna keinginan, tarikan dan keterikatan dengan sesuatu. Cinta merupakan perasaan semula jadi (fitrah) yang menjadi satu sifat daripada sifat-sifat manusia. Sifat Cinta Sebagaimana sifat hati yang sering berubah-ubah, maka begitu jugalah sifat cinta yang menjadikan hati sebagai tahktanya. Cinta boleh berubah sejajar dengan perubahan hati. Tanda Hadirnya Perasaan Cinta Antara tanda hadirnya perasaan cinta ialah: 1. Apabila suka mendengar nama sesuatu yang dicintai itu disebut-sebut. 2. Apabila suka melihat sesuatu yang dincintai. 3. Apabila suka duduk berdekatan atau bersama-sama dengan sesuatu yan