Posts

Showing posts from October, 2011

Hakikat pengorbanan

Perkongsian khutbah Eidil Adha oleh Al Fadil Ust Umar Hj. Saleh beberapa tahun yang lalu. Semoga bermanfaat. KHUTBAH 1 الحمد لله القائل اشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم على رسولك وحبيبك محمد وعلى أله وأصحابه أجمعين ومن تبعهم باحسان الى يوم الدين. اما بعد! فيا عباد الله اتقوا الله. أوصيكم ونفسى بتقوى الله واعلموا أن الله مع المتقين . الله اكبر. الله اكبر. الله اكبر. الله اكبر. الله اكبر. الله اكبر . الله اكبر. الله اكبر. الله اكبر ( yakni 9 x takbir) و لله الحمد Sidang hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah ! Saya mengajak diri saya dan sidang hadirin dan hadirat sekalian, marilah kita terus pertingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan terus التزام dan patuh kepada titah perintah Allah serta meninggalkan segala tegahan-Nya. Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sesungguh-sungguh taqwa, sepertimana firman-Nya: Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan

Islam yang syumul- siri 2

Dalam siri satu yang yang lalu, dapatlah kita fahami bahawa a. Islam adalah agama Allah yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh kerana Islam diturunkan untuk semua manusia. b.Daulah dalam Islam adalah daulah fikrah, bukan qaumiah, bukan jenis dan bukan iklim. c. Syarat menjadi pemimpin perlu ada kemampuan dan amanah d. Individu dan pemerintah dalam daulah Islam masing-masing ada peranan yang perlu dimainkan. Dalam siri kali ini pula akan dihuraikan takrifan watan dan ummah pula. Islam adalah watan: Islam adalah watan, sebagaimana yang diterangkan oleh IHAB adalah bermaksud bahawa Islam telah menerangkan pengertian watan, dan watan bagi seorang muslim ialah semua negara Islam (Darul Islam). Yang dimaksudkan dengan negara Islam pula ialah: seluruh iklim yang dialami oleh orang Islam, kekuasaan dalam iklim tersebut adalah di tangan orang Islam dan mereka melaksanakan hukum-hukum Islam dalam iklim itu. Tiap-tiap individu muslim adalah berkewajipan mempertahankan dan meng

Islam yang syumul- siri 1

Assalamu'alaikum wbth, Saya memohon berbanyak maaf kerana hampir 2 bulan tidak aktif menulis di dalam blog ini. Ini kerana ada tugasan lain yang tidak dapat dielakkan. Doakan agar saya dapat terus istiqomah menulis dan berkongsi bahan dengan ada semua. Tema pemulisan saya kali ini ialah ingin berkongsi bahan berkaitan huraian Islam yang syumul. Umat Islam hari ini mempunyai takrifan yang berbeza-beza terhadap hakikat Islam. Justeru itu, saya ingin memetik huraian Islam yang syumul ini yang dipetik daripada syarah usul isyrin al Iraqi, susunan Dr Abd Karim Zaidan yang ditulis puluhan tahun yang lalu. Ulasan beliau ringkas dan padat. Mudah difahami oleh semua lapisan, insha Allah. Menurut IHAB: اَلإِسْلاَمُ نِظَاْمٌ شَاْمِلٌ يَتَنَاْوَلُ مَظَاْهِرَ اْلحَيَاْةِ جَمِيْعًا فَهُوَ دَوْلَةٌ وَوَطَنٌ أَوْ حُكُوْمَةٌ وَأُمَّةٌ، وَهُوَ خُلُقٌ وَقُوَّةٌ أَوْ رَحْمَةٌ وَعَدَاْلَةٌ، وَهُوَ ثَقَاْفَةٌ وَقَاْنُوْنٌ أَوْ عِلْمٌ وَقَضَاْءٌ، وَهُوَ مَاْدَةٌ وَثَرْوَةٌ أَوْ كَسْبٌ وَغِ