Posts

Showing posts from August, 2014

TEKS TAZKIRAH Bersatu Untuk Palestin

Hadirin dan hadirat , Tuan-tuan yang dihormati sekalian. 1. Saya mulakan ucapan saya pada tengahari ini dengan memetik kata-kata yang diungkapkan oleh Saidina Umar Al- Khattab RH yang sangat menyentuh hati saya, Katanya : “ Kita adalah satu ummat yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan Islam, maka jika kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka Allah SWT akan memberi kehinaan kepada kita.” Hadirin dan hadirat sekalian, Bilakah Umar mengucapkan ungkapan ini? Bilakah Umar menyusun perkataan ini? Saidina Umar mengatakan ini pada ketika yang agung dan pada satu waktu yang mulia dalam Islam. Beliau mengatakan ini ketika beliau berangkat untuk membuka Baitul Maqdis, untuk mengambil kunci-kunci Baitul maqdis yang telah kita abaikan kerana kita mengabaikan Islam. Inilah kata-kata yang mengambarkan satu keizzahan atau kebanggaan seorang pemimpin Islam ketika bergerak dengan penuh keyakinan untuk membebaskan bumi Palestin. Semangat beliau inilah yang membakar semangat seluruh um

TAZKIRAH RAMADAN - 22.7.2014M

TAZKIRAH RAMADAN MASJID BANDAR SUNWAY 22.7.2014M BERSAMAAN 25 RAMADAN 1435H FIRMAN ALLAH SWT DI DALAM SURAH AL MUZZAMMIL: الحمد لله الذى جَعَلَ صِياَم رَمضان عُرْوةً مِن عُرى الاسلام اشهد أن لااله الاالله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم على رسولك محمد وعلى آله وأصحبه اجمعين ومن تبعهم باحسان إلى يوم الدين. 1. Saya mengajak diri saya dan tuan-puan hadirin sekalian, marilah kita terus meningkatkan dan memperteguhkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan terus iltizam dan patuh kepada titah perintah Allah, suruhan dan laranganNya. 2. Marilah kita terus bersyukur ke hadrat Allah kerana kita masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan lagi kepada kita (oleh Allah) untuk kita terus berubudiyyah kepada Allah, khasnya di dalam bulan Ramadan al mubarak yang kini telah masuk dalam bahagian akhir bagi tahun ini. 3. Marilah kita terus berdo’a, mudah-mudahan kita mendapat rahmat Allah, keampunan Allah dan semoga kita dibebaskan dari azab di hari ak