Posts

Showing posts from March, 2011

Kualiti da'i Siri 4

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Di dalam siri kali ini izinkan saya untuk berkongsi kualiti yang perlu pada da'i ilallah:Zuhud 4.Zuhud (Memutuskan hubungan dengan habuan dunia) Baginda SAW telah disoal tentang apakah yang akan membuatkan Allah mencintai seseorang. Maka baginda SAW menjawab: ازهد في الدنيا يحبك الله وازهد فيما عند الناس يحبك الناس “Pisahkan dirimu dari (habuan) dunia, nescaya Allah akan mencintaimu, pisahkan dirimu dari apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mencintaimu pula.” Oleh itu dengan zuhud, Allah dan juga manusia akan mencintai kita. Mengambil Sekadar yang Perlu dari yang Halal Untuk Berdakwah Termasuk dalam pengertian zuhud ialah berpada-pada dengan perkara yang halal (yang diharuskan syara’) iaitu hanya mengambil dari dunia sekadar yang perlu untuk berda’wah. Para fuqaha' seperti Ibn Qayyim amat tidak menggalakkan kita dari memperbanyakkan yang halal kerana perkara itu hanya aka

Kualiti da'i Siri 3

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Di dalam siri kali ini dan akan datang izinkan saya untuk berkongsi kualiti yang perlu pada da'i ilallah: Cinta kepada Allah dan RasulNya Melebihi dari Cinta kepada Diri Sendiri, Keluarga dan Harta. 3. Cinta yang mendalam kepada Allah dan RasulNya akan menggerakkan seseorang untuk bekerja, membuatkannya sangat puas dan sentiasa bersedia untuk bekerja membangun deen Allah SWT. Baginda SAW telah bersabda: “Tiga perkara yang mana jika seseorang itu mempunyainya, maka dia akan merasai kemanisan (kepuasan) iman, iaitu Allah dan RasulNya kebih dicintainya dari yanng lain, kecintaannya pada seseorang hanyalah kerana Allah dan kebenciaannya terhadap kufur sebagaimana kebencian dicampakkan ke dalam neraka.” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim) Perkara ini bukanlah suatu teori tetapi adalah satu realiti bagi mereka yang sepenuhnya menumpukan perhatiannya berkhidmat untuk Allah dan menyampaikan risal

Kualiti da'i Siri 2

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Di dalam siri kali ini dan akan datang izinkan saya untuk berkongsi kualiti yang perlu pada da'i ilallah: Merasai Bertanggungjawab Terhadap Nasib Da’wah dan Islam 2 .Merasai Bertanggungjawab Terhadap Nasib Da’wah dan Islam (Syu’ur bil Masuliyyah) Sebagaimana kuffar sentiasa merasai bertanggungjawab terhadap pelaksanaan kerja batil mereka, lebih-lebih lagi kita mesti merasai bertanggungjawab terhadap nasib da’wah dan Islam. Maksudnya, kita mesti berhati-hati supaya insha Allah Islam berjaya melalui usaha kita. Begitu juga kita berhati-hati supaya Islam tidak dicederakan dengan tangan kita. Sepertimana Nabi Ibrahim a.s. merasa takut yang sebahagian dari usahanya akan menyebabkan sebahagian dari kuffar akan berpaling dari menerima Islam. Dia berdo’a: " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. dan ampunilah kami Ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah

Kualiti da'i Siri 1

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Dakwah Islamiyah adalah tugas suci atas setiap muslimin dan muslimat di muka bumi dan di mana saja mereka berada di dunia ini. Arahan dan suruhan berdakwah terdapat di dalam al Quran dan Sunnah Rasulullah saw merupakan kewajipan kita semua untuk menyeru dan menyampaikan Islam kepada masyarakat. Abu Dzar ra. apabila mendapat Islam, beliau terus menyampaikan Islam sehingga dia dipukul oleh kaum Musyrikin di Mekah. Di dalam Al- Quran terdapat banyak ayat berkaitan dakwah. Antaranya: Surah Ali Imran: 104 104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya. Surah Fussilat: 33 33. dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 14

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Di dalam kesempatan kali ini izinkan saya untuk menyambung ciri yang seterusnya cara elakkan dari berlakunya fitnah dalam sesebuah organisasi:Yakin bahawa Allah tidak mendatangkan kebaikan melalui perbuatan jahat para perosak(al musfidun) 14.Allah tidak mendatangkan kebaikan melalui perbuatan jahat para perosak Apabila kamu memulakan sesuatu dengan perbatan yang jahat, adakah kamu sangka yang kamu akan dapat kebaikan dari perbuatan itu? Contohnya, kamu menghasut perselisihan pada kalangan ahli dalam organisasi, adakah kamu rasa yang perbuatan itu akan menolong organisasi anda? Pada hakikatnya, orang yang menghasut kita supaya melanggar perjanjian amal di dalam organisasi adalah tidak beriman atau dia mengurangi imannya. Adakah kita menyangka bahawa kita akan dapat kebaikan dari orang yang tidak beriman? JAwabnya tentulah tidak. Sebarang perbuatan yang salah tidak akan membawa natijah yang berguna walaup