TUSUKAN SYAITAN PADA
BAYI
BARU LAHIR
Mohd
Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Mohd. Farhan Md. 1Ariffin
1 Pusat
Kajian Al-Quran & Al-Sunnah
Universiti
Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor
Emel:
ariffin@ukm.edu.my
KHULASAH
Seringkali kita melihat bayi yang
baru dilahirkan menangis tanpa henti. Ini menimbulkan pelbagai persoalan kepada
kita mengenai punca bayi tersebut menangis.
Objektif kajian ini ialah untuk menjelaskan hadis bayi yang dilahirkan
ditusuk oleh syaitan. Metod kajian ialah
melalui carian kitab syarah hadis dilakukan, dan kemudiannya dikemukakan tarjih
ulama’ berkaitan hadis. Seterusnya pengajaran
hadis dan kaitan dengan keadaan semasa hari ini dilakukan. Sebagai kesimpulannya semua Rasul adalah
maksum dan dipelihara dari gangguan syaitan, dan juga yang dimaksudkan tusukan
itu ialah merujuk kepada godaan syaitan kepada manusia.
Kata kunci: Tusukan, syaithan, bayi
1.0
PENGENALAN
Pada saat bayi baru lahir, kita sering kali
disambut dengan tangisan mereka, yang dianggap sebagai tanda kehidpuan pertama
mereka di dunia ini. Namun, dalam budaya Islam, telah ada sebuah sebuah hadis
yang menjadi bahan pembicaraan dan diskusi semenjak dari dulu yang mengaitkan
tangisan bayi yang baru lahir dengan tusukan dari syaitan. Hadis ini telah
menimbulkan pelbagai interpretasi dan keyakinan di kalangan umat Islam, dan
menjadi subjek utama dalam kajian para sarjana serta ulama’ Islam.
Kertas kerja ini adalah untuk mengkaji serta
menggali dengan lebih dalam mengenai hadis ini melalui huraian ulama’ melalui
kitab-kitab muktabar, mengeksplorasi latar belakang hadis ini serta maknanya
dan relevansasinya dalam konteks agama. Kertas kerja ini juga adalah untuk
memahami kerumitan hadis ini dan apa yang dapat difahami dari huraian para
ulama’ terdahulu. Kertas kerja ini juga adalah untuk memahami kesan tusukan
syaitan dan dampaknya terhadap kehidupan manusia serta mengukuhkan keimanan
kita sebagai umat Islam.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kertas kajian ini
memfokuskan kepada 3 objektif yang utama:-
i.
Mencari
kitab-kitab syarah hadith berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh
syaitan.
ii.
Mengemukakan
tarjih qawi ulama’ berkaitan hadis berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk
oleh syaitan.
iii.
Mengemukakan
pengajaran hadis dan dikaitkan dengan isu semasa.
Berikut dihuraikan
takrifan kalimat syaithan dari segi bahasa dan istilah.
DEFINISI
Dewan Bahasa dan Pustaka – makhluk halus yang jahat (menggalakkan orang membuat
kejahatan.
Perkataan al-Syaitan dikatakan daripada bahasa Ibrani
yang bererti berlawanan atau musuh. Perkataan tersebut turut dipinjam daripada
bahasa Ibrani kerana ia adalah daripada bahasa Yahudi dan agama Nabi Musa as.
merupakan ajaran agama yang lebih awal daripada agama Masihi dan Islam. Selain
itu, ia dikatakan daripada bahasa Yahudi kerana mereka adalah bangsa asal yang
membicarakan tentang syaitan dalam percakapan. Namun, perkataan al-Syaitan
lebih tepat dikatakan berasal daripada bahasa Arab kerana ia mempunyai kata
dasar yang boleh membawa kepada terbentuknya perkataan al-Shaitan (al-Aqad,
1985)
Menurut sarjana bahasa, al-Shaytan berasal daripada
perkataan شطَن bererti jauh. Manakala الشَّطنُ ialah kata terbitan bagi شَطنًا
– يَشطُنُهُ – شطَنَهُ yang bererti berpaling daripada wajah dan niatnya. الشَّيطانُ
bererti segala bentuk keangkuhan dan kejahatan dari kalangan jin, manusia dan
binatang. ( Ibn Mansur 1999 ).
Berikut dijelaskan berkaitan carian hadis berkaitan hadis bayi yang
dilahirkan ditusuk oleh syaitan dari kitab-kitab syarah hadis . Antara kitab
hadis yang dirujuk ialah kitab fath al-bari
dan kitab umdah al-qari.
3.0 CARIAN DARI KITAB-KITAB SYARAH HADITH
3.1 KITAB FATH AL-BARI
Berikut dijelaskan mengenai maksud nama kitab, pengarang
kitab, dan maklumat kitab.
Maksud nama kitab : Kurniaan Pencipta
Pengarang kitab :
Al-Hafiz Shihabuddin Abu'l-Fadl Ahmad ibn Ali ibn
Muhammad, lebih dikenali sebagai Ibn Hajar al-Asqalani. Bermazhab Syafi’e dan
memulakan pengajian seusia muda dan menjadi imam sewaktu usia 12 tahun. Pernah
menjadi ketua Qadi Mesir.
Maklumat kitab :
Syarahan berbilang jilid koleksi hadis Sahih al-Bukhari
yang dikarang oleh Ibn Hajar al-'Asqalani. Diriwayatkan bahawa Ibn Hajar
mengambil masa 25 tahun untuk menyelesaikan kerjanya. Berikut dibawakan berkaitan hadis bayi yang
dilahirkan ditusuk oleh syaitan.
HADITH RIWAYAT BUKHARI
كُلُّ بَنِي آدَمَ يَطْعُنُ
الشَّيْطَانُ فِي جَنْبَيْهِ بِإِصْبَعِهِ حِينَ يُولَدُ، غَيْرَ عِيسَى ابْنِ
مَرْيَمَ، ذَهَبَ يَطْعُنُ فَطَعَنَ فِي الحِجَابِ
Ertinya:
Setiap anak adam akan ditusuk dua rusuknya oleh jari syaitan saat dia
dilahirkan kecuali Isa anak Maryam AS. Syaitan hendak menusuknya, namun dia
menusuk di sebalik hijab.
Riwayat al-Bukhari (3286)
Berikut pula dibawakan pula syarah hadith dari Fath al Bari berkaitan
berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan.
SYARAH HADITH – FATH AL BARI
Syarahan hadith berkaitan di dalam kitab Fath al-Bari
yang dinukilkan oleh Ibn Hajar adalah sangat ringkas, mengandungi beberapa
baris huraian sahaja. Untuk tujuan pembelajaran, huraian tersebut akan
diringkaskan lagi merangkumi maklumat-maklumat penting sahaja.
Kebanyakan periwayat menggunakan lafadz “Pada sisi
badannya”. Namun begitu, Riwayat oleh Abu Dzar al-Jurjani menyebutkan lafadz
“Pada kedua sisi badannya”.
Ibn Hajar menjelaskan perkataan hijab di dalam hadith ini
membawa maksud kulit yang ada janinnya ataupun kulit yang membungkus bayi
(amnion).
Berikut pula dijelaskan pula berkaitan hadis bayi yang
dilahirkan ditusuk oleh syaitan petikan dari kitab Umdah al -Qari.
3.2 KITAB UMDAH AL-QARI
Berikut dijelaskan mengenai maksud nama kitab, pengarang
kitab, dan maklumat kitab.
Pengarang kitab :
Al-Imam al-’Alamah Badr al-Din Abi Muhammad Mahmud bin
Ahmad al-’Aini. Beliau bermazhab Hanafi. Beliau merupakan seorang sufi di
Zahiriyah dan juga merupakan seorang Qadi di ‘Ainatab. Beliau juga merupakan seorang
Muhtasib (Pengawal Syariah).
Maklumat kitab :
Kitab ini mensyarahkan hadith oleh Imam Bukhari. Kitab
ini juga merupakan satu kritikan kepada kitab Fath al-Bari karangan Imam Ibn
Hajar al-Asqalani yang dikatakan lebih cenderung kepada mazhab Syafi’e. Berikut dibawakan syarah berkaitan hadis
bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan.
SYARAH HADITH – UMDAH AL-QARI
Di dalam kitab Umdah al-Qari, syarahan mengenai hadith
berkaitan juga tidak panjang iaitu merangkumi beberapa perenggan ayat sahaja.
Hanya huraian penting sahaja akan diambil bagi tujuan pembelajaran.
Menurut pengarang kitab, hadith ini berkaitan juga
dengan hadith Sahih Bukhari no. 3431 :
حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ،
قَالَ حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ، قَالَ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ ـ رضى الله
عنه ـ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ " مَا مِنْ بَنِي
آدَمَ مَوْلُودٌ إِلاَّ يَمَسُّهُ الشَّيْطَانُ حِينَ يُولَدُ، فَيَسْتَهِلُّ صَارِخًا
". ثُمَّ يَقُولُ أَبُو هُرَيْرَةَ {وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا
مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ }. مِنْ مَسِّ الشَّيْطَانِ، غَيْرَ مَرْيَمَ وَابْنِهَا
Ertinya:
Abu Hurairah berkata, “Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, ‘Tidak
ada seorang pun yang dilahirkan di antara anak cucu Adam, melainkan syaitan
menyentuhnya. Oleh itu, seorang anak menangis dengan kuat ketika dilahirkan
kerana sentuhan syaitan, kecuali Maryam dan anaknya.” Kemudian Abu Hurairah
membaca: “Dan aku berlindung kepada-Mu untuknya dan untuk keturunannya daripada
syaitan yang terkutuk” (3:36)
Dan juga hadith sahih Bukhari no 4548 :
Ertinya:
Abu Hurairah berkata, "Rasulullah S.A.W. bersabda, 'Tiada anak yang
dilahirkan melainkan syaitan menyentuhnya apabila ia dilahirkan dan menangis
dengan kuat kerana disentuh syaitan, kecuali Maryam dan anaknya." Abu
Hurairah kemudian berkata, "Bacalah, jika kamu mahu: "Dan aku
berlindung kepada-Mu (Allah) untuk dia dan keturunannya daripada syaitan yang
terkutuk." (3:36)
Menurut pandangan pengarang kitab, makna “menikam” di
dalam hadith tersebut ialah menikam dengan lembing dan sejenisnya sebagai tanda
kemenangan atau syaitan hendak menunjukkan bahawa dirinya lebih patut dihormati
dan dimuliakan. Ini adalah pendapat yang masyhur.
Menurut Abu Dzar dan al-Jurjani, makna “di sisinya” ini
menunjukkan kedua-dua sisi. Tetapi menurut Riwayat al-Akhtayn, ia bermakna satu
sisi sahaja.
Al-Jawzi meriwayatkan yang dimaksudkan dengan “hijab”
ialah kulit yang mengandungi janin, ataupun disebut sebagai plasenta.
Hadith ini menunjukkan keutamaan yang jelas untuk Nabi
Isa dan ibunya Maryam dimana syaitan ingin menguasai ibunya, namun terhalang
disebabkan keberkatan dari ibu kepada Maryam iaitu Hanna binti Faqud bin Mathan
yang telah berdoa kepada Allah dengan berkata “ Aku berlindung kepada Allah
untuk mu dan keturunanmu daripada syaitan yang terkutuk” (Ali-Imran: 36)
Al-Qurtubi mengatakan
bahawa semua para nabi dilindungi Allah dari tusukan syaitan. Ini sebagai
menunjukkan keutamaan para nabi kerana ianya khusus untuk semua para nabi.
Bukan hanya kepada nabi Isa sahaja semata-mata.
Al-Qurtubi
juga mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan tusukan itu adalah rasukan
berbentuk godaan syaitan ke atas manusia. Maka sekalian golongan wali adalah
terlindung dari tusukan tersebut kerana Allah telah berfirman di dalam surah
al-Hijr ayat 42 :
اِنَّ عِبَادِيْ لَيْسَ لَكَ
عَلَيْهِمْ سُلْطٰنٌ اِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغٰوِيْنَ
Ertinya:
Sesungguhnya kamu (Iblis) tidak kuasa atas hamba-hamba-Ku, kecuali
mereka yang mengikutimu, yaitu orang yang sesat
Di dalam ojketif seterusnya dijelaskan tarjih ulama’
berkaitan hadis bayi yang
dilahirkan ditusuk oleh syaitan.
4.0 TARJIH QAWL ULAMA’
Tarjih ulama’ berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan ada
diringkaskan di dalam Jadua 1 di bawah.
Jadual 1: Pendapat
ulama’ dan nama-nama ulama’
Berikut akan dihuraikan berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan dalam
konteks huraian dari segi bahasa, dan
huraian dengan hadis yang lain.
4.1 HURAIAN DARI SEGI BAHASA
يمَسّ yang ertinya menyentuh, jadi hadis yang menggunakan
istilah ini dapat dimaknai bahawa syaitan telah menyentuh bayi yang dilahirkan.
نزغ – ينزغ yang
artinya menusuk, dan نزغ الشيطان diertikan
dengan godaan/bujukan syaitan untuk berbuat maksiat
نخس – ينخس yang
diartikan mencucuk, dengan kata lain bahwa sentuhan yang dilakukan sehingga
membuat si objek menjadi sakit.
طعن – يطعن yang ertinya menikam dan menusuk .
Dengan makna
yang tersebut di atas, jelas
menerangkan bagaimana syaitan membuat sentuhan kepada setiap anak Adam yang
dilahirkan.
Hadis tersebut lebih memberikan pesan secara balaghi yang
berupa majaz untuk dapat dicermati maknanya.
4.2 HURAIAN DENGAN HADIS YANG LAIN
Berikut adalah beberapa hadis yang mempunyai tema yang
sama mengenai sentuhan syaithan ke atas anak Adam yang dilahirkan. Antaranya:
حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ
سَالِمٍ عَنْ كُرَيْبٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّ أَحَدَهُمْ إِذَا أَرَادَ أَنْ
يَأْتِيَ أَهْلَهُ قَالَ بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ
الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا فَإِنَّهُ إِنْ يُقَدَّرْ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ فِي ذَلِكَ
لَمْ يَضُرَّهُ شَيْطَانٌ أَبَدًا
Ertinya :
“Seandainya dari mereka berkehendak untuk mendatangi keluarganya
(menyetubuhi istrinya), maka bacalah dengan nama Allah, ya… Allah jauhkanlah
kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Kau berikan kepada kami
rizki (anak), maka sesungguhnya jika Allah berkehendak kepada keduanya anak di
kala itu maka tidak ada bahaya apapun daripada syaitan”.
HR. Bukhari pada Shahihnya, kitab do’a-do’a, bab do’a jika hendak
mendatangi istrinya, no. hadits 5909.
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ يَعْنِي الدَّرَاوَرْدِيَّ
عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ إِنْسَانٍ تَلِدُهُ أُمُّهُ عَلَى الْفِطْرَةِ
وَأَبَوَاهُ بَعْدُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُمَجِّسَانِهِ فَإِنْ كَانَا
مُسْلِمَيْنِ فَمُسْلِمٌ كُلُّ إِنْسَانٍ تَلِدُهُ أُمُّهُ يَلْكُزُهُ الشَّيْطَانُ
فِي حِضْنَيْهِ إِلَّا مَرْيَمَ وَابْنَهَا
Ertinya :
“Setiap manusia yang dilahirkan oleh ibunya adalah suci, dan kedua
oranvgtuanya lah yang menjadikannya yahudi, nasrani, atau majusi, dan jika
keduanya Muslim maka Muslimlah ia, setiap manusia yang dilahirkan oleh ibunya
akan ditekan syetan pada dadanya kecuali Maryam dan anaknya”
HR. Muslim pada Sahihnya , kitab al-Qadar, bab Makna Kullu insan
yuladu ‘ala al-fithrah, no. hadits, 4807.
Daripada dua hadis ini, dapatlah dihubungkan antara
sentuhan syaitan pada setiap anak Adam dan juga fitrah manusia ketika ia
dilahirkan. Berikut pula akan dijelaskan
mengenai pengajaran berkaitan hadis
bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan.
5.0 PENGAJARAN
HADITH
Hadis tersebut mengandungi bukti yang jelas tentang
keterlaluan Syaitan dan tenteranya dalam permusuhan mereka terhadap anak Adam.
Sehinggakan sampai ke tahap kalau nampak anak yang lemah dan lemah ketika
lahir, dia akan cepat-cepat mencucuk dan menikamnya sehingga anak itu
meninggikan suara dan menjerit. Rasulullah SAW ingin memberitahu kita tentang
permusuhan ini. Marilah kita berwaspada dengan hawa nafsu dan bisikan beliau.
Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mendidik
anak-anaknya dengan didikan agama, kerana anak adalah Amanah Allah kepada
manusia.
Syaihan adalah musuh manusia yang nyata dan ia akan
menggelicirkan manusia dari jalan yang lurus.
Ia akan menggoda manusia dengan pelbagai cara. Akan tetapi godaan syaithan hanya terbatas
kepada orang-orang yang tidak Mukhlis. Berikut
pula akan dihuraian isu semasa berkaitan hadis bayi yang dilahirkan ditusuk oleh syaitan.
6.0 ISU SEMASA
Gangguan syaithan ini bukanlah menjadi alasan untuk
manusia merasa lemah, dan menggunakan khidmat bomoh untuk mendapatkan
pendinding dari gangguannya. Perbuatan
ini boleh membawa kepada syirik kepada Allah SWT.
Islam memberikan anjuran kepada umatnya untuk memberikan
pendidikan sebaik-baiknya kepada janin, saat mengandung dan setelah bayi
dilahirkan. Seperti yang telah dilakukan Hannah binti Fakuz istri Imran yang
telah melahirkan Maryam.
Bagi para ibu mengandung, amalan yang dibuat hendaknya
mereka banyak bersabar, banyak beramal solih, berdo’a, berzikir, tilawah
(membaca) al-Qur’an, dan amalan-amalan sunnah lainnya dengan ikhlas, tawakkal,
penuh pengharapan kepada-Nya, agar akan lahir seorang anak yang saleh.
Perilaku kejiwaan seorang ibu yang sedang hamil akan
berpengaruh besar pola kejiwaan janin yang dikandungnya.
7.0 KESIMPULAN
·
Pemahaman
dengan balaghah majazi, pada ‘sentuhan syaitan’ yang dapat difahami sebagai
godaan syaitan kepada manusia, sebab syaitan tidak akan rela jika manusia tetap
berada pada jalan fitrahnya yang lurus.
·
Pemahaman
dengan bahasa kinayah, bahwa hadis tersebut merupakan contoh yang dinisbatkan
kepada Maryam dan Isa as yang asal usulnya dari keluarga yang soleh.
·
Semua
para Nabi dilindungi Allah SWT dari tusukan syaitan. Ini sebagai menunjukkan
keutamaan para nabi kerana ianya khusus untuk semua para Nabi. Bukan hanya
kepada Nabi Isa sahaja semata-mata.
8.0
RUJUKAN
Kamus dewan bahasa
dan Pustaka
Fathul Baari,
Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari, Pustaka Azzam, Jilid 17, ms. 148
Kitab Umdah Al-Qari,
syarah Sahih Al Bukhari, Imam Al Allamah, Badrudin Abi Muhammad Mahmud Ahmad Al
Aini, Juz 15
No comments:
Post a Comment