Posts

Showing posts from October, 2008

Penekanan kita masakini

Image
السلام عليكم ورحمةالله و بر كا ته Sahabat/ah sekalian, Matlamat kita yang jauh dan dekat perlu sentiasa tersemat di dalam diri kita di mana sahaja kita berada. Lebih-lebih lagi, dalam waqi’ hari ini, Islam berada dalam keadaan yang cukup gharib(asing). Islam itu datangnya dagang, dan kembali dagang sepertimana ia bermula, beruntunglah mereka yang mengambil Islam semasa ianya dagang. Maksud hadith Matlamat kita yang hakiki (ghoyah) ialah untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Manakala matlamat kita yang dekat ialah untuk melihat syariat Allah SWT tertegak di atas muka bumi ini. Justeru itu, segala gerakerja kita mestilah menjurus kepada mencapai kedua-dua matlamat tadi. Untuk mencapai matlamat di atas ummah yang ada perlu mengislah diri dan mengajak orang lain kepada deen Allah SWT. Agenda islah diri (aslih nafsaka) dan mengajak orang lain (wad’u ghaoruka) adalah adalah penekanan kita dewasa ini. Usaha ini akan kita teruskan sehingga kita dipanggil bertemu dengan Allah SWT. Dalam kesempata

A'lim Mujahid

Image
Assalamu'alaikum wbth, Shawwal pun sudah mula sampai ke penghujung. Syukur kepada Allah kerana masih memberi kita nikmat Iman, Islam dan kesihatan. Mudah-mudahan kita semua dapat menghayati Islam yang syumul ini seperti mana yang Allah kehendaki. Kebanyakan kita sekarang ini sudahpun di penghujung semester. Sudah tentu masing-masing sibuk dengan tugasan, projek, ujian, dan persiapan peperiksaan akhir. Cemerlang di dalam pelajaran adalah sebahagian daripada kerja dakwah kita. Kali saya ingin berkongsi satu kertas kerja oleh Dr. Umair Siddiqi bertajuk ‘alim mujahid . Kertas kerja ini disusun kepada pelajar Muslim hampir 20 tahun lalu. Beliau mentakrifkan: ~ Alim - penguasaan terhadap ilmu pengetahuan ~ Mujahid - bekerja dan berjuang untuk ketinggian islam Beliau ada menggariskan 5 kerja asasi kita sebagai pelajar Muslim. · Teguh dalam aqidah · Jernih dalam fikrah · Cemerlang dalam akademik · Aktif dalam da’wah · Kerjaya adalah wasilah jihad Huraian 1. Pada zaman saya belajar dulu, r

Bagaimana mengelakkan futur selepas Ramadan?

Assalamu'alaikum wbth, Tahniah kepada shbt yang sudah berjaya menghabiskan puasa sunat 6 shawwal. Dah selamat menghabiskannya kepada yang masih belum. Tema perbincangan pada minggu ini masih berkisar mengenai post mortem Ramadan, iaitu bagaimana nak mengelakkan berlakunya futur selepas Ramadan. Dr Sayyid Nuh di dalam kitabnya afatun ‘ala toriq mentakrifkan bahawa Futur bererti berhenti setelah beramal atau diam setelah bergerak. Futur juga bererti malas berkerja dan lemah. Fenomena inilah yang berlaku kepada kebanyakan kita selepas Ramadan. Setelah giat beramal di dalam Ramadan, berlaku kemerosotan mendadak. Kenapa berlaku perubahan mendadak dlm ketaatan? 1. Ada kemungkinan kurang ikhlas dlm laksana ibadah dlm bulan puasa. Ikhlas perlulah dibina dan dikawal supaya ia hadir dalam semua kerja yang kita lakukan. Firman Allah swt. : “ Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya m

Matematik amal soleh

Assalamu'alaikum wbth, Eid Mubarak! Dalam kehidupan kita yang singkat ini, ummat Muhammad SAW diberi pelbagai kelebihan. Amalan yang sedikit diganjari dengan ganjaran yang besar. Antaranya ialah Puasa sunat enam hari pada bulan Shawal Diriyawatkan drpd Abu Ayyub Al Ansari ra, bahwasanya Nabi SAW bersabda: `Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan enam hari bulan Shawal, maka seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang masa(setahun)' Menurut huraian daripada kitab Fiqh Sunnah karangan Sayyid Sabiq, pahala setahun itu diperolehi daripada formula berikut: Setiap kebaikan akan diberikan ganjaran 10x lipat. ~ Jika 1 bulan, ianya akan menjadi 10 bulan. ~ Jika 6 hari puasa sunnat = 60 hari = 2 bulan. Oleh itu, 10 BULAN + 2 BULAN = 12 BULAN = 1 tahun. Ringkasnya: Sama-sama kita merebut peluang yang diberikan oleh Allah SWT sementara ada masa lapang dan ada kesihatan.