Posts

Showing posts from January, 2011

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 9

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Surah Al Ahzab memberikan kepada banyak pengajaran agar kita umat Islam sentiasa berhati-hati terhadap orang munafiq dan orang Yahudi dan musyrik. Di dalam memerangi Islam mereka bersatu menyerang sama ada secara terang-terangan ataupun secara halus. Satu aspek yang ingin dikongsi ialah surah Al Ahzab ayat 4. ` Allah tidak menjadikan bagi seseorang itu dua hati di dalam rongga dadanya' Menurut Sayyid Qutb di dalam tafsir Fi zilalil Quran, manusia memounyai satu hati sahaja. Ia perlu mempunyai satu neraca sahaja untuk menimbang nilai urusan hidupnya. Tidak ada campur aduk mengambil nilai Islam dan dalam masa yang sama mengambil nilai yang bukan Islam. Inilah seperti kata Sh Mustafa As Siba'i: Dua cinta yang mana mungkin dapat bersama..... Oleh kerana itu, Islamlah sahaja merupakan satu sistem, satu jalan, satu wahyu dan satu aliran untuk kita serahkan diri kita kepada Allah SWT. Jika

Faktor-faktor jiddiyah dalam kehidupan pendakwah siri 8(Akhir)

Assalamu'laikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Dalam kesempatan ini, saya ingin menyambung topik perbincangan kita yang berkaitan faktor yang boleh meningkatkan jiddiyah. Faktor yang akhir ialah: da'i tidak digalakkan berpindah atas maksud keduniaan 8.Larangan 'migrasi' atas maksud keduniaan Para du'at tidak dibenarkan untuk berpindah dari tempat atau negerinya melainkan dalam rangka dakwah dan tarbiah. Tujuan ia berpindah kerana ia diperlukan di tempat yang lain untuk membuka cawangan yang baru bagi organisasinya. Ataupun tujuan lainnya ialah untuk ia sambung belajar/pengajian suatu tempat yang asing untuk mendapatkan ilmu pengetahuan bagi menguatkan ummah buat tempoh yang sementara, kemudian balik semula ke tempatnya. Secara 'amnya, kita menghalang perpindahan du'at khususnya mereka yang ada kualiti kepimpinan. Adalah lebih baik mereka lebih baik tinggal di lokalitinya dan meneruskan kerja-kerjanya. Jika dia berpindah, organ

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 9

Assalamu'laikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Jiwa yang tidak diproses dengan tarbiah serba lengkap akan mudah melatah dan terjebak kepada pelbagai penyakit hati. Penyakit hati ini sukar dirawat tanpa adanya tarbiah imaniah yang berterusan. Kesahihan aqidah dinilai pada husnul khatimahnya kita. Justeru itu marilah kita terus menerus istiqomah di atas jalan al Haq ini sepanjang hayat kita. Di dalam kesempatan kali ini izinkan saya untuk menyambung ciri yang seterusnya cara elakkan dari berlakunya fitnah dalam sesebuah organisasi:Memelihara telinga dari mendengar gosip dan percakapan buruk. 9 . Memelihara telinga dari percakapan buruk Mereka yang terlibat di dalam menyebarkan fitnah dan mengumpat, tidak akan berbuat demikian jika mereka tidak ada pendengarnya. Bermakna jika anda berkongsi, menumpang telinga mendengar percakapan mereka, itu menggalakkan fitnah. Cubalah memelihara telinga dari perkara sedemikian. Di zaman Sayyidina ‘Ali, orang ramai

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 8

Assalamu'laikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Waktu itu adalah kehidupan. Sebenarnya kita tidak punya banyak masa untuk melakukan perkara yang sia-sia dan yang tidak membuahkan amal. Umur umat Muhamaad SAW pendek berbanding dengan umat yang terdahulu. Fitrah manusia memang sukakan gosip, kabar angin dan bercerita mengenai hal orang lain. Penyakit ini telah berakar umbi dalam masyarakat kita. Justeru itu, nilai-nilai ini perlu diproses agar ianya tidak menular di dalam sebuah organisasi Islam. Di dalam kesempatan kali ini izinkan saya untuk menyambung ciri yang seterusnya cara elakkan dari berlakunya fitnah dalam sesebuah organisasi: Melihat kepada ke’aiban diri sendiri (Iltifat ila ‘aibin nafs) 8.Melihat kepada ke’aiban diri sendiri (Iltifat ila ‘aibin nafs) Persoal dan kajiselidiklah diri sendiri. Carilah kesalahan anda, lihat dan cuba perbaikinya. Sebenarnya, jika seseorang itu sibuk mencari keaiban dirinya sendiri, dia tidak akan ada masa u

Ciri khas yang unik

Assalamu'laikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Seorang da'i perlu memiliki sifat yang unik. 3 sifat yang unggul yang perlu ada ialah kemampuan kesolehan yang pasti, kemampuan melakukan refleksi diri dan berpegang teguh dengan sifat wara'. Kita tidak menyandarkan sesuatu kejayaan pada kepandaian kita mengatur strategi semata-mata. Sebaliknya kita meletakkan ukuran kesolehan yang kita perolehi sebagai satu yang asasi. Semakin kuat hubungan kita dengan Allah, hati kita semakin bersih, istighfar semakin bertambah dan taubat dilakukan terus menerus, justeru itu langkah kita menuju kemenangan semakin dekat. Terdapat beberapa kata-kata daripada kaum terdahulu mengenai hal ini. Umar ra. menasihati tentera Islam agar bertaubat sebelum pergi ke medan pertempuran. Abu darda' pula berkata: Wahai kaum Muslimin, kerjakanlah amal soleh, sebelum kamu ke medan pertempuran, kerana kamu berperang dengan amal-amal kalian Ciri yang kedua ialah kemamp