Thursday, March 17, 2011

Kualiti da'i Siri 2

Assalamu'alaikum wbth,

Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,

Di dalam siri kali ini dan akan datang izinkan saya untuk berkongsi kualiti yang perlu pada da'i ilallah:Merasai Bertanggungjawab Terhadap Nasib Da’wah dan Islam




2.Merasai Bertanggungjawab Terhadap Nasib Da’wah dan Islam (Syu’ur bil Masuliyyah)

Sebagaimana kuffar sentiasa merasai bertanggungjawab terhadap pelaksanaan kerja batil mereka, lebih-lebih lagi kita mesti merasai bertanggungjawab terhadap nasib da’wah dan Islam. Maksudnya, kita mesti berhati-hati supaya insha Allah Islam berjaya melalui usaha kita. Begitu juga kita berhati-hati supaya Islam tidak dicederakan dengan tangan kita.

Sepertimana Nabi Ibrahim a.s. merasa takut yang sebahagian dari usahanya akan menyebabkan sebahagian dari kuffar akan berpaling dari menerima Islam. Dia berdo’a:

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. dan ampunilah kami Ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".
(Al-Mumtanah:5)

Umpamanya, jika kita tidak melaksanakan apa yang kita ucapkan tentang Islam atau tidak menjadi contoh/model Islam, maka kuffar akan menuduh kita, kemudian berpaling dari Islam (terus menjadi kafir). Kita mestilah menjadi contoh sama ada secara individu atau secara kolektif untuk menarik mereka kepada Islam, bukannya menjauhkan lagi mereka dari Islam dengan kesilapan kita.

Bekerja Walaupun Berseorangan

Rasa tanggungjawab terhadap nasib Islam akan menggerakkan kita untuk mendirikan Islam dan organisasi Islamnya walaupun kita berseorangan di suatu tempat. Ataupun untuk meningkatkan komitmen masyarakat Islam terhadap tuntutan Islam jika tempat itu masih tiada komitmen. Kitalah yang merasai bertanggungjawab untuk tugas itu, bukanlah orang lain. Jadi setiap dari kita mestilah merasai bertanggungjawab walaupun berseorangan di tempat itu.

Tidak Menunggu Arahan Bekerja/berdakwah

Kita tidak perlulah untuk diperingatkan sentiasa atau diberi arahan untuk setiap tindakan oleh kepimpinannya. Jika tanpa arahan, kita akan menjadi malas.

Yakinlah janji Allah SWT, yang Ia akan mengajari pahala apa yang kita buat walaupun secara tidak langsung

“Sesiapa yang menyeru kepada hidayah (Allah), dia akan diganjari seperti ganjaran semua yang mengikutinya tanpa dikurangi pahala mereka. Dan sesiapa yang menyeru kepada kesesatan, dia akan diganjari seperti dosa semua yang mengikutinya tanpa dikurangi dosa mereka.”
Al Hadith

Yakinlah, walaupun kita dapat meyakinkan satu orang dengan izin Allah, tetapi setelah satu kurun, mungkin beratus-ratus orang telah mendapat hidayah (anak, cucu, cicit dan sebagainya). Begitu juga sebaliknya, jika kita membiarkan satu orang dalam kesesatan, maka kesesatan akan berkembang biak.

Kesimpulan
1. Hendaklah kita merasai syu'ur masuliyah dakwah dan Islam. Ini merupakan ikhtiar kita untuk istiqomah dan kekal dalam hidayah Allah SWT.
2. Kita hendaklah bekerja untuk Islam dan berdakwah di mana sahaja kita berada walaupun seorang diri.
3. Kita hendaklah berdakwah di mana sahaja kita berada walaupun tiada sesiapa yang mengarahkan kita melakukannya; ini kerana kita yakin dengan ganjaran pahala dan janji-janji Allah SWT.

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...