Posts

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin, Muhammed bin Yusoff [1] 1 Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia Emel: my77@um.edu.my   KHULASAH Islam dan dakwah adalah seiring malah berkait secara langsung dengan kehidupan umat Islam yang merupakan tugas penting dan tanggungjawab setiap individu Muslim. Pelaksanaannya tidak boleh dipisahkan sama ada berdakwah kepada kelompok yang kecil seperti ahli keluarga terdekat atau melibatkan kumpulan yang besar dalam masyarakat sesebuah negara. Seluruh para nabi, rasul, sahabat, mereka yang selepasnya hingga ke hari ini meneruskan kesinambungan risalah dakwah berdasarkan metod yang sesuai. Sekarang ini, medium atau wasilah dakwah telah berubah selaras dengan peredaran masa.   Kertas kerja ini akan memberikan tumpuan kepada media dakwah terbaru yang digunakan oleh pendakw

TUSUKAN SYAITAN PADA BAYI BARU LAHIR

Image
  TUSUKAN SYAITAN PADA BAYI BARU LAHIR Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Mohd. Farhan Md. 1 Ariffin 1 Pusat Kajian Al-Quran & Al-Sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Emel: ariffin@ukm.edu.my KHULASAH Seringkali kita melihat bayi yang baru dilahirkan menangis tanpa henti. Ini menimbulkan pelbagai persoalan kepada kita mengenai punca bayi tersebut menangis.   Objektif kajian ini ialah untuk menjelaskan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan.   Metod kajian ialah melalui carian kitab syarah hadis dilakukan, dan kemudiannya dikemukakan tarjih ulama’ berkaitan hadis.   Seterusnya pengajaran hadis dan kaitan dengan keadaan semasa hari ini dilakukan.   Sebagai kesimpulannya semua Rasul adalah maksum dan dipelihara dari gangguan syaitan, dan juga yang dimaksudkan tusukan itu ialah merujuk kepada godaan syaitan kepada manusia. Kata kunci: Tusukan, syaithan,   bayi   1.0 PENGENALAN Pada saat bayi baru lahir, kita sering kali