Posts

Showing posts from November, 2011

Puasa 9 & 10 Muharram

Image
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi). Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim) Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram) Selain darip

Pengajaran daripada Peristiwa Hijrah

Image
Menilai Hakikat Iman, Dahulu dan Kini Ketika sahabat Suhaib ar-Rumi Rodhiallahu 'Anh hendak berangkat ke Madinah, beliau dihalang oleh orang-orang kafir Quraisy. Dengan penuh kemarahan mereka berkata kepadanya, "Kamu ke mari dalam keadaan miskin dan hina. Sekarang hartamu telah menumpuk, hingga kamu boleh memperolehi apa sahaja yang kamu inginkan. Lalu sekarang kamu kamu hendak keluar dari Makkah dengan harta dan jiwamu? Sungguh kami tidak akan membiarkan kamu pergi begitu sahaja!" Di sini terjadi peperangan sengit antara hakikat Islam dan hakikat kebendaan duniawi. Dan hakikat Islamlah yang menang. Suhaib al-Rumi Rodhialahu 'Anh berkata, "Akankah kamu membiarkan diriku melanjutkan perjalanan atau hijrah, kalau kutinggalkan seluruh hartaku untuk kamu." Mereka menjawab, "Ya, engkau bebas pergi setelah engkau tinggalkan seluruh hartamu." Suhaib berkata, "Silakan kamu ambil seluruh hartaku, dan biarkan aku pergi atau hijrah!" D

Mencari Dunia dan Akhirat

Image
Assalamu'alaikum wbth, Kita boleh menyatukan kepentingan dunia dan akhirat. Di dalam al Quran surah Al Qashash ayat 76-77, Allah SWT berfirman: 76. Sesungguhnya Karun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri." 77. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. Penjelasan para mufassir dalam menerangkan ayat di atas adalah: Ayat :

‘IBRAH DARI KISAH IBRAHIM DAN ISMAIL SEBAGAI QUDWAH DALAM AMAL ISLAMI

Image
Assalamu'alaikum wbth, Dalam kesempatan ini, kita diingatkan dengan peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS, kesabaran anaknya Nabi Allah Ismail AS dan keredhaan isterinya Siti Hajar, demi mentaati perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim telah menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail, di dalam mimpinya. Dalam suasana taat kepada Allah Subhanahuwataala Nabi Ibrahim rela menyembelih anaknya dan anaknya, Ismail, pun rela untuk disembelih. Kesetiaan, kepatuhan dan pengorbanan mereka telah diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur'an Al-Karim dalam Surah As-Shaffat, ayat 102: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku, sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Ak

Tarbiah Islamiah dan Madrasah IHAB

Assalamu'alaikum wbth, Sedikit perkongsian bahan mengenai sikap dakwah Islamiah terhadap faham kebangsaan. Bahan ini dipetik dari kitab Tarbiyah Islamiyah dan Madrasah IHAB, karangan Sh Al Qardhawi. Semoga bermanfaat. Sikap Dakwah Terhadap Nasionalisme Di antara kenyataan sikap pertengahan yang diajarkan oleh Hasan Al-Banna kepada da'ie-da'ienya adalah sikapnya terhadap dakwah dan pemikiran lain yang dilemparkan di Mesir, ketika dakwahnya mulai lahir. Sikapnya dalam hal ini sama dengan sikapnya terhadap nasionalisme, dunia Arab, dunia Timur dan dunia antarabangsa. Kerana itu beliau tidak menentang penganjur-penganjur kefahaman ini dengan menolaknya secara mutlak dan tidak pula menerimanya secara mutlak, tetapi seperti biasanya beliau membezakan mana yang dapat diterima kerana sesuai dengan faham Islam dan mana yang harus ditolak kerana bertentangan dengan Islam. Cinta Tanah Air Dalam risalah Da'watuna, dalam polemik dengan penganjur-penganjur nasionalisme, b