Posts

Showing posts from February, 2012

Tsawabit imaniyah dalam amal Islami siri 5

Prinsip yang seterusnya ialah menjadi masul itu adalah amanah (al ‘imaarah amanah) Kita mestilah menjadi seorang yang amanah. Bagi sesiapa sahaja yang menerima masuliyyah dakwah ini, ia perlu sentiasa bertanya kepada dirinya; i.Bagaimana seseorang itu dapat menjawab di hadapan Allah SWT terhadap apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. ii.Apa yang telah ia lakukan?, apa kelemahan yang ada?, iii.Adakah ia lakukan tanggung jawab itu dengan betul? Semua soalan ini perlu difikirkan jawapannya. Oleh kerana itulah, apabila hakikat ini difahami. Jika sekiranya kita terpilih bagi sesuatu masuliyyah, kita perlu sentiasa memohon kepada Allah SWT agar sentiasa membantu kita dalam melaksanakan amanah yang diberikan tadi. Ar Rasul SAW bersabda: ا ذ علية الا ما نة فا نتظروالسا عة Apabila amanah diberi kepada orang yang tidak melaksanakannya, maka tunggulah satu berlakunya kiamat (kehancuran) Para sahabat bertanya, bagaimanakah perkara ini boleh berlaku wahai Rasulullah? Ar R

KISAH KHALIFAH ADIL UMAR ALKHATTAB MEMBUKA KOTA AL QUDS

Peperangan Yarmouk adalah pertempuran yang berlaku antara tentera Islam dan tentera Rom Byzantine di Jordan. Ketika itu, 41’000 tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al Walid, berjaya menewaskan 70’000 battalion Rom yang terkenal dengan kelengkapan artileri. Kekalahan tentera Rom di Yarmouk menjadikan peluang penguasaan umat Islam terhadap Baitul Maqdis terbuka luas. Rom ingin menamatkan penguasaan mereka di Timur Tengah dengan menyerahkan Kota al Quds. Bagaimanapun, Patriarch Sophronius seorang protagonis uskup yang mempertahan Jerusalem, enggan menyerahkan Baitul Maqdis kepada umat Islam dengan pertumpahan darah. Sophronius memberikan syarat supaya Khalifah Islam iaitu Umar ibn al Khattab sendiri yang hadir menemui penduduk Iliya’ (Iliya’, nama Jerusalem ketika itu) dengan jaminan keselamatan. Pada sangkaan Sophronius, umat Islam akan menolak syarat tersebut dan melakukan penjarahan terhadap Kota al Quds sebagaimana empayar-empayar yang pernah wujud sebelum Islam seperti Parsi

Keikhlasan Dan Menghadhirkan Niat Dalam Segala Perbuatan, Ucapan Dan Keadaan Yang Nyata Dan Yang Samar

Dari Abu Abdur Rahman, yaitu Abdullah bin Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anhuma, katanya: Saya mendengar Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: "Ada tiga orang dari golongan orang-orang sebelummu sama berangkat bepergian, sehingga terpaksalah untuk menempati sebuah gua guna bermalam, kemudian merekapun memasukinya. Tiba-tiba jatuhlah sebuah batu besar dari gunung lalu menutup gua itu atas mereka. Mereka berkata bahwasanya tidak ada yang dapat menyelamatkan engkau semua dari batu besar ini melainkan jikalau engkau semua berdoa kepada Allah Ta'ala dengan menyebutkan perbuatanmu yang baik-baik. Seorang dari mereka itu berkata: "Ya Allah. Saya mempunyai dua orang tua yang sudah tua-tua serta lanjut usianya dan saya tidak pernah memberi minum kepada siapapun sebelum keduanya itu, baik kepada keluarga ataupun hamba sahaya. Kemudian pada suatu hari amat jauhlah saya mencari kayu - yang dimaksud daun-daunan untuk makanan ternak. Saya belum lagi pulang pada kedua orang

Yusuf as adalah figur dalam kesucian diri

Yusuf dan godaan Nyonya Futhifar Yusuf hidup tenang dan tenteram di rumah Futhifar, Ketua Polis Mesir, sejak ia menginjakkan kakinya di rumah itu. Ia mendpt kepercayaan penuh dari kedua majikannya, suami-isteri, mengurus rumah-tangga mereka dan melaksanakan perintah dan segala keperluan mrk dengan sesungguh hati, ikhlas dan kejujuran, tiada menuntut upah dan balasan atas segala tenaga dan jerih payah yang dicurahkan untuk kepentingan keluarga. Ia menganggap dirinya di rumah itu bukan sebagai hamba bayaran, tetapi sebagai seorang drp anggota keluarga. demikian pula anggapan majikannya, suami-isteri terhadap dirinya. Ketenangan hidup dan kepuasan hati yang diperdpt oleh Yusuf selama ia tinggal di rumah Futhifar, telah mempengaruhi kesihatan dan pertumbuhan tubuhnya. Ia yang telah dikurnai oleh Tuhan kesempurnaan jasmani dengan kehidupan yang senang dan empuk di rumah Futhifar, makin terlihat tambah segar wajahnya, tambah elok parasnya dan tambah tegak tubuhnya, sehingga ia merupakan

Tsawabit imaniyah dalam amal Islami siri 4

Prinsip yang seterusnya segala nikmat adalah anugerah Allah SWT. Segala nikmat yang kita ada datangnya daripada Allah SWT, dan bukannya daripada hasil usaha kita, keberanian kita dan aktiviti kita. Ar Rasul SAW bersabda: لا يد خل ا حد ا فى الجنة عملا Seseorang itu masuk ke dalam syurga bukanlah kerana berdasarkan amalannya semata-mata Al hadith Segala perbuatan yang baik mestilah kita lakukan, namun, rahmat Allah SWT lah yang menentukan sama ada kita dapat masuk syurga ataupun tidak. Jika demikian, ada sesetengah orang menyoal: Mengapa kita semua perlu bersusah payah berbuat kebaikan, berdakwah dan sebagainya? Jawapannya: Segala usaha yang kita lakukan ini menjadi sebab musabab untuk kita mendapat rahmat Allah SWT untuk dimasukkan ke dalam syurga-Nya. Akan tetapi amalan soleh yang kita lakukan itu tidak akan mampu membayar harga ke syurga Allah SWT, walaupun betapa besarnya amalan soleh yang telah kita lakukan.

Pemuda teladan sepanjang zaman- Mush'ab bin Umair ra

Mengambil teladan daripada Sirah sebagai panduan kita bekerja dalam menegakkan deen Allah SWT di dalam realiti Islam yang ghurbah. Berikut dikongsikan kisah syabab teladan sepanjang zaman. Di sana terdapat pengajaran-pengajaran yang berguna untuk kita semua. w/a Read on: Mush’ab bin Umair salah seorang di antara para shahabat Nabi. Alangkah baiknya jika kita, memulai kisah dengan pribadi-nya: Seorang remaja Quraisy terkemuka, seorang yang paling ganteng dan tampan, penuh dengan jiwa dan semangat kemudaan. Para ahli riwayat melukiskan semangat kemudaannya dengan kalimat: “Seorang warga kota Mekah yang mempunyai nama paling harum”· Ia lahir dan dibesarkan dalam kesenangan, dan tumbuh dalam lingkungannya· Mungkin tak seorang pun di antara anak-anak muda Mekah yang beruntung dimanjakan oleh kedua orang tuanya demikian rupa sebagai yang dialami Nlush’ab bin Umair. Mungkinkah kiranya anak muda yang serba kecukupan, biasa hidup mewah dan manja, menjadi buah-bibir gadis-gadis Mek

Tsawabit imaniyah dalam amal Islami siri 3

Prinsip yang seterusnya ialah Tajarrud dan Zahid Prinsip ini sangat penting dan berguna dalam kehidupan harian seseorang yang tinggal di Malaysia dan juga di mana sahaja. Ini kerana suasana luaran di sini sentiasa mengajak kepada yang dosa dan maksiat. Apabila kita keluar sahaja dari rumah kita, kita akan dapati masyarakat yang ada saling bersaing sesama mereka untuk mengejar kebendaan dan keselesaan ekonomi. Fenomena ini bukan hanya berlaku kepada orang awam, bahkan turut terkena orang yang komited dengan agama mereka. Merekapun turut terjebak dengan perkara-perkara yang tidak bermoral. Justeru itulah kita amat memerlukan sistem sokongan yang kuat melalui jalan tarbiah. Dengan jalan tarbiyah, iman kita akan dapat dijaga dan dilindungi daripada kerosakan yang ada. Hendaklah kita sentiasa ingat seerah Mus’ab bin Umair ra. Kita lihat bagaimana kehidupan beliau sebelum ia masuk Islam dan bagaimana keadaan jenazah beliau dikafankan sebagai seorang Islam yang berjuang dan taa

Muhajirin dan Ansor

Mengambil teladan daripada Sirah sebagai panduan kita bekerja dalam menegakkan deen Allah SWT. Berikut dikongsikan detik-detik awal persaudaraan Muhajirin dan Ansor. Di sana terdapat pengajaran-pengajaran yang berguna untuk kita semua. w/a Read on: Unta yang dinaiki Nabi alaihi ssalam berlutut di tempat penjemuran kurma milik Sahl dan Suhail b. Amr. Kemudian tempat itu dibelinya guna dipakai tempat membangun mesjid. Dalam membangun mesjid itu Muhammad juga turut bekerja dengan tangannya sendiri. Selesai mesjid itu dibangun, di sekitarnya dibangun pula tempat-tempat tinggal Rasul. Baik pembangunan mesjid maupun tempat-tempat tinggal itu tidak sampai memaksa seseorang, karena segalanya serba sederhana, disesuaikan dengan petunjuk-petunjuk Muhammad. Selesai Muhammad membangun mesjid dan tempat-tinggal, ia pindah dari rumah Abu Ayyub ke tempat ini. Sekarang terpikir olehnya akan adanya hidup baru yang harus dimulai, yang telah membawanya