Posts

Showing posts from 2009

Tausiyah SH. Yusuf Al Qardhawi

Image
Assalamu’alaikum wbth, Alhamdulillah beberapa minggu lalu bumi Malaysia amat bertuah kerana dikunjungi oleh Ulamak tersohor di dunia, Syeikh Yusuf Al Qardhawi. Beliau merupakan hasil produk tarbiah Imam Hasan Al Banna. Antara produk awal yang telah kembali ke rahmatullah ialah Al-Marhum Ustaz Sayyid Sabiq, pengarang kitab fiqah yang mashyur iaitu kitab fiqh sunnah. Pemberitahuan mengenai kedatangan Sheikh Yusuf Al Qardhawi, hanya diketahui oleh saya melalui sms sahabat-sahabat saya. Setelah mendapat sms, saya terfikir ini peluang baik untuk berjumpa dengan beliau secara live. Rugi jika tidak dapat hadir dan mendengar nasihat-nasihat berguna daripada beliau. Sepanjang pengalaman saya, penting untuk setiap kita sentisa mendengar nasihat dari mulut para ulamak. Iman dan amal kita akan meningkat, insha Allah. Justeru itu dalam borang mutaba’ah kita, antara senarai semaknya kita ialah agenda menziyarahi ulamak. Kali pertama saya berjumpa dengan beliau ialah semasa menghadiri konvens

Apa yang aku pelajari dalam MKP 7 baru-baru ini? Siri 2

Image
Assalamu'alaikum wbth, Pada hari kedua saya di Padang-Pariaman, saya dan berkesempatan untuk masuk satu kampung di pedalaman untuk melakukan khidmat klinik bergerak dan trauma healing. Perjalanan ke sana terpaksa melalui jalan yang mendaki gunung yang begitu berliku-liku. Pemandangannya sekeliling amat indah sekali, masya Allah. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 1 jam dari base. Sesampai di desa tersebut, didapati sudah ada beberapa orang yang menunggu kami bersama-sama dengan ketua desa. Kelihatan banyak anjing peliharaan penduduk berkeliaran di keliling van yang kami naiki. Ketua desa mencadangkan agar kami memulakan operasi klinik di bangsal sementara yang ada berdekatan dengan jambatan putus. Selang beberapa ketika, kelihatan penduduk mula datang berpusu-pusu untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Agak sukar untuk melihat wanita muslimah di sini yang menutup aurat. Ketua delegasi membisikkan kepada ketua desa yang team kami ada juga pasukan untuk melakukan trauma

Apa yang aku pelajari dalam MKP 7 baru-baru ini?~ siri 1

Image
Assalamu’laikum wbth Baru-baru lalu 24/11 -29/11/09 syukur kepada Allah kerana dipilih oleh-Nya untuk saya berkesempatan untuk bersama-sama misi kemanusiaan padang bersama-sama dengan Haluan Malaysia. Sebelum pergi saya sudah memasang niat bahawa pemergian ini adalah kerana Allah SWT. bagi membantu saudara Muslim di Padang –Pariaman yang 100% Muslim penduduknya. Bumi Minang ini juga adalah tempat kelahiran Ulama besar nusantara iaitu Allahyarham Prof. Dr. Hamka. Sesampai di sana, tugasan relawan adalah untuk melakukan klinik bergerak di desa-desa di pedalaman, trauma healing, dan melakukan korban lembu sempena Aidil Adha di kampung angkat Haluan. Secara umumnya, bumi minang ini sangat indah pemandangannya. Kawasannya dikelilingi bukit-bukau, sawah padi yang menghijau, terdapat sungai air deras lagi jernih yang membelah bumi. Saya juga berkesempatan untuk pergi ke tempat gempa di Bukit Tigo di mana penduduk kampung tertimbus di situ. Sama-sama kita doakan agar Allah memberi kepada merek

Paksalah diri ini melaksanakan kebaikan

Image
Assalamu'alaikum wbth, Rasul SAW pernah mengingatkan kita tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang beriman terutamanya di akhir zaman. Sabda Rasul SAW: `Wahai orang-orang Islam! 1. Bersiap sedialah, kerana urusan ini adalah serius 2. Bersiap sedialah, kerana saat berpindah sudah hampir 3. Carilah bekalan, kerana perjalanan ini jauh 4. Kamu kena ringankan muatan kamu, kerana di hadapan kamu terdapat halangan yang berat 5. Tidak akan berjaya merentasi perjalanan ini, melainkan orang yang ringan muatannya Wahai manusia! 1. Sesungguhnya menjelang hari Qiyamat akan berlaku keadaan-keadaan yang gawat, ketakutan yang amat sangat, masa yang amat genting 2. Di waktu itu golongan yang zalim berkuasa, golongan fasiq mempunyai kedudukan penting, golongan yang mengajak makruf ditindas manakala golongan yang melarang munkar ditekan 3. Jadi perlu sedia dan kuatkan IMAN, berpautlah kepada keimanan ini sekuat-kuatnya(gigit dengan gigi geraham), perbanyakkan ‘amal soleh, da

Merasa bahagia dalam memberi

Assalamu'alaikum wbth, Dalam siri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit bahan berkaitan keperluan merasai bahagia dalam memberi. Inilah sifat yang perlu ada pada kita semua dalam mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Justeru itu saya ingin berkongsi satu hadith berkaitan dengan tema penulisan kali ini. Sabda Rasul SAW: خير الناس أنفعهم للناس Maksudnya: `Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat bagi manusia lain.' HR At-Tabrani Manusia secara umumnya memiliki kecenderungan untuk memberikan manfaat kepada orang lain. Berdasarkan hadith di atas, Ar Rasul SAW menjelaskan bahawa kita boleh menjadi orang yang terbaik di sisi Allah SWT dengan kita memberi sumbangan dan manfaat kepada orang lain. Semakin banyak manfaat yang kita berikan kepada manusia, bererti semaki

Menjadi Mukmin soleh dan Muslih

Assalamu’laikum wbth, Kekuatan kita yang sebenar adalah bergantung kepada sejauh kita berhubung(ta’alluq) dengan Allah SWT. Semakin kuat kita dengan Allah SWT, semakin kuat pula bantuan dan keberkatan yang akan diberikan Allah SWT kepada kita. Abul A’la Al Maududi telah menggariskan asas ta’alluq dengan Allah SWT di dalam bukunya yang bertajuk, ‘Guidelines for Islamic Workers’. Beliau menggariskan antara faktor-faktor yang menyuburkan hubungan kita dengan Allah SWT ialah dengan melakukan solat, siyam, zikrullah dan infaq. Aspek yang ingin ditekan dalam bicara kali ini ialah, saya ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian agar karib dengan rumah Allah SWT. Amalan rajin berjemaah semasa dalam bulan Ramadan lalu perlu diteruskan. Biarlah kita dikenali oleh kawan-kawan kita yang kita adalah orang yang rajin memakmurkan surau dan masjid. Jiwa kita rasa resah jika tidak dapat solat berjemaah di rumah Allah SWT. Jika tidak mampu solat berjemaah lima kali sehari di rumah Allah SWT, sebaik

Post mortem Ramadan

Image
Assalamu'alaikum wbth, Tahniah kepada shbt yang sudah berjaya melalui madrasah Ramadan dengan jayanya. Eid Mubarak. Taqabbalallahu minna wa minkum, siyamana wa siyamakum Selamat menghabiskan puasa sunat 6 shawwal, insha Allah. Diriyawatkan drpd Abu Ayyub Al Ansari ra, bahwasanya Nabi SAW bersabda: `Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan enam hari bulan Shawal, maka seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang masa(setahun)' Menurut huraian daripada kitab Fiqh Sunnah karangan Sayyid Sabiq, pahala setahun itu diperolehi daripada formula berikut: Setiap kebaikan akan diberikan ganjaran 10x lipat. ~ Jika 1 bulan, ianya akan menjadi 10 bulan. ~ Jika 6 hari puasa sunnat = 60 hari = 2 bulan. Oleh itu, 10 BULAN + 2 BULAN = 12 BULAN = 1 tahun. Tema perbincangan pada kali ini masih berkisar mengenai post mortem Ramadan , iaitu bagaimana nak mengelakkan berlakunya futur selepas Ramadan?. Semasa membuat persediaan ceramah Ramadan untuk staf-staf di Kilang Denso, Bangi

Amalan hari raya Eid Fitri

Salam, Sahabat-sahabat sekalian, 1. Selamat menyongsong fajar satu Syawal. Semoga kita benar-benar meraih darjat taqwa. Taqabbalallahu minna wa minkum, siyamana wa siyamakum 2. Anjuran menghidupkan malam hari raya. Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra. Daripada Ar Rasul SAW sabdanya: Barangsiapa bangun beribadah pada malam dua hari raya dengan mengharapkan redha Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hati matinya hati. HR At Tobrani 3. Ulangkaji adab dan amalan pada hari raya a. Mandi, memakai wangian dan pakaian cantik b. Makan sebelum keluar solat c. Pergi solat hari raya d. Mengambil jalan pergi dan pulang yang berbeza daripada masjid e. Berhibur syar’i dan menjamu selera f. Sunat ucap tahniah dan Taqabbalallahu minna wa minkum g. Bertakbir h. Menghidupkan malam hari raya. Maaf Zahir Batin

Aura ulamak Palestine, cetus kesedaran dan semangat baru

Image
Salam, Saudaraku dalam Islam,Marilah kita tanpa jemu-jemu membantu perjuangan Islam di bumi-bumi kita dan juga di bumi Palestine. Isu Palestine adalah isu yang berkaitan dengan aqidah kita. Semalam, saya berkesempatan bertemu ulamak palestin yang datang ke Malaysia baru-baru ini. Sh. Abu bakr namanya. Beliau adalah penasihat kanan Ulamak Palestin yang dibawa khas daripada Syria. Beliau dibawa oleh sekretariat Haluan palestin untuk roadshow di seluruh negara. Tahniah diucapkan. Beliau sampai di Masjid berdekatan dengan rumah saya utk ceramah dan terus iftar bersama-sama dengan hadirin yang hadir di masjid. Saya bertuah kerana dapat makan setalam dengan beliau. Beliau buta matanya akibat seksaan oleh regim zionis laknatulah. Sempat taaruf ringkas dengannya semasa iftar, beliau menjemput untuk ziyahinya apabila melakukan kunjungan ke Damsyik, Syria iaitu tempat tinggalnya sekarang. Dia juga menasihatkan agar orang yang nak laksana kerja-kerja Islam mesti menjaga hubungan dengan Allah, jau

Menghidupkan 10 akhir Ramadan

Assalamu'alaikum wbth, Marilah kita bersyukur kepada Allah kerana kita dipanjangkan umur dan diberi kesempatan lagi oleh-Nya untuk terus berubudiyah kepada Allah khasnya di dalam bulan Ramadan al mubarak yang kini telah masuk dalam bahagian akhir bagi tahun ini. Kita berdoa semoga kita mendapat rahmat daripada Allah, mendapat keampunan-Nya, dan mendapat kebebasan daripada api neraka. Seperti yang dinyatakan dalam hadith Bermaksud: Bulan Ramadan, di awalnya adalah rahmah, di pertengahannya adalah maghfirah dan di penghujungnya bebas daripada api neraka. Sememangnya dalam bulan Ramadan ini Rasul SAW banyak berdo’a di samping ibadah dan kerja-kerja makruf yang dilipatgandakan semata-mata mencari redha Ilahi. Rasul SAW juga menggalakkan umatnya berdo’a di masa iftar serta menjelaskan yang do’a pada masa itu akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sabda Rasul SAW: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika ia berbuka terdapat do’a yang tidak ditolak.’

TUJUH MARHALAH DA'WAH FARDIYYAH: Siri 5

Salam wbth, Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Ramadan kareem kepada sahabat-sahabat sekalian. Semoga Ramadan kali ini lebih dari yang sebelum ini. Mari menjadikan madrasah ramadan bakal tiba ini menjadi medan latihan untuk mendidik dan menguatkan stamina iman dan mengawal hawa nafsu agar tunduk dan patuh kepada Allah SWT, insha Allah. MARHALAH KEENAM: MEMAHAMI KEPERLUAN BERJAMA’AH Di tahap ini, kita menjelaskan kepada mad’u bahawa semua kewajipan yang dinyatakan di atas tidak mungkin dapat dilaksanakan secara individu. Bahkan, sebuah jama’ah diperlukan untuk menggabungkan semua potensi dan kekuatan bagi memikul tanggungjawab tersebut. Oleh itu mad’u dibimbing agar: 1) Memahami hahawa kewajipan membangunkan Islam tidak dapat dilaksanakan secara fardhi (secara individu). 2) Memahami bahawa jama’ah adalah satu kemestian demi untuk menyatupadukan segala usaha fardhi. Mad’u perlu memahami usaha secara jama’i adalah (berorganisasi) berdasarkan kaedah Islam yang terkenal: ما ل

TUJUH MARHALAH DA'WAH FARDIYYAH: Siri 4

Salam, rakan-rakan yang dirahmati Allah SWT, Selamat menyambut persiapan menghadapi Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Semoga Ramadan kali ini akan lebih bermakna untuk membakar semangat dakwah, tarbiah dan jihad kita. Sebagai sambungan sesi lalu mengenai Dakwah fardiah, marhalah kelima yang seterusnya ialah: MENGHAYATI HIDUP DAN MEMAHAMI PENGERTIAN UMMAH Di tahap ini diperjelaskan kepada mad’u bahawa din Islam adalah din jama’i. Islam adalah sistem kehidupan, hukum, perundangan, kenegaraan, jihad dan kesatuan ummat. Pemahaman terhadap perkara ini akan mendorong beliau bersedia memikul segala kewajipan dan tanggungjawab semata-mata kerana Allah Subhanahuwata’ala agar masyarakat berdiri di atas prinsip-prinsip Islam dalam segala aspek kehidupan. Maka: 1) Beliau dijelaskan bahawa tidak mencukupi dengan hanya menjadi muslim untuk diri sendiri sahaja. 2) Beliau perlu sedar bahawa Islam adalah merangkumi urusan-urusan jama’ah dan masyarakat. Islam merupakan sistem hidup y

TUJUH MARHALAH DA'WAH FARDIYYAH: Siri 3

Salam, Selamat bertemu lagi di alam siber. Semoga kita semua sentiasa tertingkat dari hari ke hari. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam, hari esok lebih baik daripada hari ini. Hal inilah yang dimiliki oleh pada Sahabat rhm. Mereka bermotivasikan sabdaan junjungan besar Muhammad SAW: `Barangsiapa yang dua harinya sama, maka ia tergolong dalam kalangan orang yang rugi' Al-hadith Sebagai pembukan bicara saya ingin memperkatakan tentang sifat yang perlu ada pada penyeru manusia kepada Allah SWT. Antara sifatnya ialah: sentiasa memperhatikan keaipan diri llebih daripada menilai orang lain. Ke’aiban dalam jiwa sendiri sudah cukup menyibukkan untuk diperbaiki daripada melihat ke’aiban orang lain. Maksudnya, berikanlah keutamaan untuk memperbaiki diri. Dalam thora-iq tarbiyyah yang telah kita pelajari menjelaskan tentang perimustahaknya proses mu’alaja

TEORI PENDIDIKAN

Salam wbth, Pendidikan sama ada ianya berbentuk pendidikan Islam atau yang bukan Islam adalah didasarkan di atas satu hakikat iaitu memungkinkan keberkesanannya kepada jiwa manusia hasil dari rangsangan-rangsangan atau persekitaran yang dirancang atau yang tidak dirancang dalam berbagai aspek kehidupan manusia. Tujuan Pendidikan (Tarbiyyah) Kita Matlamat pendidikan kita yang menjadi sekarang ini ialah untuk melahirkan individu yang melengkapi syarat-syarat kekuatan keislaman yang dikehendaki pada seseorang individu dan masyarakat yang dibentuk selaras dengan keperibadian Islam. Pertambahan Ahli Selaras Dengan Kemampuan Pendidikan Suatu hal yang akan mengecewakan tujuan da’wah kita ialah da’wah tanpa iringan dengan pembentukan. Da’wah yang berkembang secara meluas sebelum ada barisan penda’wah yang benar-benar mampu mengendalikan urusan Tarbiyah terhadap mereka yang dida’wahkan. Oleh itu sepanjang perjalanan da’wah Islamiyyah perlu terdapat perseimbangan di antara keluasan penyebar

TUJUH MARHALAH DA'WAH FARDIYYAH: Siri 2

Assalamu'alaikum wbth, PETAKA MENINGGALKAN DA’WAH Melalui da’wah, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah berjaya mengangkat mertabat manusia menjadi makhluk yang mulia. Da’wah telah berjaya menyebarkan kebahagiaan, kedamaian dan ketenteraman yang hakiki. Jejak langkah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah diikuti oleh para sahabatnya dan diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Walaupun Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah wafat, namun tanggungjawab da’wah tidak berhenti. Tanggungjawab da’wah adalah tanggungjawab kita yang berterusan. Meninggalkan da’wah mengundang bahaya yang banyak. Yakni, bahaya kepada individu, keluarga, masyarakat dan manusia seluruhnya. Antara bahaya-bahaya meninggalkan da’wah ialah: 1) Mendapat Dosa Meninggalkan da’wah bererti meninggalkan kewajipan. Al-Quran telah menggariskan betapa tugas da’wah adalah wajib, antaranya: Bermaksud: Serulah (manusia) kepada jalan Rab-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka

TUJUH MARHALAH DA’WAH FARDIYAH siri 1

Assalamu'alaikum wbth, Melalui da’wah, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah berjaya mengangkat mertabat manusia menjadi makhluk yang mulia. Da’wah telah berjaya menyebarkan kebahagiaan, kedamaian dan ketenteraman yang hakiki. Jejak langkah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah diikuti oleh para sahabatnya dan diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Walaupun Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah wafat, namun tanggungjawab da’wah tidak berhenti. Tanggungjawab da’wah adalah tanggungjawab kita yang berterusan. MARHALAH PERTAMA: MENGENALI MAD’U DAN MEMBINA HUBUNGAN Pada tahap ini kita harus berusaha agar mad’u merasakan bahawa kita mengambil berat tentang mereka. Bertanya khabar di kala mereka tidak ada. Kita belum lagi berbicara secara langsung tentang da’wah, agar hati mereka lebih terbuka dan bersedia untuk menerima apa yang diperkatakan. Pada tahap ini, lagi banyak perhatian yang diberikan kepada mad’u maka akan lebih banyak penerimaan yang akan diper

Sedikit tazkirah buat para da'i

Assalamualaikum, Sekadar berkongsi bahan tazkirah yang saya perolehi daripada sahabat baik saya, Abu Zahid. Semoga bermanfaat. Semuga kalian semua di dalam suasana iman, taqwa dan jhd yang berterusan. Sesungguhnya... Islam, Da'wah, trbyh dan jhd adalah suatu yang perlu dilaksanakan secara benar... Medan berfikir/berfikrah tak sama dgn medan bercakap, Medan Bercakap tak sama dgn medan beraktiviti, Medan beraktiviti tak sama dgn medan beraktiviti yang benar (mengikut keaslian manhaj [asolah da'wah], tuntutan semasa dan berjamaie), Medan aktiviti yang benar tak sama dgn medan aktiviti yang berterusan (sabar & ada pengorbanan) KESIMPULANNYA KITA WAJIB TERJUN KE SEMUA MEDAN... KEKUATAN kita terbentuk hanya bila kita BERADA di DALAM MEDAN (bukan di tepi-tepi medan) Tertingkatnya... Tarbiyah - apabila kita berada di dalam medan tarbiyah - WUJUD PENINGKATAN TASSAWUR, SYU'UR, & MASULIYAH. Da'wah - apabila kita berada di dalam medan dakwah - MENINGKAT PRODUKTIVITI DA'

KELEBIHAN DO'A RABITHAH

Salam wbth, Do’a rabitah merupakan sebahagian dari risalah Al –Mathurat , iaitu wirid yang dibaca oleh aktivis dakwah pada pagi dan petang, baik sebagai rangkaian wazhifah kubra atau sughra. Biasanya dilakukan secara sendirian atau berjemaah. Do’a rabitah ini istimewa berbanding dengan doa’-doa’ yang lain. Antaranya:- PERTAMA: Do’a ini disusun untuk para aktivis dakwah, agar mereka selalu mengingat prinsip-prinsip perjuangan dengan membaca do’a ini. KEDUA: Doa’ ini bertujuan mengkonsolidasikan dan menyatukan hati pada aktivis dakwah KETIGA: Dengan do’a rabithah ini kita memahami bahawa gerakan dakwah adalah jamaah, bukan jam’iyyah, dan syirkah. Jamaah adalah wadah yang mengumpulkan hati-hati dan fizikal anggota dalam waktu yang sama, bahkan pertemuan hati perlu lebih intensif dan tidak boleh terputus dibandingkan denganpertemuan secara fizikal dalam pertemuan tanzim maupun yang lain. Jami’yyah ertinya organisasi massa, yayasan, NGO, partai politik dan sebagainya. Pertemuan ini u

Jumlah banyak , tapi aktiviti sedikit

Salam, sahabat dan sohibah yang dikasihi sekalian, Dalam kesempatan kali ini izinkan saya mengulas satu penulisan yang ditulis oleh Dr Najih Ibrahim daripada kitab beliau yang berjudul risalatun ila kulli man ya'malu lil islam. Di dalam kitab ini beliau menyentuh satu bab yang amat penting untuk mereka yang berada dalam arena dakwah dan tarbiah. Menurut beliau, jumlah mereka yang berada jemaah Islam hari ini boleh dikatakan ramai. Biasa ada dalam satu-satu kawasan hampir ratusan ahli. Walupun jumlah ahli ramai, jika dihitung orang yang beramal untuk Islam secara serius , maka jumlah mereka tidak lebih daripada puluhan sahaja. Bahkan, kita dapat menghitung jumlah mereka dengan jari dan hafal nama-nama mereka. Mari pergi yang lainnya? Adakah mereka sekadar berpuas hati dengan tahap sekarang ini dan tidak ingin berganjak menuju tahap yang lebih tinggi?Adakah memadai menjadi pendengar sahaja, menghadiri halaqah, pertemuan-pertemuan dakwah, seminar , membaca buletin dakwah. Itu s

Pengajaran daripada Surah Al Muzammil

Bismillahir rahmanirrahim, Salam, Dalam sessi kali ini saya ini berkongsi dgn sahabat-sahabat mengenai pengajaran yang boleh dipetik daripada Al Muzammil. Huraian ini berdasarkan pengajaran dalam konteks Dakwah dan tarbiah oleh Dr Abd Karim Zaidan dalam kitabnya: Mustafad fi qisosil Quran. 1. Hai orang yang berselimut (Muhammad), 2. Bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari[1525], kecuali sedikit (daripadanya), 3. (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. 4. Atau lebih dari seperdua itu. dan Bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. 5. Sesungguhnya kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat. 6. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. 7. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). 8. Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. 9. (Dia-lah) Tuhan masyrik dan maghrib, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, M

Hakikat Cinta Siri 4 (Akhir)

Salam wbth, Seandainya cinta kepada manusia, harta dan dunia berasaskan hawa nafsu semata-mata (tidak berasaskan ‘aqidah yang benar), maka ia akan menjatuhkan seseorang kepada cinta yang hina. 3. Cinta yang Hina Cinta yang hina akan menjatuhkan darjat dan nilai kemanusiaan. Antaranya: Cinta atau kasihkan taghut serta bertuhankan manusia atau makhluk. Contohnya: a. Cinta atau menyembah patung dan berhala. b. Cinta serta memuja artis-artis, ahli-ahli sukan dan sebagainya. Cinta atau kasih terhadap musuh-musuh Allah Subhanahuwata’ala. Cinta dan menurut kemahuan hawa nafsu atau syahwat yang keji dan berdosa. Ghairah melakukan perbuatan ma’siat. Mengutamakan kasih terhadap ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga, harta kekayaan dan perniagaan melebihi kasihkan Allah Subhanahuwata’ala, Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya. Kata Omar bin Al-Khattab Radhiallahu’anhu: ‘Demi Allah, ya Rasulullah sesungguhnya kamu yang paling aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku’. Maka Rasulull

8 kompetensi teras bagi menjadi k-pelajar

Assalamu'alaikum wbth, Berikut ada 8 perkara yang menjadi teras kepada knowledge (students/workers) dalam era sekarang ini. 1.Kemahiran Berfikiran Strategik 2.Kepertanggungjawaban Ilmu 3.Belajar Berterusan 4.Menyumbang dlm Pasukan Inovatif 5.Disiplin Profesional 6.Innovatif and Kreatif 7.Setminda Berfokus Penyelesaian 8.Pembaikan Diri semoga bermanfaat.

MEMPERBAHARUI KEIMANAN YANG USANG

Image
Rasul SAW bersabda: Sesungguhnya iman dalam hati salah seorang kamu akan usang dan lusuh seperti mana usang dan lusuhnya pakaian. Oleh itu , mohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman dalam hatimu. HR At Tabrani Huraian: Dalam hadith ini Nabi SAW menjelaskan bahawa hati seorang Muslim akan menjadi usang. Bila iman lusuh , kita jadi lemah dan tidak mampu untuk meningkatkan amal kebaikan. Juga kita tidak mampu untuk menahan diri dari lakukan perkara yang kamruh dan sia-sia. Oleh itu kita berkewajipan untuk sentiasa memperbaharui iman agar hati kita sentiasa bersinar dan memiliki hidayah Allah PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN USANGNYA IMAN Meninggalkan tilawah Al Quran Kurang berzikir dan suka bermalas-malas Sibuk dengan urusan dunia Cinta kepada isteri dan anak-anak secara berlebihan Rujukan: Syarah lengkap Arba'in Ruhiyah, Fakhrudin Nusyam, Bina In

Cinta Rasul SAW

Assalamu'alaikum wbth, KEWAJIPAN SEORANG MUKMIN TERHADAP RASUL SAW § MENGHIDUPKAN SUNNAHNYA – BAIK DALAM IBADAH KHUSUS MAUPUN UMUM, KITA HENDAKLAH MENGHIDUPKAN SUNNAH BAGINDA AGAR DAPAT KEBERKATAN ALLAH § MENPERBANYAK SELAWAT KE ATASNYA – TANDA CINTA DAN BANGGA DAPAT DIBUKTIKAN DENGAN BANYAKKAN SELAWAT ATAS BELIAU. § MENGIKUT MANHAJNYA – NABI SAW ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA SISTEM ISLAM; MAKA MENGIKUTI MANHAJNYA ADALAH KEMESTIAN § MEWARISI RISALAHNYA – MENJAGA, MEMBELA DAN MEMPERJUANGKAN RISALAH BELIAU (DAKWAH, TARBIAH DAN JIHAD) Sama-samalah menjadikan Rasul SAW sebagai Qudwah kita.

Hakikat Cinta Siri 3

Salam wbth, Kisah 2: Diriwayatkan daripada Al-Baihaqi bahawa terdapat seorang wanita dari kaum Ansar di mana bapa, suami dan saudaranya terbunuh di dalam medan perang Uhud. Sebaik saja disampaikan berita itu lalu ia berkata: Bagaimanakah Rasulullah?. Maka jawab para sahabat: Baginda dalam keadaan baik seperti yang kamu sukakan. Kata wanita lagi: Tunjukkanlah kepadaku agar aku dapat melihatnya. Setelah beliau melihat baginda lalu beliau berkata: Setiap bencana selepas kamu (selepas kamu terselamat), akan datang kegembiraan. 2. Cinta Pertengahan Maksud cinta pertengahan ialah tarikan hati, ikatan perasaan dan emosi yang lahir dari ‘aqidah atau iman seseorang insan terhadap keturunan, keluarga, kaum kerabat, harta benda dan sebagainya. Maka hasilnya ia akan berhubung erat dengan apa yang dicintainya itu dengan cara yang diredhai Allah Subhanahuwata’ala. Allah Subhanahuwata’ala mengiktiraf kesemua perasaan hati ini tetapi ia menduduki tempat yang kedua, iaitu selepas kecintaan kepada Allah