Faktor-faktor jiddiyah dalam kehidupan pendakwah siri 4

Assalamu'alaikum wbth,

Alhamdulillah, dapat saya bertemu dengan saudara-saudari sekalian di medan siber ini. Sehingga ke hari ini kita dapati keprihatinan pemuda dan remaja terhadap masih tegar terhadap isu Palestin, walaupun ditenggelami oleh perlawanan bolasepak piala dunia yang berlangsung selama sebulan lebih dan baru sahaja berakhir Isnin lalu. Kelab penyokong LL4G, Allah izin telah mencecah 52ribu orang lebih sehingga artikel ini ditulis. Rupanya ramalan banyak pihak yang menyatakan isu Palestin ini akan tenggelam dengan demam piala dunia agak meleset sama sekali.

Cuma yang kita harapkan semangat-semangat sahaja tidak memadai. Ianya perlu dibina dengan ilmu dan tasawwur yang betul. Justeru itu, teruskanlah membaca, mengkaji, dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

Dalam kesempatan ini, saya ingin menyambung topik perbincangan kita yang berkaitan faktor yang boleh meningkatkan jiddiyah. Faktor keempat ialah: Mentarbiah dalam bentuk hamasah (rangsangan/enthusiasm) dan wa'adz (nasihat)

Buku yang berguna untuk menggalakkan jiddiyah ialah buku sirah sahabat Rasul SAW, terutamanya yang menyentuh aspek perjuangan dan buku pelembut hati (Ar Raqa iq karangan Muhammad Ahmad ar Rasyid)

Antara buku serah yang baik untuk dibaca ialah 60 sahabat Rasul(Ar rijal haulal rasul) oleh Khalid Muhammad Khalid. Manakala sinopsis kita Ar Raqaiq pula beliau menggariskan beberapa isi penting dalam melembut hati dan membina jiwa yang kuat dan bercita-cita besar. Bab-bab penting di dalam kitab ini antaranya kepentingan bertasbih, detik-detik berharga, permulaan yang betul, menuju kesenangan akhirat, kepentingan ukhuwwah, pohon-pohon keimanan, membatasi angan-angan dan kuburan yang membisu.

Carilah buku berikut, bacalah berulang kali dan amalkanlah. Insha Allah kita akan tergolong dalam kalangan orang yang mempunyai jiddiyah yang tinggi.

Comments

slm dakwah sekencang jihad,firdaus-salsabil.blogspot.com, be the followers
teruskan berdakwah

Popular posts from this blog

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 2?

Pengajaran daripada Surah Al Muzammil

KELEBIHAN DO'A RABITHAH