Solehuddin Shuib, Amirul Hafiz
Ahmad, Mohd Khairul Naim Che Nordin1
Departmen Akidah & Pemikiran
Islam
Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur, Malaysia
1Emel: khairulnaim@um.edu.my
ABSTRAK
Sejarah
mengenai kaum Yahudi atau Bani Israel dalam pengetahuan umat di rantau ini
adalah sangat ringkas sedangkan bangsa ini mempunyai rekod sejarah yang buruk
lagi panjang. Sejarah penderhakaan
kepada Tuhan, membunuh nabi-nabi Allah, jenayah yang berulang, pencerobohan hak
hak kemanusiaan, pembunuhan yang terancang, dan pelbagai lagi. Penulisan ini akan berkisar dalam tiga(3)
objektif utama iaitu menjelaskan asal-usul bangsa Yahudi, konsep umat pilihan
menurut Yahudi, dan pandangan Islam mengenainya. Implikasi terhadap konsep ini
amat besar terhadap keamanan sejagat . Justeru itu umat Islam amat perlu
memahami sejarah dan karakter orang Yahudi ini agar mudah untuk menyusun
strategi yang sesuai apabila berhadapan dengan mereka. Dalam masa yang sama agar umat Islam juga
tidak terseleweng dengan salah faham konsep ummah yang terbaik.(ummatan
wasatan)
Kata kunci:
Umat pilihan(Chosen People); Yahudi; Bani Israel
PENGENALAN
Sejarah mengenai kaum Yahudi atau Bani Israel dalam pengetahuan
umat di rantau ini adalah sangat ringkas sedangkan bangsa ini mempunyai rekod
sejarah yang buruk lagi panjang. Sejarah
penderhakaan kepada Tuhan, membunuh nabi-nabi Allah, jenayah yang berulang,
pencerobohan hak hak kemanusiaan, pembunuhan yang terancang, dan pelbagai lagi.
Bahkan mutakhir ini ialah pelanggaran dan pencerobohan dalam merampas bumi
Palestin dengan pembunuhan peribumi asal Palestin tanpa rasa malu dan bersalah.[1] Di dalam penulisan ini, pengarang hanya akan
mengulas satu sisi sahaja dari kefahaman bangsa Yahudi ini, iaitu berkaitan
dengan pemahaman mereka berkaitan konsep bangsa yang terpilih oleh Tuhan (The
chosen people of God). Penulisan ini
akan berkisar dalam tiga(3) objektif utama iaitu:
i)
Menjelaskan
asal-usul bangsa Yahudi secara ringkas
ii)
Menjelaskan
konsep umat pilihan menurut bangsa Yahudi
iii)
Menjelaskan
pandangan Islam terhadap bangsa Yahudi dan teori bangsa pilihan.
Berikut dijelaskan objektif tulisan yang pertama
iaitu mengenai asal usul bangsa Yahudi secara ringkas.
ASAL USUL BANGSA YAHUDI
Bangsa
Yahudi merupakan sebuah bangsa yang mempunyai sejarah yang sangat panjang
sekitar 1200 sebelum Masihi lagi. Berdasarkan sejarah, rekod pertama yang dijumpai
mengenai bangsa Yahudi adalah sekitar 1200 sebelum Masihi, namun dipercayai
juga sejarah bangsa Yahudi adalah lebih lama dari rekod tersebut. Selain dari
gelaran bangsa Yahudi, mereka juga digelar sebagai Bani Israel dan menggunakan
bahasa Ibrani sebagai bahasa pertuturan.[2]
Menurut
sejarah, bangsa Yahudi bermula sejak dari zaman Nabi Ibrahim. Ini adalah
berikutan keturunan Bani Israel, ataupun diberi gelaran Yahudi ini dikatakan
berketurunan dari salah seorang anak Nabi Ibrahim, iaitu Nabi Ishak. Dikatakan
juga permulaan keturunan Bani Israel ini adalah bermula dari anak Nabi Ishak,
iaitu Nabi Ya’akob. Dari keturunan Nabi Ya’akob, maka Bani Israel semakin
bertambah ramai dan membentuk sebuah kaum tersendiri. Mereka mempercayai bahawa
sekalian para Nabi, kecuali Nabi Muhammad adalah berasal dari bangsa mereka.[3]
Menurut
catatan sejarah, bangsa Yahudi dikatakan mencapai puncak kegemilangannya di
bawah pemerintahan Nabi Daud A.S. Ibu kota mereka adalah di Baitulmaqdis pada
ketiga itu, dan telah didirkan sebuah kota untuk kaum mereka. Selanjutnya, anak
Nabi Daud, iaitu Nabi Sulaiaman pula memerintah, dan bangsa Yahudi mencapai
satu lagi zaman kegemilangan pada ketika itu. Dikatakan juga Nabi Sulaiman
telah membina istananya yang agung, dan menjadi simbol kemegahan bangsa Yahudi
sehingga ke hari ini.[4]
Bangsa
Yahudi akhirnya terpecah menjadi 10 suku kaum, yang mana sebahagian kaum ini
tinggal dan membentuk kerajaandi bahagian utara negara meraka, manakala
sebahagian lagi tinggal dan membentuk kerajaan di bahagian selatan negara. Kaum
di bahagian utara menggunakan gelaran Judah untuk merujuk kepada kaum mereka.
Namun begitu, setelah kerajaan di bahagian utara ditakluki musuh, istilah Bani
Israel di adaptasi untuk merujuk kepada keseluruhan bangsa ini akhirnya.[5]
Bermulanya
sejarah hitam bangsa Yahudi adalah pada tahun 722 SM, iaitu ketika orang
Assyria menakluki kerajaan Bani Israel dan mengusir mereka keluar dari tempat
mereka sendiri. Pada tahun 586 SM pula, kuil mereka yang diasaskan dari
tinggalan istana Nabi Sulaiman di musnahkan selepas bangsa mereka di jajah oleh
kerajaan Babylon. Selepas dari itu, masih banyak berlaku siri-siri peperangan
yang menyebabkan bangsa Yahudi terpecah ke pelbagai negara di seluruh dunia. [6]
Untuk
menjadi seorang bangsa Yahudi, seseorang itu mestilah melepasi salah satu dari
tiga kriteria yang telah ditetapkan. Kriteria yang pertama, seseorang itu
mestilah lahir dari keluarga Yahudi walaupun beliau tidak menganut agama Yahudi.
Kriteria yang kedua, seseorang itu mempunyai sejarah keturunan Yahudi, walaupun
dilahirkan dari seorang ibu yang bukan Yahudi. Kriteria yang ketiga, seseorang
itu tidak mempunyai keluarga atau latar belakang Yahudi, sebaliknya memeluk
agama Yahudi[7].
Setelah
dijelaskan objektif yang pertama,
berikut dijelaskan pula objektif yang kedua iaitu konsep umat pilihan
tuhan(the chosen people by God) bangsa Yahudi.
KONSEP UMAT PILIHAN TUHAN BANGSA YAHUDI
Menurut
apa yang tertulis di dalam kitab Tanakh, iaitu kitab suci agama Yahudi :
“
Sesungguhnya kamu adalah kaum yang suci di sisi Tuhan. Tuhan kamu telah memilih
kamu untuk menjadi miliknya daripada kaum-kaum yang lain di atas muka bumi “
( Deuteronomy 7:6 )
Berdasarkan
kepada ayat ini di dalam kitab suci agama Yahudi, maka kaum Yahudi mempercayai
bahawa mereka adalah satu kaum ataupun umat yang menjadi pilihan Tuhan. Konsep
sebenar suci pada pandangan mereka, bukanlah bermakna lebih mulia dari bangsa
lain, sebaliknya mereka mempercayai bahawa suci di sini membawa maksud dipilih
oleh Tuhan untuk sesuatu tujuan.[8]
Bangsa
Yahudi percaya bahawa yang dikatakan umat pilihan itu adalah merujuk kepada
terpilih untuk sesuatu tugasan atau tujuan oleh Tuhan, dan bukan bermaksud
lebih mulia dari orang lain kerana ini bertepatan pula dengan ayat lain di
dalam kitab suci mereka pada ayat Roman 2, yang mengatakan bahawa Tuhan tidak
memilih kasih atas mana-mana manusia. Di dalam ayat Deuteronomy 7:7-8 pula
menjelaskan bahawa Tuhan memilih mereka kerana kecintaan Tuhan kepada mereka
dan untuk memenuhi janji Tuhan kepada nenek moyang mereka.[9]
Di
dalam kitab suci mereka juga ada menjelaskan mengenai bangsa Yahudi akan
dipecahkan ke segenap penjuru dunia, dan akhirnya akan disatukan kembali di
sebuah tanah atau negara yang dikatakan sebagai tanah yang dijanjikan. Mereka
mempercayai bahawa apa sahaja yang dijanjikan oleh Tuhan kepada kaum mereka
berlaku mengikut pengaturan Tuhan sehingga sekarang.
Misi
yang dikatakan telah diberikan kepada mereka oleh Tuhan adalah berdasarkan
kepada ayat Ezekiel 36:22-24,32, di dalam kitab Tanakh, iaitu Tuhan telah
memilih mereka untuk mengenalkan kepada seluruh dunia, Tuhan yang
sebenar-benarnya. Di dalam ayat itu juga dijelaskan bahawa Tuhan menjanjikan
kepada mereka sebuah tanah untuk dijadikan tempat menetap seluruh bangsa Yahudi
pada akhirnya, dan dari sanalah mereka diperintah untuk memperkenalkan Tuhan
kepada seluruh dunia.[10]
Pada
mulanya doktrin ini memberikan pemahaman yang baik. Dalam perjalanannya, secara politis, doktrin
itu dipahami secara keliru sebagai sebuah doktrin yang eksklusif. Kekeliruan
tersebut terletak pada sebuah pemahaman
bahwa bangsa Yahudi merupakan bangsa
yang dipilih Tuhan untuk memimpin seluruh umat manusia dan menguasai alam semesta. Dengan pemahaman itu sikap dan pandangan
lebih superior dibanding dengan
bangsa-bangsa lain menyebabkan mereka mudah melakukan berbagai tindakan kejam
di luar batas peri kemanusiaan.[11]
Di
antara misi yang dikatakan telah diberikan Tuhan kepada mereka dan kini sedang
dilaksanakan oleh mereka ialah :
1. Mendapatkan
semula tanah yang dijanjikan .
2. Menghimpunkan
seluruh bangsa Yahudi ke dalam tanah yang dijanjikan.
3. Mendapatkan
semula tanah jajahan yang dikuasai oleh Nabi Sulaiman iaitu di antara sungai
Nil sehingga kepada sungai Euphrates.
4. Membangunkan
semula kuil Tuhan di tempat asalnya iaitu Baitulmaqdis untuk menyambut
kedatangan anak pilihan Tuhan.
5. Mengumumkan
kepada seluruh dunia Tuhan sebenarnya dan mengajak seluruh umat mengikut mereka.[12]
Di
dalam misi ini, mereka berpandangan bahawa kaum Nasrani akan menjadi pembantu
mereka dalam melaksanakan misi. Kerana menurut mereka, itulah yang tercatat di
dalam kitab Injil dan begitu juga dijelaskan di dalam kitab suci mereka. Kaum
Nasrani bukanlah kaum pilihan seperti mereka, tetapi sebaliknya hanyalah
sebagai satu kaum yang akan membantu mereka dalam melaksanakan misi Tuhan.[13]
Satu
lagi konsep yang terdapat di dalam misi bangsa Yahudi ialah menyambut
kedatangan Anak Tuhan. Menurut pandangan kaum Yahudi, anak Tuhan ini bukanlah
bermaksud anak yang dilahirkan dari benih Tuhan, sebaliknya ia hanya simbolik
merujuk kepada seorang manusia yang dipilih Tuhan. Konsep ini juga dikatakan
digunakan oleh bangsa-bangsa lain, misalnya bangsa Cina yang menggelarkan
maharaja mereka sebagai Anak Tuhan. Jadi Anak Tuhan ini hanya satu simnbolik
yang merujuk kepada seseorang yang dipilih oleh Tuhan sebagai penyelamat bagi
kaum mereka.[14]
Menurut
pandangan golongan Yahudi, mereka mengatakan kemungkinan Tuhan memilih mereka
kerana mereka adalah bangsa yang degil serta keras kepala. Disebabkan itu
menurut mereka kemungkinan Tuhan memilih mereka kerana hanya dengan sifat
sebegini sahaja dapat melaksanakan misi yang telah diberikan Tuhan kepada
mereka[15]. Jika dilihat dari sudut
sejarah, bangsa Yahudi memang merupakan bangsa yang degil sehinggakan Rasul
yang di utuskan kepada kaum Yahudi juga turut ditentang oleh kaum Yahudi
sendiri dahulu sekiranya tidak menepati pendirian mereka. Setelah dijelaskan
konsep umat piliha menurut bangsa Yahudi, sekarang akan diterangkan pula
mengenai pandangan Islam terhadap bangsa Yahudi dan teori bangsa pilihan.
Kita
mendapati bahawa bangsa Yahudi menjadi suatu bangsa yang bersifat cauvinistik, egoistik,
diskriminasi ras dan partikularistik. Mereka menganggap diri mereka suci dan
bangsa lain tidak suci sama sekali. Di
samping itu, orang-orang Yahudi mengagung-agungkan bangsa mereka, di samping
turut memandang hina kepada bangsa-bangsa lain yang dikenali oleh mereka sebagai
goyim. Mereka beranggapan bahawa
bangsa-bangsa lain itu hina dan wajar dijadikan khadam atau hamba kepada bangsa
Israel sahaja. Jika sesuatu bangsa itu enggan berkhidmat dengan bangsa Israel
atau Yahudi, darah mereka 'halal' untuk
dibunuh.[16]
PANDANGAN ISLAM TERHADAP BANGSA YAHUDI DAN
TEORI BANGSA PILIHAN
Menurut
kajian tamadun yang dilakukan oleh para sarjana Islam, para Nabi bukanlah semua
berbangsa Yahudi seperti yang diwar-warkan oleh kaum Yahudi. Ini adalah
berasaskan kepada kajian mendalam mengenai susur galur dan bahasa para Nabi
terdahulu. Sebahagian kajian menunjukkan bahawa bahasa yang digunakan oleh para
Nabi terdahulu adalah sebenarnya ibu kepada bahasa Arab moden yang digunakan
sekarang ini.[17]
Dari
kajian ini, jelas menunjukkan bahawa walaupun bangsa Yahudi ada kaitan dengan
keturunan seorang Nabi di dalam Islam, namun bukanlah semua Nabi berasal dari bangsa
Yahudi. Malahan menurut kepada kajian Islam, bangsa Arab adalah bangsa yang
lebih awal dari bangsa Yahudi, dan para Nabi dikatakan berasal dari bangsa
tersebut. Seiring dengan peredaran zaman, bangsa-bangsa ini berpecah menjadi
kepada lebih banyak bangsa dan bahasa kerana percampuran perkahwinan dan
sebagainya.[18]
Dari
kajian juga menunjukkan bahawa memang bangsa Yahudi pernah menjadi pentadbir
ketika zaman pemerintahan Nabi Daud AS, dan juga Nabi Sulaiman AS, sehinggakan
mereka menyangka bahawa kota yang terdapat di Baitulmaqdis itu adalah kota hak
mereka. Sebaliknya, umat Islam juga mempunyai hak di situ jika disinggungkan
kepada sejarah permulaan awal Nabi Adam AS adalah di Baitulmaqdis.[19] Berikut adalah firman Allah SWT berkaitan kaum Yahudi.[20]
يَا قَوْمِ ادْخُلُوا الأَرْضَ المُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللّهُ لَكُمْ وَلاَ تَرْتَدُّوا عَلَى أَدْبَارِكُمْ فَتَنقَلِبُوا خَاسِرِينَ ﴿٢١
Ertinya:
Wahai
kaumku! Masuklah ke tanah suci (Palestina) yang telah ditentukan Allah bagimu,
dan janganlah kamu berbalik ke belakang (karena takut kepada musuh), nanti kamu
menjadi orang yang rugi.
Di
dalam ayat Al-Quran surah Al-Maidah ayat 21 ini, ada menjelaskan berkenaan kaum
Yahudi yang diperintahkan Allah melalui Nabi Musa untuk masuk ke Palestin,
namun di tolak oleh mereka dengan mereka mendakwa bahawa terdapat kaum yang
kuat di dalamnya sehinggakan mereka takut untuk masuk. Ini membuktikan bahawa
mereka bukanlah umat pilihan, kerana mereka ingkar kepada perintah Tuhan dan
Nabi mereka.
Berdasarkan
kepada fakta di dalam ayat Al-Quran juga telah dinyatakan akibat daripada
pengingkaran mereka, maka mereka diperintahkan untuk merayau-rayau dan tidak
mempunyai tempat tetap. Sejarah membuktikan bahawa bangsa Yahudi tidak
mempunyai negara dan merupakan sebuah bangsa kelas ketiga sejak dari zaman
dahulu, sehinggalah penipuan yang mereka lakukan pada zaman ini menyebabkan
mereka berjaya merampas tanah umat Islam di Palestin.
Berdasarkan
sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang menceritakan bahawa pohon
dan batu akan mendedahkan kedudukan bangsa Yahudi yang bersembunyi di belakang
keduanya .
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : “لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُوْنَ الْيَهُوْدَ فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُوْنَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِىُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ : “يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللهِ هَذَا يَهُودِىٌّ خَلْفِيْ فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ”، إِلاَّ الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ”.
Abu
Hurairah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda :
“Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum
Muslimin memerangi kaum Yahudi lalu kaum Muslimin membunuh mereka. Sehingga
orang yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Maka batu atau pun pohon itu
berkata : “Wahai Muslim, Wahai Hamba Allah.. ini ada seorang Yahudi bersembunyi
di belakangku, kemarilah bunuhlah dia!. Kecuali pohon gharqad, karena pohon
tersebut diantara pohon-pohon (yang ditanam) orang-orang Yahudi”.
(H.R.
Muslim)
Hadis
ini juga menjadi bukti bahawa kaum Yahudi bukanlah umat pilihan, sebaliknya
merupakan satu kaum yang melakukan kerosakkan di muka bumi ini sesuai dengan
firman Allah SWT di dalam Al-Quran surah
al-Isra’ ayat 1-8, yang menjelaskan bahawa kaum Yahudi merupakan satu kaum yang
akan melakukan kerosakan di muka bumi ini sebanyak 2 kali sehinggalah tiba hari
kiamat.
Konsep
chosen of people of God ini, orang manusia melihat dari sudut genetik
semata-mata, padahal dalam Islam ada konsep ummatan wasatan[21]. Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat
143[22]:
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً
وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا
Ertinya:
Dan
demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami
jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya
kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang
yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang
yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu
Konsep
ummatan wasatan ini tidak dirujuk kepada kaum, kabilah tertentu, sebaliknya
ia dinilai kepada kualiti yang tidak boleh dihukum oleh manusia iaitu
taqwa. Konsep taqwa ini siapa yang
boleh nilai? Melainkan Allah SWT
sahaja. Oleh kerana itu, amalan dan
kedudukan manusia dalam Islam tidak dilihat pada jantina, bangsanya, kedudukannya. Bahkan seseorang dilihat sejauh mana
hubungannya dengan Allah SWT. Firman
Allah SWT dalam surat Al Hujurat ayat 13[23],
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَـٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ
Ertinya:
Hai
manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di
sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu.
Konsep hablun minallah dan hablun minannas
itu jelas; dan itulah ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Apabila Nabi membawa konsep ummatan
wasatan ini, Nabi nak jelaskan juga pada orang Yahudi ini bahawa apa yang
kamu perjuangkan, berbangga dengan bangsa kamu, ianya adalah suatu yang salah
dan seleweng. Sebaliknya, dalam surah Al
Anbiya’ ayat 105[24],
Allah SWT berfirman:
وَلَقَدۡ كَتَبۡنَا فِي ٱلزَّبُورِ مِنۢ بَعۡدِ ٱلذِّكۡرِ أَنَّ ٱلۡأَرۡضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ ٱلصَّٰلِحُونَ
Ertinya:
Dan sungguh telah Kami tulis
di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuzh, bahwasanya bumi ini
dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh.
Maksud hambanya yang saleh
ini, ia bukan ditentukan kepada genetik, keluarga, akan tetapi dilihat pada
amalannya dan keimanannya. Jika Yahudi
mendakwa yang bumi Palestin adalah tanah mereka, tanah yang dijanjikan oleh
Tuhan pada kami. Hatta dalam kitab
perjanjian lama pun konsep ini pun tidak jelas dan kabur. Huraian ulama berkaitan dijanjikan tanah itu
untuk Bani Israil, ianya bukan untuk mereka kuasai, dan menzalimi yang
lain. Akan tetapi untuk mereka menetap
di sana dan hidup secara damai dengan penduduk setempat. [25]
KESIMPULAN
Di
dalam penulisan ini telah dijelaskan mengenai
asal usul bangsa Yahudi , konsep umat pilihan Tuhan menurut mereka , dan pandangan
Islam terhadap teori bangsa pilihan. Implikasi
terhadap konsep ini amat besar terhadap keamanan sejagat . Justeru itu umat
Islam amat perlu memahami sejarah dan karakter orang Yahudi ini agar mudah untuk
menyusun strategi yang sesuai apabila berhadapan dengan mereka. Dalam masa yang, umat Islam dapat mengambil
agar tidak terseleweng dalam memahami konsep yang ada dalam agama kita iaitu
konsep ummah wasatan.
[1] Agus Priyono, Mohammad Noh Omar,
Yahudi dan Sejarahnya, 2019, Dewan Pustaka Darussofiah, m.s. 7
[2] “Orang Yahudi.” Wikipedia, Wikimedia Foundation,
23 Feb. 2022, https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Yahudi.
[3] Facebook.com/EzraAdventures.
“Why Are the Jews God's Chosen People?” FIRM Israel, 19 Jan. 2022, https://firmisrael.org/learn/why-are-the-jews-gods-chosen-people/.
[4] “Orang Yahudi.” Wikipedia, Wikimedia Foundation,
23 Feb. 2022, https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Yahudi.
[5] “Orang Yahudi.” Wikipedia, Wikimedia Foundation,
23 Feb. 2022, https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Yahudi.
[6] Ibid
[7] Facebook.com/EzraAdventures.
“Why Are the Jews God's Chosen People?” FIRM Israel, 19 Jan. 2022, https://firmisrael.org/learn/why-are-the-jews-gods-chosen-people/.
[8] Ibid
[9] Ibid
[10] Ibid
[11]
Saidurrahman, Sikap dan Pandangan Orang-orang Yahudi Terhadap Islam, Teologia,
Volume 25, Nomor 2, Juli-Desember 2014.
[12] Iszahanid,
Hafizah. “Yahudi Bukan Bangsa Terpilih.” Berita Harian, Berita Harian, 8 Feb.
2019, https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/02/528604/bhplus.
[13] Facebook.com/EzraAdventures.
“Why Are the Jews God's Chosen People?” FIRM Israel, 19 Jan. 2022,
https://firmisrael.org/learn/why-are-the-jews-gods-chosen-people/.
[14] Ibid
[15] Ibid
[16]
Mustafffa Abdullah, Penyelewengan Kitab Taurat dan Penjelasannya di dalam Al
Quran, Jurnal Usuluddin, Vol 12, 2000, m.s. 19- 44.
[17] Adam's
Geneology : A handbook, Prof Dr Solehah Yaakob, Jabatan Bahasa Arab dan
Kesusasteraan, Universiti Islam Antarabangsa, 2020.
[18] Ibid
[19] Iszahanid,
Hafizah. “Yahudi Bukan Bangsa Terpilih.” Berita Harian, Berita Harian, 8 Feb.
2019, https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/02/528604/bhplus.
[20]
Surah Al Maidah, ayat 21.
[21]Razif,
Mohamad. “Bayan Linnas Siri Ke-136 Mafhum Wasatiyyah Dan Ummatan Wasatan.”
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 21 June 2018,
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2449-bayan-linnas-siri-mafhum-wasatiyyah-dan-ummatan-wasatan.
[22]
Surah Al Baqarah, ayat 143.
[23]
Surah Al Hujurat, ayat 13
[24]
Surah Al Anbiya’, ayat 105.
[25] Nota kuliah UFL2011, Dr. Mohd
Khairul Naim Che Nordin , 2022.
No comments:
Post a Comment