Sunday, September 13, 2009

Aura ulamak Palestine, cetus kesedaran dan semangat baru

Salam,

Saudaraku dalam Islam,Marilah kita tanpa jemu-jemu membantu perjuangan Islam di bumi-bumi kita dan juga di bumi Palestine. Isu Palestine adalah isu yang berkaitan dengan aqidah kita.


Semalam, saya berkesempatan bertemu ulamak palestin yang datang ke Malaysia baru-baru ini. Sh. Abu bakr namanya. Beliau adalah penasihat kanan Ulamak Palestin yang dibawa khas daripada Syria. Beliau dibawa oleh sekretariat Haluan palestin untuk roadshow di seluruh negara. Tahniah diucapkan.



Beliau sampai di Masjid berdekatan dengan rumah saya utk ceramah dan terus iftar bersama-sama dengan hadirin yang hadir di masjid. Saya bertuah kerana dapat makan setalam dengan beliau. Beliau buta matanya akibat seksaan oleh regim zionis laknatulah. Sempat taaruf ringkas dengannya semasa iftar, beliau menjemput untuk ziyahinya apabila melakukan kunjungan ke Damsyik, Syria iaitu tempat tinggalnya sekarang. Dia juga menasihatkan agar orang yang nak laksana kerja-kerja Islam mesti menjaga hubungan dengan Allah, jauhi maksiat, kuat tilawah Al Quran, kuat laksana qiyamullail dan melakukan puasa sunat. Inilah sumber kekuatan yang ada kepada pejuang-pejuang Islam yang ada di Palestine.



Selesai solat Maghrib beliau meneruskan sesi ceramahnya. Antara isi penting yang diberikan ialah dia mengatakan dia mencintai kita kerana Allah, kerana kita semua adalah muslim. Dia memuji nenek moyang kita kerana memeluk Islam dengan menggunakan aqal dan berfikir dan bukannya kerana paksaan.




Beliau juga mengajak kita sama-sama berjihad membantu saudara-saudara kita di bumi Palestin. Kita di sini berpuasa dalam keadaan yang aman damai. Namun saudara-saudara kita di sana berada dalam keadaan yang keperitan yang amat sangat. Menurut beliau, kategori jihad ini adalah pelbagai, iaitu jiahd dengan harta, jihad dengan ilmu, jihad dengan tenaga, dan yang tertingginya ialah dengan nyawa. Beliau menekankan agar kita juga boleh melakukan jihad dengan banyak berdo'a. Do'a menurut rasul SAW: doa' adalah senjata mukmin. dan juga adalah ibadah.


Justeru itu, kita perlu banyak berdo'a agar Allah SWT membantu perjuangan Islam di Palestin. Sh Abu Bakar juga membawa mesej dan pesanan dari wanita-wanita palestine khusus kepada wanita-wanita Islam di Malaysia. Antara yang saya ingat ialah:

- kami telah merelakan agar kami menjadi janda, suami-suami kami syahid berjuang pada jalan Allah.


- kami telah merelakan anak-anak kami berjuang dan syahid pada jalan Allah


- kami telah merelakan rumah-rumah kami musnah kerana dihancurkan oleh zionis laknatullah


- kepada wanita-wanita di malaysia, apakah sumbangan anda? apa yang akan anda jawab di hadapan Allah SWT di akhirat nanti, dalam usaha membantu perjuangan Islam di Palestine?



Inilah mesej yang perlu kita sama-sama fikir-fikirkan.

Renungan:


1. Saya merasa terkesan dengan pertemuan ringkas dengan Sh Abu Bakar dan ceramah yang beliau sampaikan. Sedikit sebanyak, ianya dapat menaikkan semua syu'ur jihad agar lebih sungguh-sungguh melaksanakan kerja dakwah, tarbiah ini.


2. Orang palestin yang berjuang, berbincang sesama mereka tingkat syurga mana yang mereka nak miliki. Berbanding dengan kita yang hanya mengharap2 untuk dapat masuk syurga sahaja. Itupun, ramai yang tidak sungguh-sungguh untuk laksana amanah Islam ini.


3. Ajakan saya, sebagai ulangan saya ingin menyebut kembali posting saya pada awal januari lalu mengenai pesanan Sh Abdullah Azzam kepada pejuang-pejuang Islam di Palestin khususnya dan umumnya kepada amilin Islam di seluruh dunia.


Wasiat 1:Kepada anda hendaklah menikhlaskan niat, perasaan yang benar dan menjauhi riya'.


Wasiat 2:Kepada hendaklah membaca al-Quran satu jz sehari.


Wasiat 3:Hafazlah Al Quran setiap hari walaupun satu ayat


Wasiat 4:Kepada anda hendaklah berzikir pagi dan petang


Wasiat 5:Berterusanlah membaca zikir-zikir siang dan malam(al Mathurat), do'a-doa makan, perpakaian, keluar rumah, di masjid dan waktu tidur.


Wasiat 6:Kuasailah tafsir2 kecil seperti jalalain, atau mukhtasar tobari dan juga riyadus salihin.Wasiat


7:Bacalah kitab Manhaj Haraki lil-seerah nabawiyah oleh munir GhodbanWasiat 8:Bacalah kitab hayatus sohabah oleh Muhammad Yusuf Kandahlawi


Wasiat 9:Bacalah kitab fiqh sunnah oleh Sayyid SabiqWasiat


10:Bacalah kitab iman, rukun-rukunnya dan perkara2 yang membatalkan imanWasiat 11:Milikilah kitab tarikh islami oleh Ahmad SyakirWasiat


12:Jgnlah anda membuang masa yang ada, perhatikanlah buku 2 Islam terutamanya Rasail Hasan Al Banna, keluarga Qutub, Said Hawa, Mustafa Masyhur, Al Qardhawi, Fathi Yakan, Maududi, Muhamad Abu Faris, Ahmad Naufal, Muhammad Ahmad Ar Rasyid dan Jasim Muhalhal.Wasiat


13:Peliharalah anggota badan dari maksiat nescaya Allah akan memelihara anda dengan kecergasan dan kekuatan.


Wasiat 14:Janganlah anda mencari teman kecuali yang mukmin dan tidak makan bersama-sama orang yang bertaqwa.


Wasiat 15:Hindarilah dari perkara-perkara yang haram khasnya wanita.


Wasiat 16:Hendaklah anda tidur awal dan bangun awal serta tida ktidur selepas Subuh.


Wasiat 17:Kepada anda hendaklah bangun qiyamullail


Wasiat 18:Tanamkan niat untuk jihad dan bersedialah untuknya dan mengambil bekalan untuknya.

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...