Posts

Showing posts from 2010

Pesanan pemimpin organisasi Islam berkaitan Tarbiah Pemuda

Imam Hasan Al-Banna: “Wahai pemuda! Setiap fikrah itu akan hanya berjaya apabila ia diperkuatkan dengan iman, dilengkapkan dengan keikhlasan yang mendalam untuk memperjuangkannya, ditambah dengan semangat yang berkobar-kobar dan persediaan yang rapi untuk beramal dan berkorban dalam perlaksanaannya. Sh Mustafa Mashyur `TARBIYAH BUKANLAH SEGALA-GALANYA, NAMUN DENGAN TARBIYAH SEGALA-GALANYA BOLEH TERCAPAI’ Mujahid Fathi Yakan: ”Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi, darah yang gemuruh dan idealisma yang luas. Iaitu usia memberi pengorbanan dan menebus semula (maruah umat). Usia menabur jasa, memberi kesan dan kuat emosi” ”Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangun dan memakmurkan alam, tetapi pihak lain telah mempergunakan pemuda untuk meruntuhkan umat.” ”Sesungguhnya masyarakat kini penuh sesak dengan para pemuda, tetapi para pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar” Prof. Dr. Yusuf Al Qa

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 7

Assalamu'laikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Begitu cepat masa berlalu, tahun 2010 sudah hampir meninggalkan kita. Setiap detik masa berlalu, sebenarnya semakin dekat kita dengan panggilan kubur. Justeru itu, lipat gandakanlah amalan kita. Akhir-akhir ini di kaca TV sering dipaparkan mengenai tayangan mengenai tanda-tanda kiamat menurut perspektif agama lain. Ada macam-macam ramalan yang mereka buat sama ada melalui Notradamus, Newton maupun daripada kitab agama Yahudi Nasarani turut dipaparkan. Ada yang mereka perkatakan itu ada yang hampir sama dengan apa yang Islam nyatakan. Namun bagi kita orang Islam semua hal berkaitan dengan tanda-tanda kiamat sama ada tanda kecil ataupun besar semestinya berdasarkan kepada apa yang disampaikan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kitab yang baik untuk dirujuk ialah kita rujuk ialah kita mengenai kiamat kecil, kiamat besar, syurga dan neraka oleh Dr. Sulaiman Ashqar. Di dalam kesempatan kali ini

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 6

Assalamu'laikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Di dalam Islam, terdapat satu panduan di dalam kita membuat penilaian. Kita diajar untuk menilai seseorang Muslim berdasarkan kebaikan dan kesalahan yang dilakukannya secara adil. Oleh sebab itu, taaruf amat penting agar kita dapat mengenai hati budi dan jatidiri seseorang.Di dalam siri kali ini antara aspek penyebab berlakunya fitnah dalam sesebuah organisasi ialah NERACA MENILAI SESEORANG 6. Menilai seseorang berdasarkan seluruh hidupnya Kita hendaklah menilai seseorang itu berdasarkan kepada keseluruhan, bukan berdasarkan satu peristiwa atau sebahagian kecil dari hidupnya. Selalunya, datang seorang yang sangat ghairah tentang ‘amal Islam, banyak bercakap dan mahu melakukan banyak perkara. Anda mengatakan dia seorang yang sangat berpotensi. Anda meninggikan dan cepat-cepat menaikkan tarafnya. Sebaliknya, ada seorang yang pada satu ketika melakukan kesilapan lalu anda terus merendahkannya. Itu bukanl

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 5

Assalamu'laikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Semua orang ada sifat marah. Persoalannya sama ada ianya boleh dikawal atau tidak dapat dikawal. Di dalam kitab Imam Ghazali dihuraikan dengan panjang lebar mengenai hal ini. Di dalam siri kali ini aspek yang dapat membantu berlakunya fitnah dalam sesebuah organisasi ialah dapat menjaga taqwa ketika marah. 5.Bertaqwa ketika marah Apabila tercetus peristiwa yang boleh membangkitkan kemarahan anda, itulah masanya anda ingat untuk bertaqwa kepada Allah. Selalunya kesilapan dalam pertimbangan dan kesalahan-kesalahan berlaku ketika sedang marah. Anda tidak berada dalam kawalan diri sepenuhnya. Katakan telah datang seorang yang mencerca organisasi kita atau kerja-kerja kita lalu ini menimbulkan kemarahan anda. Kemungkinan anda tidak dapat membuat pertimbangan yang baik lalu terus membalas dan melenting. Ini akan meninggalkan kesan ke atas pandangan orang ramai pada Islam dan organisasi kita. Sebaliknya cub

Faktor-faktor jiddiyah dalam kehidupan pendakwah siri 7

Di dalam siri yang sebelum ini, telah saya terangkan bahawa, memahami tugasan kita sebagai anggota secara jelas akan membantu kita agar lebih sungguh-sungguh di dalam amal daawi dan tarbawi. Jika tidak jelas, kita mungkin akan teraba-raba, kerana tidak jelas hala tuju. Tugasan kita sebagai anggota di dalam organisasi dan tuntutannya adalah seperti berikut: 1.Memahami sebenar-benarnya erti komitmennya kepada Islam. 2.Mengenal karakter marhalah/tahapan da’wah yang sedang dijalaninya beserta aktiviti-aktiviti sekitarnya. 3.Meyakini bahwa kembali kepada Al-Quran dan as-sunnah rasul SAW secara benar dan serius adalah satu – satunya jalan untuk menyelamatkan ummat Islam dari segala krisis. 4.Yakin akan kewajiban bergerak membangunkan iman di dalam jiwa manusia. 5.Harus mengetahui sejelas – jelasnya bahwa amal usaha menegakkan Daulah Islamiyyah adalah kewajiban setiap Muslim dan Muslimah. 6.Mengetahui bahwa kewajiban ini tidak mungkin terlaksana dan tercapai hanya dengan usaha

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 4

Assalamu'laikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Di dalam realiti masyarakat kita hari ini, kita biasa mendengar kata-kata: ada ubi ada batas, ada hari boleh balas. Sifat ini adalah sifat yang sudah sebati dengan insan yang bergelar manusia yang suka hidup berdendam dan berdengki. `Biar padan muka', getus hati yang sedang marah. Namun, bagi kita yang melalui proses tarbiah Islamiah, hati kita perlu diproses sentiasa agar dapat memiliki sifat Nabi SAW yang mulia iaitu suka memaafkan. Dalam siri kali ini izinkan saya menyambung siri lalu berkaitan kaedah untuk mengelakkan fitnah dan ketidakharmonian di dalam organisasi. Penekanan kali ini ialah memiliki sifat suka memaafkan dan bukan membalas 4.Memaafkan bukan membalas Apabila seseorang melakukan kesalahan atas kita, adalah lebih baik untuk memaafkan dari melakukan balasan. Ini dapat dilihat dengan jelas pada kisah Ibnn Sammak. Beliau adalah guru anak-anak Khalifah Harun ar Rasyid dan juga menjadi

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 3

Assalamu'laikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Di dalam realiti masyarakat kita hari ini, ramai yang mudah melenting apabila diberi teguran. Namun, bagi kita yang melalui proses tarbiah Islamiah, hati kita perlu diproses sentiasa agar dapat menerima teguran yang membina. Saya ingin menyambung siri lalu berkaitan kaedah untuk mengelakkan fitnah dan ketidakharmonian di dalam organisasi. Penekanan kali ini ialah dalam saling nasihat menasihati. 3.Menerima dan meminta nasihat Meminta nasihat dan menerimanya bila diberi. Ini adalah sebahagian dari keikhlasan niat di mana kita melakukannya kerana Allah SWT. Kita tidak merasa terhina bila dinasihati dan menerima kebenaran walau bertentangan dengan apa yang ada pada kita. Itu adalah sifat orang-orang beriman. Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda: “Al-hikmah itu adalah barang milik mukmin yang hilang. Di mana sahaja dia menjumpainya, dialah yang paling layak untuk mengambilnya semula.” Apabila barang ki

Faktor-faktor jiddiyah dalam kehidupan pendakwah siri 6

Assalamu'alaikum wbth, Dalam kesempatan ini, saya ingin menyambung topik perbincangan kita yang berkaitan faktor yang boleh meningkatkan jiddiyah. Faktor keenam ialah: 6. Hubungan ahli dengan pemimpin organisasi jelas dan difahami oleh setiap ahli. Tugasan dan hak ahli serta pimpinan mestilah terperinci, jelas dan difahami oleh setiap ahli. Dalam siri kali ini saya mengemukakan isi-isi penting hubungan ahli dengan kepimpinan organisasi yang dipetik daripada kitab Toriqud da’wah Bainal Qiyadah Wal Jundiyah karangan Al Marhum Sheikh Mustafa Mashyur. Menurut beliau, 1. Pemimpin harus pandai memilih orang yang baik dalam memegang tanggungjawab. 2. Tidak boleh bersikap pesimitis dan buruk sangka. 3. Pemimpin dapat bergaul rapat dengan anggotanya. 4. Memperbaiki pembagian tugas dan menentukan spesialisasi supaya tidak berlaku pertindihan. 5. Menentukan, mengatur dan memudahkan jalur komunikasi di setiap peringkat. 6. Berusaha sungguh – sungguh meningkatkan kualiti ke

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 2

Assalamu'laikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Saya ingin menyambung siri lalu berkaitan kaedah untuk mengelakkan fitnah dan ketidakharmonian di dalam organisasi. Penekanan kali ini ialah dalam aspek membersihkan niat. 2. Mensucikan niat Kita bersungguh-sungguh memperingatkan sahabat-sahabat kita agar memastikan segala kerja adalah untuk Allah SWT bukan untuk mengambil hati sesiapa sahaja walaupun kepimpinan organisasi. Kita tidak bekerja untuk seseorang tetapi kerana Allah SWT. Kita melapor terus kepada Penguasa Semesta Alam. Sewaktu peperangan Yarmuk di mana umat Islam menentang Rom, Ketua Panglima Perang Khalid bin Al Walid r.a. telah mengucapkan kata-kata berikut: “Hari ini adalah hari-hari Allah. Tidak seharusnya kita di sini berbangga-bangga dan berbuat derhaka. Ikhlaskanlah jihadmu dan harapkan redha Allah SWT dengan amalmu. Hari ini akan meninggalkan akibat yang besar kemudiannya.” Suasana yang sedang kita hadapi tidak berbeza dengan sua

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 1

Assalamu'laikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Katakan anda seorang doktor dan dikunjungi oleh seorang pesakit. Apakah tindakan yang diambil? Anda bertanyakan tanda-tandanya, cuba mencari punca penyakit dan mengubati pesakit itu. Tetapi apa pula yang anda lakukan pada diri sendiri? Tidakkah anda mengambil langkah-langkah yang boleh mengelakkan dari terkena penyakit? Anda akan mengelak dari keadaan terpaksa mengambil ubat. Anda juga menjaga pemakanan dan menjauhi ancaman penyakit pesakit. Tetapi apakah itu semua dapat menjamin anda terselamat dari diserang penyakit? Tidak, kerana apa sahaja boleh berlaku dengan kehendak Allah SWT. Perkara yang sama berlaku dalam masyarakat. Terdapat beberapa persamaan antara apa yang berlaku di dalam badan manusia dengan apa yang berlaku di dalam masyarakat. Masyarakat ditimpa penyakit, manusia pun ditimpa penyakit. Kedua-duanya memerlukan rawatan. Kadangkala setelah menerima rawatan, pesakit itu menjadi pulih, dan begit

Faktor-faktor jiddiyah dalam kehidupan pendakwah siri 5

Assalamu'alaikum wbth, Saya ingin mengucapkan ucapan yang sering diucapkan oleh para sahabat Rasulullah SAW di hari Eid iaitu `Taqqabbalallahu minna wa minka ' bermaksud semoga Allah menerima amal saya dan amal anda. Selain daripada melaksanakan perkara yang fardzu, kita digalakkan untuk melaksanakan banyak amalan sunat. Amalan yang sunat ini sebenarnya amat dituntut bagi menutup pintu ketamakan iblis. Iblis adalah musuh kita yang utama. Ia sentiasa berusaha agar kefardzuan yang kita lakukan agar berkurang atau hilang. Saya ingin mengambil kesempatan buat sahabat/ah sekalian untuk meneruskan puasa sunat 6 Shawwal. Diriwayatkan drpd Abu Ayyub Al Ansari ra, bahwasanya Nabi SAW bersabda: `Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan enam hari bulan Shawal, maka seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang masa(setahun)' Dalam kesempatan ini, saya ingin menyambung topik perbincangan kita yang berkaitan faktor yang boleh meningkatkan jiddiyah. Fakt

Kematian pemimpin merupakan ujian bagi sesuatu organisasi Islam

Assalamu'alaikum wbth, Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya bertajuk Sunan Ilahiyah di dalam bab Sunnatullah fil fitnah wal ibtila’, beliau menjelaskan bahawa ada kalanya organisasi Islam diuji dengan kematian pemimpin mereka sama ada dengan kematian biasa atau terbunuh. Hal ini merupakan cubaan yang berat. Justeru itu organisasi Islam wajar mempunyai sikap yang benar dalam menghadapi ujian yang sulit ini dengan menghadapinya dengan: a.Kesabaran b.Tetap berpegang kepada prinsip yang diperjuangkan oleh beliau dan organisasi yang diasaskan. Prinsip yang dimaksudkan ialah kerja dakwah illalah dan usaha meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi . Prinsip asas ini akan tetap diteruskan dan tidak berakhir walaupun pemimpinnya meninggal dunia. Organisasi Islam berkenaan tidak boleh berhenti dan menjadi lemah dari perjuangan jihadnya akibat musibah kematian pemimpin mereka. Analogi mudah yang boleh dikaitkan di sini ialah: tidakkah anda melihat bahawa

Muhasabah diri di sepertiga pertama Ramadan

Image
Assalamu'alaikum wbth, 1. Apa yang paling berharga yang boleh kita perolehi dari 1/3 pertama Ramadan kali ini? Pertanyaan ini penting kerana dari situ kita akan dapat gambaran yang jelas tentang prestasi saum kita. Jangan sampai ibadah saum kali ini ternyata tidak berbekas sama sekali. Sabda Nabi: ر ب صا ئىم ليس له من صيا مه الأ الجو ع و ر ب قا ئم ليس له من قيا مه الأ الشهر Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan berapa ramai orang yang beribadah malam tidak mendapat apa-apa dari ibadahnya kecuali berjaga malam. HR Ibnu Majah 2. Di sepertiga pertama bulan Ramadan ini marilah sama-sama kita bermuhasabah pencapaian kita sepanjang bulan yang berkat ini. Khalifah Umar ibnul khattab ra pernah berkata: Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab....

Faktor-faktor jiddiyah dalam kehidupan pendakwah siri 4

Assalamu'alaikum wbth, Alhamdulillah, dapat saya bertemu dengan saudara-saudari sekalian di medan siber ini. Sehingga ke hari ini kita dapati keprihatinan pemuda dan remaja terhadap masih tegar terhadap isu Palestin, walaupun ditenggelami oleh perlawanan bolasepak piala dunia yang berlangsung selama sebulan lebih dan baru sahaja berakhir Isnin lalu. Kelab penyokong LL4G, Allah izin telah mencecah 52ribu orang lebih sehingga artikel ini ditulis. Rupanya ramalan banyak pihak yang menyatakan isu Palestin ini akan tenggelam dengan demam piala dunia agak meleset sama sekali. Cuma yang kita harapkan semangat-semangat sahaja tidak memadai. Ianya perlu dibina dengan ilmu dan tasawwur yang betul. Justeru itu, teruskanlah membaca, mengkaji, dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Dalam kesempatan ini, saya ingin menyambung topik perbincangan kita yang berkaitan faktor yang boleh meningkatkan jiddiyah. Faktor keempat ialah: Mentarbiah dalam bentuk hamasah (rangsangan/enthusiasm) dan

Faktor-faktor jiddiyah dalam kehidupan pendakwah siri 3

Salam wbth, Alhamdulillah, dapat saya bertemu dengan saudara-saudari sekalian di medan siber ini. Saya merasa amat bahagia kerana dapat menyumbang sesuatu untuk saudara kita di Palestin. Apa yg kita hadapi seperti tekanan, kurang tidur, hilang selera makan, dan sebagainya; semuanya itu amat kecil berbanding dengan apa yang dihadapi oleh rakyat Palestin yang berdepan dengan zionis Israel terkutuk. Kita mengharapkan agar selepas, kita terus menerus istiqomah membantu melalui pelbagai wasilah yang syarak. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada badan ngo yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan usaha murni ini. Hanya Allah SWT sahajalah yang mengganganjarinya. Dalam isu palestin ini, ianya menjadi isu yang menyatukan ummah, insya Allah. Dalam kesempatan ini, saya ingin menyambung topik perbincangan kita yang berkaitan faktor meningkatkan jiddiyah. Faktor ketiga ialah: Mengetahui dan jelas bahawa kita dilingkungi bahaya dan musuh sentiasa awas serta merancang t

Faktor-faktor jiddiyah dalam kehidupan pendakwah siri 2

Assalamu'alaikum wbth, Kita sedia maklum bahawa sekarang ini ada 9 orang relawan daripada Malaysia yang mewakili pelbagai badan NGO menyertai konvoi Life Line 4 Gaza, membawa bekalan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di sana. Bersama mereka ada 2 orang dari media Astro Awani. Mohon anda semua dapat bantu war2kan hal ini dan teruskan berdoa, membuat kutipan insha Allah. Kita sedia maklum bahawa misi ini adalah satu misi yang sukar dan merbahaya. Mereka berdepan dengan pengganas zionis yang angkuh dan tidak berperi kemanusiaan secara berdepan tanpa membawa apa-apa senjata; melainkan senjata do'a dan tawakkal kepada Allah SWT. Untuk makluman lanjut bolehlah melayari http://www.lifeline4gaza.org/ Dalam sesi kali ini ingin saya sambung faktor jiddiyah yang kedua iaitu:Perancangan program oleh individu dan organisasi (Al Barnamij al fardiyyah wal jama'iyyah) Yang dimaksudkan ialah setiap ahli itu merancang aktiviti-aktiviti hariannya, 'arif bagaimana masanya diha

Faktor-faktor jiddiyah dalam kehidupan pendakwah

Assalamu'laikum wbth, Apa khabar semua sahabat-sahabatku? Mohon maaf banyak-banyak kerana sudah lama tidak aktif menulis blog. Sejak diperkenalkan media sosial facebook, saya lebih cenderung menulis dan berkomentar di dalamnya. Dalam siri kali ini dan mendatang saya akan berkongsi bahan daripada kitab Al Masar karangan Sh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid, bab faktor-faktor jiddiyah dalam kehidupan seorang pendakwah. Musuh-musuh Islam sama ada yang kita nampak atau tidak sentiasa aktif bekerja. Mereka hanya tidur sedikit. Kita juga mesti bersungguh-sungguh. Jika tidak sedemikian, kita akan kalah. Jika diimbas kembali sirah sahabat Rasulullah SAW, kita dapati mereka sangat serius bekerja. Apabila sahaja ayat al Quran turun, setiap dari mereka bergegas-gegas untuk melaksanakan tujuan ayat itu. Mereka tidak sanggup menunggu-nunggu. Apabila Rasulullah SAW bersabda tentang sesuatu yang akan membawa kepada al jannah, mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu itu. Contohnya 'Umair ibnu

konsert lifeline 4 Gaza

Image

Nature of struggle between al Haq and Al batil siri 6(akhir)

Assalamu'laikum wbth, siri akhir kali ini, saya akan mengutarakan PERKARA YANG MENGHALANG KEMENANGAN. Ianya ada dua iaitu: 1.Berpecah belah "...Janganlah kamu berbantah-bantah, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu (lalu kalah) dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama yang sabar." (al Anfaal:46) 2.Riya' (Menonjol-nonjol diri) dan Ghurur (Tertipu dengan kebolehan sendiri) Contoh ghurur ialah merasakan bahawa organisasinya merasa sudah cukup kekuatan maka organisasinya boleh menang dengan kekuatan itu. Manakala riya' pula ialah menonjol-nonjolkan bahawa organisasi inilah yang sedang berjihad, mengalami penderitaan bukan semata-mata kerana Allah tetapi untuk menunjuk-nunjuk kepada orangramai, dsb. Perbuatan ini boleh mendatangkan keburukan dari Allah kepada organisasi. Penutup Kita juga fahami bahawa pertolongan Allah hanya terhadap RasulNya, tenteraNya dan mu'minuun (bukan sekadar seseorang itu muslim). Kita hendaklah merasai bahawa keja

Nature of struggle between al Haq and Al batil siri 5

Assalamu'alaikum wbth, Ma'rifatur rasul merupakan perkara yang asasi bagi Seorang Muslim.Generasi awal yang dididik oleh Ar Rasul SAW telah membuktikan kecintaan yang luar biasa kepada baginda. Justeru itu marilah kita mengambil Ar Rasul SAW sebagai Qudwah kita. Berikut adalah sambungan kepada siri lalu, insha Allah: 6.Bersabar. Kuatkan kesabaran (Musabarah) dan Bersiap siagalah di Perbatasan "Hai mu'minuun, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu (melebihi kesabaran musuh) dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertawakkallah kepada Allah supaya kamu beruntung." (ali Imran: 200) Kita dapati musuh Islam tetap bersabar walaupun mereka terpaksa bekerja keras, menderita dalam hendak menjayakan pakatan jahat mereka yang biasanya memakan masa yang panjang. Oleh itu, kesabaran kita hendaklah melebihi kesabaran mereka itu tetapi kesabaran kita adalah bersama al Haq dan penderitaan untuk menegakkan deen Allah. Perkara yang menolong kita dalam sabar d

Nature of struggle between al Haq and Al batil siri 4

Assalamu'alaikum wbth, Selamat kita mencintai rasul. Seorang Muslim yang ingin jelas fikrahnya dan bagus tarbiahnya hendaklah sentiasa membaca al Quran dan mengkaji seerah nabawiyah. Jika dia dapat berbuat yang demikian, maka dia akan beroleh manfaat yang banyak. Sebagai sambungan kepada siri lalu, insha Allah: 3. Menjadi Ansorullah "Wahai mu'minuun, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7) "...Sesungguhnya Allah pasti menolong orang-orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Mana Perkasa." (al Haj: 40) 4.Melibatkan diri dalam amal jama'ie Kalau kita lihat ayat al Haj: 40 di atas, perkataan orang-orang yang merupakan perkataan ganda (plural). Oleh itu, kerja-kerja hendaklah dijalan secara berjama'ah untuk menolong deen Allah. 5.Jihad Kita hendaklah melibatkan diri dalam pertarungan yang sebenar dengan musuh Allah walaupun ianya sangat pahit dan memerlukan pengorb

Bagaimana kita berdepan dengan beza pendapat(ikhtilaf)?

Salam, Shbt/ah yang dikasihi fillah, Dalam coretan kali ini saya ingin berkongsi mengenai tatacara kita berbeza pendapat dengan orang lain. Hal ini amat penting untuk menjaga keharmonian kita dalam menjalankan amal Islam. Dari segi etimologi ikhtilaf membawa makna tidak sepakat, tidak ada persamaan, saling bertentangan dan beza. Realiti kini menyaksikan berlakunya ikhtilaf antara para pengikut mazhab, perselisihan antara para pengikut mazhad dan yang menentangnya, perselisihan antara ahli fikih dan orang-orang tasawuf, ikhtilaf antara jemaah islam dan akhir sekali ikhtilaf sesama ahli-ahli dalam jemaah Islam. Fokus saya kali ini adalah nasihat berkaitan ikhtilaf antara jemaah Islam dan cadangan penyelesaiannya. 1.Wajib bagi seorang da’i untuk memahami dengan baik bahawa Islam ini bukan miliknya, bukan pula milik jamaahnya. Dan jamaahnya bukanlah jamaah muslimin, melainkan kita adalah jama’ah minal muslimin. Islam adalah pokok utama, sedangkan harakah islamiyah sekadar sarana.Maka, k

BEBERAPA PERKATAAN ULAMA MENGENAI QIYAMUL LAIL

Salam, Sahabat/ah yang dirahmati Allah SWT, Marilah sama-sama kita mantapkan keruhanian kita dengan melakukan qiyamullail.Inilah bekalan kita di atas jalan dakwah ini. 1)Hasan Al-Bashri Rahimahullah berkata:”Aku tidak tahu ada perbuatan yang lebih berat daripada Qiyamul Lail dan berinfaq.” Dikatakan kepada Hasan Al-Bashri: ”Kenapa orang-orang yang bertahajjud menjadi manusia yang paling tampan di akhirat?”. Hasan Al-Bashri menjawab: ”Kerana mereka dahulu berdua-duaan dengan Allah di malam hari, maka Allah memberikan mereka pakaian dari cahaya-Nya.” 2)Hassan bin Shalih mempunyai budak wanita, lalu ia menjualnya kepada salah satu kaum. Di tengah malam budak wanita tersebut bangun lalu berkata: “Hai penduduk negeri ini, solahlah kamu”. Kaum tersebut berkata: “Apakah solah subuh sudah tiba?” Budak wanita tersebut bertanya kepada mereka: “Apakah kamu hanya mengerjakan solat wajib?”. Mereka menjawb: “Ya”. Budak wanita tersebut segera pergi kepada Hassan bin Shalih lalu berkata: “Tuanku engka

Nature of struggle between al Haq and Al batil siri 3

Assalamu'alaikum wbth, Jika umat Islam kembali gemilang, kita perlu kembali kepada panduan asas yang diajarkan oleh Ar Rasul SAW kepada kita. Di dalam sesi kali ini saya ingin berkongsi faktor-faktor yang memenangkan kita ke atas golongan al batil. 1.Iman "...Dan Kami berkewajiban menolong (memberi kemenangan terhadap) orang-orang yang beriman." (ar Ruum: 47) "...Angkatan perangmu (orang musyrikin) sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu (musyrikin) sesuatu bahayapun, biarpun dia banyak dan sesungguhnya Allah berserta orang yang beriman." (al Anfaal: 19) Kita mestilah membersihkan diri kita sebelum Allah memberikan kemenangan akhir. Jika kemenangan tidak tiba, kita mestilah merujuk kepada keimanan yang ada pada diri kita. "Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib suatu kaum melainkan mereka merubah apa yang ada pada mereka" (ar Raad: 11) Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna yang kita hanya membersihkan diri kita tanpa masuk bertarung dengan pih

Nature of struggle between al Haq and Al batil siri 2

Assalamu'alaikum wbth, Sambungan daripada siri lalu berkaitan sunnah pertarungan al haq dan al batil. Semoga bermanfaat untuk kita semua di dalam memahaminya insha Allah. Melampaui batas (Baaghiah) Begitu juga, sudah menjadi sunnah Allah bahawa kekuatan/kekuasaan yang ada pada al Batil akan membuatkannya semakin baaghiah dan menindas pihak al Haq. Yakni, mereka akan menggunakan kekuatan dan kekuasaan itu melalui jalan kotor. "Sesungguhnya orang kafir itu, menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan..." (al Anfaal:36) "Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilan kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah" (an Nisaa: 76) Maka dengan itu, menjadi satu kemestian untuk pihak al Haq mempunyai kekuatan untuk melindungi mereka dari k

Nature of struggle between al Haq and Al batil siri 1

Salam, shbt/ah yg dikasihi, dalam sesi kali ini saya ingin berkongsi bahan yang dipetik daripada kitab sunan ilahiyah karangan Dr. Abdul Karim Zaidan. Bab yang dipilih ialah sunnah pertarungan di antara golongan al haq dan al batil. Semoga dengan bahan ini insha Allah kita dapat memahami konsep ini dengan jelas. Definisi al hak: Dalam lisanul Arab oleh Ibnu Manzhur disebutkan, haq adalah lawan kata dari batil. Sesuatu haq, maka ia menjadi yang haq dan akan terus tsabat(tetap) Secara etimologi adalah tetap, pasti, sah, dan benar Definisi al batil: Dalam lisanul Arab, disebutkan bathola asy syai’un iaitu hilang dengan sia-sia dan merugi Makna tadafu’ (pertarungan) Dalam lisanul Arab, addifa’ maknanya menangkis dengan kuat Apa yg dimaksud dgn haq dan batil serta pertarungan di antara keduanya? Al haq ~ yg solid, benar dan wajib mengerjakannya atau diwujudkan berupa aqidah, ucapan, perbuatan menurut hukum syara’. Al batil ~ lawan kepada al haq, iaitu tidak solid, tidak benar, wajib diti

Tauhid Al ulihiyyah

Assalamu’alaikum wbth, Sahabat/ah sekalian, semoga dalam tahap keimanan dan kesihatan yang tertinggi hendaknya. Slot kali ini saya ingin berkongsi bahan mengenai aspek aqidah yang salimah ini amat penting bagi kita semua. Bahan kali ini ialah berkaitan tauhid al-Uluhiyyah. Bahan ini merupakan ringkasan daripada kitan Usul Dakwah yang disusun oleh Dr. Abd. Karim Zaidan. Beliau kini menetap, mengajar di Universiti Iman. Dr. Abd Karim Zaidan amat gigih berdakwah melalui media penulisan. Banyak buku-buku yang dikarang oleh beliau. Antara buku beliau yang berkaitan dengna bidang dakwah an tarbiah ialah: a. Usul Dakwah b. Sunan ilahiyah c. Mustafat fi qisosil Quran. (Faedah daripada kisah-kisah daripada al Quran untuk panduan para pendakwah) Bagi sahabat/ah yang belajar di timur tengah, carilah buku-buku ini. Bacalah berulang-ulang kali agar kita semua mendapat faedah darinya. Menurut seorang rakan saya, beliau menjalani rawatan mata di Washington, DC pada 1994 lalu. Ada masalah cat

Tauhid Ar-rububiyah

Salam, Sahabat/ah sekalian, semoga dalam tahap keimanan dan kesihatan yang tertinggi hendaknya. Slot kali ini saya ingin berkongsi dan mengulangi kembali fikrah 101 yang kita sama-sama pernah pelajari dalam siri-siri halaqah sebelum ini. Aspek aqidah yang salimah ini amat penting bagi kita semua. Umat Islam perlu kuat dan mempersiapkan kekuatan dalaman kita. Jika dalaman kita lemah, amat mudah bagi musuh-musuh Islam menyuntik jarum2 mereka. Makna kalimah tauhid Kalimah tauhid bermakna mengEsakan Allah Subhanahuwata’ala. Dari sudut penghayatan dalam kehidupan, ia membawa erti mengenal, berikrar, mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah hanya sanya Allah Subhanahuwata’ala semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah ini meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan amalan. Tauhid ar-Rububiyyah Tauhid ar-Rububiyyah bermakna b

Tarbiah Islamiah: Satu tuntutan

Assalamu'laikum wbth, Mungkin kita biasa terdengar ungkapan berikut iaitu: `TARBIYAH BUKANLAH SEGALA-GALANYA, NAMUN DENGAN TARBIYAH SEGALA-GALANYA BOLEH TERCAPAI’ Hal ini amat penting bagi kita untuk memandang serius pentarbiyahan diri kita untuk menjadi insan soleh. Insan soleh ini pula adalah insan yang mampu menyolehkan orang lain yang ada di sekelilingnya. Seseorang yang berada dalam proses tarbiah sepatutnya tidaklah hanya menggunakan waktu 1-2jam seminggu untuk mendapat tarbiah melalui wasilah halaqah. Dan ia menyangka dan mengharapkan dalam masa 1-2 jam itulah masa untuknya mendapat tarbiah dan diproses. Jika ia beranggapan demikian, maka ia silap. Amat sedikit sangatlah masa yang diperuntukan baginya mendidik dirinya dan jiwanya dikesani dengan biah tarbawiyah yakni 2 jam daripada 168 jam seminggu. Justeru itu, penting bagi seseorang itu mempunyai kemampuan untuk mentarbiah dirinya sendiri. Antara aspek yang boleh seseorang lakukan merangka program hariannya, mingguann