Posts

Showing posts from May, 2011

Kualiti da'i Siri 8- bahagian i

Image
Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Di dalam siri kali ini izinkan saya untuk berkongsi kualiti seterusnya yang perlu pada da'i ilallah:iman yang mendalam(iman 'amiq) 8. Keimanan yang mendalam (al iman al amiq) Keimanan yang mendalam amat penting bagi seorang da'i. Kita pada hari ini berada dalam realiti di mana Islam tidak berkuasa dan kekufuran bermaharajalela. Musibah yang menimpa umat Islam semakin bertambah. Golongan kafir mencengkam dan menguasai mereka. Golongan kafir menjadi kuasa besar dan menguasai umat Islam. Justeru itu, bagi seorang da'i, segala musibah dan fenomena ini tidak akan menggugat keyakinannya. Sebaliknya musibah ini menjadi pendorong kepadanya untuk meningkatkan lagi usaha memartabatkan kalimah Allah dan mencari jalan penyelesaian bagi memulihkan nasib yang menimpa umat Islam. Da'i Islam mestilah menanamkan di dalam fikiran mereka akan pesanan Ar Rasul SAW yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Sa&

Kualiti da'i Siri 7

Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Di dalam siri kali ini izinkan saya untuk berkongsi kualiti seterusnya yang perlu pada da'i ilallah:Kefahaman yang mendalam(al fahmu ad daqiq) 7. Kefahaman yang mendalam(al fahmu ad daqiq) Kefahaman yang mendalam adalah inti penting bagi ilmu. - Di antara isi pentingnya ialah mengapa kita didatangkan? bagaimana kehidupan di dunia ini berbanding dengan kehidupan di akhirat Berbalik kepada mengapa kita didatangkan ke dunia ini. Terdapat tiga kategori manusia. a. kategori manusia yang hidup untuk berseronok sahaja. Tidak lebih dari binatang ternak sahaja. b. Kategori manusia yang hidup untuk berseronok dan membuat kerosakan untuk memerangi orang-orang yang beriman c. Kategori manusia yang jelas akan tujuan hidupnya. Mereka ini yang menjual diri mereka kepada Allah SWT untuk mendapat redha-Nya. Kita ingin termasuk dalam ketegori yang ketiga. Di antara ciri manusia yang jelas matlamat hidupnya:- i. Jelas nilai dunia ber