`Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari' HR At Tobrani
Sunday, March 6, 2011
Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 14
Assalamu'alaikum wbth,
Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,
Di dalam kesempatan kali ini izinkan saya untuk menyambung ciri yang seterusnya cara elakkan dari berlakunya fitnah dalam sesebuah organisasi:Yakin bahawa Allah tidak mendatangkan kebaikan melalui perbuatan jahat para perosak(al musfidun)
14.Allah tidak mendatangkan kebaikan melalui perbuatan jahat para perosak
Apabila kamu memulakan sesuatu dengan perbatan yang jahat, adakah kamu sangka yang kamu akan dapat kebaikan dari perbuatan itu? Contohnya, kamu menghasut perselisihan pada kalangan ahli dalam organisasi, adakah kamu rasa yang perbuatan itu akan menolong organisasi anda? Pada hakikatnya, orang yang menghasut kita supaya melanggar perjanjian amal di dalam organisasi adalah tidak beriman atau dia mengurangi imannya. Adakah kita menyangka bahawa kita akan dapat kebaikan dari orang yang tidak beriman? JAwabnya tentulah tidak. Sebarang perbuatan yang salah tidak akan membawa natijah yang berguna walaupun dia mempunyai niat yang baik.
Sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya di dalam Al Quran. Bahawasnaya Allah SWT tidak suka setiap pengkhianat lagi banyak dosa.
" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan. (Yunus:81)
Nasihat ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz kepada salah seorang dari gabenornya:
“Berbuatlah kamu seperti seorang lelaki yang tahu bahawa Allah tidak akan memanfa’atkan ‘amal orang yang mufsid.”
Begitu, ada sebuah kaedah yang berbunyi:
“Sesuatu yang memudharatkan hendaklah dibuang.”
Jika tidak, akan semakin bertimbun perbuatan-perbuatan yang salah. Kita ‘arif tentang contoh yang diberikan oleh Rasulullah SAW tentang sebuah kapal dua tingkat. Apabila orang di bawah hendakkan air, dia naik ke atas. Kali ini dia berkata: “Mengapa perlu kita ganggu orang di tingkat atas? Bagaimana jika kita buat lubang di sini untuk dapatkan air?” Jadi, Rasulullah SAW menyuruh kita menyekat orang bawah dari berbuat demikian untuk menyelamatkan semua orang. Jika kita tidak menyekat mereka yang melakukan kesalahan, keseluruhan jama’ah akan menderita. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati, kadangkala kita boleh kenali air muka orang yang munafiq dan perbuatannya.
Allah berfirman:
Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. dan Ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.(Al-Anfaal:25)
Apabila seseorang itu melakukan perbuatan yang benar-benar salah, kita hendaklah menyingkirkan perbuatan itu. Kita mesti menyatakan bahawa perbuatan itu salah tetapi kita mungkin mema’afkan orang yang melakukannya dan menasihatinya dari melakukannya di lain kali.
Kesimpulan
Sebuah kalimah yang ringkas yang mencakup semua aspek kebaikan dan perbaikan, dan meletakkan kita dalam realiti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA
DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...
-
Bismillahir rahmanirrahim, Salam, Dalam sessi kali ini saya ini berkongsi dgn sahabat-sahabat mengenai pengajaran yang boleh dipetik daripad...
-
TAJUK : KUPASAN AHLIYAH AL WUJUB( اهلية الوجوب ) DAN AHLIYAH AL ...
-
poster program Antara peserta yang ahli panel Backdrop program
No comments:
Post a Comment