Posts

Showing posts from January, 2009

wasiat2 kepada anggota HA_MAS & Kebangkitan Islam

Salam, sdr2ku dalam Islam, Marilah kita tanpa jemu-jemu membantu perjuangan Islam di bumi2 kita dan juga di bumi Palestine. Isu Palestine adalah isu yang berkaitan dengan aqidah kita. Dalam siri kali ini saya ingin berkongsi tulisan Sh Abdullah Azzam mengenai wasiat-wasiat kepada Anggota Ha_mas dan kebangkitan Islam. Ianya ditulis pada tahun 1412H lalu. wasiat 1: Kepada anda hendaklah menikhlaskan niat, perasaan yang benar dan menjauhi riya'. Wasiat 2: Kepada hendaklah membaca al-Quran satu jz sehari. Wasiat 3: Hafazlah Al Quran setiap hari walaupun satu ayat Wasiat 4: Kepada anda hendaklah berzikir pagi dan petang Wasiat 5: Berterusanlah membaca zikir-zikir siang dan malam(al Mathurat), do'a-doa makan, perpakaian, keluar rumah, di masjid dan waktu tidur. Wasiat 6: Kuasailah tafsir2 kecil seperti jalalain, atau mukhtasar tobari dan juga riyadus salihin. Wasiat 7: Bacalah kitab Manhaj Haraki lil-seerah nabawiyah oleh munir Ghodban Wasiat 8: Bacalah kitab hayatus sohabah oleh

Palestin o palestin

Salam wbth, Marilah sama-sama mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel membedil dan membunuh rakyat Palestin di Gaza. Serangan yang bermula semenjak Sabtu, 27 Disember telah mengorban banyak nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda. Tindakan Zionis Israel membedil Gaza dan melancarkan serangan yang membabi buta terhadap rakyat yang sedang memperjuangkan bumi dan kehormatan bangsa amat mendukacitakan dan di luar batas keperimanusiaan. Kita diseru dengan segenap kekuatan menolak dan menentang tindakan keji dan kejam Israel, diskriminasi dan konspirasi yang dilakukan kepada penduduk Palestin, khususnya di Gaza. Kita diseru untuk: 1.Kepada segenap umat dan bangsa Arab dan Islam … mulai saat ini, bersegeralah membantu dan mendukung perjuangan warga Palestin, berkorban demi kesucian negeri Palestin; untuk melawan kebiadaban Zionis dan tindakan pembantaian yang kejam terhadap bangsa Palestin dengan jelas dan terang-terangan. 2. Kepada Persatuan Parlimen Arab dan

Apakah saranan Allah kepada kita?

Salam wbth, Selamat tahun baru 1430H. Maaf kerana sekian lama tidak menulis. Insha Allah sempena tahun baru Hijrah 1430 ini, akan cuba untuk istiqomah menulis berkongsi bahan. Perkara yang nak dikongsi kali ini ialah petikan surah An Nisak ayat 114. Firman Allah SWT: Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. dan barangsiapa yang berbuat demikian Karena mencari keredhaan Allah, Maka kelak kami memberi kepadanya pahala yang besar. Saranan Allah SWT yang pertama ialah: Kita perlu galakkan bersedekah dan berinfak bagi memajukan institusi Islam. Nabi SAW bersabda: Apa yang kamu makan, habis. Apa yang kamu pakai akan lusuh, apa yang kamu sedekahkan itu akan tinggal bersama kamu. Maksud hadith Tentang bersedekah ini kena saling ingat mengingat se