Salam wbth,
Alhamdulillah, dapat saya bertemu dengan saudara-saudari sekalian di medan siber ini. Saya merasa amat bahagia kerana dapat menyumbang sesuatu untuk saudara kita di Palestin. Apa yg kita hadapi seperti tekanan, kurang tidur, hilang selera makan, dan sebagainya; semuanya itu amat kecil berbanding dengan apa yang dihadapi oleh rakyat Palestin yang berdepan dengan zionis Israel terkutuk.
Kita mengharapkan agar selepas, kita terus menerus istiqomah membantu melalui pelbagai wasilah yang syarak. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada badan ngo yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan usaha murni ini. Hanya Allah SWT sahajalah yang mengganganjarinya. Dalam isu palestin ini, ianya menjadi isu yang menyatukan ummah, insya Allah.
Dalam kesempatan ini, saya ingin menyambung topik perbincangan kita yang berkaitan faktor meningkatkan jiddiyah. Faktor ketiga ialah: Mengetahui dan jelas bahawa kita dilingkungi bahaya dan musuh sentiasa awas serta merancang terhadap kita.
Terdapat ayat-ayat al Quran yang menjelaskan perkara ini kepada sahabat Rasulullah SAW, yang bermaksud:
"... mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup..."
(al Baqarah: 217)
"Sebahagian besar ahli kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dari mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran..."
(al Baqarah: 109)
Perkara seperti ini membuatkan seorang muslim sentiasa awas dan bekerja. Musuh-musuh bekerja di tahap internasional.
bersambung....
`Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari' HR At Tobrani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA
DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...
-
Bismillahir rahmanirrahim, Salam, Dalam sessi kali ini saya ini berkongsi dgn sahabat-sahabat mengenai pengajaran yang boleh dipetik daripad...
-
TAJUK : KUPASAN AHLIYAH AL WUJUB( اهلية الوجوب ) DAN AHLIYAH AL ...
-
poster program Antara peserta yang ahli panel Backdrop program
No comments:
Post a Comment